Vous êtes sur la page 1sur 2

Tugasan : Pelajar PISMP Semester 5 yang mengambil kursus PJM 3112 telah menganjurkan satu Karnival Permainan Tradisional

baru-baru ini. Berdasar daripada maklumat yang diperolehi, mereka tidak mengadakan mesyuarat secara rasmi sebelum pertandingan diadakan. Namun, penganjuran permainan tradisional ini telah berjalan dengan lancar. Pada pendapat anda, sesuaikah ketidak patuhan prosedur ini diamalkan di sekolah. Jelaskan jawapan anda beserta alasan yang konkrit. (meliputi konten dalam proforma kursus ini: Pengendalian Mesyuarat) Pada pendapat saya, ketidakpatuhan prosedur ini adalah tidak sesuai diamalkan di sekolah. Sebagai permulaan, saya ingin menghujahkan alasan penganjuran permainan tradisional berjalan lancar walaupun mesyuarat yang rasmi tidak diadakan. Hal ini adalah kerana penganjuran karnival ini hanya dianjurkan kepada peserta-peserta antara kumpulan 5 PISMP sahaja dan bukan terbuka. Kami merupakan rakan-rakan yang sudah lama berkenalan dan adalah senang bagi kami untuk menyelesaikan masalah melalui laman sosial iaitu facebook. Selain itu, kami pun saling membantu supaya karnival berjalan dengan lancar kerana setiap orang ialah penganjur termasuk peserta. Kami tidak mengambil kira perkara-perkara yang kecil ataupun perkara yang tidak adil supaya karnival ini dapat dijalan dengan lancar. Jika karnival ini merupakan aktiviti yang terbuka, saya berasa ia tidak dapat berjalan dengan lancar tanpa mesyuarat. Hal ini kerana peserta-peserta terbuka pasti akan membangkitkan perkara yang tidak adil. Selain itu, mesyuarat tidak dijalankan, maka carta organisasi pun tidak ditubuhkan. Sesuatu organisasi akan kelam kabut jika tiada pemimpin. Walaupun mesyuarat tidak rasmi mungkin diadakan secara peribadi, masalah-masalah turut senang wujud jika mesyuarat rasmi tidak diamalkan. Hal ini kerana setiap mesyuarat yang rasmi akan dibuktikan dengan minit mesyuarat. Setiap perkara yang dibangkitkan di dalam mesyuarat tersebut akan dicatatkan oleh setiausaha. Jika terdapat masalah wujud, maka berdasarkan minit mesyuarat tersebut, kita boleh mengetahui siapa yang perlu bertanggungjawab atasnya dan bukan saling menyalahi. Minit mesyuarat turut boleh dijadikan sebagai rujukan pada mesyuarat yang seterusnya. Dengan ini, masa tidak akan dibazir dan perbincangan mempunyai hala tuju yang tepat. Oleh itu, mesyuarat rasmi adalah sangat penting. Candyce Ngu (5P Sains 1)

Vous aimerez peut-être aussi