Vous êtes sur la page 1sur 23

PERANCANGAN, PELAKSANAAN SERTA KESAN PROGRAM KELAS INTERVENSI AWAL (KIA 2M).

Tutorial 7 EDU 3106


DISEDIAKAN OLEH: KEE SIAW LING

NURDALILA BINTI AHMAD SHUKRI

PENGENALAN:

KIA2M

Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis

Diperkenalkan mulai tahun 2006


Satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia membantu murid tahun I menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dalam bahasa Malaysia bagi menangani masalah keciciran murid menguasai kemahiran 2M.

KIA2M telah dilaksanakan pada bulan Mac 2006 ekoran daripada pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 ( TERAS KETIGA : MEMPERKASA SEKOLAH KEBANGSAAN ) Dalam mesyuarat memperkasa Sekolah Kebangsaan telah diadakan pada 22 November 2005 masalah kegagalan menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dalam kalangan murid diberi perhatian serius

Program yang bermotifkan sifar buta huruf Dicetuskan bagi mencapai taraf yang lebih baik bagi setiap individu untuk mengecapi kemajuan dunia berteknologi. Program ini mendapat sambutan yang amat baik sehinggakan wujud program susulan iaitu Program 3M (PROTIM) bagi murid Tahun Empat, Lima dan Enam di sekolah rendah.

Kegagalan murid peringkat awal terutamanya di Tahun 1 untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis telah mengakibatkan berlakunya defisit akademik di kalangan murid sekolah rendah dan berterusan hingga ke sekolah menengah. (Defisit Akademik bermaksud kegagalan menguasai kemahiran asas seperti membaca (Buku Panduan KIA2M). )

Pelaksanaan Pemulihan Dalam Kelas KBSR kurang berupaya menangani masalah penguasaan membaca dan menulis dengan berkesan. Maka Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum untuk murid tahun satu manakala murid tahun dua hingga enam pula dilibatkan dengan Kelas Pemulihan Khas.

MATLAMAT

PELAKSANAAN P&P Strategi pengajaran dan pembelajaran KelasIntervensi Asas Membaca dan Menulis(KIA2M) melibatkan beberapa langkah berikut:

Pencalonan
Ujian Penapisan Perancangan

Pengajaran
Penilaian Tindakan Susulan

Setelah melalui proses pencalonan dan ujian tapisan kemasukan, maka guruguru yang telah dipilih untuk mengendalikan kelas ini perlulah merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai berdasarkan modul pengajaran yang telah disediakan. Penilaian akan dibuat bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai dan tindakan susulan akan diambil sekiranya murid masih berasa kecelaruan.

PENCALONAN & UJIAN PENAPISAN


Penubuhan kelas adalah berdasarkan jumlah murid tahun satu

Tiada penambahan kelas dan guru bagi tujuan tersebut.


Sebelum murid-murid mengikuti program ini, mereka terlebih dahulu akan melalui proses pencalonan dan ujian penapisan kemasukan. Pengkelasan murid seterusnya adalah berdasarkan kepada skor se[erti berikut:
0-9 dirujuk kepada pengamal perubatan

10-44 menjalani program KIA2M


45-60 menjalani kelas seperti biasa

PERANCANGAN
Guru yang telah dikenalpasti untuk mengendalikan program tersebut dikehendaki merancang proses P&P yang sesuai dengan merujuk kepada modul pengajaran yang telah dibekalkan. Tetapi, mereka diberi kebebasan untuk menyesuaikan diri dengan aktiviti dan latihan dalam modul tersebut agar releven dan selaras dengan tahap kebolehan murid berkenaan.

Berikut adalah strategi yang boleh digunakan mengikut kesesuaian murid : a. Berpusatkan Guru

Guru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan belajar berdasarkan apa yang disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja.

b. Berpusatkan Murid
Murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas.

c. Berpusatkan Bahan
Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan perancangan yang dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan dijalankan.

PENGAJARAN
Dalam pelaksanaan KIA2M, pendekatan digunakan mengikut kesesuaian dari segi kebolehan murid, aktiviti yang dirancang dan juga kemahiran yang hendak diajar.

Pendekatan secara kelas

Perlu dijalankan supaya murid dapat melibatkan diri dan meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang besar. Aktiviti ini lebih sesuai dijalankan di awal dan di akhir waktu belajar

Pendekatan secara berkumpulan

Konsep ini berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan murid. Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid yang menghadapi masalah yang sama atau hamper sama dibentuk. Guru menggunakan modul yang disediakan

Pendekatan secara individu

Guru menumpukan perhatian pada murid secara individu bagi membantu membimbing untuk mengatasi masalah yang dihadapinya Selaian itu bantuan daripada rakan sebaya juga boleh digunakan jika perlu.

Kajian dijalankan di sebuah sekolah sahaja dan seramai 6 orang guru ditugaskan mengajarkan subjek Bahasa Melayu di sekolah berkaitan. Waktu sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu murid-murid Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) hanyalah 12 waktu iaitu bersamaan dengan 360 minit ataupun 6 jam sahaja seminggu. Dengan itu, guru bahasa Melayu hanya berjumpa dengan muridmurid KIA2M selama 60 hingga 90 minit sahaja dalam sehari untuk mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu. Masa yang diperuntukkan tidak mencukupi untuk mengajarkan asas membaca dengan memberi penumpuan secara individu kepada murid.

TINDAKAN SUSULAN
Murid-murid KIA2M dibenarkan mengikuti kelas biasa setelah mereka lulus dalam menjalani Ujian Pelepasan 1 dan Ujian Pelepasan 2. Disamping itu, pencerapan dan pemantauan akan dilakukan oleh beberapa pihak termasuk :
Pusat Perkembangan Kurikulum dan bahagian lain dalam Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Jemaah Nazir sekolah Jabatan pelajaran Negeri (JPN) Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Guru Besar.

KESAN-KESANNYA

Murid mula menunjukkan minat untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis Penguasaan murid menguasai kemahiran

membaca dan menulis meningkat Murid menunjukkan sikap positif dan mula berani untuk bertanya dan berinteraksi dengan guru.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KIA2M


Jawatankuasa KIA 2M perlu berkesan. Kos perbelanjaan disediakan peruntukan yang mencukupi Sokongan pengurusan-amat perlu Cadangan dan teguran dari pelbagai pihak

Galakkan kajian tentang perkembangan KIA2M untuk mengenalpasti masalah .

BIBLOGRAFI

http://studentsrepo.um.edu.my/4014/2/Full_chapters.pdf http://jeramteguh.blogspot.com/2009/11/program-peningkatan.html http://www.scribd.com/doc/44027999/Tutorial-5