Vous êtes sur la page 1sur 2

APRESIASI KARYA ABD.

LATIF MAULAN Oleh Mohamed Noor bin Othman

Memang ada kebenaran dari kata-kata Leong Tuck Yee dalam Bring The Dark To Light yang menyentuh apresiasi karya Abd. Latif Maulan iaitu, what we see is what we get. Karya kontemporari realisisme selalunya cantik, ada kekuatan yang menandingi imej foto dan yang penting ramai pengikut.

Secara keseluruhannya aliran seni realis meneliti dan menguasai permukaan kanvas yang diolah halus dan mengekalkan statusnya menjadikan kesan keasliannya dihayati dalam tempoh masa yang panjang.

Golongan realisme yang masih ada terdiri daripada golongan seniman yang mengerti bahawa penerokaan hasil seni secara evolusi itu membolehkan keaslian dan kehalusan membantu memperkayakan pengalaman. Secara evolusinya keaslian bahan yang digunakan dan idea meresap kukuh menjadi manifesto. Apabila semangat ini dikobarkan dalam setiap zaman, sokongan idea-idea Plato tentang kecantikan, kehalusan, kebebasan dan keaslian semulajadi dijadikan doktrinasi yang berkekalan dalam menyokong aliran realisme.

Idea dan fahaman Plato diyakini berada di setiap zaman. Sejarah seni, teori, falsafah, apresiasi estetik dan kritikan seni meletakkan kedudukan Plato sebagai suatu fatwa dalam menilai seni dan estetika. Selagi adanya semangat Plato selagi itu aliran realisme terus hidup dalam lipatan sejarah dan subur di setiap zaman.

Banyak hujah yang boleh kita temui dalam sejarah seni apabila isu pertembungan aliran ini dibincangkan. Antara yang menariknya ialah persoalan representasi iaitu menggambarkan semula suatu imej asal kepada imej yang baharu. Dikatakan imej representasi boleh dikaitkan dengan pertalian dalam kehidupan. Hujah ini merujuk kepada pandangan Aristotle, bahawa representasi ada bersama dalam aktiviti kemanusiaan, contohnya zaman kanak-kanak sehingga dewasa semuanya berkehendakkan representasi dan inilah yang membezakan martabat manusia dengan haiwan. Jelas sekali representasi itu satu peniruan dalam menggambarkan semula dan berkait langsung dalam kehidupan.

Karya Abd. Latif Maulan adalah contoh representasi. Dalam seni realisme nilai representasi boleh diertikan sebagai perlambangan, mewakili suatu gambaran dan mengulangi suatu gambaran. Dalam Kamus Terjemahan Inggeris-Melayu susunan Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (1995:676) representasi

itu bererti suatu persembahan semula. Dalam perbincangan ini saya menggunakan istilah suatu penggambaran semula bagi mewakili representasi.

Vous aimerez peut-être aussi