Vous êtes sur la page 1sur 13

Perlaksanaan Aktiviti Seni Kreatif dalam Pendidikan Prasekolah Malaysia

Perlaksanaan Aktiviti Seni Kreatif dalam Pendidikan Prasekolah Malaysia


Ling Pik Kuong dan Hasnah Toran Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRACT Creative art activity is an instructional activity which combines creative visual, musical, and performance arts to foster childrens creativity and development. This study aims at identifying parents and pre-school teacherss of perception of the importance of creative arts in pre-school education, their perception levels on the basis of school status and location, and pre-school teachers understanding of creative art activities. A set of instruments was distributed to 53 preschool teachers, and another set was handed out to 253 parents of children of public and private kindergartens in Sibu, Serawak. T-test and two-triled ANOVA were used to compare mean scores of two or more groups. Findings show that creative art activition constitute an important element for parents and teachers. However, their understanding level is not as high as their perception has not contributed to the level of understanding of creative art activities. Hence, it is necessary to provide more creative art causes and workshop to increase understanding level of pre-school teachers. Keywords: pre-school, creative arts, parents and teachers perception, teachers understanding

i Malaysia, kepentingan perkembangan daya kreatif dalam pendidikan awal kanak-kanak jelas ternyata dalam huraian kurikulum pendidikan prasekolah. Antara enam komponen dalam buku huraian kurikulum prasekolah, komponen kreativiti dan estetika memberi fokus kepada memperkembangkan sifat kreatif dan ekspresif melalui imaginasi dan pemikiran (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003). Namun, penghayatan, kefahaman dan perlaksanaan sering dipersoalkan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2008). Dari segi realiti kurikulum pendidikan prasekolah pada hari ini, ia lebih banyak memberi tumpuan kepada pendidikan berbentuk formal yang menekankan kepada pencapaian akademik kanak-kanak prasekolah (Rohaty, 1984; Halim, 1989; Fazidah, 2006). Ini bertentangan dengan pandangan pakar perkembangan kanak-kanak (Fortson & Reiff, 1995; Puckett & Diffily, 2004; Driscoll & Nagel, 2005; Gonzalez-Mena & College, 2005) yang kerap menegaskan bahawa adalah perlu menyediakan perkembangan yang menyeluruh kepada kanakkanak. Dengan ini, perkembangan kreativiti dan

estetika perlu dibangkitkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah. Antara yang diusahakan oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktivitiaktiviti seni kreatif yang diperkenalkan sebagai alat dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia mampu memperkembangkan domain intelek, afektif, psikomotor dan emosi-sosial kanakkanak (Edwards, 2006). Objektif Kajian 1. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan di antara persepsi ibu bapa dan guru prasekolah terhadap kepentingan aktiviti seni kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah. 2. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan persepsi guru prasekolah yang signifikan berdasarkan jenis sekolah dan lokasi sekolah terhadap kepentingan aktiviti seni kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah.

EDUCATIONIST Vol. IV No. 1 Januari 2010

ISSN : 1907 - 8838

35

Ling Pik Kuong dan Hasnah Toran

3. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan persepsi ibu bapa yang signifikan berdasarkan jenis sekolah dan lokasi sekolah terhadap kepentingan aktiviti seni kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah. 4. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan tahap kefahaman perlaksanaan aktiviti seni kreatif yang signifikan dalam kalangan guru prasekolah berdasarkan lokasi dan jenis sekolah. 5. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap persepsi dan kefahaman perlaksanaan aktiviti seni kreatif dalam kalangan guru prasekolah. Skop Kajian Kajian tinjauan ini ditujukan kepada ibu bapa serta guru prasekolah yang mempunyai anak/ murid yang berumur 6 tahun. Sepertimana yang ditunjukkan pada Rajah 1 di bawah, kajian ini memfokuskan kepada persepsi kepentingan aktiviti seni kreatif dan juga kefahaman perlaksanaannya dalam pendidikan prasekolah. Kedua-dua kumpulan sampel, iaitu ibu bapa dan juga guru prasekolah akan dikaji persepsi terhadap kepentingan aktiviti

seni kreatif, manakala, untuk kajian kefahaman perlaksanaan aktiviti seni kreatif, ia hanya ditumpukan kepada guru prasekolah sahaja. Selain daripada pengenal pastian tahap persepsi ibu bapa dan guru prasekolah terhadap kepentingan aktiviti seni kreatif, perbandingan skor min juga dilaksanakan antara ibu bapa dan guru prasekolah berdasarkan lokasi sekolah dan jenis sekolah. Begitu juga dengan perbandingan tahap kefahaman guru prasekolah dalam perlaksanaan aktiviti seni kreatif. Perbezaan perbandingan skor min antara sekolah bandar dengan luar bandar serta sekolah swasta dengan prasekolah KPM dianalisis untuk mengesan kumpulan sampel yang perlu diberi pertimbangan wajar dalam perlaksanaan aktiviti seni kreatif. Kerangka Teoritikal Aktiviti Seni Kreatif Kerangka teoritikal aktiviti seni kreatif pada Rajah 2 adalah diadaptasi dan diubahsuai dari huraian kurikulum prasekolah kebangsaan (KPM, 2003). Aktiviti seni kreatif yang dilaksanakan sebagai tools dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah adalah selaras dengan matlamat pendidikan prasekolah yang sudah pastinya mempunyai kesinambungan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Malaysia.

Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian

36

ISSN : 1907 - 8838

EDUCATIONIST Vol. IV No. 1 Januari 2010

Perlaksanaan Aktiviti Seni Kreatif dalam Pendidikan Prasekolah Malaysia

Seperti mana yang tertakluk dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan Malaysia, iaitu Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Ini adalah selaras dengan matlamat pendidikan prasekolah yang bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah. Untuk mencapai matlamat ini, terdapat enam komponen kurikulum prasekolah. Komponenkomponen ini ialah bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, pendidikan kerohanian dan moral, perkembangan sosio-emosi,

perkembangan fizikal serta kreativiti dan estetika. Kesemua komponen ini merupakan kurikulum mata pelajaran yang perlu diajar dan dipelajari oleh kanak-kanak di prasekolah. Kemahiran-kemahiran yang tersenarai dalam kurikulum prasekolah ini merupakan kandungan pengajaran dan pembelajaran yang perlu dikuasai melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dengan mengaplikasikan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan diri, keperluan, kebolehan, bakat dan minat serta latar belakang murid. Oleh itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dikelolakan secara teliti dan sistematik bagi menjamin setiap murid mendapat peluang yang sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sama ada secara kelas, kumpulan ataupun secara individu. Empat pendekatan pengajaran dan pembelajaran diutamakan iaitu pendekatan belajar melalui bermain, pendekatan bertema, pendekatan bersepadu dan penggunaan ICT dalam pembelajaran (KPM, 2003).

Rajah 2: Kerangka Konseptual Aktiviti Seni Kreatif (Diadaptasi dan diubahsuai dari KPM, 2003)

EDUCATIONIST Vol. IV No. 1 Januari 2010

ISSN : 1907 - 8838

37

Ling Pik Kuong dan Hasnah Toran

Rekabentuk Kajian Kajian tinjauan ini mempunyai dua pembolehubah bersandar yang utama. Pertama, persepsi ibu bapa dan guru prasekolah terhadap kepentingan aktiviti seni kreatif. Kedua, kefahaman guru prasekolah dalam perlaksanaan aktiviti seni kreatif. Manakala pembolehubah tidak bersandar atau bebas pula ialah faktor-faktor sekolah seperti lokasi sekolah, iaitu bandar atau luar bandar dan juga jenis sekolah, iaitu prasekolah KPM atau prasekolah swasta. Instrumen Kajian Dalam kajian ini dua instrumen kajian berbentuk soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat berkaitan faktor demografi sekolah, guru dan ibu bapa. Soal selidik yang digunapakai adalah berdasarkan soal selidik penyelidik Chang Yu Hsing yang juga mengkaji persepsi ibu bapa dan guru prasekolah terhadap pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah di Taiwan pada tahun 2003. Kajian ini menggunakan dua instrumen iaitu Instrumen A untuk dijawab oleh guru sekolah prasekolah dan instrumen B untuk dijawab oleh ibu, bapa/penjaga. Instrumen A mengandungi empat bahagian iaitu, Bahagian A mengandungi tujuah soalan berkenaan maklumat demografi responden, Bahagian B mengandungi 20 soalan tentang kepentingan aktiviti seni kreatif,

Bahagian C mengandungi 20 soalan tentang cara perlaksanaan aktiviti seni kreatif; dan Bahagian D mengandungi tiga soalan terbuka, dimana guru bebas memberikan cadangan dan pendapat. Instrumen B pula mempunyai tiga bahagian. Bahagian A mengandungi tujuh soalan berkenaan maklumat demogarfi responden, Bahagian B mengandungi 20 soalan tentang persepsi ibu bapa terhadap aktiviti seni kreatif dan Bahagian C mengandungi dua soalan terbuka, dimana ibu bapa/penjaga bebas memberikan cadangan dan pendapat. Selain daripada kenyataan untuk mengenal pasti persepsi ibu bapa dan guru prasekolah, soal selidik guru prasekolah merangkumi cara pelaksanaan aktiviti seni kreatif dalam empat pendekatan pengajaran dan pembelajaran iaitu pengurusan ruang, masa, pengelolaan aktiviti, sumber/bahan, kefahaman konsep aktiviti seni kreatif serta penilaiannya. Jadual 2 menunjukkan beberapa kenyataan untuk mengenal pasti tahap kefahaman pendidik dalam melaksanakan aktiviti seni kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Setelah skor item negatif dikodkan semula, maka setiap bahagian B dan C yang mengandungi 20 item mempunyai skor maksimum ialah 100 dan skor minimum sebanyak 20. Pengukuran skor kumulatif adalah seperti Jadual 3.

Jadual 1: Contoh kenyataan-kenyataan persepsi terhadap kepentingan aktiviti seni kreatif Item

Kenyataan Keseronokan dalam menjalankan aktiviti seni kreatif membawa kesan pembelajaran yang positif kerana meningkatkan minat murid-murid terhadap pembelajaran. Aktiviti seni kreatif dapat mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang biasa (contohnya, latih tubi). Aktiviti seni kreatif yang memerlukan penerokaan serta imaginasi boleh menggalakkan perkembangan daya kreatif murid-murid.
Jadual 2: Contoh kenyataan-kenyataan kefahaman terhadap pelaksanaan aktiviti seni kreatif

1. 2. 3.

Item

Kenyataan Kebebasan memilih alat dan bahan yang berbeza memberi peluang penerokaan yang pelbagai kepada murid-murid. Aktiviti seni kreatif hanya boleh dijalankan semasa waktu pendidikan seni visual, muzik dan jasmani sahaja. Pelaksanaan aktiviti seni kreatif (contohnya, mereka cipta) memerlukan kos yang tinggi kerana pelbagai alat dan bahan diperlukan.

1. 2. 3.

38

ISSN : 1907 - 8838

EDUCATIONIST Vol. IV No. 1 Januari 2010

Perlaksanaan Aktiviti Seni Kreatif dalam Pendidikan Prasekolah Malaysia

Bagi memperoleh kesahan alat kajian, pengkaji membina inventori menggunakan skala Likert 5 poin, iaitu 1 = Sangat Tidak Bersetuju, 2 = Tidak Bersetuju, 3 = Tidak Pasti, 4 = Setuju dan 5 = Sangat Setuju. Aras kesignifikanan pengujian hipotesis nol ditetapkan pada tahap 0.05. Untuk memastikan tahap kesahan kandungan yang tinggi, draf soal selidik ini diserahkan kepada beberapa penilai untuk mendapatkan komen dan cadangan terhadap kandungan serta format soal selidik tersebut. Panel penilai ini terdiri dari pegawai perancang kurikulum pendidikan awal kanak-kanak, pegawai unit kurikulum Bahagian Pendidikan Guru, pensyarah pakar pendidikan prasekolah, guru-guru prasekolah dan ibu bapa prasekolah. Berdasarkan komen dan cadangan panel penilai dan pensyarah penyelia, banyak perubahan telah dibuat terhadap kandungan dan format soal selidik ini. Pengkaji telah menterjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu dengan bantuan seorang pensyarah Bahasa Inggeris dan juga seorang guru Bahasa Malaysia.

Setelah soal selidik disahkan oleh pakar, ia dirintiskan bagi memperolehi data ujian kebolehpercayaan menggunakan pekali alfa Cronbach. Kajian rintis instrumen A melibatkan 10 orang guru prasekolah KPM dan prasekolah swasta di bandar dan luar bandar daerah Sibu, Sarawak. Manakala kajian rintis instrumen B pula melibatkan 5 orang ibu/ bapa prasekolah KPM dan juga 5 orang ibu/ bapa prasekolah swasta. Responden yang terlibat dalam kajian rintis ini tidak terlibat dalam pengumpulan data sebenar. Hasil daripada ujian rintis ini pengkaji mendapati ke semua item boleh difahami oleh responden kecuali item B.15, B.17 dan B.19. Ketiga-tiga item tersebut dipermudahkan perbendaharaan kata selepas perbincangan dengan pensyarah penyelia kajian ini. Data yang diperolehi daripada kajian rintis dianalisis menggunakan Perisian SPSS Versi 12.0 untuk menguji ketekalan dalaman soal selidik. Untuk memperolehi tahap kebolehpercayaan ketekalan dalaman dan keseragaman item soal selidik,

Jadual 3: Pengukuran skor kumulatif dalam instrumen A dan B

Instrumen A&B

Bahagian B

Skor Kumulatif 85 100 69 - 84 53 - 68 37 - 52 20 - 36

Nilai Min 4.55 5.00 3.55 4.54 2.55 3.54 1.55 2.54 1.00 1.54 4.55 5.00 3.55 4.54 2.55 3.54 1.55 2.54 1.00 1.54 Penting Tidak Pasti Tidak Penting

Catatan Sangat penting

Sangat Tidak Penting Sangat tinggi Tinggi Sederhana Rendah Sangat rendah

85 100 69 - 84 53 - 68 37 - 52 20 - 36

Jadual 4: Keputusan nilai alfa Cronbach dalam kajian rintis

Responden Instrumen A (Kajian Rintis) Guru prasekolah

Bil. Item 20 20

Pernyataan Item Persepsi Pelaksanaan Aktiviti Seni Kreatif Tahap Kefahaman Pelaksanaan Aktiviti Seni Kreatif Persepsi Pelaksanaan Aktiviti Seni Kreatif

Nilai Alfa Cronbach () 0.633 0.794 0.674

Ibu bapa

20

EDUCATIONIST Vol. IV No. 1 Januari 2010

ISSN : 1907 - 8838

39

Ling Pik Kuong dan Hasnah Toran

kajian rintis ini telah diuji dengan menggunakan pekali alfa Cronbach. Nilai alfa yang diperolehi dari kelompok responden masing-masing ditunjukkan pada Jadual 4. Dalam kajian rintis ini, data yang dipungut adalah data selanjar menggunakan skala Likert dan indeks alfa Cronbach yang mengukur nilai alfa antara 0.00 hingga 1.00 (Alias, 1997). Jika nilai alfa Cronbach () menghampiri 1.0 maka kebolehpercayaan adalah tinggi, baik dan berkesan. Hasil dapatan menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan bagi keseluruhan data kajian ini adalah tinggi iaitu 0.7 Dengan ini, soal selidiksoal selidik yang dikemukakan boleh digunapakai dalam konteks budaya di Daerah Sibu, Sarawak. Lokasi Kajian Daerah Sibu merupakan lokasi kajian yang dipilih oleh pengkaji kerana bandar Sibu merupakan bandar yang terbesar di zon tengah Sarawak, sebuah negeri di Malaysia Timur yang terletak di Pulau Borneo. Pertubuhan prasekolah KPM, tadika-tadika persatuan gereja dan juga prasekolah-prasekolah swasta yang lain semakin banyak didirikan di daerah ini sejak tahun 1990. Fenomena ini memberi rangsangan kepada pengkaji untuk mengenal pasti persepsi ibu bapa dan guru prasekolah mengikut kehendak semasa dan masa depan. Kawasan yang terletak di luar jarak 25 km dari pusat bandar Sibu dikategorikan sebagai kawasan luar bandar dan ia bukan di bawah kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Sibu. Pihak kerajaan banyak menumpukan perhatian menubuhkan prasekolah di kawasan luar bandar, manakala penganjur swasta banyak menubuhkan prasekolah di bandar yang berdekatan dengan sumber murid. Anak-anak murid yang berdaftar di tadika swasta dikenakan yuran sekolah sebagai sumber kewangan pengendalian tadika swasta, manakala yuran sekolah bagi anak-anak murid prasekolah KPM yang ditubuhkan oleh kerajaan adalah percuma. Bilangan prasekolah KPM didapati lebih banyak daripada prasekolah swasta. Namun, kanak-kanak yang mendaftar di prasekolah swasta adalah jauh lebih banyak kalau

dibandingkan dengan prasekolah KPM. Ini kerana bilangan kelas di prasekolah KPM adalah terhad dan ia hanya merangkumi satu atau dua kelas sahaja dengan jumlah maksimum anak murid dalam setiap kelas adalah 25 orang sahaja. Lebihlebih lagi, prasekolah KPM hanya membekalkan perkhidmatan pendidikan selama setahun sahaja, manakala prasekolah swasta membekalkan perkhidmatan pendidikan selama 2 hingga 4 tahun, iaitu sejak umur 3 hingga 6 tahun bagi anak-anak murid yang berdaftar. Gejala ini menggalakkan penubuhan prasekolah swasta di Daerah Sibu. Penubuhan prasekolah swasta banyak digiatkan oleh persatuan-persatuan gereja seperti Gereja Methodist dan Gereja Katolik untuk tujuan ajaran agama di samping memberi perkhidmatan pendidikan prasekolah. Kebanyakan prasekolah kelolaan persatuan gereja ini mempunyai premis bangunan sendiri dan bilangan anak murid adalah antara dua hingga tiga ratus orang sekiranya ia terletak di kawasan bandar. Selain itu, terdapat juga penganjur dan pengusaha swasta yang menubuhkan prasekolah untuk tujuan mencari keuntungan. Yuran yang dikenakan oleh prasekolah ini adalah lebih mahal jika dibandingkan dengan prasekolah kelolaan persatuan gereja dan juga prasekolah KPM. Oleh kerana tiada rekod yang rasmi berkaitan bilangan prasekolah yang ada di Daerah Sibu di Jabatan Pendidikan Gabungan Bahagian Sibu, maka pemilihan sampel kajian adalah berdasarkan persampelan kluster pelbagai peringkat kerana anggaran populasi diusahakan dari peringkat lokasi prasekolah dan juga jenis sekolah. Demografi Sampel Kajian Dalam kajian ini, sebanyak 40 buah prasekolah telah dipilih dan borang soal selidik telah diedarkan melalui kiriman pos kepada guru prasekolah dan ibu bapa di sekolah masing-masing. 53 orang guru prasekolah dan 253 orang ibu/bapa/penjaga kepada anak murid yang bersekolah di prasekolah telah memberi respon kepada kajian ini. Jadual 5 dan 6 merupakan profil latar belakang responden.

40

ISSN : 1907 - 8838

EDUCATIONIST Vol. IV No. 1 Januari 2010

Perlaksanaan Aktiviti Seni Kreatif dalam Pendidikan Prasekolah Malaysia

Jadual 5: Profil Latar Belakang Responden (Guru Prasekolah)

PROFIL Jenis sekolah Lokasi sekolah Jantina Prasekolah KPM Prasekolah Swasta Bandar Luar Bandar Perempuan Lelaki Bawah 20 tahun Umur 20 - 30 tahun 31 - 40 tahun 41 ke atas Melayu Kaum Cina Bumiputra Sarawak Lain-lain Tahap pendidikan guru (n=53) Pengalaman Mengajar (n=53) Sijil Pelajaran Malaysia Sijil/ Diploma Perguruan Ijazah Sarjana Muda ke atas Kurang dari 1 tahun 1 hingga 5 tahun 6 hingga 10 tahun 11 tahun ke atas Pendidikan Prasekolah Pengkhususan Guru Pendidikan ( bukan bidang Prasekolah) Lain-lain Tanpa rekod (missing) Kurang dari 10 orang Bilangan murid dalam satu kelas 11 20 orang 21 30 orang 31 orang ke atas

KEKERAPAN 27 26 39 14 48 5 3 32 15 3 9 29 15 0 25 26 2 3 17 19 14 13 13 3 24 32 1 19 1

PERATUSAN 50.9 49.1 73.6 26.4 90.6 9.4 5.7 60.4 28.3 5.7 17.0 54.7 28.3 0 47.2 49.0 3.8 5.7 32.1 35.8 26.4 24.5 24.5 5.7 45.3 60.4 1.9 35.8 1.9

EDUCATIONIST Vol. IV No. 1 Januari 2010

ISSN : 1907 - 8838

41

Ling Pik Kuong dan Hasnah Toran

Jadual 6: Profil Latar Belakang Responden (Ibu/ bapa)

PROFIL Jenis sekolah Lokasi sekolah Jantina Prasekolah KPM Prasekolah Swasta Bandar Luar Bandar Perempuan Lelaki Bawah 20 tahun Umur 20 - 30 tahun 31 - 40 tahun 41 ke atas PMR ke bawah Kelayakan akademik SPM Diploma/ Sijil Perguruan Ijazah Sarjana Muda ke atas Tanpa rekod (missing) Melayu Kaum Cina Bumiputra Sarawak Lain-lain Lokasi Rumah Bandar Luar Bandar Kurang dari RM1,000 Pendapatan Bulanan keluarga RM1,001 2,000 RM2,000 4,000 RM4,001 6,000 RM6,001 ke atas Kurang dari 10 orang Bilangan anak dalam satu keluarga 11 20 orang 21 30 orang 31 orang ke atas

KEKERAPAN 129 124 181 72 174 79 2 76 126 49 70 113 46 26 0 24 146 82 1 176 77 81 70 65 34 3 44 144 55 10

PERATUSAN 51.0 49.0 71.5 28.5 68.8 31.2 0.8 30.0 49.8 19.4 27.7 44.7 18.2 9.5 0 9.5 57.7 32.4 4.0 69.9 30.4 32.0 27.7 25.7 13.4 1.2 17.4 56.9 21.7 4.0

42

ISSN : 1907 - 8838

EDUCATIONIST Vol. IV No. 1 Januari 2010

Perlaksanaan Aktiviti Seni Kreatif dalam Pendidikan Prasekolah Malaysia

Dapatan kajian Untuk perbandingan persepsi antara ibu bapa dan guru prasekolah terhadap kepentingan aktiviti seni kreatif dalam pendidikan prasekolah, ujian-t telah dijalankan dan keputusannya dipaparkan pada Jadual 7. Keputusan Ujian-t ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan pada aras p > 0.05, di mana nilai t = 1.608 dan p = 0.109. Kedua-dua pihak yang memainkan peranan penting dalam perkembangan kanakkanak masing-masing setuju tentang kepentingan aktiviti seni kreatif dalam pendidikan prasekolah. Ini memberi gambaran bahawa perlaksanaan aktiviti seni kreatif dialu-alukan oleh ibu bapa dan guru prasekolah. Selain daripada skor min yang homogenous antara persepsi ibu bapa dan guru prasekolah, perbezaan skor min yang tidak signifikan juga diperolehi daripada perbandingan persepsi dalam kalangan guru prasekolah berdasarkan jenis sekolah dan lokasi sekolah berkaitan kepentingan aktiviti seni kreatif. Ini dijelaskan lagi dengan menggunakan keputusan ujian ANOVA-dua hala pada Jadual 8.

Keputusan ujian ANOVA-dua hala di atas, telah menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada aras p<0.05 kepada kesemua punca variasi ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi guru prasekolah yang tinggi terhadap kepentingan aktiviti seni kreatif tidak dipengaruhi oleh faktor lakasi sekolah dan jenis sekolah. Untuk perbandingan persepsi ibu bapa terhadap kepentingan aktiviti seni kreatif berdasarkan jenis sekolah dan lokasi sekolah pula, keputusan ujian ANOVA-dua hala yang dipaparkan pada Jadual 9 telah untuk menunjukkan perbezaan skor min yang signifikan pada aras p<0.05 bagi punca variasi lokasi sekolah dan jenis sekolah. Ibu bapa dari prasekolah KPM luar bandar telah memberi pemarkahan persepsi yang paling rendah berkaitan kepentingan aktiviti seni kreatif. Kumpulan ibu bapa ini juga dikesan mempunyai tahap pendidikan yang lebih rendah dan ini mungkin merupakan salah satu penyebab terhadap skor tahap persepsi yang rendah itu. Nilai partial eta square sebanyak 0.044 dan 0.071 telah menunjukkan pengaruh pembolehubah lokasi sekolah tini adalah pada tahap sederhana

Jadual 7: Keputusan Ujian-t persepsi ibu bapa dan guru prasekolah

Kumpulan Responden Guru Prasekolah Ibu bapa

n 53 253

Min 4.116 4.026

Sisihan Piawai 0.372 0.369

Nilai-t 1.608

Sig. 0.109

Jadual 8: Keputusan ujian ANOVA-dua hala bagi persepsi guru prasekolah

Punca Variasi Lokasi sekolah Jenis sekolah Lokasi*jenis sekolah

Jumlah Kuasa Dua 6.859 0.484 12.928

DK 1 1 1

F 0.118 0.008 0.222

Sig. ( p) 0.733 0.928 0.639

Jadual 9: Keputusan ujian ANOVA-dua hala bagi persepsi ibu bapa

Jumlah Punca variasi Lokasi sekolah Jenis sekolah Lokasi*jenis sekolah


* signifikan pada p<0.05

Kuasa Dua 1.383 2.298 0.201

DK 1 1 1 11.417 18.976 1.657

Sig. (p) 0.001* 0.000* 0.199

Partial eta square 0.044 0.071 0.007

EDUCATIONIST Vol. IV No. 1 Januari 2010

ISSN : 1907 - 8838

43

Ling Pik Kuong dan Hasnah Toran

menurut garisan panduan Cohen (1988) yang dipetik oleh Pallant (2005). Walaubagaimanapun, kesan interaksi antara lokasi sekolah dengan jenis sekolah tidak dikesan mempunyai perbezaan skor min yang signifikan. Selain daripada kajian persepsi kepentingan aktiviti seni kreatif, kajian berkaitan tahap kefahaman guru prasekolah dalam perlaksanaan aktiviti seni kreatif juga dijalankan dengan menggunakan soal selidik dan ia dipaparkan pada Jadual 10. Keputusan Jadual 10 telah memberi gambaran bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi perbezaan tahap kefahaman perlaksanaan aktiviti seni kreatif di antara guru sekolah dengan guru prasekolah swasta. Saiz kesan berdasarkan jenis sekolah adalah besar kerana partial eta square yang bernilai 0.106. Guru prasekolah KPM jelas mempunyai tahap kefahaman yang lebih tinggi kalau dibandingkan dengan guru prasekolah sekolah swasta. Ini mungkin disebabkan oleh perbezaan tahap pendidikan guru prasekolah. Kebanyakan guru prasekolah swasta tidak pernah

dilatih kemahiran keguruan dan mereka juga tidak pernah didedahkan kaedah perlaksanaan aktiviti seni kreatif. Jurang perbezaan dalam tahap pendidikan dalam kalangan guru prasekolah harus ditangani dengan segara untuk meningkatkan keberkesanan perlaksanaan aktiviti seni kreatif di peringkat prasekolah di seluruh Malaysia. Untuk tujuan tinjauan yang lebih terperinci, data kualitatif juga dikumpul untuk mengenal pasti kehendak dan cita rasa guru prasekolah dalam perlaksanaan aktiviti seni kreatif. Jadual 11 merupakan rekod kefahaman guru prasekolah dalam perlaksanaan aktiviti seni kreatif. Berdasarkan Jadual 11, 59.6% responden mengatakan bahawa perlaksanaan aktiviti seni kreatif dalam kelas prasekolah adalah tidak mudah. Faktor yang paling mencabar perlaksanaan aktiviti seni kreatif ialah kawalan kelas dan pengolahan idea aktiviti kreatif dalam seni. Didapati sebanyak 36.6% guru prasekolah gemar menjalankan latih tubi kemahiran 3M dalam kelas. Memperbanyakkan latihan membaca, menulis dan mengira merupakan

Jadual 10: Keputusan ujian ANOVA-dua hala bagi kefahaman guru prasekolah

Jumlah Punca variasi Lokasi sekolah Jenis sekolah Lokasi*jenis sekolah


* signifikan pada p<0.05

Kuasa Dua 71.216 516.764 118.705

DK 1 1 1 0.799 5.794 1.331

F 0.376

Sig. (p) 0.020* 0.254

Partial eta square 0.016 0.106 0.026

Jadual 11: Taburan kefahaman guru prasekolah melalui data kualitatif Perkara

Peratusan (%) Tidak Mudah Mudah Kawalan kelas 59.6 40.4 94.2 46.2 15.4 59.6 95.9 36.6 14.6 29.3 9.8 7.3 2.4

Perlaksanaan aktiviti seni kreatif

Faktor mencabar dalam Kawalan masa Perlaksanaan aktiviti Ruang bilik darjah yang sempit seni kreatif Kekurangan alat dan bahan Pengolahan idea aktiviti kreatif dalam seni Latih tubi untuk kemahiran 3M. Aktiviti permainan kanak-kanak. Aktiviti P&P yang digemari Aktiviti seni seperti kraf, seni lukis, seni muzik, lakonan dan seni pergerakan kreatif. Pembelajaran melalui komputer atau media elektronik yang lain. Pembelajaran luar bilik darjah seperti lawatan. Pembelajaran akses kendiri

44

ISSN : 1907 - 8838

EDUCATIONIST Vol. IV No. 1 Januari 2010

Perlaksanaan Aktiviti Seni Kreatif dalam Pendidikan Prasekolah Malaysia

aktiviti yang paling mudah khasnya dalam aspek kawalan kelas. Walaupun 29.3% guru prasekolah yang suka memilih aktiviti seni kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ramai daripada mereka tetap mengaku bahawa perlaksanaannya merupakan satu cabaran. Untuk melihat perbezaan tahap kefahaman dan persepsi perlaksanaan aktiviti seni kreatif dalam kalangan guru prasekolah, ujian-t dijalankan dan keputusannya dipaparkan pada Jadual 12. Menurut Jadual 12, terdapat perbezaan skor min yang signifikan antara kefahaman dan persepsi guru prasekolah. Persepsi guru prasekolah yang tinggi (min=4.116) terhadap kepentingan perlaksanaan aktiviti seni kreatif tidak membawa kesan kepada kefahaman perlaksanaannya yang tinggi (min=3.506). Dalam perkataan lain, persepsi guru prasekolah tidak memberi sumbungan dalam meningkatkan tahap kefahaman guru prasekolah dalam perlaksanaan aktiviti seni kreatif. Dalam hal ini, perlu rangsangan luar seperti bengkel, kursus dan latihan adalah perlu untuk meningkatkan kefahaman guru prasekolah dalam perlaksanaan aktiviti seni kreatif. Perbincangan Perlaksanaan aktiviti seni kreatif paling diterima baik oleh ibu bapa prasekolah swasta di bandar manakala ibu bapa prasekolah KPM di luar bandar kurang sedar tentang kepentingan aktiviti seni kreatif ini. Mereka telah memberi pemarkahan yang sederhana sahaja bagi persepsi kepentingan perlaksanaan aktiviti seni kreatif. Tahap pendidikan yang rendah mungkin merupakan salah satu penyebab. Oleh yang demikian, panggilan ibu bapa prasekolah KPM luar bandar untuk taklimat dan kursus pendedahan konsep serta fungsi perlaksanaan aktiviti seni kreatif adalah langkah wajar yang harus diambil oleh perancang kurikulum atau pelaksana aktiviti seni kreatif. Proses didikan ibu bapa ini merupakan salah satu proses penyebaran kurikulum yang tidak boleh diabaikan kerana kefahaman ibu bapa yang tinggi

terhadap perlaksanaan aktiviti seni kreatif tentu dapat merangsang dan memberi kesan positif bagi meningkatkan mutu proses pembelajaran kanakkanak prasekolah sama ada di rumah ataupun di sekolah. Walau bagaimanapun, skor min yang tinggi bagi persepsi ibu bapa dan guru prasekolah terhadap kepentingan aktiviti seni kreatif telah memberi gambaran bahawa mereka masingmasing sedar akan kepentingan aktiviti seni kreatif dalam perkembangan kanak-kanak prasekolah. Ini merupakan kehendak dan trend semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah. Untuk memenuhi kehendak ini, adalah perlu bagi setiap guru prasekolah mempunyai kefahaman yang tinggi dalam perlaksanaan aktiviti seni kreatif agar ia berjaya dilaksanakan di semua prasekolah di Malaysia tanpa mengira jenis sekolah ataupun lokasinya. Malangnya, tahap kefahaman guru prasekolah terhadap perlaksanaan aktiviti seni kreatif adalah lebih rendah kalau dibanding dengan pemarkahan yang tinggi untuk persepsi kepentingan aktiviti seni kreatif. Ini memberi gambaran bahawa persepsi yang tinggi tidak membantu atau memberi inisiatif kepada guru prasekolah untuk meningkatkan kefahaman perlaksanaan aktiviti seni kreatif. Maka,usaha-usaha dari luar perlu dirancang untuk meningkatkan kefahaman guru prasekolah dalam perlaksanaan aktiviti seni kreatif. Sepertimana yang disarankan oleh Noami Flynn (2007) dalam laporan penyelidikannya, pengetahuan subjek dan pengalaman pedagogi pasti membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Kebanyakan guru prasekolah masih kurang kefahaman dan keyakinan dalam mengaplikasikannya dalam kelas. Kesan lokasi sekolah atas aspek geografi yang tidak signifikan bagi tahap kefahaman guru prasekolah telah memberi implikasi bahawa perlaksanaan aktiviti seni kreatif adalah sesuatu kefahaman baru tanpa penyebaran yang berkesan sama ada di bandar dan juga di luar Bandar. Aspek geografi bukan merupakan

Jadual 12: Keputusan Ujian-t antara tahap persepsi dan kefahaman perlaksanaan aktiviti seni kreatif

Punca variasi Persepsi Kefahaman


* signifikan pada p<0.05

Min 4.116 3.506

n 53

Nilai-t -7.978 52

DK

Sig. (2-tailed) .000*

EDUCATIONIST Vol. IV No. 1 Januari 2010

ISSN : 1907 - 8838

45

Ling Pik Kuong dan Hasnah Toran

masalah penyebaran kurikulum di Daerah Sibu, Sarawak, malah yang mungkin merupakan penyebab kekurang-fahaman perlaksanaan aktiviti seni kreatif ialah perbezaan tahap pendidikan pada guru prasekolah swasta dan guru prasekolah KPM. Oleh yang demikian, semua guru prasekolah terutamanya guru prasekolah swasta perlu dilatih dan diberi kursus atau bengkel untuk meningkatkan kefahaman terhadap perlaksanaan aktiviti seni kreatif sebagai alat dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah demi menjamin kualiti pendidikan prasekolah di Malaysia. Bukan itu saja, para penyelia prasekolah haruslah mewujudkan program-program pengayaan ilmu untuk memotivasikan guru-guru agar berinisiatif meneroka pelbagai cara perlaksanaan aktiviti seni kreatif. Dengan adanya program-program seperti bengkel-bengkel peningkatan ilmu serta pengkongsian idea, maka guru-guru prasekolah dapat memperoleh ilmu yang berguna dalam meningkatkan tahap kefahaman mereka terhadap perlaksanaan aktiviti seni kreatif. Penguatkuasaan kurikulum aspek perkembangan kreativiti dan estetika harus dipandang serius oleh semua pihak yang berkenaan. Pemantauan disertai dengan bengkel atau kelas-kelas demonstrasi boleh dipertimbangkan oleh pihak yang berkuasa. Dalam hal perlaksanaan aktiviti seni kreatif ini, kekurangan yang paling ketara ialah dokumentasi perlaksanaan aktiviti seni kreatif dalam huraian kurikulum prasekolah secara terperinci dan lengkap. Ini merupakan satu cabaran kualiti kurikulum pendidikan prasekolah di Malaysia. Sepertimana langkah yang diambil oleh Wolf (1982) dalam buku Handbook of Curriculum Change, beliau memandang serius perkembangan seni dalam kurikulum sehingga ditegaskannya bahawa pengajaran seni ini tidak sepatutnya pada tahap

pendedahan sahaja dalam sistem pendidikan, ia harus dimasukkan sebagai pembelajaran yang memerlukan satu kurikulum yang teliti dan rapi. Penutup Secara keseluruhan, kajian ini memperlihatkan persepsi ibu bapa dan guru prasekolah terhadap kepentingan aktiviti seni kreatif untuk memberi rekomendasi yang tinggi demi perlaksanaan aktiviti tersebut dalam pendidikan prasekolah. Selain itu, perbandingan perbezaan skor min antara persepsi ibu bapa dan guru prasekolah berdasarkan lokasi sekolah dan jenis sekolah memberi perspektif dan fokus yang jelas terhadap kelompok ibu bapa dan guru prasekolah yang perlu diberi perhatian lebih spesifik dalam perlaksanaan aktiviti seni kreatif. Tindakan atau projek yang membantu perlu ditujukan kepada ibu bapa KPM luar bandar kerana kumpulan ini hanya memberi pemarkahan yang sederhana tinggi bagi persepsi kepentingan aktiviti seni kreatif. Pendedahan konsep dan fungsi aktiviti seni kreatif perlu didedahkan kepada kumpulan ini. Walaupun faktor lokasi sekolah dan jenis sekolah tidak menjejaskan pemarkahan persepsi dikalangan guru prasekolah, tahap kefahaman guru prasekolah tidak didapati pada tahap yang memuaskan sepertimana yang diharapkan. Perbezaan skor min yang signifikan bagi tahap kefahaman guru prasekolah kerajaan dan swasta perlu dipandang serius oleh pihak yang berkuasa terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia. Usaha mengurangkan jurang perbezaan tahap pendidikan guru prasekolah adalah perlu demi mengoptimakan perlaksanaan aktiviti seni kreatif untuk perkembangan menyeluruh, bersepadu dan seimbang bagi kanak-kanak.

46

ISSN : 1907 - 8838

EDUCATIONIST Vol. IV No. 1 Januari 2010

Perlaksanaan Aktiviti Seni Kreatif dalam Pendidikan Prasekolah Malaysia

Rujukan Craft, A. 2005. Creativity in schools: tensions and dilemmas. London: Routledge Campbell, P.S., Scoot-Kassner, C., & Kassner, K. 2006. Music in childhood: from preschool through the elementary grades (3rd ed.). USA: Thomson Schirmer. Dauer, V.P., & Pangrazi, R. P. 1975. Dynamic Physical Education for elementary school children (5th ed.). USA: Burgess. Driscoll, A., & Nagel, N.G. 2005. Early childhook education, brith8: the world of children, families and educators. USA: Pearson. Driscoll, A., & Nagel, N.G. 2008. Early childhook education, brith 8: the world of children, families and educators. (4th ed.). USA: Pearson Education, Inc. Edwards, L. C. 2006. The creative arts: a process approach for teachers and children (4th ed.). New Jersey: Pearson. Fortson, L.R., & Reiff, J.C. 1995. Early childhood curriculum: open structures for integrative learning. USA: Allyn & Bacon. Gonzalez-Mena, J., & College, N.V. 2005. Resources for observation and reflection. New York: McGraw Hill.

Isbell R.T., & Raines S. C. 2003. Creativity and the arts with young children. Canada: Thomson Delmar Learning. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Lowenfeld, V., & Brittain, W. L. 1975. Creative and mental growth (6th ed.). New York: Macmilan. Naomi Flynn. 2007. What do effective teachers of literacy do?:subject knowledge and pedagogical choices for literacy. In Literacy, 41(3), 137-146. Pallant, J. 2005. SPSS survival manual: a step by step guide to data analysis using SPSS for Windows version 12 (2nd ed.). New York: Open University Press. Puckett, M.B., & Diffily, D. 2004. Teaching young children: an introduction to the early childhood professional (2nd ed.). Canada: Thomson, Delmar Learning. Pusat Perkembangan Kurikulum. 2008. Early Childhood Care and Education Policy Implementation Review 2007. Wolf, D.P. 1982. Becoming knowledge: the evolution of art education curriculum. In Handbook of curriculum change.

EDUCATIONIST Vol. IV No. 1 Januari 2010

ISSN : 1907 - 8838

47

Vous aimerez peut-être aussi