Vous êtes sur la page 1sur 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT

KERTAS KERJA

ASRAMA CERIA
TEMPAT: IPG KAMPUS KENT
ANJURAN: BIRO KEDIAMAN PELAJAR JPP DENGAN KERJASAMA: MAJLIS WARDEN IPG KAMPUS KENT

1.

Pendahuluan

Pelaksanaan Asrama Ceria merupakan program yang dilaksanaan di peringkat IPG Kampus Kent. Program anjuran Biro Kediaman Pelajar dengan kerjasama Majlis Warden dan AJK Kolaj Kediaman ini melibatkan penghuni kediaman pelajar IPG Kampus Kent. Pelbagai aktiviti diadakan, antaranya ialah Pertandingan Aras 1 Malaysia, Pertandingan Keceriaan Aras, Hari Keceriaan Asrama dan Pertandingan Aras Cemerlang. Dengan adanya aktiviti seperti ini, aktiviti aktiviti yang di rancang dapat diikuti oleh semua penghuni kolej kediaman selain dapat mengeratkan silaturahim antara warga Kent bertepatan dengan konsep 1 Malaysia.

2.

RASIONAL

Rasional pelaksanaan program Asrama Ceria ini adalah untuk menceriakan Kolaj Kediaman Pelajar IPG Kampus Kent.

3.

OBJEKTIF

Ojektif program ini dijalankan adalah untuk:

i. ii.

Melibatkan pelatih dengan aktiviti di Kolaj Kediaman Memberi kesedaran dalam kalangan pelajar tentang tanggungjawab sebagai penghuni kolaj kediaman.

iii. iv. v.

Mengeratkan silaturrahim dalam kalangan guru pelatih Menceriakan lagi persekitaran kolej kediaman. Meningkatkan semangat di kalangan penghuni kolej kediaman untuk lebih menceriakan kediaman masing-masing.

4.

TEMPOH DAN TEMPAT

Program ini akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

Tempoh

: Sepanjang tahun

Tempat

: IPG Kampus Kent

5.

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada para pelatih yang tinggal di kolaj kediaman pelajar.

6.

AKTIVITI ASRAMA CERIA

a. Pertandingan Aras Ceria Dilaksanakan sepanjang tahun dan keputusan penilaian akan diumumkan pada setiap bulan di perhimpunan HEP. Aras yang paling ceria akan menerima sijil penganugerahan. Pertandingan dijalankan mengikut blok kolej kediaman masing-masing.

b. Pertandingan Aras 1 Malaysia Dilaksanakan pada musim perayaan. Aras yang menunjukkan keceriaan yang berkaitan dengan perayaan akan menerima hadiah berupa hamper dan sijil. Pertandingan dijalankan mengikut blok kolej kediaman masing-masing.

c. Hari Ceria Asrama Dijalankan sekali dalam sebulan untuk menceriakan kawasan asrama masing-masing. Penekanan diberikan pada keadaan persekitaran asrama.

d. Anugerah Aras Cemerlang Penganugerahan ini diberikan kepada aras yang paling ceria sepanjang tahun 2013.

e. Demonstrasi dan latihan kebakaran Dijalankan pada bulan Ogos melibatkan semua pelatih kolej kediaman pelajar. f. Ceramah dan kuiz tentang SEMARAK API Dijalankan pada 5 Julai 2013 dengan kerjasama Jabatan Bomba Tuaran.

g. Fogging Dilaksanakan pada 29 April 2013 pada sebelah petang untuk membasmi nyamuk.

7.

SENARAI PERALATAN YANG DIPERLUKAN

Stor pusat :

BIL. 01 02 03 04 Penyapu

PERALATAN

KUANTITI 36 batang 10 bungkus 24 bungkus 100 keping

Plastik sampah Serbuk pencuci Sijil

8.

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil 01

Perkara Pertandingan Aras Satu Malaysia Johan Naib Johan Ketiga

Kuantiti

Unit

Harga seunit

Jumlah

Jumlah keseluruhan

3 3 3 3

Buah Buah buah bungkus

RM 50 RM 40 RM 30 RM 100

RM 150 RM 120 RM 90 RM 300 RM 360 RM 300 RM 660

02

Pertandingan aras cemerlang

JUMLAH KESELURUHAN

9.

AHLI JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG Datuk Mary Teresa Kinajil Pengarah IPG Kampus Kent, Tuaran

PENASIHAT Encik Romli B. Darus Timbalan Pengarah IPG Kent, Tuaran

PENGERUSI Puan Nancy Loo Kason Ketua Jabatan HEP Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

PENYELARAS Puan Juliana Dumpil Penasihat JPP Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

BENDAHARI Encik Richard John Pegawai Eksekutif Kanan

AHLI JAWATANKUASA MAJLIS WARDEN Encik syhibin Bin Japar Encik Simon Gihol Cik Dayang Mayang Awg. Abas Encik Amidy Malagob Pn. Julita Buin

10.

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI PROGRAM Mohd Noor Syazwan Bin Japlus Yang Di-Pertua JPP

NAIB PENGERUSI PROGRAM Mohd. Alif Haiqal Bin Tarmizi Naib Yang Di-Pertua Jawatankuasa PP

SETIAUSAHA Nurul Atika Bt. Ripin Setiausaha Agung JPP

NAIB SETIAUSAHA Ariathy Fairuz Bt. Ali Naib Setiausaha Agung JPP

BENDAHARI Mohamad Naim Bin Azhar Bendahari Kehormat JPP

NAIB BENDAHARI Mohd.Nazrin Bin Ibrahim Naib Bendahari Kehormat JPP

PENGARAH PROGRAM Lawrence Anak Belong Ketua Biro Kediaman Pelajar

NAIB PENGARAH PROGRAM Hazuriana Bt. Hajmi Timbalan Biro Kediaman Pelajar

11. PENUTUP

Program ini merupakan satu program yang boleh menimbulkan kesedaran terhadap guru pelatih betapa pentingnya menjaga keceriaan asrama. Dengan adanya program seperti ini, guru-guru pelatih di institut ini akan lebih mengenali antara satu sama lain dan dapat menyemai sikap kerjasama di kalangan pelajar. Pelaksanaan program ini diharap mampu mewujudkan sebuah komuniti Institut Pendidikan Guru yang bekerja secara bersama serta dapat hidup secara toleransi dan mesra.

Akhir sekali, pelaksanaan Program Asrama Ceria diharap dapat memberikan ilmu pengetahuan dan pengalaman tentang aktiviti kolaj kediaman dalam kalangan pelajar melalui aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan. Di samping itu, komitmen dan kerjasama menyeluruh daripada semua pihak amat diperlukan untuk memastikan aktiviti ini berjalan dengan lancar. Kerjasama yang dihulurkan daripada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh:

(LAWRENCE ANAK BELONG ) Pengerusi Biro Kediaman Pelajar, Jawatan Kuasa Perwakilan Pelajar, IPG Kampus Kent. Tarikh:

Disemak oleh:

(SYHIBIN BIN JAPAR) Penasihat Biro, Biro Kediaman Pelajar JPP, IPG Kampus Kent. Tarikh:

Disahkan oleh :

(JULIANA DUMPIL) Penasihat JPP, IPG Kampus Kent. Tarikh :

Disokong oleh:

(NANCY LOO KASON) Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Kent. Tarikh :

Diluluskan oleh:

(DATUK MARY TERESA KINAJIL) Pengarah, IPG Kampus Kent. Tarikh:

___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

Vous aimerez peut-être aussi