Vous êtes sur la page 1sur 35

BIOLOGI ASAS

HOMEOSTASIS
DEFINISI: Homeostasis dirujuk sebagai pengekalan atau mekanisma kawal atur persekitaran dinamik dalaman (badan organisma) yang malar.

Terdapat 3 komponen pada sistem homeostasis yaitu: 1. sensor/reseptor 2. pusat kontrol/integrator 3. efektor

Utk memelihara homeostasis harus ada komunikasi internal berupa sistem saraf dan hormon. Kedua-dua sistem tersebut bekerja secara bersamasama atau sendiri dalam pengaturan homeostasis. Cth : dalam keadaan kontraksi otot yg aktif meningkatkan kadar CO2 dan menurunkan kadar O2 dalam darah dideteksi oleh sistem saraf dan sistem hormon dilakukan aktifitas agar kondisi seimbang tercapai.

Terdapat 2 jenis pemalar atau keadaan mantap dalam homeostasis iaitu

1. Sistem tertutup - Keseimbangan statik Dimana keadaan dalam yang tidak berubah seperti botol tertutup.
2. Sistem terbuka - Keseimbangan dinamik Dimana keadaan dalam yang malar walaupun sistem ini terus berubah contohnya seperti sebuah kolam di dasar air terjun.

Organisma mempunyai 2 persekitaran iaitu:

1. Persekitaran luar iaitu persekitaran yang mengelilingi

organisma secara keseluruhan. Organisma akan hidup secara berkongsi dengan organismaorganisma(biosis) dan objek-objek yang bukan hidupan(abiosis). 2. Persekitaran dalam iaitu persekitaran dinamik dalam badan manusia yang terdiri daripada bendalir yang mengelilingi komuniti sel-sel yang membentuk badan.

Biosis ialah komponen hidupan iaitu meliputi semua organisma hidupan. Contoh komponen biosis ialah: Manusia Tumbuhan Haiwan

Abiosis ialah komponen bukan hidupan seperti: Suhu Nilai pH Keamatan cahaya Kelembapan Topografi Iklim

Perubahan persekitaran
Perubahan kecil dalam persekitaran dinamik dalam badan boleh menyebabkan sel-sel mati.Contoh-contoh yang akan menyebabkan sel-sel mati walaupun dalam julat kecil ialah seperti: Dehidrasi - Kurang air Zat makanan yang kurang Sisa toksik dikumpul dalam badan Suhu berubah dengan mendadak

Faktor yang perlu dikawal


Setiap faktor-faktor mempunyai julat-julat tertentu yang boleh mempengaruhi persekitaran dinamik. Contoh beberapa faktor dalam bendalir yang perlu dikawal atur julatnya: pH - 7.3pH - 7.4pH, berbeza dengan salur alimentari julat pH adalah berbeza-beza pada tempat tertentu. Suhu - 37oC - 39oC Glukosa - 4.4 - 5.5 mmol/dm3 Urea - 3.3 - 6.6 mmol/dm3

Kepentingan Homeostasis
Antara kepentingannya ialah: Memboleh organisma mengadaptasi kepada persekitaran luar yang mempunyai julat dan habitat yang lebih luas. Menyediakan keadaan dalaman (persekitaran dinamik dalam badan organisma) yang stabil supaya sel-sel dapat menjalankan hidup dengan cekap. Membolehkan kadar metabolisma dikawal dengan cekap pada bila-bila masa. Boleh enzim-enzim menjalan fungsinya dengan optimum.

Mekanisme Homeostasis
Mekanisme ini dikawal oleh otak terutama hipotalamus. Hipotalamus terangsang akan merangsang koordinasi badan. Proses ini akan berterusan sehingga persekitaran dinamik dalam badan akan berada pada julat yang normal.

2 koordinasi badan yang terlibat ialah: Kordinasi Kimia - Seperti Hormon Kordinasi Saraf - Seperti Impuls saraf

Antara proses-proses yang terlibat ialah:


Suap balik positif - Contoh deman, badan akan

bertambah panas untuk membunuh bakteria dan virus. Suap balik negatif - Contoh keadaan panas, badan akan dikawalatur untuk mengurangkan haba daripada badan.

Contoh homeostasis yang ringkas ialah


Apabila cuaca panas, sistem kulit akan bertindak balas

dengan mengeluarkan peluh melalui kelenjar peluh pada epidermis kulit untuk mencegah suhu darah daripada meningkat. Salur darah pula akan mengembang untuk mengeluarkan haba ke persekitaran dan hal ini kadang kala menyebabkan kulit berwarna merah.
Apabila aras glukosa dalam darah telah habis atau

berkurangan daripada julat tertentu, hati akan dirangsang oleh insulin untuk menukarkan glikogen kepada glukosa supaya dapat digunakan sebagai tenaga untuk tindakan otot.

Antara organ-organ yang terlibat dalam kawalatur homeostasis ialah: Hati Ginjal Kulit

Pembuangan sisa metabolik


Paru-paru
CO2, hasil akhir terbesar metabolisme

Ginjal
sisa metabolisme sel: asam urat, urea kelebihan air dan ion

Kulit
air, mineral

Proses Pengosmokawalaturan dalam Badan Manusia

Ginjal adalah organ yang terlibat dalam proses pengosmokawalaturan. Dalam penghasilan air kencing, jumlah air yang diserap semula di liku Henle menimbulkan dua kemungkinan iaitu: Apabila lebih garam dalam badan dan kurang air Apabila kurang garam dalam badan dan lebih air

Air kencing Proses pembentukan air kencing terdiri daripada 3 proses iaitu: Proses Ultraturasan Proses Penyerapan Semula Proses Pembuangan Air Kencing

Diantara bahan beracun yang disalur keluar ialah: Urea Asid urik Ammonia Dadah - Contoh steroid

Diantara kandungan air kencing ialah: Air Urea Asid Urik Ammonia Natrium Klorida Fosfat

Kawalan Suhu Badan Manusia


Terdapat 2 kaedah pengawal suhu badan iaitu: kaedah fizikal Kaedah metabolik Semua kaedah untuk mengawal suhu badan adalah dengan bantuan koordinasi badan.

Pengawalan suhu dengan kaedah fizikal


1. Kaedah ini dikenali sebagai kaedah fizikal kerana kawalaturan lebih kepada penggunaan otot-otot badan dan secara fizikal. 2. Diantara kemungkinan yang akan berlaku ialah: Suhu badan tinggi melebihi julat yang normal Suhu badan rendah melebihi julat yang normal

Apabila suhu badan tinggi, termoreseptor akan mengesan suhu pada kulit lalu menghantar impuls kepada otak iaitu hipotalamus yang berfungsi sebagai termostat mengesan suhu darah yang melaluinya. Mekanisme pembetulan akan diarah atau dirangsang oleh hipotalamus dengan menggunakan koordinasi badan.

Mekanisme pembetulan apabila suhu badan tinggi ialah: 1. Pemvasodilatan - Salur darah mengembang untuk berdekatan dengan kulit (iaitu persekitaran luar) yang membolehkan haba dibebaskan keluar. 2. Bulu kulit dicondongkan - Mengurangkan udara daripada terperangkap pada kulit supaya haba mudah dibebaskan kerana udara adalah penebat haba yang baik.Bulu kulit dikawal oleh otot erektor. 3. Lebih darah pada kulit (Kulit kelihatan merah) Memudahkan haba daripada darah terbebas keluar melalui proses sinaran. 4. Berpeluh - Air peluh yang dirembes oleh kelenjar peluh mempunyai haba pendam tentu yang tinggi dapat menyerap haba yang tinggi dan terbebas ke persekitran apabila air peluh mengewap.

Apabila suhu badan rendah, perkara yang sama berlaku, Mekanisme pembetulan apabila suhu badan rendah ialah: 1. Pemvasocerutan - Salur darah mengecut untuk menjauhi kulit. Dengan ini haba kurang dibebaskan ke persekitaran. 2. Bulu kulit ditegakkan - Udara akan terperangkap dicelah-celah bulu roma dan bertindak sebagai 'selimut' supaya haba sukar dibebaskan kerana udara adalah penebat haba yang baik. 3. Kurang darah pada kulit (Kulit kurang kelihatan kemerahanan atau pucat) - Kurang mengalami proses sinaran untuk mengurangkan haba daripada terbebas keluar ke persekitaran. 4. Kurang berpeluh - Apabila kurang air peluh dirembeskan oleh kelenjar peluh maka haba kurang dibebaskan melalui pengewapan air peluh.

Pengawalan suhu dengan kaedah metabolik Kaedah ini dikenali sebagai kaedah metabolik kerana kawalaturan lebih kepada penggunaan kimia badan daripada secara fizikal walaupun terdapat kawalaturan yang melibatkan otot-otot. Kawalan ini melibat peranan: Otot rangka Kelenjar adrenal Kelenjar tiroid

Dalam keadaan panas, aktiviti otot rangka akan berkurangan, begitu juga dengan perembesan hormon-hormon tertentu oleh kelenjar adrenal dan kelenjar tiroid akan berkurangan. Hormon adrenalina dan noradrenalina bertindak dengan: Meningkatkan kadar denyutan jantung dan kadar pernafasan. Meningkatkan tekanan darah Meningkatkan metabolisme badan Meningkatkan aras gula darah dengan merangsang penukaran glikogen kepada glukosa.

THERMOREGULASI pada saat suhu meningkat

Dalam keadaan sejuk, hipotalamus akan mengawal otot rangka untuk mengecut dan mengendur secara aktif. Hal ini akan menyebabkan seseorang mengigil dan meningkatkan suhu badan. Dalam masa yang sama, kelenjar adrenal akan merembeskan hormon adrenalina dan noradrenalina manakala kelenjar tiroid akan merembeskan hormon tiroksina, semua hormon ini bertujuan untuk meningkatkan suhu badan dengan cara meningkatkan metabolisme badan.

THERMOREGULASI pada saat suhu turun

Kawalan Aras Gula Ringkas dalam Darah


Jika ginjal terlibat dalam pembentukan air kencing, pankreas adalah organ yang terlibat dalam pengawalaturan glukosa dalam darah. Pankreas terletak dibawah perut dan organ ini menerima bekalan darah yang banyak untuk memastikan organ ini berfungsi dengan baik. Pankreas mengandungi sel-sel Langerhans. Satu sel Langerhans terbahagi kepada dua bahagian, iaitu sel (sel alfa) dan sel (sel beta).

KAWALATUR GULA DALAM DARAH 1. Kepekatan gula dalam darah yang normal adalah 90 mg untuk setiap 100 cm3. 2. Dalam badan, glukosa akan ditukarkan kepada karbon dioksida, air dan tenaga (respirasi) terutama di tisu-tisu otot. 3. Namun apabila aras glukosa terlampau banyak iaitu lebih daripada julat normal, sel-sel Langerhans beta akan merembeskan lebih banyak hormon insulin manakala sel-sel alfa akan menghentikan pengeluaran hormon glukagon. 4. Aras glukosa dalam darah akan turun dan proses ini akan berterusan sehingga aras glukosa dalam darah berada pada julat yang normal.

Pengaturan kadar gula darah

Fungsi hormon insulin ialah: 1. Merangsang penukaran glukosa kepada glikogen untuk disimpan dalam hati. 2. Merangsang pengoksidaan glukosa untuk tujuan respirasi dalam sel. 3. Apabila aras glukosa terlampau rendah iaitu kurang daripada julat normal, sel-sel Langerhans alfa akan merembeskan lebih banyak hormon glukagon dan selsel beta akan berhenti merembeskan hormon insulin. Glukagon akan menukarkan glikogen kepada glukosa dan aras glukosa dalam darah akan naik. Proses ini akan berterusan sehingga aras glukosa dalam darah berada pada julat yang normal. 4. Fungsi hormon glukagon ialah merangsang penukaran glikogen kepada glukosa dalam darah.

PERANAN HATI DALAM

HOMEOSTASIS
Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di

dalam hati. Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu. Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino. Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu. Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin. Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah I (fibrinogen), II (protrombin), V, VII, IX, X and XI Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia. Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus. Menguraikan molekul hemoglobin tua. Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan.