Vous êtes sur la page 1sur 50

PENGENALAN

Semua pihak sangat mengharapkan kejayaan sesebuah sekolah terutamanya sekiranya sesebuah sekolah mencapai kejayaan dari segi kurikulum di mana peratus kelulusan bagi sesuatu peperiksaan awam dapat dipertingkatkan. Saban tahun selepas keputusan peperiksaan awam diumumkan, kerajaan dan pelajar serta masyarakat akan memandang kepada peningkatan pencapaian pelajar.Ini adalah kerana para pelajar pada hari ini merupakan pemimpin pada masa akan datang. Dalam mencapai Wawasan 2020 iaitu menjadikan negara kita sebagai sebuah negara yang maju , satu komitmen yang waja dan jitu adalah diperlukan di kalangan para pelajar bagi menimba ilmu. Menurut Mahathir Mohamed (1995) sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa negara Jepun dan Jerman yang pernah kalah dalam peperangan dunia telah bangun semula dan lebih maju daripada negara yang mengalahkan mereka . Ini disebabkan mereka berani dan sanggup mengambil risiko serta mempunyai nilai-nilai yang mulia dan berdisiplin di mana ini membolehkan mereka maju dan mencapai kejayaan. Bagi melahirkan satu jenerasi yang cemerlang , kerajaan perlu memberi komitmen yang sepenuhnya bagi meningkatkan tahap kecemerlangan pendidikan. Jesteru itu satu reformasi pendidikan bergerak begitu pantas apabila kementerian Pendidikan Malaysia sedang mengadakan berbagai-bagai perubahan yang perlu untuk membangunkan diri pelajar secara menyeluruh seperti memperkenalkan penggunaan komputer sejajar dengan zaman ledakan maklumat , menubuhkan sekolah Bestari dan sebagainya. Ini adalah kerana sistem pendidikan merupakan wadah utama untuk mengubah pemikiran dan sahsiah pelajar dan menjadi alat terpenting untuk menjayakan pembangunan negara. Bagi mencapai tujuan tersebut , keperluan untuk menjadikan sesebuah sekolah itu

sebagai sebuah sekolah yang berjaya adalah diperlukan. Sesebuah sekolah itu dikatakan berjaya sekiranya mencapai prestasi yang baik di dalam akademik , iklim sekolah yang merangsangkan pengajaran dan pembelajaran , komitmen di kalangan guru, ibubapa , waris dan seluruh masyarakat malahan kepada gaya kepemimpinan pihak pengurusan sekolah tersebut. Menurut Sulaiman Masri (1996) , keluarga yang bahagia akan dapat melahirkan budaya cemerlang di kalangan anak-anak. Begitulah juga di dalam melahirkan sebuah sekolah yang berjaya di mana keadaan sekolah yang bahagia di kalangan warga sekolah akan menjamin berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang sempurna di kalangan pelajar-pelajar. Jesteru itu maka golongan muda akan membesar sebagai seorang individu yang berkualiti di mana mereka akan bersedia memberikan sumbangan kepada pembangunan negara. Oliver (1994) telah menurunkan suatu model komitmen yang menghubungkan ciri-ciri organisasi dan ciri-ciri individu . Dalam model ini , beliau menyatakan jangkaan individu terhadap kerja disatukan dengan keadaan persekitaran kerja bagi menghasilkan persepsi. Bagaimana persepsi ini mencetuskan sikap serta perlakuan adalah bergantung kepada nilai-nilai individu serta keadaan persekitaran. Sebagai contohnya , amalan penyeliaan , ganjaran dan sebagainya. Sikap serta perlakuan ini akan menjadi daya pendorong kepada cara kerja individu dalam satu bentuk sosialisasi , perubahan sikap dan persekitaran kerja yang baik di dalam membentuk nama serta nilai kumpulan. Ini adalah berkaitan dengan usaha bagi mencapai kejayaan sesebuah sekolah itu di mana setiap insan yang terlibat sama-sama mengemblengkan tenaga bagi mencapai tujuan yang tersebut.

1.0 KURIKULUM

1.1

DEFINASI KURIKULUM

Perkataan kurikulum berasal dari perkataan Latin yang merujuk kepada laluan dalam sesuatu pertandingan. Berdasarkan kepada konsep tersebut , perkataan kurikulum adalah berkait rapat dengan perkataaan laluan atau laluan -lauan. Sehingga awal abad ke 20, kurikulum merujuk kepada kandungan dan bahan pembelajaran yang berkembang iaitu apa itu persekolahan. Ahli progresif dan behaviouris pada lewat abad ke 19 dan abad ke 20 membincangkan tentang kurikulum dengan memasukkan unsur-unsur seperti kepelbagaian, keperluan masyarakatan dan strategi-strategi pengajaran. Frank Bobbit (1918), dalam buku The Curriculum menghuraikan kurikulum sebagai : i) Keseluruhan pengalaman, yang tak terarah dan terarah, terumpu kepada perkembangan kebolehan individu atau ii) Satu siri latihan pengalaman langsung secara sedar digunakan oleh sekolah untuk melengkap dan menyempurnakan pendedahannya. Konsep beliau menekankan kepada pemupukan perkembangan individu melalui segala pengalaman termasuk pengalaman yang dirancangkan oleh sekolah. John Dewey (1902,halaman 5) dalam bukunya The Child and The Curriculum merujuk istilah kurikulum sebagai pengajian di sekolah dengan mengambil kira kandungan dari masa lampau hingga masa kini. Pembentukan kurikulum menekankan ke petingn dan keperluan masyarakat. Beliau selanjutnya menghuraikan konsep ini dalam bukunya Democracy and Education (1916, halaman 125). Dewey menyatakan bahawa skema kurikulum harus mengambil kira penyesuaian pembelajaran dengan keperluan sesebuah komuniti; ia harus membuat pilihan dengan niat meningkatkan kehidupan yang dilalui supaya masa depan akan menjadi lebih baik dari masa lampau. Di sini, elemen rekonstruksionism social dapat dikesan dengan melihat kea rah mana keperluan masyarakat diletakkan sebagai objektif utama, tanpa menafikan kepentingan

individu.

Diantara lain definisi kurikulum adalah seperti berikut : Urutan pengalaman yang ditetapkan oleh sekolah untuk mendisiplinkan cara berfikir dan bertindak (Valiga, T & Magel, C., 2001) Isi kandungan dan proses formal dan tidak formal yang mana pelajar memperolehi ilmu dan kefahaman, mengembangkan kemahiran dan mengubah sikap serta menghargai dan mempelajari nilai-nilai murni di sekolah (Doll, R. 1996) Pengalaman

pembelajaran

yang

dirancang

dan

dibimbing

serta

hasil

pembelajaran yang diinginkan, yang dibentuk secara sistematik dengan pembinaan semula ilmu dan pengalaman di sekolah, bagi pertumbuhan dalm hal kecekapan sosial peribadi secara berterusan dan bersungguh-sungguh Kurikulum sekolah adalah satu siri peristiwa yang terancang yang bertujuan untuk memberi kesan pendidikan kepada murid di sekolah

Kurikulum kandungan,

seharusnya proses

mempunyai matlamat awalan pengalaman yang dipilih

untuk dicapai, isi untuk memudahkan

dan

pembelajaran; tahap tanggungjawab yang perlu di ambil oleh guru dan pelajar untuk pembelajaran; bagaimana dan dimana kurikulum dilaksanakan (Dillard & Laidig, 1998) Menurut Laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1979, dalam konteks Malaysia , kurikulum boleh didefinisikan sebagai :

Semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah atau institusi

pendidikan

adalah

untuk

mencapai

matlamat

pendidikan.

Kurikulum

mengandungi dua aspek : Sukatan dan kandungan mata pelajaran dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kurikulum seperti sukan, persatuan dan unit beruniform Mengikut

Akta

Pendidikan

1996;

Pendidikan

(Peraturan

Kurikulum

Kebangsaan) 1997 Mendefinisikan Kurikulum Kebangsaan sebagai : Program pendidikan yang merangkumi aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang mencakupi semua ilmu pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, elemen budaya dan kepercayaan untuk membantu mengembangkan murid sepenuhnya dari aspek fizikal, rohani, mental dan emosi serta memupuk dan memperkembangkan nilai murni yang diingini serta untuk menyebarkan ilmu pengetahuan

2.0 PENGURUSAN KURIKULUM

2.1

MATLAMAT PENGURUSAN KURIKULUM


Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah bertindak sebagai badan akademik tertinggi yang memainkan peranan penting memastikan pelaksanaan

pengurusan kurikulum sekolah berkesan dan berkualiti. Semua bidang / unit dalam Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah bertanggungjawab secara langsung mempertingkatkan prestasi akademik sekolah.

2.2

OBJEKTIF PENGURUSAN KURIKULUM


1. Mempertingkatkan pengurusan kurikulum supaya sistematik dan berkesan. 2. Menghayati dan melaksanakan Dasar Kurikulum Sekolah. 3. Mengetahui dan memahami setiap bidang tugas supaya pelaksanaannya menjurus ke arah piawaian kualiti.

2.3

DEFINASI PENGRUSAN

Pengurusan adalah bermaksud melaksanakan sesuatu melalui manusia. Adalah satu proses sosial dibentuk, disusun untuk mengwujudkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli- ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu objektif atau matlamat. Pengurusan melibatkan proses kemanusiaan Elemen pengurusan : i. Membuat Keputusan Amat penting kerana seseorang pengurus itu membuat keputusan atau untuk membuat tindakan alternatif selanjutnya. Elemen ini timbul di dalam semua peringkat proses pengurusan. ii. Menyelesai Masalah

Membuat kepuusan yang lebih rumit ketika memilih alternatif bagi mengatasi halangan atau masalah yang akan membantu pencapaian matlamat organisasi. iii. Hubungan Manusia Digunakan untuk mendapatkan kerjasama dan penyertaan menggunakan motivasi dan daya kepimpinan yang baik. iv. Komunikasi Satu kuasa penggerak dan proses dinamik dalam organisasi yang dapat membantu kerjasama dan kemajuan secara berkelompok ke arah pencapaian matlamat organisasi. pekerja,

2.4

KONSEP PENGURUSAN

1. Setiap pengurusan di sekolah melibatkan penggubalan dan perancangan. 2. Setiap bahagian pengurusan sekolah harus melaksanakan perancangan dan bekerjasama secara berkesan dengan orang lain. 3. Ini bagi melahirkan staf yang komited dalam melakukan kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan dan patuh dengan setiap peraturan kurikulum.

2.5

STRUKTUR ORGANISASI PENGURUSAN SEKOLAH

PENGETUA PK KURIKULUM KB BAHASA KP B. MELAYU KP B. ARAB KB SAINS & MATH KP SAINS TERAS KP SAINS TULEN KP MATEMATIK KP LITERASI KOMP. KP B. INGGERIS

KB KEMANUSIAAN KP KESUS. MEL KP PJK KP SEJARAH KP GEOGRAFI KP PEND. ISLAM KP SAINS SUKAN KP SIVIK KP TASW. ISLAM

KB TEK & VOK KP PEN.MORAL KP PEND. KHB SENI KP PERDAGANGAN KP PRIN. AKAUN KP MPV

10

2.6

JAWATANKUASA INDUK KURIKULUM SEKOLAH


Pengerusi Timbalan Pengerusi : Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Naib Pengerusi 3 Setiausaha Kurikulum AJK : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Penolong Kanan Kokurikulum Penolong Kanan Pra-U/Penyelaras Ketua Bidang Guru Bimbingan dan Kaunseling KP Bahasa Melayu KP Bahasa Inggeris KP Bahasa Arab KP Kesusasteraan Melayu KP Matematik KP Sains KP Sains Tulin KP Literasi Komputer KP Perdagangan, PP & P. Akaun KP MPV KP ERT KP Sejarah KP Geografi KP Pendidikan Islam KP Kemahiran Hidup KP Seni Visual KP Pend Jasmani dan Kesihatan KP Sivik & Kewarganegaraan KP Tassawur Islam KP Pend. Moral KP Pengajian Am KP Pengajian Perniagaan KP Sains Sukan S/U Peperiksaan Sekolah Penyelia Kelas Intervensi Penyelaras Pendidikan Khas Penyelaras Bestari S/U Jadual Waktu S/U Pusat Sumber

11

2.7 PERANAN DAN TINDAKAN JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

Antara tugas Jawatankuasa Kurikulum Sekolah ialah : 1. Memastikan objektif dan matlamat akademik sekolah tercapai. 2. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran. 3. Mencadangkan, membina dan mengurus bahan bantuan mengajar. 4. Membuat penilaian tentang prestasi pembelajaran. 5. Merancang strategi pengajaran/pembelajaran. 6. Menetapkan garis panduan penyediaan Rancangan Kerja. 7. Menentukan pembahagian masa bagi penyediaan Jadual Waktu. 8. Mengadakan mesyuarat. 9. Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bagi meninggikan lagi prestasi pelajar. 10. Merancang dan melaksanakan kelas pemulihan dan bimbingan. 11. Mengesan dan memastikan supaya Sukatan dan Perancangan Pelajaran dilaksanakan dengan sempurna. 12. Merancang kursus dan pendedahan kepada kakitangan akademik mengenai perkara baru dalam pendidikan. 13. Menyebar bahan-bahan bacaan dan maklumat mengenai pendidikan kepada guru. 14. Mengkaji analisis keputusan PMR, SPM, dan peperiksaan dalaman dan merangka program jangka pendek dan panjang mengatasi kelemahan.

12

15. Mengkaji dan menilai buku-buku teks dan buku tambahan yang digunakan oleh pelajar-pelajar untuk menentukan kesesuaian dan membuat pembetulan jika terdapat kesalahan. 16. Berusaha untuk membanyakkan bahan-bahan sumber pendidikan di sekolah. 17. Memberi panduan kepada guru-guru mata pelajaran. 18. Menggalakkan guru-guru menggunakan komputer serta Internet dalam pengajaran dan pembelajaran. 19. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan pengetua dari semasa ke semasa.

13

3.0 ORGANISASI BERKAITAN KURIKULUM

14

3.1

STRUKTUR JAWATANKUASA KURIKULUM


: Tn. Hj. Syed Nooh Bin Syed Abdullah : En. Muhamad Sukri b Jamaludin : Pn. Noraziah bt. Shahdan : En. Mohd Zamzuri b Zakaria : En. Azaman b. Koming

Pengerusi Timbalan Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Naib Pengerusi 3 Setiausaha AJK

: Pn. Fauziah bt Yahya/Pn W.Thubiahana bt C.W.Abd Malek : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Penolong Kanan Kokurikulum Penolong Kanan Pra-U/Penyelaras Ketua Bidang Guru Bimbingan dan Kaunseling KP Bahasa Melayu : Pn. Faridah bt Ishak KP Bahasa Inggeris : Cik Nazirah bt Abd Aziz KP Bahasa Arab : En. Ridzuan b Mat Yusof KP Kesusasteraan Melayu : Pn. Rusnizi bt Ahmad : En Azaman b. Koming (T6) KP Matematik : Pn. Norjulia bt Ramli KP Sains : En, Hamzah b Zulkifli KP Sains Tulin : En. Fauzi b Abu Hassan KP Literasi Komputer : En. Mohd Nazli b Mustapha KP Perdagangan, PP & P. Akaun : Cik Mairani bt Pilus KP MPV : Pn. Nurul Huda bt Zakaria KP ERT : Pn. Fozeah bt Othman KP Sejarah : En. Mohd Asror b Kot Diran KP Geografi : En. Borhanuddin b Idris Tn Hj Mohd Aripin b. Yatin (T6) KP Pendidikan Islam : Pn. Sharifah Faizah bt Syed Hassan KP Kemahiran Hidup : Pn. Siti Amemin bt Md Shukur KP Seni Visual : Cik Rosnani bt Mohd Noor : En Ahmad Rizal b.Ahmad Maher (T6) KP Pend Jasmani dan Kesihatan : En. Shakiran b Ismail KP Sivik & Kewarganegaraan : En. Sazali b Ali KP Tassawur Islam : Pn. Norhayati bt Abd Rahman KP Pend. Moral : En Rosli b Md Din KP Pengajian Am : Pn W.Thubiahana bt C.W.Abd Malek KP Pengajian Perniagaan : En Abd Rashid b Mat KP Sains Sukan : En Rohaimi b Banyamin S/U Peperiksaan Sekolah : Cik Azlina bt Arshad Penyelia Kelas Intervensi : Pn. Norazlina bt Hasan Penyelaras Pendidikan Khas : En. Mohd Azri b Said Penyelaras Bestari : Mohd Nazli b Mustapha S/U Jadual Waktu : Hj Khasim b Mat Saad S/U Pusat Sumber : Pn. Salawati bt Othman

15

3.1.1 SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KURIKULUM

1. 2. 3. 4. 5.

Menyelaraskan segala dasar kurikulum sekolah Menyediakan mesyuarat Jawatankuasa Sekolah Menetapkan kaedah penyediaan rancangan pelajaran tahunan dan harian Menetapkan kursus / pengajian di sekolah Merancang program pemantauan, memantau pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan panitia mata pelajaran dan pelaksanaan aktiviti rancangan tahunan

6. 7. 8. 9.

Menyediakan laporan pemantauan dan mengambil tindakan susulan Menetapkan jadual waktu persekolahan Menetapkan sistem peperiksaan dan penilaian sekolah Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan untuk menjayakan pelaksanaan kurikulum sekolah

10. Menentukan panitia mata pelajaran berfungsi dengan berkesan 11. Memastikan pusat sumber sekolah diurukan dengan sempurna dan dapat membantu program peningkatan akademik 12. Berusaha memperbanyakkan dan mempelbagaikan bahan bantu belajar dan bahan bantu mengajar 13. Merancang, melaksana dan menilai aktiviti program peningkatan akademik 14. Merancang, melaksana dan menilai program perkembangan staf di sekolah

16

3.2

STRUKTUR PANATIA MATAPELAJARAN

3.2.1 SENARAI KETUA PANITIA MATA PELAJARAN KP Bahasa Melayu KP Bahasa Inggeris KP Bahasa Arab KP Kesusasteraan Melayu : Pn. Faridah bt Ishak : Cik Nazirah bt Abd Aziz : En. Ridzuan b Mat Yusof : Pn. Rusnizi bt Ahmad : En Azaman b. Koming KP Matematik KP Sains KP Sains Tulin KP Literasi Komputer KP Perdagangan, PP & P. Akaun KP MPV KP ERT KP Sejarah KP Geografi KP Pendidikan Islam KP Kemahiran Hidup KP Seni Visual : Pn. Norjulia bt Ramli : En. Hamzah b Zulkifli : En. Fauzi b Abu Hassan : En. Mohd Nazli b Mustapha : Cik Mairani bt Pilus : Pn. Nurul Huda bt Zakaria : Pn. Fozeah bt Othman : En. Mohd Asror b Kot Diran : En. Borhanuddin b Idris : Pn. Sharifah Faizah bt Syed Hassan : Pn. Siti Amemin bt Md Shukur : Cik Rosnani bt Mohd Noor : En Ahmad Rizal b Ahmad Maher KP Pend Jasmani / Kesihatan & S.Sukan KP Sivik & Kewarganegaraan KP Tassawur Islam KP Pend. Moral KP Pengajian Am KP Pengajian Perniagaan KP Sains Sukan : En. Shakiran b Ismail : En. Sazali b Ali : Pn. Norhayati bt Abd Rahman : En Rosli b Md Din : Pn W.Thubiahana bt C.W.Abd Malek : En Abd Rashid b Mat : En Rohaimi b Banyamin

17

3.2.2

SENARAI TUGAS KETUA PANITIA PELAJARAN

1.

Menjadi Ketua atau Pengerusi Panitia Mata Pelajaran dengan mengadakan mesyuarat 2 bulan sekali atau 4 kali setahun dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan ad-hoc di mana perlu.

2. 3.

Membantu PK 1 menyelaras kerja akademik guru-guru mata pelajaran Membantu PK 1 memperolehi sukatan pelajaran yang kemas kini untuk kegunaan guruguru.

4.

Membantu menyediakan rancangan mengajar untuk kedua-dua semester dalam tahun persekolahan yang diselaraskan di antara guru-guru dalam satu aliran darjah.

5.

Membantu dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah, buku teks, atau buku kerja tambahan untuk digunakan oleh murid-murid berdasarkan kepada kesesuaian buku tersebut dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan murid.

6.

Membantu memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran murid dan kegunaan guru dibekalkan di Pusat Sumber.

7.

Membantu menyelaras soalan-soalan dan pemarkahan bagi semua jenis penilaian, ujian dan peperiksaan serta membantu menubuhkan bank soalan-soalan bagi semua aliran darjah.

8.

Mengkaji dan menganalisis keputusan-keputusan penilaian, khususnya PKBS dan UPSR serta memberi rumusan cara-cara mengatasi kelemahan pengajran dan pembelajaran.

9.

Bekerjasama dengan lain-lain panitia dalam usaha ke arah kemajuan murid-murid yang lemah.

10. Menyemak buku latihan murid jika diarahkan oleh PK 1. 11. Menyelenggarakan fail-fail panitia yang berkenaan dengan semua minit mesyuarat atau laporan mesyuarat, surat-menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan. 12. Menjalankan tugas-tugas yang diarah oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

18

3.3 STRUKTUR JAWATANKUASA KEMAJUAN STAF


AHLI JAWATANKUASA PANITIA MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU Ketua Setiausaha AJK

: : :

Pn. Hjh Mahanum Bt. Mohamad Pn. Siti Zabidah Bt. Abd. Rahman Pn. Siti Noraniey Bt. Mohd Yusof Pn. Jugierah Bt. Danan Pn. Siti Aminah Bt. Sulaiman Pn. Normadiah Bt. Mohamad Pn. Hasmah Bt. Omar Pn. Nor Afiza Bt Othman * Semua guru yang mengajar mata pelajaran ini

BAHASA INGGERIS Ketua Setiausaha AJK : : : Pn. Khairulniza Bt Mohd. Nordin Pn. Mahani Bt. Mohamad Pn. Norsiha Bt. Samsudin Pn. Mardhiyah Bt. Abu Bakar Pn. Siti Rohaida Bt. Isa Cik Zawatil Isyqi Bt. Mohamad Zaini Pn. Rohaya Bt. Mohd Haniffa Cik Norazura Bt. Mat Dom Cik Fadhlina Bt. Bahari * Semua guru yang mengajar mata pelajaran ini

MATEMATIK Ketua Setiausaha AJK : : : Pn. Zaidah Bt. Shafie En. Rosli B. Hashim En. Khairul Nizam B. Abdul Razak En. Adzman B. Awang Kechik Cik Fadhlina Bt. Bahari * Semua guru yang mengajar mata pelajaran ini

SAINS Ketua Setiausaha AJK : : : Pn. Satariah Bt. Sayuti Pn. Roslina Bt. Mohd Yusof Pn. Roziyati Bt. Harun Pn. Roslaihalila Bt. Abdullah En. Mohd Zuhry B. Ibrahim

19

Pn. Siti Rohaida Bt. Isa Pn. Nor Afiza Bt. Othman * Semua guru yang mengajar mata pelajaran ini

PENDIDIKAN AGAMA ISLAM Ketua Setiausaha AJK : : : En. Sulaiman Najib B. Abu Pn. Rosmawati Bt. Ibrahim Pn. Harlina Bt. Samsuddin Pn. Nor Fadzilah Bt. Hamzah Pn. Sharina Bt. Mat Hassan Tn. Hj Khairunnizam B. Suhaimi Tn. Hj Hishamuddin B. Mohammad Pn. Razzina Bt. Misuan En. Nur Azli B. Jumanoh En. Mohd Zawawi B. Chik En. Adli B. Zaini Pn. Saupiza Bt. Mohamd Dasuki * Semua guru yang mengajar mata pelajaran ini

KAJIAN TEMPATAN Ketua Setiausaha AJK : : : Pn. Rupiah Bt. Sardan Pn. Zalailah Bt. Din * Semua guru yang mengajar mata pelajaran ini

PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN Ketua Setiausaha AJK : : : Tn. Hj. Mazlan B. Shamsuddin Pn. Marini Bt. Derahman * Semua guru yang mengajar mata pelajaran ini

20

PENDIDIKAN SENI VISUAL Ketua Setiausaha AJK : : : Pn. Rozita Bt. Abdullah Pn. Khairiyah Bt. Saad * Semua guru yang mengajar mata pelajaran ini

PENDIDIKAN MUZIK Ketua Setiausaha AJK : : : Pn. Siti Aminah Bt. Sulaiman Pn. Nor Zihan Bt Abd Aziz Pn. Mardhiyah Bt. Abu Bakar En. Maizuan B. Zainal Abidin * Semua guru yang mengajar mata pelajaran ini

KEMAHIRAN HIDUP Ketua Setiausaha AJK : : : En. Norfrizat B. Dahari Pn. Roslaihalila Bt Abdullah * Semua guru yang mengajar mata pelajaran ini

PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN Ketua Setiausaha AJK : : : Pn. Norainiah Bt. Abdullah En. Maizuan B. Zainal Abidin En. Kyadattul Faidzal B. Abd. Wahab En. Mohd Rozani B. Mat Nor Pn. Normadiah Bt. Mohamad En. Khairul Nizam B. Abdul Razak * Semua guru yang mengajar mata pelajaran ini

PPSMI Penyelaras Setiausaha AJK : : : Pn. Aida Suzana Bt. Mahmood Pn. Roslina Bt. Mohd Yusop En. Mohd Rozani B. Mat Nor Pn. Roziyati Bt. Harun En. Khairul Nizam B. Abdul Razak * Semua guru yang mengajar mata pelajaran ini

21

3.3.1 FUNGSI JAWATANKUASA KEMAJUAN STAF


1. 2. 3. 4. Memperoleh sukatan dan huraian sukatan pelajaran yang terkini. Menyedia dan menyelaraskan rancangan pelajaran Memilih dan mencadangkan buku teks dan buku kerja jika perlu kepada jawatankuasa kurikulum. Memilih dan mencadangkan buku bacaan tambahan untuk kegunaan panitia pelajaran dan pusat sumber sekolah. 5. 6. 7. Mengadakan mesyuarat panitia mata pelajaran. Merancang dan melaksanakan program peningkatan prestasi akademik Menyelaras soalan ujian dan peperiksaan, menganalisis keputusan peperiksaan dan menyusun strategi mengatasi kelemahan murid. 8. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ahli panitia mata pelajaran yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. Menyedia dan memperoleh bahan bantu mengajar. Merancang program khas murid bermasalah 3M. Menyedia dan memastikan prosedur keselamatan dipatuhi. Memastikan bilik khas berada dalam keadaan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk pelaksanaan kurikulum. Mengurus perolehan mengikut tatacara kewangan. Mengurus dan menyemak stok. Memastikan fail-fail panitia berada dalam kemas kini.

22

3.4 STRUKTUR JAWATANKUASA PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN


Pengerusi Timb. Pengerusi Setiausaha AJK : Tn. Hj. Syed Nooh Bin Syed Abdullah : En. Muhamad Sukri b Jamaludin : Cik Azlina bt Arshad : S/U PMR S/U SPM S/U STPM S/U Peperiksaan Dalaman (Men. Atas) S/U Peperiksaan Dalaman (Men. Ren) Penyelaras Kerja Kursus PMR Penyelaras Kerja Kursus SPM Penyelaras PEKA Penyelaras PAFA Penyelaras Kemahiran Hidup Penyelaras ERT Penyelaras ULBS (BM) Penyelaras ULBS (BI) Penyelaras PLBS (BM) Penyelaras PLBS (BI) : Pn. Kamsiah bt Mokhtar : Pn. Zetty Fazliana bt Zainal Abidin : Pn Nurzila bt Mohamed : Pn. Norhafiza bt Kamaruddin : Pn. Rohana bt Jusuh : Pn. Lailah bt Salim : Pn. Rusnizi bt Ahmad : Pn. Salawati bt Othman : Pn. Marina bt Mohd Nasir : Pn. Siti Amemin bt Md Shukur : Pn. Fozeah bt Othman : Pn. Norazlina bt Hassan : En. Shaharin b Abd Shukor : Pn. Faridah bt. Ishak : Pn. Kamsiah bt Mokhtar.

23

3.3.1 FUNGSI JAWATANKUASA PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

Merancang dan melaksanakan penilaian dan peperiksaan di peringkat sekolah : 1. Jadual waktu 2. Peperiksaan / Penilaian 3. Kumpulan sasaran 4. Menentukan kesahan dan kebolehpercayaan ujian 5. Memastikan Jadual Penentu Ujian (JPU) 6. Pengawasan 7. Syarat Kelulusan 8. Menganalisis keputusan peperiksaan 9. Memberikan maklum balas kepada jawatankuasa kurikulum 10. Menyediakan bank soalan diperingkat sekolah 11. Memasukkan markah ujian / peperiksaan ke dalam sistem SAPRI6HC

24

4.0 PERANAN PENGURUSAN KURIKULUM

25

4.1 PERANAN PENGETUA


BIDANG TUGAS PENGETUA Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan. Bertanggungjawab dalanm hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah. Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.

SENARAI TUGAS PENGETUA Pengurus Kurikulum Kerja Ikhtisas Menyelia dan mengawal polisi dan objektif sekolah selaras dengan polisi Kementerian Pendidikan. Menentukan sasaran sekolab, merancang peningkatan pengajaran dan pembelajaran. Memastikan guru mengajar berpandukan Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran rnengjkut peruntukan waktu yang ditetapkan. Menentukan kualiti dan kuantiti kerja pelajar serta pemeriksaan buku pelajar. Menentukan polisi-polisi mengenai penilaian dan peperiksaan dilaksanakan. Data-data analisis peperiksaan digunakan untuk erancangan dan tindakan susulan. Menyelia dan mencerap proses P& P. Memeriksa Buku Rekod Mengajar Guru, Buku Kemajuan Pelajar, Buku Profil, Buku Kedatangan Pelajar dan Buku Kegiatan Kokurikulum dari masa ke masa. Menentukan dasar tugas pengajaran guru bagi penyediaan jadual waktu. Menentukan keberkesanan pengguna PSS. Memastikan panitia matapelajaran melaksanakan strategi dan program pendidikan dengan berkesan. Memastikan polisi untuk aktiviti kokurikulum.

Pembangunan Diri Pelajar Mernastikan pelaksanaan program pembangunan diri pelajar, Kemahiran Mengurus Diri, Kemahiran Belajar dan Motivasi. Menentukan polisi-polisi mengenai pelaksanaan disiplin sekolah.

26

Pengurusan dan Pembangunan Memastikan pendaftaran kemasukan dan pertukaran pelajar. Menyemak Buku Jadual Kedatangan Pelajar. Menentukan proses pemberian biasiswa dan bantuan-bantuan lain kepada pelajar dijalankan dengan adil dan mengikut prosedur yang ditentukan. Memastikan Skim Pinjaman Buku Teks dilaksanakan dengan adil dan baik. Memastikan polisi peperiksaan awarn dilaksanakan mengikut peraturan. Menandatangani surat akuan serta sijil berhenti sekolah. Memastikan program-program kesihatan dijalankan dengan sempurna. Bertanggungjawab di atas penggantungan dan pembuangan pelajar. Mengambil langkah-Iangkah menjaga keselamatan pelajar semasa berada di sekolah. Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berfungsi dengan baik.

Pengurusan Personal Menentukan proses pendaftaran, perlantikan, pengesahan dalam jawatan, penempatan ke jawatan berpencen dan jenis cuti guru serta sokongan dilaksanakan. Membantu staf sokongan menentukan sasaran kerja dan berbincang dari masa ke semasa mengenai sasaran dan mutu kerja. Menentukan tugasan dan bidang kerja serta menjalankan penyeliaan sepanjang tahun. Mengambil tindakan tatatertib ke atas pegawal yang melanggar Arahan Perkbidmatan di bawah bidang kuasa Menjaga kebajikan pegawai.

Kewangan Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan. Mengawal dan menynmak pembenan perkapita, gaji guru dan staf sokongan, rekod akaun, laporan penyata kewangan dan punca-punca kewangan SUWA,KERAJAAN DAN ASRAMA. Memastikan penyediaan penyata akaun sekolah yang belum diaudit dan dokumen-dokumen sokongan serta membuat tindakan susulan ke atasnya. Mengawal stok dan harta benda sekolah.

27

Kemudahan Fizikal Memastikan keadaan fizikal bangunan, padang dan persekitaran dalam keadaan baik. Mempertingkatkan keceriaan sekolah. Memastikan kemudahan lengkap dan mencukupi serta sentiasa berada dalam keadaan baik. Memastikan perabot sentiasa berada di dalam keadaan baik. Mengambil langkah-langkah untuk menjaga keselainatan harta benda sekolah.

Pembangunan Organisasi dan Diri Merancang dan menyelia aktiviti perkembangan staf seperti kursus dalaman. Menggalakkan percambahan fikiran, perkongsian maklumat, budaya ilmu serta memberi peluang kepada guru memperkembangkan potensi diri. Mengawal Experiences berdasarkan pemerhatian, data dan seliaan serta menggunakan maklumat yang diperolehi untuk pembangunan Learning Experiences pelajar. Merancangkan kursus kesedaran dan penyungguhan kendiri guru. Menggalakkan guru melibatkan diri dalam aktiviti komuniti.

Pembangunan Kendiri Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu. Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan seko1ah (R&D). Menghasilkan artikel-artikel yang berkaitan bidang iktisas dan pengurusan. Melibatkan diri dengan aktiviti komuniti. Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya. Menjadi penasihat PIBG dan Pengerusi Majlis Pemuafakatan Sekolah. Menghadiri kursus, seminar dan sebagainya yang dianjurkan oleh kementerian / Jabatan dan Agensi-agensi Iuar. Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan Profesion Keguruan.

28

4.2 PERANAN GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN


BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN) Menjalankan tugas Pengetua semasa ketiadaannya. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan. Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN) Kurikulum Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan sebagainya. Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran. Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel. Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan. Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru pelatih, guru yang baru mengajar dan guru sandaran tidak terlatih dalam menjalankan tugas harian mereka. Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan tindakan susulan. Menyelaraskan segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian Pendidikan. Membantu memilih buku teks, bahan pusat sumber dan buku bacaan. Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu gantian.

Pengurusan Membantu beban tugas guru dan staf sokongan sekolah Membantu menyelaraskan hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan guru serta staf sokongan. Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/ maklumat. Membantu merancang takwim sekolah. Membantu menyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan. Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan odit tahunan.

29

Menyelaras semua jenis kutipan yuran Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah. Menjadi penandatangani kedua cek sekolah. Menjaga dan menyemak stok/ iventori peralatan sekolah.

Pembangunan Diri Pelajar Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah, keceriaan dan kebersihan sekolah. Merancang langkah-langkah keselamatan pelajar. Mengadakan kursus kemahiran pelajar.

Pembangunan Organisasi. Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat. Mengadakan kursus/latihan personal.

Pembangunan Kendiri. Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu. Menghadiri kursus, seminar dan bengkel. Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah. Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion perguruan.

30

4.3 PERANAN GURU KANAN MATAPELAJARAN ( KETUA BIDANG )

BIDANG TUGAS 1. Bertanggungjawab dalam hal kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidangnya. 2. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam perancangan dan pengurusan kokurikulum yang berkaitan dengan bidangnya terutama persatuan akademik. 3. Membantu Pengetua menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan bidangnya. 4. Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar. 5. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan yang berkaitan dengan bidangnya. 6. Membantu Pengetua menyelaras dalam hal-hal yang berkaitan dengan bidangnya,dengan pihak luar seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah,latihan mengajar bagi guru-guru pelatih/ maktab / univesiti dan seumpamanya. 7. Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu.
Senarai Tugas

Kurikulum 1. Memimpin guru menentukan dan merancang Rancangan Pelajaran Penggal / Mingguan dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya. 2. Mempengerusikan mensyuarat atau memimpin panitia mata pelajaran di bawah kawalannya. 3. Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 4. Membimbing guru terlatih , guru yang baru dan guru sandaran dalam menjalankan tugas-tugas mereka. 5. Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggara dengan berkesan. 6. Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta mengambil tindakan sewajarnya.

31

7. Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti- aktiviti bimbingan , pemulihan, dan pengkayaan. 8. Membantu dalam perancangan program dan menyelaras kegiatan (kurikulum) yang dijalankan oleh sekolah , Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan. 9. Membantu dalam pemilihan buku Teks, bahan pusat sumber, alat pandang dengar dan bahan-bahan pendidikan lain. 10. Menganggotaai Jawatankuasa Kurikulum sekolah dan jawatankuasa lain yang diarahkan oleh Pengetua. 11. Membantu menjalankan kursua , taklimat , penerangan dan perjumpaan di sekolah dalam konteks perkembangan staf. 12. Memperoleh dan menyebar maklumat terbaru mengenaai pengkaedahan dan pendekatanpendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada guru. 13. Menjalankan usaha untuk mempertingkatkan dan memperluaskan amalan amalan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu merentas kurikulum. 14. Mengenalpasti masalah kelemahan pelajar dan mencari langkah-langkah untuk mengatasinya. Kokurikulum 1. Merancang , menyelaras dan melaksanakan segala kegiatan kokurikulum yang bersifat akademik yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar. 2. Merancang , mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan di bawah bidangnya. Pengurusan 1. Membantu menentukan serta menagihkan tugas-tugas guru mata pelajaran di bawah bidang dan kawalannya. 2. Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan , kursus dan latihan untuk guru. 3. Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data maklumat dan segala jenis perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya. 4. Membantu merancang takwim sekolah . 5. Menyelia kerja kerja guru di bawah bidang kawalannya. 6. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dan mengawal perbelanjaan. 7. Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan. 8. Menjaga dan menyemak stok dan inventori segala peralatan , barang atau bahan yang berkaitan dengan bidangnya. 9. Menentukan aspek aspek menyampaian nilai-nilai murni dan amalan berlaku di bilik darjah dan sekolah. 10. Menentukan pelajar dilatih melaksanakan tugas-tugas pengurusan bilik darjah dan menjaga keceriaannya.

32

11. Menyelia kerja-kerja kursus pelajar, mempertingkatkan pelajar dan program Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) sebagaimana yang dirancang. Tugas tugas lain 1. Berhubung dengan PKG , Pejabat Pendidikan Daerah dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri tentang apa jua maklumat dan bantuan yang boleh didapati untuk membantu sekolah dan guru. 2. Berhubung dengan guru kanan mata pelajaran sekolah lain yang berhampiran bagi tujuan berkongsi maklumat dan sumber pendidikan bagi memantapkan keupayaan dan pengetahuan. 3. Melengkapkan bilik pergerakan sekolah dengan data atau maklumat mengenai semua pelajaran dan menggunakannya dengan berkesan dan berhasil . 4. Membantu merancang dan menyelia program keceriaan dan kebersihan sekolah. 5. Membantu Pengetua menyelia dalam hal-hal peperiksaan, kegiatan sukan ,penyediaan jadual waktu sekolah dan urusan Pusat Sumber. 6. Melaksana segala arahan dan tugasan yang diberi oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

4.4 PERANAN KETUA PANATIA MATAPELAJARAN


Senarai tugas 1. Menentukan dan bertanggungjawab menyediakan sukatan mata pelajaran yang kemaskini. 2. Bertanggungjawab mrnyediakan rancangan pelajaran tahunan penggal dan mingguan. 3. Mempengerusikan mesyuarat panitia dan mengemaskinikan fail panitia mata pelajaran . 4. memastikan salinan minit-minit mesyuarat panitia di hantar ke pihak pentadbir sekolah dan PPD. 5. Bertanggungjawab menyenaraikan pengagihan guru mata pelajaran mengikut keperluan untuk keperluan AJK jadual waktu. 6. Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya. 7. Membantu dalam membuat pemilihan jenis-jenis buku dan bahanbahan rujukan untuk Pusat Sumber Sekolah. 8. Menentukan penggunaan alat bantu mengajar,kaedah-kaedah pembelajaran terkini. 9. Penyelaras menyediakan soalan soalan peperiksaan/ ujian dan pemeriksaan kertas jawapan.

33

10. Mengesahkan soalan-soalan peperiksaan dan ujian bulanan sebelum dihantar ke bilik cetak. 11. Menganalisis keputusan peperiksaan / ujian bulanan bagi mata pelajaran berkenaan dan menyediakan strategi-strategi tertentu untuk tindakan susulan bagi pelajar yang tidak mencapai tahap yang dikehendaki. 12. Bertanggungjawab menyediakan bank-bank soalan. 13. Membantu dan melaksanakan program kecemerlangan akademik yang dirancangkan oleh pihak sekolah. 14. Membantu dalam melaksanakan PPJ akademik untuk PMR dan SPM. 15. Mengadakan tindak balas kepada setiap perubahan yang diperlukan. 16. Membantu dan sentiasa memberi kerjasama dalam mengadakan kursus dalaman kepada ahlinya apabila diperlukan. 17. Bertanggungjawab menyediakan pelajar ke pertandingan-pertandingan anjuran PPD,JPN,Kementerian Pendidikan dan lain-lain. 18. Membantu dan bekerjasama menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan akademik . 19. Membantu menyediakan data-data/maklumat mengenai mata pelajaran yang berkenaan untuk dipamerkan di bilik gerakan. 20. Menyimpan salinan jadual waktu persendirian guru bagi mata pelajarannya. 21. Membantu guru kanan mata pelajaran membuat pemantauan P&P. 22. Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi serta pencapaian pelajar bagi peperiksaan dalaman dan luar seperti PMR dan SPM. 23. Bertanggungjawab mengemaskinikan buku stok panitia dan alat alat bantu mengajar diselenggarakan dengan baik.

34

5.0 PERLAKSANAAN KURIKULUM

35

5.1 PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( P&P ) Kaedah pengajaran adalah merujuk kepada teknik-teknik atau kaedah yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan pengajarannya. Kaedah-kaedah ini yang dimaksudkan boleh dalam bentuk ceramah, kuliah, main peranan, kajian kes, simulasi, lakonan, bercerita, tunjuk cara, demonstrasi, inkuiri penemuan, sumbang saran, kajian masa depan, amali, konstektual dan pembelajaran masteri.

36

6.0 PENILAIAN KURIKULUM

37

6.1

MAKSUD PENILAIAN KUKURIKULUM

Penilaian kurikulum adalah suatu proses mengumpul data untuk menilai seseorang pelajar atau sesuatu kurikulum. Penilaian kurikulum adalah merangkumi proses member pengatahuan, menjalankan ujian dan menilai hasil yang diperolehi oleh pelajar. Bagi kurikulum itu sendiri penilaian bermaksud menilai isi kandungan, susun atur, organisasi dan kaedah penyampaiannya. Penilaian kurikulum member maksud sama ada kurikulum yang dibina, direka bentuk dan dilaksana menerbitkan hasil pembelajaran yang diharapkan. Menurut Kelly, A.V (2009), Penilaian kurikulum adalah proses dimana kita berusaha atau mencuba untuk mengukur nilai dan keberkesanan daripada sebahagian aktiviti pendidikan sama ada projek di peringkat nasional ataupun hanya aktiviti bersama murid di dalam bilik darjah.

38

6.2

MODEL PENCERAPAN KLINIKAL 1. Pencerapan bermaksud proses membantu guru mengurangkan perbezaan antara tingkahlaku pengajaran yang sebenar dengan tingkah laku pengajaran yang unggul. (Acheson & Gall, 1980 : 25) 2. Klinikal bermaksud mencerap secara dekat, mengumpul data dan menggunakan data untuk membuat analisis. 3. Pencerapan klinikal berguna untuk member guru maklum balas yang berkaitan dengan peristiwa di dalam bilik darjah untuk mereka mempertingkatkan mutu pengajaran pada masa akan dating. 4. i). Langkah pencerapan klinikal (Model Cogan, 1973) 1. Mewujudkan hubungan Mentor - GP 8. Rancang semula 2. Rancang bersama

7. Jalankan Konferens

MODEL COGAN 1973

3. Rancang strategi pencerapan

6. Rancang strategi konferens 5. Analisis proses P&P

4. Mencerap P&P

39

ii) Langkah pencerapan klinikal ( Model Goldhammer, 1969)

1. Konferens Pra-Pencerapan

2. Mencerap P&P

3. Analisis & Strategi

4. Konferens Penyeliaan

5. Konferens Pasca Pencerapan

40

6.3

KEBERKESANAN PENCERAPAN DI SEKOLAH

Keberkesanan

pencerapan

pengajaran

dan

pembelajaran

adalah

untuk

membantu guru membina dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang efektif, efisen dan pragmatik.Pencerapan boleh menjana perkongsian pintar melalui perbincangan dan teguran semasa penyeliaan dan pencerapan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di bilik darjah. Pencerapan bukan untuk mencari kesilapan dan memberi hukuman kepada guru kerana kurang keberkesanan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Pencerapan menjadi satu transformasi bagi megukuhkan lagi sistem pendidikan untuk melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Kemajuan teknologi masa kini memerlukan perubahan paradigma yang mantap dalam kalangan guru.. Justeru itu Pengetua perlu membina satu instrumen pencerapan pengajaran dan pembelajaran yang dianggap sebagai Standard dan boleh dijadikan panduan oleh guru. Mekanisme yang diadakan ialah satu instrumen pencerapan yang mengandungi elemen-elemen yang spesifik dan jelas perlu untuk memberi impak kepada proses pencerapan yang berkualiti dan bermanfaat kepada guru.

Pencerapan menjadi satu agenda teguran yang telus, halus dan tulus ke arah memartabatkan lagi profesion keguruan agar menjadi kompetitif seiring dengan perubahan era globalisasi. Instrumen itu boleh digunapakai oleh Pengetua dalam proses pencerapan proses pengajaran dan pembelajaran serta guru-guru akur dengan elemen-elemen yang perlu diberi keutamaan dalam pengajaran di bilik darjah.

41

6.4

BUDAYA ILMU SEKOLAH Aspek budaya ilmu dikatakan sebagai salah satu budaya yang menekankan

tentang perkembangan intelek. Menurut Mok (2002), aspek budaya ilmu adalah seperti semangat ingin belajar sama ada ada di dalam bilik darjah atau pun di perpustakaan sekolah. Ia juga meliputi aspek penggunaan bahasa dengan betul dan jitu di dalam dan di luar bilik darjah. Menurut Shaharir (1996), pemilihan Bahasa Melayu sebagai wahana budaya ilmu di Malaysia sambil menggalakkan penguasaan Bahasa Inggeris (kerana keperluan komunikasi antarabangsa dan pemindahan ilmu) dan bahasa kaum adalah satu dasar bahasa yang tidak bercanggah dengan Al-Quran. Maka penguasaan

bahasa adalah penting bagi menguasai sesuatu ilmu. Pembudayaan ilmu dan berketerampilan menjadi fokus setiap sekolah dalam usaha melahirkan modal insan seimbang baik dari segi pengetahuan mahupun keperibadian.Sehubungan itu, setiap warga sekolah harus sentiasa mengamalkan budaya belajar, kerja dan pengurusan selaras dengan matlamat ingin melahirkan insan mencintai, menghayati, mengamalkan ilmu serta menyemai semangat cinta agama, negara, sahsiah diri dan kecemerlangan. Kejayaan sesebuah sekolah bukan bergantung kepada prasarana pendidikan sempurna dan tenaga pengajar cemerlang, tetapi lebih kepada sikap prihatin, selalu turun padang serta motivasi terutama di kalangan barisan pentadbirnya.

42

7.0 KEJAYAAN KURIKULUM

43

Kejayaan kurikulum sesebuah sekolah adalah kerana beberapa faktor penting. Antarafaktor yang menjayakan sesebuah kurikulum ialah :

1) Penubuhan Jawatankuasa Kurikulum Dengan adanya sebuah organisasi jawatankuasa kurikulum yang cekap, bersistematik dan berkesan ia mampu menguatkan sumber tenaga di sesebuah sekolah dari segi menaikkan pencapaian akademik pelajar mahupun dari segi mencari sumber kewangan untuk sekolah tersebut. Dengan adanya sumber kewangan yang kukuh semua perancangan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

2) Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Dengan adanya kelengkapan seperti bahan bantu mengajar yang mencukupi di sesebuah sekolah lebih-lebih lagi mempunyai bahan bantu mengajar yang berasaskan teknologi dan mesra pengguna akan melancarkan proses P&P. Pembelajaran juga akan menjadi lebih menyeronokkan. Secara tidak lansung pencapaian akademik akan lebih meningkat dari masa ke semasa.

3) Tenaga Pengajar Sekiranya semua tenaga pengajar menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menyemaikan dalam diri masing-masing ditambahkan lagi dengan tenaga pengajar yang terlatih dan mencukupi di sesebuah sekolah P&P akan menjadi lebih berkesan. Setiap guru juga haruslah komited terhadap perkara yang dilakukan serta mempunyai jiwa yang kreatif dan sangat berminat dalam bidang pendidikan ini akan menjayakan Kurikulum sesebuah sekolah itu.

44

4) Amalan P&P Dengan P&P yang terancang dan mengunakan pelbagai kaedah pembelajaran seperti teknik sumbangsaran, bercerita, demonstrasi dan sebagainya akan menjadikan P&P yang berkesan secara tidak lansung, pencapaian akademik akan meingkat dan cemerlang. Penilaian yang berterusan akan menjadikan seseorang pelajar lebih cekap dalam menyelesaikan masalah.

5) Kemajuan Staf Kejayaan kurikulum sesebuah sekolah juga berdasarkan dari faktor guru-guru itu sendiri. Perancang sekolah haruslah menganalisis keperluan latihan yang diperlukan oleh setiap guru. Dengan membuat perancangan dan perlaksanaan yang rapid an mengadakan kursus dalaman untuk memahirkan guru dalam sesuatu bidang akan melahirkan guru yang membudayakan ilmu di sekolah dan P&P yang berkesan dapat diwujudkan.

6) Kegiatan Kokurikulum Dengan adanya aktiviti kokurikulum yang terancang dan bersesuaian dapat mencungkil bakat pelajar yang tidak dapat mereka tonjolkan semasa berada di dalam kelas. Kepelbagaian aktiviti luar yang dilakukan di luar waktu P&P secara tidak lansung mengasah sifat kepimpinan seseorang pelajar serta menambahkan minat untuk datang ke sekolah. Malah P&P akan menjadi lebih berkesan lagi di dalam kelas sekiranya penaglaman mereka dapat dikaitkan dengan topic yang diajarkan pada hari berkenaan.

7) Kewangan Setiap rancangan yang disediakan dengan kertas kerja beserta anggaran perbelanjaan akan memudahkan pihak pentadbir membuat agihan perbelanjaan mengikut priority. Setiap perbelanjaan yang menikut prosuder dan tatacara kewangan yang bersih akan menjadikan P&P yang berkesan.

45

8) Perkongsian Bestari Kejayaan kurikulum juga dapat diwujudkan dengan cara setiap organisasi sekolah harus membina rangkaian dengan agensi pendidikan seperti PPD dan JP Negeri ataupun dengan agensi bukan kerajaan dan swasta. Dengan cara ini sekolah dapat memperoleh sumber pendapat dengan cara meminta dana dari agensi-agensi tersebut. Malah organisasi sekolah juga dapat bertukar-tukar idea dan pendapat tentang isu atau kaedah terkini yang digunakan di agensi-agensi tersebut. Maka guru dapat melaksanakan P&P yang berkesan dengan mendedahkan pelajar dengan isu atau kaedah terkini yang tidak terdapat di dalam buku.

9) Budaya Guru perlu membudayakan ilmu supaya menjadi teladan yang baik kepada pelajar. Selain itu, guru harus sering mengadakan perbincangan profesionalisma bersama rakan sejawat bgi menambahkan pengetahuan dan memantapkan kaedah pengajaran guru. Guru juga perlu mengamalkan nilai murni dan mempunyai semangat sepasukan bagi menjayakan kurikulum sekolah. Hasilnya P&P yang berkesan serta semua warga sekolah dapat melalui iklim sekolah yang kondusif.

46

8.0 CABARAN KURIKULUM

47

Antara cabaran kurikulum yang berlaku di kebanyakan sekolah di Malaysia ialah :

1) Perubahan yang dilakukan oleh pihak atasan tidak diterima atau tidak diyakini oleh pihak sekolah. Contohnya terdapat banyak pertikaian apabila pihak atasan mengenalkan ETeMS. 2) Fizikal sekolah yang terlalu usang menyukarkan pihak guru menggunakan teknologi moden. Malah saiz kelas yang agak kecil berbanding bilangan pelajar yang ramai menyebabkan pelajar dan guru tidak selesa semasa proses P&P dijalankan. Malah kemudahan sekolah yang serba kekurangan menyukarkan guru untuk melakukan aktiviti bersama pelajar. 3) Falsafah / Visi dan Misi yang tidak difahami dan dihayati oleg guru menyukarkan pengurusan kurikulum di sekolah. 4) Tenaga pengajar yang tidak mencukupi serta terdapat guru yang bukan opsyen mengajar tidak dapat menaikkan prestasi akademik sekolah. Malah guru yang tidak berdisplin akan menyukarkan pengurusan kurikulum di sekolah. 5) Pengaruh luar sekolah media massa serta persekitaran yang tidak sihat menukarkan pengurusan sekolah membentuk sahsiah para pelajar. 6) Murid tidak dapat menguasai 3M secara tidak lansung menjadi cabaran kepada pengurusan sekolah. 7) Masalah dalam perlaksanaan kursus dalaman pengetahuan guru. 8) Budaya dan sikap negetif pelajar dan warga pendidik menjadi cabaran kepad pengurusan kurikulum. 9) Jurang pendapatan antara warga pendidik atau penggubal dan pelaksana serta masalah komunikasi antara penggubal dan pelaksana menimbulkan perasaan iri hati dalam kalangan warga pendidik. contohnya mengrangkan

48

REFLEKSI

Bersyukur ke hadrat Illahi saya telah berjaya menyiapkan tugasan Kajian Kurikulum KH Sekolah Rendah yang diberikan oleh En. Ibrahim bin Yajid. Walaupun agak mencabar, dan terdapat banyak kekeliruan yang bermain di minda saya mengenai tugasan yang diberi, namun itu tidak menggoyangkan semangat saya untuk berusaha menyiapkannya. Sebaik sahaja saya mendapat tugasan ini, saya terus mencari bahan-bahan melalui internet dan juga buku-buku yang berkaitan. Selepas itu, saya mengumpul semua bahan yang ada dan saya melakukan perbincangan dengan rakan sekumpulan saya. Dalam beberapa minggu, saya berjaya menyempurnakan tugasan yang diberikan dengan jayanya.

49

BIBLIOGRAFI

1. Robiah Sidin (2003). Teori Pentadbiran Pendidikan Satu Pengenalan.Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia

2. Salhah Abdullah.Ainon Mohd (2007). Guru sebagai Mentor. Kuala Lumpur: PTS Profesional, Publishing Sdn. Bhd.

3. Sonia Blandford (2004). Panduan Pengurus Peringkat Pertengahan Di Sekolah.Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Bhd.

4. Alimuddin Mohd. Dom (2006). Outstanding Leaders: Membina Sekolah Cemerlang. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

5. A.L Ramaiah (1999). Kepimpinan Pendidikan: Cabaran Masa Kini. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd.

6. _______(2012). Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Afzan, Chenor. PAHANG: 7. www.pdf-look.com/pdf/isu-dan-cabaran-sekolah.htm 8. suhajambu.blogspot.com/

50

Vous aimerez peut-être aussi