Vous êtes sur la page 1sur 12

1. Pengenalan Tanpa kita sedari bahawa pembelajaran utama dan pertama yang diperolehi oleh manusia adalah bahasa.

Bahasa dalam hal ini tidak hanya memiliki pengertian sebagai serangkaian huruf dan kata, akan tetapi meliputi seluruh persamaan komunikasi verbal mahupun nonverbal. Hal ini secara alamiah dunia kebahasaan telah terintegrasi dalam diri setiap manusia. Bahasa Melayu telah memainkan peranan yang penting dalam perkembangan bahasa di Malaysia. Suatu masa dahulu, Bahasa Melayu adalah lingua franca kepada pedagang asing yang datang ke rantau ini untuk berdagang. Menyedari kepentingan ini maka Bahasa Melayu telah diiktiraf dan di angkat sebagai Bahasa Kebangsaan negara kita. Apabila kita berbicara tentang bahasa melayu kita tidak boleh terlepas daripada memperkatakan tentang sisitem Bahasa Melayu itu sendiri. Dengan memahami sistem bahasa Melayu itu dengan mendalam kita dapat mendasari tentang keunikan Bahasa Melayu itu sendiri. Sistem Bahasa Melayu terbahagi kepada fonologi ( kajian tentang bunyi bahasa ), morfologi( kajian tentang pembentukan dan penggolongan kata) dan sintaksis (kajian tentang pembentukan dan penggolongan ayat). Namun dalam tugasan ini saya hanya memfokuskan perbincangan kepada tentang fonologi dalam Bahasa Melayu dan hanya beberapa komponen yang diberi penekanan berdasarkan kepada kehendak tugasan. Fonologi adalah ilmu bunyi, yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi atau alat ucap itu disebut fon (phone). Sementara itu, fonem adalah satuan bunyi terkecil dari sebuah bahasa yang mampu menunjukkan kontras makna. Apabila kontras makna tidak terjadi, maka sebuah bunyi bahasa tidak dapat disebut sebagai sebuah fonem yang berbeza. Kontras makna ini adalah syarat bagi keabsahan sebuah fon atau bunyi bahasa untuk disebut sebagai fonem. Fonetik pula ialah kajian tentang bunyi ujar yang terbahagi kepada tiga. Bahagian pertama ialah gerakan alat-alat ujaran yang menghasilkan bunyi atau fonetik artikulasi. Fonetik jenis ini memperincikan selok-belok jenis fonetik. Bahagian kedua ialah kajian terhadap pendengaran bunyi yang keluar dari mulut atau fonetik auditori. Kajian fonetik ini lebih kepada pemadanan ciri akustik bunyi bahasa dengan apa sahaja maklumat yang dimiliki pendengar, iaitu persekitaran,tatabahasa dan sebagainya. Bahagian seterusnya ialah kajian terhadap sifat bunyi atau fonetik akustik. Kajian fonetik ini terhad kepada kajian ciri fizikal bunyi bahasa yang dimiliki suatu bahasa yang sampai ke telinga pendengar. Pengkajian dilakukan dengan merakam

gelombang bunyi

yang dikeluarkan oleh penutur beberapa alatan khas contohnya

spektograf,osiloskop dan laringskop. ( Awang Had Salleh:1958:536-540). 2. Skop Kajian Dalam tugasan ini, kita akan mengkaji dan membincangkan tentang kajian utama kita iaitu fonologi dan fonetik. Kedua-dua tajuk utama akan dihuraikan dengan memfokuskan kepada penghasilan bunyi-bunyi vokal dan konsonan,perbezaan antara fonem dan alofon serta ciri-ciri suprasegmental dan kepentingannya dalam pengajaran lisan Bahasa Melayu .Selain itu, kita akan dapat mengkaji maksud istilah-istilah seperti fonologi dan fonetik. Di samping itu, penghasilan bunyi-bunyi vokal dan konsonan Bahasa Melayu dari segi artikulasi, lambang dan fonem juga akan dihuraikan dalam tugasan ini. Selain itu, ciri-ciri suprasegmental dalam Bahasa Melayu juga diberi sedikit penumpuan yang penting untuk pengajaran lisan Bahasa Melayu. 3. Definisi Fonologi dan Fonetik Fonologi adalah ilmu tentang perbendaharaan fonem sebuah bahasa dan distribusinya. Fonologi juga merupakan kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham, bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan the study of the systematicorganization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology. Manakala menurut Dalbor, salah seorang ahli linguistik Barat pula, phonology is the study of the function and patterning of speech sounds yang bermaksud fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia.Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Universiti Terbuka pula, fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia, yakni satu pernyataan yang begitu umum untuk mendefinisikan fonologi itu sendiri. Manakala fonetik pula, menurut Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik menemukan kebenaran-kebenaran umum dan

memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik

bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut Dr. Lufti Abas (1985). Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008), asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan. Fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia (Indirawati Zahid, 2006). Fonetik ialah kajian yang ditinjau dari segi bahan fizik atau jisim yang mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu,fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa dan pendengaran (Ali Mahmood, 2010). 4. Penghasilan Bunyi-Bunyi Konsonan dan Vokal Dalam Bahasa Melayu 4.1 Vokal Vokal merupakan bunyi bersuara iaitu ketika dihasilkan udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan. Vokal seperti di bawah boleh dibahagiakan kepada tiga bahagian iaitu: i ii iii iv Vokal hadapan Vokal tengah Vokal belakan Kedudukan vokal ditunjukkan seperti rajah di bawah:

Rajah di atas menunjukkan kedudukan vokal dalam bahasa Melayu

Berdasarkan kepada gambar rajah di atas dapat digambarkan kedudukan lidah mengikut bahagian-bahagiannya. Bahagian di sebelah kiri terdiri daripada bahagian hadapan lidah, bahagian sebelah kanan merupakan bahagian belakang lidah manakala bahagian tengah merupakan bahagian tengah lidah. Jelas bahawa lidah merupakan alat artikulasi yang berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal dan dalam pembahagian bunyi-bunyi vokal. Kedudukan tinggi dan rendah lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah:

Gambar rajah di atas menunjukkan kedudukan lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal. Berdasarkan gambar rajah di atas jelaslah bahawa lidah berfungsi dalam pembahagian jenis-jenis bunyi vokal. Selain itu, kedudukan lidah mempunyai hubungan dengan bunyi vokal yang akan dibunyikan. Selain itu, bibir juga memainkan peranan yang tersendiri dalam penghasilan bunyi vokal. Menurut Adul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir boleh berbentuk seperti berikut: Hampar Separuh hampar Bundar Separuh bundar akan menghasilkan vokal hampar, separuh hampar atau bundar dan separuh bundar.

Menurut Abdul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir semasa menghasilkan jenis-jenis vokal adalah seperti berikut:

Gambar rajah di atas menunjukkan kedudukan lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal.

4.2 Konsonan Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.dalam bahasa melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu :

dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ). dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ). dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).

satu konsonan hentian glotis. ( ? ) dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j ) dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s ) dan geseran glotis bersuara ( h ). satu konsonan getaran bersuara ( r ). satu konsonan sisian bersuara ( I ). empat konsonan sengauan bersuara (m, n, , n ) dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( I ) dan separuh vokal dua bibir bersuara ( w ). satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).

Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir,gusi,lelangit keras,lelangit lembut,pita suara,glotis dan rongga hidung. 5. Perbezaan Fonem dan Alofon Dalam Sistem Bahasa Melayu 5.1 Fonem Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi.Satu unit ujaran yang bermakna, atau perkataan, terdiri daripada beberapa unit bunyi, misalnya kata palu.Kata ini terdiri daripada empat unit bunyi, iaitu p, a, l, u. Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang berfungsi.ika p diganti dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu. Oleh itu, p dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran. Fonem ialah unit bahasa yang terkecil yang berfungsi. Fonem juga merupakan unit yang bermakna atau perkataan yang terdiri daripada beberapa unit bunyi. Contoh kata yang menjelaskan fonem ini ialah perkataan palu. Kata ini terdiri daripada empat unit yang berbunyi iaitu p, a, l, u. Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem iaitu unit terkecil yang berfungsi. Sebagai contoh sekiranya p diganti dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu. Oleh itu , p dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran. Selain daripada itu fonem juga boleh difahamai sebagai unit yang terkecil yang membezakan makna. Perbezaan makna ini dapat dilihat pada pasangan minimal atau pasangan terkecil perkataan. Contohnya, pasangan minimal, pedang dengan petang. Dalam pasangan minimal pedang dengan petang itu terdapat bunyi yang berbeza iaitu bunyi d dan bunyi t. Perkataan pedang dikatakan hampir sama dengan perkataan petang namun hanya dibezakan dengan bunyi d dan t.

Dalam konteks ini, bunyi d dan t merupakan bunyi yang distingtif yang membezakan makna. Oleh itu bunyi d dan t adalah bertaraf fonem yang berbeza dan bunyi fonem itu diletakkan dalam kurungan fonem iaitu /d / dan /t/. Selain daripada pasangan minimal pedang dengan petang, terdapat lagi beberapa contoh yang akan diperjelaskan untuk lebih memberi kefahaman yang mendalam. Contohnya perkataan kaya dan paya. Kedua perkataan ini mempunyai makna yang berbeza, hal ini disebabkan oleh fonem k dan p. Fonem seperti apa yang kita harus fahami ialah unit yang terkecil yang dapat membezakan makna. Maka bunyi k dan p merupakan unit-unit terkecil itu yang dapat membezakan makna perkataan kaya dan paya. Maka bunyi k dan p boleh dikategorikan sebagai fonem yang membezakan makna. Oleh itu bunyi k dan p diletakkan dalam kurungan fonem iaitu /k/ dan /p/. Contoh yang seterusnya ialah pasangan minimal perkataan sayang dan wayang. Pasangan minimal sayang dan wayang ini dibezakan oleh fonem s dan w. S dan w merupakan unit Yng terkecil yang membezakan makna pasangan minimal sayang dan wayang. Maka s dan w merupakan unit-unit terkecil yang membezakan makna. Oleh itu, s dan w dikategorikan sebagai unit-unit terkecil yang membezakan makna pasangan minimal sayang dan wayang. Oleh yang demikian s dan w ini diletakkan dalam kurungan fonem iaitu /k/ dan /p/. Selain daripada contoh pasangan minimal yang telah diperjelaskan diatas terdapat juga beberapa contoh pasangan minimal yang boleh menunjukkan unit-unit terkecil yang membezakan makna ataupun dalam istilah bahasa melayu iaitu fonem. Contoh adalah seperti berikut : I. Barat dan Karat

/b/ dan /k/ merupakan fonem yang berbeza. II. Dalam dan Talam

/d/ dan /t/ merupakan fonem yang berbeza III. Cari dan Jari

c/ dan /j/ merupakan fonem yang berbeza IV. Pakar dan Bakar

/p/ dan /b/ merupakan fonem yang berbeza V. Tulang dan Dulang

/t/ dan /d/ merupakan fonem yang berbeza

5.2 Alofon Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon. Misalnya fonem p dalam palu, lupa dan luap. Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna, tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, iaitu tidak diletupkan. Daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem p mempunyai dua alofon. Alofon merupakan anggota-anggota kepada satu fonem. Alofon juga merupakan kelainan bunyi antara satu sama lain tetapi masih tergolong ke dalam satu fonem. Kelainan bunyi yang tergolong ke dalam satu fonem ini berlaku akibat terpengaruh oleh bunyi tertentu sama ada yang terdahulu atau terkemudian daripadanya. Selain daripada itu alofon juga boleh difahami ataupun didefinisikan sebagai fonem yang terdiri daripada anggota fonem. Misalnya fonem p dalam perkataan palu, lupa dan luap. Bunyi fonem p dalam perkataan palu dan sebagai letupan bibir yang sempurna, manakala perkataan luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna yakni tidak diletupkan. Maka dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh yang diberikan fonem p mempunyai dua alofon.Alofon juga boleh terjadi daripada bunyi yang bervariasi bebas. Dengan bervariasi bebas dimaksudkan walaupun bunyi-bunyi itu berbeza dalam perkataan tertentu misalnya faham dengan paham tetapi perbezaan bunyi tidak membawa makna yang berbeza maknanya yang sama. Dalam bahasa Melayu terdapat pula beberapa perkataan yang hampir sama dari segi sebutan tetapi maknanya sama (tidak berbeza), misalnya perkataan agama, ugama dan igama. Walaupun perkataan agama, ugama dan igama itu dari segi makna tidak berbeza, tetapi vokal a, u, i adalah asalnya fonem yang membezakan makna kerana terdapat pasangan minimal masingmasing yang membezakan makna iaitu baru, buru, biru. Oleh sebab itu vokal a, u dan i adalah distingtif (membezakan makna), maka bunyi a, u, dan i adalah bertaraf fonem, maka bunyi a, u dan i adalah bertaraf alternasi bebas. 6. Ciri-ciri Suprasegmental Bahasa Melayu dan Kepentingannya Dalam Pengajaran Lisan. Suprasegmental bermaksud unsur-unsur bahasa yang terdapat dalam Bahasa Melayu yang terdiri daripada tekanan, nada, jeda dan panjang pendek. Fonem ini juga dikenali sebagai fonem suprapenggalan iaitu ciri atau sifat bunyi yang menindihi atau menumpangi sesuatu fonem. Ciriciri suprasegmental dalam Bahasa Melayu ditunjukkan oleh rajah di bawah:

Tekanan

Jeda

Kepanjangan

Fonem Suprasegmental

Intonasi

Tona

Rajah Menunjukkan Ciri-Ciri Suprasegmental 6.1 Tekanan Merupakan ciri lemah atau kerasnya suara penyebutan sesuatu suku kata. Biasanya berlaku pada suku kata dalam perkataan. Dalam bahasa Melayu tekanan berlaku dalam vokal. Bunyi vokal selalunya disebut dengan lantang dan boleh dipanjangkan. Lazimnya tekanan ini berlaku dalam suku kata yang kedua seperti ki ta, ba pa, sa tu dan seumpamanya. Penggunaan tekanan ini amat penting dalam pengajaran membatang suku kata yang membolehkan mereka mencantum dan menyebut suku kata yang dibunyikan menjadi perkataan yang bermakna.

6.2 Kepanjangan Kepanjangan juga disebut sebagai pendek bunyi merupakan ciri khusus yang terdapat pada perkataan dalam bahasa-bahasa tertentu. Ciri kepanjangan dan panjang pendek ini juga boleh membezakan makna dalam bahasa-bahasa tertentu seperti bahasa Arab, Inggeris, tetapi tidak membezakan makna bagi Bahasa Melayu.Kapanjangan ini ditanda dengan tanda titik dipanggil mora. Jika tanda mora itu satu titik [ . ] kepanjangan bunyinya setengah mora [ ; ] dua titik kepanjangan satu mora, dan jika empat titik [ ::] kepanjangan ialah dua mora.

6.3 Jeda Dikenali sebagai persendian ialah ciri atau unsur hentian (senyap) dalam ujaran sebagai tanda pemisah unsur linguistik, iaitu perkataan, ayat dan rangkai kata. Jeda atau persendian ini ditanda dengan + . Bagi bahasa Inggeris unsur ini membezakan makna. Contoh, I scream saya menjerit dan ice cream aiskrim bunyinya sama sukar dibezakan tetapi maknanya lain. Dalam Bahasa Melayu, Terdapat rangkai kata yang boleh mengelirukan jika tidak memakai jeda, misalnya ujaran belikantin (belikan tin). Bagi membezakan makna itu perlu tanda dengan jeda seperti berikut: Belikan + tin membelikan tin = tin yang dibeli Beli + kantin membeli kantin = kantin yang dibeli Jeda atua persendian merupakan perbezaan dalam bahasa. Jeda juga digunakan untuk membezakan makna ayat. Contoh : Saya membaca buku kakak boleh dibezakan seperti berikut, 1. # Saya membaca buku kakak# (maksudnya saya membaca buku kepunyaan kakak) 2. # Saya membaca buku# kakak (saya memberitahu kakak bahawa saya membaca buku)

6.4 Tona Merupakan naik turun suara dalam pengucapan. Banyak bahasa mempunyai tona dan ia mengubah makna. Terdapat dua jenis tanda yang berbeza digunakan untuk membezakan tinggi rendah sesuatu perkataan. Pertama menggunakan tona mendatar, seperti ibu. Kedua tona meninggi, contoh guni. Ketiga tona turun-naik, contoh kuda dan akhir sekali tona menurun, contohnya marah. 6.5 Intonasi Turun naik nada suara dalam pengucapan ayat atau prasa. Intonasi juga disebut lagu bahasa. Bahasa Melayu terdapat pelbagai intonasi atau lagu yang terdapat dalam ayat. Intonasi juga dapat menggambarkan perasaan bagi sesuatu pengucapan. Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, intonasi ini amat penting untuk mengajar tajuk yang berkaitan dengan ragam ayat. Contohnya ayat berita yang menurun pada akhir ayat, ayat tanya pula meninggi pada akhir ayat.

Semua jenis ciri suprasegmental, iaitu tekanan, kepanjangan, jeda, tona secara kombinasi turut membentuk intonasi dalam ayat dan digunakan dalam pertuturan seharian. 7. Rumusan Fonologi iaitu salah satu cabang dalam ilmu bahasa yang mengkaji tentang bunyi-bunyi yang berfungsi serta memberikan makna dalam sesuatu bahasa manakala fonetik pula ialah salah satu cabang fonologi yang membincangkan tentang bidang yang mengkaji segala jenis bunyibunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan juga memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut dan bagi fonemik pula, ianya merupakan cabang fonologi yang menganalisa sistem sesuatu bahasa yang dikaji secara sinkronik. Dengan meneliti t kandungan tentang fnologi dan fonemik ini, kita dapat mengetahui tentang cara-cara penghasilan fonem-fonem yang terdapat dalam bahasa Melayu. Setiap fonem mempunyai cara tersendiri untuk dilafazkan yang melibatkan kedudukan lidah, bibir, lelangit dan alat-alat artikulasi yang lain.Setiap kedudukan alat-alat artikulasi menghasilkan bunyinya yang tersendiri yang akan menghasilkan. Pengetahuan tentang Fonolgi dan fonetik amat penting digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Pengetahuan tentang fonologi dan fonetik dan komponen bahasa ini amat membantu guru dalam pengajaran lisan di dalam bilik darjah. Sebutan dan intonasi yang betul amat ditekankan dalam pengajaran Bahasa Melayu di dalam kelas. Dengan itu, murid-murid berkeupayaan berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Melayu Standard yang bersesuaian dengan status Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

BIBLIOGRAFI 1. Aitoon M. Chaiyanara. 2006. Pengenalan Fonetik dan Fonologi.. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur 2. Asmah Hj. Omar. 1985. Susur Galur Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur 3. Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar.2006 . Fonetik dan Fonologi. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur 4. Goay Teck Chong, Choo Say Tee & Zainuddin Ahmad. 2006 . Fonologi, Bahasa Melayu Kertas 1.Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Ipoh.

5. Ismail Hussein. 1986. Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita.Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur 6. Kamus Dewan Edisi Keempat, 2006. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 7. Nik Safiah Karim & Wan Malini Ahmad. 2006 . Fonologi, Bahasa Melayu STPM. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ipoh. 8. Nik Safiah Karim, 2005. Tatabahasa Dewan.Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 9. Nik Safiah Karim, 2006. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 10. http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm 11. http://ms.wikipedia.org/wiki/Fonetik 12. http://www.tutor.com.my/

Vous aimerez peut-être aussi