Vous êtes sur la page 1sur 8

PROSEDUR UJIAN-T

PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan analisis ujian-t untuk menentukan nilai min bagi suatu sampel
atau membandingkan nilai-nilai min antara dua kumpulan sampel. Prosedur ujiant satu
sampel digunakan untuk membandingkan nilai min bagi suatu sampel dengan satu nilai
tertentu yang ditetapkan. Prosedur ujian-t bagi sampel berpasangan untuk membandingkan
nilai-nilai min antara dua kumpulan sampel yang saling berkaitan antara satu sama lain
menggunakan. Selain itu, bab ini juga akan membincangkan prosedur ujian-t bagi sampel
bebas untuk membandingkan nilai-nilai min antara dua kumpulan sampel yang bebas antara
satu sama lain.


UJIAN-T SATU SAMPEL
Objektif

Ujian-t satu sampel bertujuan membandingkan nilai min bagi suatu pembolehubah dengan
satu nilai tertentu yang boleh ditetapkan.

Hipotesis
Nilai parameter populasi yang dihipotesiskan mesti dinyatakan sebelum memulakan
persampelan. Katakan kita ingin menguji sama ada min populasi bersamaan 50, maka
hipotesis nol dan hipotesis alternatif bagi analisis dua-hujung adalah seperti berikut:

H
0
: = 50 (Min markah pelajar adalah bersamaan dengan 50)
H
1
: 50 (Min markah pelajar adalah tidak bersamaan dengan 50)




PROSEDUR SPSS BAGI UJIAN-T SATU SAMPEL

Arahan: Buka Data _Ujian-t (a)
Contoh:
Seorang pengetua sekolah ingin mengetahui nilai min (purata) markah ujian percubaan bagi
subjek matematik. Seramai 30 pelajar diambil sebagai responden. Mengikut rekod ujian
percubaan yang sama tahun lepas, pelajar kelas ini mendapat purata markah ialah 50.

1

Soalan kajian.
Adakah min markah ujian percubaan bagi subjek matematik ialah bersamaan 50?

1. Klik Analyze >Compare Means >One-Samples T Test.



2. Klik Ujian Percubaan. Masukkan (Gunakan ) dalam kotak Test Variable(s).
3. Taip 50 dalam kotak Test Value.

Lihat paparan di bawah:




4. Klik butang .

Lihat paparan output di bawah:

One-Sample Statistics

N Mean Std. Deviation Std. Error Mean
Ujian Percubaan 30 54.63 10.506 1.918


SPSS mengira min dan sisihan piawai bagi pembolehubah diuji. Nilai min ujian percubaan
iaitu 54.63 berbanding nilai yang dihipotesiskan (test value) iaitu 50. Perbezaan ini
menunjukkan nilai min ujian percubaan adalah lebih besar daripada nilai min yang diuji.

One-Sample Test

Test Value =50
t df
Sig. (2-
tailed)
Mean
Difference
95% Confidence Interval of the
Difference
Lower Upper
2

One-Sample Test

Test Value =50
t df
Sig. (2-
tailed)
Mean
Difference
95% Confidence Interval of the
Difference
Lower Upper
Ujian Percubaan 2.416 29
.022 4.633 .71 8.56

Untuk menentukan sama ada ujian ini adalah bererti atau signifikan, sila lihat J adual One-
Sample Test di atas. Keputusan ujian ini adalah signifikan, t(29) =2.416, p =0.022. Oleh
kerana nilai- p (0.022) lebih kecil daripada aras keertian 0.05, maka kita menolak
0
H bahawa min populasi adalah bersamaan dengan 50. Ini bererti min ujian percubaan
tersebut tidak bersamaan dengan 50 (menerima hipotesis alternatif). Min markah sebenar
bagi ujian percubaan ini adalah bersamaan 54.63.



UJIAN-T BAGI SAMPEL BERPASANGAN

Objektif:

Ujian-t berpasangan atau ujian-t bersandar bertujuan membandingkan nilai min antara dua
kumpulan pembolehubah yang berkaitan antara satu sama lain.

Hipotesis:

2 1 1
2 1 0
:
:

=
H
H


Andaian:
Data adalah data berangka (aras selang atau nisbah) yang mewakili sampel daripada
populasi yang bertaburan normal. Bagaimanapun jika saiz sampel kecil atau set data
sebahagiannya tidak bertaburan normal, maka anda perlu mempertimbangkan untuk
melakukan ujian bukan parametrik seperti Wilcoxon Signed-Rank Test.

Contoh:
Sekumpulan pelatih seramai 30 orang bagi acara larian pecut 100 meter dipilih dari populasi
untuk menentukan sama ada program latihan intensif selama dua bulan mampu
meningkatkan prestasi larian mereka. Untuk menguji sama ada latihan intensif ini berjaya,
semua pelatih dicatatkan masa larian mereka (dalam ukuran saat) sebelum latihan intensif
itu dimulakan, dan kemudian masa larian dicatatkan sekali lagi sebaik sahaja tamat latihan
intensif selama dua bulan.







3

PROSEDUR SPSS BAGI UJIAN-T SAMPEL BERPASANGAN

Arahan: Buka Data _Ujian-t (b)

1. Klik Analyze >Compare Means >Paired-Samples T Test.
Lihat paparan di bawah.



2. Klik Larian 1 dan Larian 2. Masukkan (Gunakan ) dalam kotak Paired
Variables.


Lihat paparan di bawah.





3. Klik butang Options. Pastikan peratus selang keyakinan 95% dan dalam
bahagian Missing Values ditanda pada Exclude cases analysis by analysis .




4. Klik butang .
4


5. Klik butang .

Lihat paparan output di bawah.
Paired Samples Statistics
Mean N Std. Deviation Std. Error Mean
Pair 1 Larian1 13.1177 30 .67393 .12304
Larian2 12.5540 30 .66545 .12149


Paired Samples Test

Paired Differences
t df
Sig.
(2-tailed)
Mean
Std.
Deviation
Std. Error
Mean
95% Confidence
Interval of the
Difference
Lower Upper
Pair
1
Larian1 -
Larian2
.56367 .28123 .05135 .45865 .66868 10.978 29 .000

Maklumat dalam jadual Paired Samples Test di atas merujuk kepada perbezaan di antara
kedua-dua larian (rujuk lajur Paired Differences). Oleh itu, lajur jadual yang dilabelkan
"Mean", "Std. Deviation, "Std. Error Mean", 95% Confidence Interval of the Difference
merujuk kepada perbezaan min, sisihan piawai, ralat piawai dan 95% selang keyakinan di
antara dua larian tersebut. Lajur tiga terakhir menerangkan keputusan ujian-t ujian sampel
berpasangan, iaitu nilai-t, darjah kebebasan (df) dan aras keertian.

Kita dapati dalam kes ini nilai t (29) =10.978 dan nilai p (0.000) <0.05. Keputusan ujian-t
bagi sampel berpasangan ini menunjukkan hipotesis nol bahawa tidak terdapat perbezaan
min masa larian adalah ditolak, sebaliknya kita menerima hipotesis alternatif bahawa
terdapat perbezaan yang signifikan dari segi min masa antara larian 1(sebelum program
latihan intensif) dan larian 2 (selepas program latihan intensif). Ini menunjukkan program
latihan intensif telah berjaya meningkatkan prestasi (mengurangkan masa larian 100 meter).

Berdasarkan nilai min dalam jadual Paired Samples Statistics, kita boleh membuat
kesimpulan bahawa program latihan intensif untuk pelari pecut 100 meter berjaya
mengurangkan masa larian (meningkatkan prestasi) iaitu daripada min larian 13.12 saat
(larian 1) kepada min larian 12.55 saat (larian 2) selepas program latihan intensif selama dua
bulan. Secara statistik dalam masa larian semakin lebih cepat (lebih pantas) iaitu dari 13.12
0.674 saat kepada 12.55 0.665 saat (P <0.05)


UJIAN-T BAGI SAMPEL BEBAS

Objektif:

Ujian-t bagi sampel bebas bertujuan membandingkan nilai-nilai min antara dua kumpulan
sampel yang tidak saling bergantungan (bebas) antara satu sama lain. Ujian digunakan untuk
membanding nilai-nilai min daripada dua sampel dan menguji sama ada kemungkinan
bahawa sampel daripada populasi tersebut mempunyai nilai min yang berbeza.
5

Prosedur ujian-t membolehkan kita melakukan ujian persamaan varians (ujian Levene) dan
nilai-t bagi varians sama dan variance tidak sama.

Ujian-t bagi sampel bebas sering digunakan untuk menganalisa data daripada jenis kajian
yang berlainan:
Kajian berekperimen
Kajian kuasi-ekperimen
Kajian lapangan


Andaian-andaian:

Pembolehubah bersandar tertabur secara normal.
Dua kumpulan sampel yang dikaji mempunyai mempunyai varians yang sama atau
hampir sama bagi pembolehubah bersandar.
Dua kumpulan sampel yang dikaji adalah tidak bersandar (bebas) antara satu sama
lain.

Contoh:

Pengetua sebuah sekolah berminat untuk membandingkan pencapaian dalam ujian
percubaan subjek matematik SPM bagi dua kumpulan pelajar iaitu lelaki dan perempuan.
Seramai 30 pelajar lelaki dan 30 pelajar perempuan diambil sebagai sampel. Berdasarkan
rekod pencapaian pelajar yang mengambil subjek matematik SPM pada tahun lepas
mendapati pencapaian pelajar perempuan adalah lebih baik berbanding pelajar lelaki.

Soalan Kajian:

Adakah wujud perbezaan min skor dalam ujian percubaan subjek matematik SPM antara
pelajar lelaki dan perempuan?


PROSEDUR SPSS BAGI UJIAN-T SAMPEL BEBAS

Arahan: BukaData_Ujian-t (c)


1. Klik Analyze > Compare Means > Independent-samples t test




6

2. Klik markah (Gunakan ). Masukkan dalam kotak Test Variable(s)

3. Klik jantina (Gunakan ). Masukkan dalam kotak Grouping Variable

Lihat paparan di bawah;



4. Klik Define Group.
5. Dalam kotak Group 1, taip 1
6. Dalam kotak Group 2, taip 2
Lihat paparan di bawah



7. Klik Continue.
8. Klik OK.

Lihat output SPSS di bawah


Pertama, lihat statistik deskriptif bagi dua kumpulan di atas. Kita dapati min (purata)
markah ujian percubaan subjek matematik SPM bagi kumpulan pelajar lelaki ialah 57.6
peratus manakala kumpulan pelajar perempuan pula ialah 71.3 peratus.

Perbezaan min =-13.700 diperolehi dengan menolak min markah Group 1 (pelajar lelaki)
dengan min markah Group 2 (pelajar perempuan) iaitu 57.60 71.30. Nilai t negatif
7

menunjukkan min markah bagi kumpulan pelajar lelaki (Group 1) adalah lebih rendah
berbanding kumpulan pelajar perempuan (Group 2).





Seterusnya, kita lihat bahagian Test Levene for Equality Variances. Ini memberitahu kita
jika kita perlu memenuhi andaian iaitu dua kumpulan mempunyai varians lebih kurang
sama pada pembolehubah bersandar (markah). J ika Ujian Levene adalah signifikan (nilai
sig. kurang daripada .05) bererti dua varians adalah berbeza secara signifikan. J ika ia
tidak signifikan (nilai sig. >.05), bererti dua varians (bagi dua kumpulan yang bebas
antara satu sama lain) adalah sama atau hampir sama. Dalam contoh ini, nilai sig. 0.329 >
0.05 menunjukkan varians kedua-dua kumpulan adalah sama. Oleh itu kita perlu merujuk
kepada baris ATAS kerana Ujian Levene menunjukkan varians adalah hampir sama. [Nota:
jika nilai sig. <0.05 (varians tidak sama) maka kita perlu merujuk baris BAWAH].



Akhir sekali, sila lihat bahagian t-test for equality of means dan rujuk baris atas (Equal
variances assumed). Kita dapati nilai t =-5.231dengan darjah kebebasan (df) ialah 58. Oleh
kerana nilai sig. (2-tailed) bersamaan 0.000 iaitu lebih kecil daripada 0.05, maka hipotesis
nol (min bagi dua kumpulan adalah tidak berbeza secara signifikan) perlu ditolak.
Kesimpulannya, wujud perbezaan min secara signifikan dari segi markah ujian percubaan
subjek matematik SPM antara kumpulan pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Didapati min
markah kumpulan pelajar lelaki (57.6%) lebih rendah berbanding kumpulan pelajar
perempuan (71.3%).


8

Vous aimerez peut-être aussi