Vous êtes sur la page 1sur 9

INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA


MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
(F01-01-07-LE2-IS1)
TAJUK KEMAHIRAN DAN
TAHAP

TEKNOLOGI KOMPUTER SISTEM TAHAP 2(SEMESTER 1)

No. DAN TAJUK MODUL

M07 BASIC ELECTRONICS

No. DAN TAJUK


PENGALAMAN
PEMBELAJARAN

LE2 IDENTIFY BASIC FOR ELECTRONICS LAW

OBJEKTIF PRESTASI
AKHIRAN / TERMINAL
PERFORMANCE
OBJECTIVE

IDENTIFY THE ELECTRONIC COMPONENTS USING THE


APPROPRIATE EQUIPMENT SO THAT THE COMPONENTS
CHARACTERISTICS CAN BE IDENTIFIED

ISI KANDUNGAN
LE2 IDENTIFY BASIC FOR ELECTRONICS LAW

TASK 07A.02 Identify Voltage,Currents and Resistance

TASK 07A.03 Identify Ohms Law,Energy and Power

No. & TAJUK


PENGALAMAN
PEMBELAJARAN

LE2 Identify Basic For Electronics Law

No. & TAJUK


TUGASAN

TASK 07A.02 Identify Voltage, Currents & Resistance


TASK 07A.03 Identify Ohm's Law, Energy And Power

TEMPAT : Bilik Kuliah

TEMPOH : 1 jam

Code No. : F01-1-7-LE2-IS1

Muka : 1 drp. 6

TAJUK : ASAS ELEKTRIK


TUJUAN :
Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai struktur jirim dan asas-asas
elektrik.Dengan itu pelatih dapat membezakan antara pengalir dan penebat,dapat menerangkan Pelatih juga
dapat menyatakan dan membuat pengiraan hukum ohm istilah beza upaya,arus,rintangan dan kuasa.
PENERANGAN :

1. STRUKTUR JIRIM.
-Setiap jirim terdiri daripada molekul-molekul dan setiap molekul terdiri daripada atom-atom.

Elektron

Nukleus

Rajah 1 : Struktur Atom


-

Setiap atom mengandungi: Satu pusat tengah yang dikenali sebagai nukleus- ia mengandungi 2 zarah iaitu
proton
+
yang bercas positif dan
neutron yang neutral ( tidak mempunyai sebarang cas).
Terdapat zarah-zarah halus dalam orbit yang sentiasa bergerak mengelilingi nukleus yang
dikenali sebagai elektron.Elektron ini bercas negative dimana dialah yang memainkan peranan
penting dalam pengaliran elektrik.

Atom yang mempunyai bilangan proton dan elektron yang sama banyak dikatakan sebagai atom yang
seimbang.
Bilangan proton dan neutron dalam sesuatu atom ialah nilai berat atom tersebut.

Muka : 2 drp. 6

Code No. F01-1-7-LE2-IS1

NOMBOR ATOM
Nombor atom ialah nombor yang mengambarkan bilangan PROTON dan ELEKTRON yang berada
pada sesuatu atom.

Jadual 1 : Nombor Atom


GELANG ORBIT

Orbit Laluan peredaran Elektron, dinamakan dengan huruf K, L, M, N, O, P,Q bermula dari yang
paling dalam. Maksimum orbit atom setakad ini ialah 7 orbit.Orbit yang paling hamper dengan
nukleus ialah K.Orbit yang paling luar dikenali sebagai orbit valensi.
Bilangan maksima elektron pada sesuatu orbit boleh ditentukan dengan formula 2n 2
dimana n = bilangan orbit akhirnya ialah elektron baki (Elektron Valensi). Elektron valensi ialah
elektron terakhir di dalam lapisan terakhir dalam sesuatu atom.Bilangan maksima elektron
valensidi dalam lapisan valensi ialah 8.

Contoh : Logam Besi : No. Kuprum = 29


Bil. atom diorbit pertama (K) = 2 x 1 2 = 2
Bil. atom diorbit kedua (L) = 2 x 2 2 = 8
Bil. atom diorbit ketiga
(M) = 2 x 32 = 18
= 29 -28 bakinya lagi 1 akan berada diorbit
yang terakhir (N).

Muka : 3 drp. 6

Code No. F01-1-7-LE2-IS1

TENAGA ELEKTRIK
Setiap satu elektron menyimpan 1 cas ve dan setiap satu Proton menyimpan satu cas +ve.

Cas yang sama berkeupayaan menolak.

menolak
menolak

Cas yang berlainan berkeupayaan menarik.

menarik

Keupayaan menarik dan menolak diantara cas-cas ini dikenali sebagai Daya / Tenaga Elektrik. Daya ini
diperolehi dengan memisah dan mengumpulkan cas-cas yang sama pada satu tempat. Semakin banyak
cas yang terkumpul maka semakin kuatlah daya/tenaga yang dihasilkan.
Berikut adalah cara-cara yang digunakan untuk menghasilkan tenaga tersebut :1.
2.
3.
4.
5.
6.

Geseran
Cahaya
Haba
Tekana
Tindakan bahan kimia
Tindakan kemagnetan

Kesemua cara tersebut boleh menghasilkan Elektrik AT (DC), melainkan tindakan kemagnetan boleh
menghasilkan Elektrik ulang alik ( AU/AC ).
PENGALIR
Bagi sesetengah bahan tertentu, cantuman atom-atomnya menghasilkan Elektron Bebas. Ianya bebas
bergerak dari 1 atom ke satu atom yang lain. Behan-bahan seperti ini dinamakan bahan pengerak. Ia
dapat mengalirkan arus elektrik dengan senang / mudah.
Contoh : Perak , Tembaga, Emas, Aluminium, Besi dan lain-lain lagi.
PENEBAT
Bahan-bahan yang tidak mempunyai elektron bebas dipanggil Bahan Penebat. Ianya sukar mengalirkan
arus elektrik. Digunakan untuk menghalang alairan arus .
Contohnya : Kayu, Kaca, Plastik, PVC, Udara dan lain-lain lagi.
COULOMB ( C )
Coulomb ( C ) ialah unit bagi cas. Satu jenis cas yang terkumpul sebanyak 6.25 x 10 18 pada sesuatu tempat
mempunyai tenaga elektrik sebanyak satu (1) Coulomb (C ) atau :
1 Coulomb = 1 Ampere (arus) x 1 saat (masa)
Q
=Ixt

Muka : 4 drp. 6

Code No. F01-1-7-LE2-IS1

DAYA GERAK ELEKTRIK (DGE)


Sesuatu punca yang mempunyai lebih cas ve dipanggil berkeupayaan negatif (-ve), sementara yang
mempunyai lebih cas +ve pula dipanggil berkeupayaan positif (+ve). Tekanan tenaga elektrik diantara
dua punca yang berlainan berkeupayaan ini dipanggil DAYA GERAK ELEKTRIK (DGE)
BEZA UPAYA
Perbezaan nilai diantara dua keupayaan v dan +ve dipanggil Beza Upaya dan nilai ini juga dikira dalam
unit Voltan (V). Beza upaya diantara dua (2) punca komponen dikenali juga sebagai susutan voltan.
UNIT VOLTAN (VOLT)
Satu volt bermakna 1 joule tenaga kerja yang dihasilkan oleh 1 coulomb cas.

__

1 Volt
1 Kv
1Mv

= 1,000mV = 1 Coulomb Cas


= 1,000V (103V) atau (10 6 mV)
= 1,000,000V ( 106V)

+
V
Jangka volt

* Voltan disukat dalam unit volt ( V ), kilovolt ( kV ) dan milivolt ( mV ).


ARUS :
DGE dan Beza Upaya akan menolak cas-cas yang sama dan menarik cas-cas yang berlainan dari
kutuban yang sebaliknya. Dengan itu Elektron (cas ve) akan terolak dari punca (keupayaan) ve dan
akan pergi (tertarik) ke punca (keupayaan) +ve. Pergerakan cas-cas ve ini dipanggil aliran electron(arus
elektrik).Ia juga boleh ditakrifkan sebagai pengaliran elektron pada satu pengalir atau melalui satu litar
yang lengkap.Unit bagi arus ialah ampere ( A ).Ampere merupakan unit bagi arus elektrik atau kadar
pengaliran cas elektrik pada satu pengalir dalam satu masa tertentu.Pengaliran ini dinyatakn dalam unit
coulomb( C ).Formula untuk mencari arus I,bagi kuantiti cas elektrik ( Q ) mengalir melalui pengalir dalam
masa t saat ialah :
Q = It
* Arus disukat dalam unit ampere ( A ), miliampere ( mA ) dan mikroampere( A ).
UNIT AMPERE (A)
1Ampere
1A
1mA

= 1 Coulomb Cas mengalir melalui 1titi dalam masa 1 saat


= 1,000mA (103 mA) = 1,000,000 uA (106uA)
= 1,000 uA.

__

+
A

Jangka Ampere

Muka : 5 drp. 6

Code No. F01-1-7-LE2-IS1

RINTANGAN :
Kebolehan sesuatu litar menentang atau melaraskan pengaliran arus. Unit bagi rintangan ialah ohm ( ).
* Rintangan disukat dalam unit ohm ( ),kiloohm ( k ) dan megaohm ( M ).
KUASA ELEKTRIK :
Kuasa merupakan banyaknya kerja yang dapat dilakukan dalam satu uint masa. Watt ialah unit asas
bagi kuasa elektrik. `P ialah simbol huruf bagi kuasa elektrik.
Formula bagi mencari kuasa elektrik ialah :
P = IV atau P = I2R atau P = V2/R
di mana P ialah kuasa, I ialah arus, V ialah voltan dan R ialah rintangan.
* Kuasa disukat dalam unit Watt ( W ),kilowatt ( kW ) dan megawatt ( MW ).
HUKUM OHM
Hukum ohm menyatakan bahawa arus di dalam satu litar yang lengkap adalah berkadar terus dengan
voltan dan songsang kepada rintangan di dalam litar.
I=V/R
V
I

di mana,
I ialah arus yang mengalir dalam litar
V ialah voltan dalam litar
R ialah rintangan yang terdapat dalam litar

Pengaliran arus elektrik adalah berkadar terus dengan voltan

Voltan kecil arus kecil


Voltan besar arus besar
Rintangan kecil arus besar
Rintangan Besar arus kecil

Contoh 1 : Apakah kesan kepada nilai arus jika nilai rintangan ditambahkan daripada 5 kepada 10
dengan nilai voltan 25 dibiarkan tetap?
Penyelesaian :
Pada nilai 5 , I= 25/5=5A
Pada nilai 10, I= 25/10=2.5A
Contoh 2 : V=10V,I=1mA cari nilai rintangan.
Penyelesaian :
R=V/I =10V/3mA =10V/0.001=10000 =10K

Code No. F01-1-7-LE2-IS1

Muka : 6 drp. 6

SOALAN :
Jawab soalan yang diberikan dibawah ini.
1. Nukleus terdiri daripada _______________ dan _________________.
2. Apakah unit bagi cas?
_______________________________________________
3. Keupayaan menarik dan menolak diantara cas-cas negatif dan positif dikenali sebagai
___________________________.
4. Berikan 3 cara yang digunakan untuk menghasilkan tenaga
a._____________________________________________
b._____________________________________________
c._____________________________________________
5. Berikan definasi bahan pengalir dan bahan penebat.
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
6.Nyatakan unit bagi arus.
__________________________________________________________________________________
7. Nyatakan hukum ohm.
___________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
_______

RUJUKAN :
1. Asas Elektrik David A.Bell
2. Prinsip Elektrik-Zam-zam Khairani
3. Introduction to electronic circuit - Richard C. Dorf / James A. Svoboda

Vous aimerez peut-être aussi