Vous êtes sur la page 1sur 35

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KERJA KURSUS KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU (BMM 3117)

DISEDIAKAN OLEH:

NORHANIM BT ZAINUDIN (NO. KP: 690812-08-5822)


UNIT BM04/JUN2011

TUGASAN
DEFINISI/KONSEP STRATEGI,PENDEKATAN,KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA MELAYU JENIS-JENIS PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA MELAYU

KONSEP STRATEGI
*

Kebolehan guru dalam memilih, menyusun dan mengurus sesuatu rancangan dengan tujuan menghasilkan pencapaian yang optimum.

* Kamaruddin Hj.Husin(1998) Strategi menandakan satu aktiviti pengurusan atau kaedahbyang digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat.

KONSEP PENDEKATAN
* Merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran itu diajarkan untuk mencapai objektifnya.

* Kamarudin Hj. Husin(1988) Satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang hakikat bahasa,pengajaran dan pembelajaran bahasa
* Terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan dalam bilik darjah.

PENDEKATAN PENGAJARAN
1. PENDEKATAN INDUKTIF Melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat Murid membuat kesimpulan Guru membimbing murid melalui aktiviti soal jawab dan menyediakan contohcontoh yang sesuai

Guru membina soalan-soalan untuk membimbing murid membina kesimpulan BBM harus disediakan untuk memudahkan murid membuat kesimpulan Aktiviti P & P melibatkan penggunaan deria seperti penglihatan, pendengaran dan sentuhan

2.PENDEKATAN DEDUKTIF
DEFINISI: Satu pendekatan mengajar yang mengasaskan p & p murid kepada hukum-hukum tertentu. Ia menggunakan penaakulan yang tinggi kerana pelajar akan memahami hukum yang dijelaskan. Selepas itu barulah menganalisis hukum dengan mencari contoh-contoh.

3. PENDEKATAN EKLEKTIK
Gabungan antara beberapa pendekatan iaitu induktif dan deduktif. Sesuai untuk murid-murid yang mempunyai pelbagai kebolehan dan pencapaian. Biasanya diambil daripada beberapa ciri yang baik. Sifat pendekatan ini luas dan mudah berubah.

4. PENDEKATAN KOMUNIKATIF

Pendekatan ini memfokuskan kepada pelajar. Asas disarankan oleh ahli bahasa seperti H.G.Widdowsson,C.Jbrumfit,K.Johnson,D. H Hymes dan W.Littlewood. Manusia berbahasa pada dasarnya secara berkomunikasi

5. PENDEKATAN ORAL(LISAN)
Menjalankan kajian sekitar tahun 1920an dan 1930an Mengajar bahasa Inggeris bagi menggantikan kaedah langsung.

* Ada kaitan dengan komunikasi.


Penekanan kepada penguasaan aspek lisan dalam dalam aktiviti pembelajaran bahasa. Pengajaran dilakukan sebelum seseorang itu menguasai kemahirankemahiran yang lain seperti membaca dan menulis. Perbendaharaan kata merupakan aspek utama dalam reka bentuk pendekatan ini. Tatabahasa juga diberikan perhatian.

KAEDAH PENGAJARAN
Definisi:
Kaedah ialah satu rencana(prosedur)yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa yang secara keseluruhannya mesti berdasarkan pendekatan(teori) yang dianuti. Ishak Ramly(2006): Kaedah ialah satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Edward Anthony(1963): Kaedah adalah reka bentuk keseluruhan untuk pengajaran bahasa yang berasaskan pendekatan yang dipilih. Jack Richards dan Theodore Rodgers(1986): spesifik kepada perhubungan antara teori,aktiviti dan bahan yang ada di dalam kelas.

KAEDAH PENGAJARAN
DEFINISI:
Kaedah merupakan satu perancangan atau prosedur bagi

melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur,kemas dan sistematik Kaedah merupakan langkah-langkah atau peringkatperingkat pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus diikut.

JENIS-JENIS KAEDAH
1. Kaedah Tatabahasa Terjemahan 2. Kaedah Natural(semulajadi) 3. Kaedah Terus 4. Kaedah Askar(tentera) 5. Kaedah Ajuk/hafaz 6. Kaedah Linguistik 7. Kaedah Kod-kognitif 8. Kaedah Situasional 9. Kaedah Bahasa komuniti(CLL) 10.Kaedah Oral-Aural 11.Kaedah Suggestopedia

1. KAEDAH TATABAHASA TERJEMAHAN


* Kaedah ini membolehkan pelajar memahami tatabahasa sesuatu bahasa dan melatih mereka menulis menggunakan bahasa yang betul. * Kaedah ini menekankan ejaan dan penulisan. * Hukum tatabahasa dihafaz. * Terjemahan difikirkan sebagai satu cara yang penting untuk mempelajari perbendaharaan kata.

Cara Mengajar Kaedah Tatabahasa Terjemahan

Murid diperkenalkan kepada undang-undang tatabahasa. Guru memberi penerangan undang-undang tatabahasa dan contoh. Undang-undang dihafaz supaya tidak silap.

Kebaikan Kaedah Tatabahasa Terjemahan.


Tidak menggunakan masa yang panjang dalam kelas dan tidak memerlukan biaya yang banyak Kaedah ini kurang membebankan guru dalam menyediakan BBM. Tidak menghadkan bilangan pelajar.

Pelajar boleh belajar sendiri tanpa bimbingan guru.

Kelemahan Kaedah Tatabahasa Terjemahan


Tidak terdapat dua perkataan yang betul betul sama ertinya dalam dua bahasa dan begitu juga struktur dalam dua bahasa biasanya berbeza. Contoh: pisau knife

boleh
dibawa ke sana sini

portable

Memberi tanggapan yang salah di kalangan para pelajar. Mereka menganggap kajian fonetik atau bunyi-bunyi bahasa tidak penting tetapi harus ditekankan kepada abjad, ejaan dan tulisan. Mereka juga mungkin memikirkan hanya untuk menghafaz tatabahasa sahaja.

2. KAEDAH NATURAL(SEMULAJADI)
Kaedah ini mementingkan konsep komunikatif. Bahasa sebagai alat untuk menghubungkan makna dan mesej.

3. KAEDAH TERUS

Kaedah ini sesuai untuk pembelajaran bahasa kedua. Antara prinsipnya ialah hubungan terus perkataan dengan benda, berkaitan dengan pengalaman, mewujudkan ras ingin tahu, dan berkaitan dengan asas kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda.

4. KAEDAH ASKAR(TENTERA)

Seperti melatih tentera, kaedah ini mentingkan latih tubi, lisan dan ketegasan.

5. KAEDAH AJUK/HAFAZ
Kaedah ini menekan konsep ajuk dan latih tubi.

6. KAEDAH LINGUISTIK
Kaedah ini mementingkan pertuturan dan membenarkan penggunaan bahasa yang telah diketahui oleh murid.

7. KAEDAH KOD - KOGNITIF

Perkara yang ditekankan dalam kaedah ini(tradisional) ialah bacaan dan tulisan. Aspek yang menjadi tumpuan ialah sintaksis dan diikuti oleh morfologi dan fonologi.

8. KAEDAH SITUASIONAL

Situasi Language Teaching mementingkan latihan penyebutan ulangkaji. Struktur baru, perbendaharaan kata, latihan lisan dan membaca bahan yang melibatkan struktur baru atau melakukan latihan bertulis. Guru menjadi model.

9. KAEDAH BAHASA KOMUNITI(CLL)

Murid menjadi ahli dalam komuniti. Mereka belajar melalui interaksi dengan rakan. Walau bagaimana pun, kaunseling dan psikologi diambil kira untuk memotivasikan pembelajaran.

10. KAEDAH ORAL-AURAL

Konsep yang paling utama ialah dengar dan tutur. Kaedah ini membolehkan murid-murid memperkembangkan kemahiran mendendar, bertutur, membaca dan menulis.

11. KAEDAH PENGLIBATAN TINDAK BALAS FIZIKAL(TPR)

Total Physical Respone (TPR) lebih mementingkan pemahaman bahasa melalui pendengaran serta memulakan pelajaran dengan kemahiran mendengar.

12. KAEDAH SUGGESTOPEDIA

Kaedah ini dikenali Super Learning yang pada pendapat pengasasnya bahawa tiada suatu aksi pun yang tidak boleh yang dijadikan contoh. Penumpuan amat penting. Muzik dan alunan irama boleh mengggiatkan pembelajaran.

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Definisi: Teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang mengarang dan sebagainya. (Kamus Dewan Edisi ke-tiga)

Teknik adalah satu muslihat, strategi atau taktik yang digunakan oleh guru bagi mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
(Edward M.Anthony)

. Teknik sebagai pengendalian sesuatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
(Kamarudin Hj Husin & Siti Hajar Hj Abd Aziz) bukunya Pengajian Melayu 111.

TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN BAHASA


1. Teknik main peranan 2. Teknik latih tubi 3. Teknik bercerita 4. Teknik inkuiri 5. Teknik perbahasan 6. Teknik kuiz 7. Teknik Sumbangsaran 8. Teknik soal jawab 9. Teknik Simulasi 10 Teknik Drama 11.Teknik Perbincangan

12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24.

Teknik Forum Teknik Dialog Teknik Permainan Bahasa Teknik Bercakap Teknik Menyanyi Teknik Perbualan telefon Teknik Penyelesaian Masalah Teknik Tunjukcara Teknik Penyampaian Berita Teknik Penyamapai Laporan Teknik Syarahan Teknik Berpuisi Teknik Bermesyuarat

PENSYARAH PEMBIMBING:

TN.HJ. MOHD.RAZAK BIN MOHD. NORDIN UNIT PENGAJIAN MELAYU INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH,PERAK.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Vous aimerez peut-être aussi