Vous êtes sur la page 1sur 12

1.

PENGENALAN Ujian adalah merupakan suatu alat yang bersistem yang bertujuan untuk melihat tahap pencapaian pembelajaran pelajar serta tahap keefektifan pengajaran guru. Maka, ianya harus dibina mengikut peraturan-peraturan tertentu, manakala prosedur di dalam mentadbirkannya harus ditentukan. Ujian juga adalah satu instrumen penting yang digunakan untuk menilai kemajuan pelajar dan kejayaan guru, selain daripada membantu di dalam mengesan kebolehan dan kelemahan pelajar serta menilai pembelajaran yang sedang berlaku supaya pelajar dan guru dapat mengetahui tindakan susulan yang seharusnya diambil (Meng, 1993). Secara amnya, pembina/penggubal item ujian boleh merancang sesuatu ujian dari segi jenisnya, bilangan item, kandungan pengajaran serta domain dan peringkat objektif pengajaran. Sebagai seorang guru, sudah pasti melalui suatu proses membuat pemilihan jenis item/soalan untuk ujian pencapaian, seperti pencapaian akademik pelajar, adalah agak sukar dan rumit, begitu juga membina item/soalan ujian itu sendiri. Dengan andanya Penggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU), sudah pasti sedikit sebanyak akan dapat membantu anda untuk memilih jenis item/soalan tersebut. Terdapat dua jenis item ujian bertulis iaitu : i ) Item objektif Item yang memerlukan pelajar memilih jawapan yang betul atau

melengkapkan ayat. Pilihan jawapan telah disediakan untuk pelajar. Item ini termasuklah item betul-salah, beraneka pilihan, padanan atau pelengkapan. ii ) Item Subjektif Memerlukan pelajar menggubal jawapan sendiri.

Item ini termasuklah item berjawapan pendek, sederhana atau panjang, item berjawapan terbuka atau item berkaitan penyelesaian masalah.

Mengikut Haladyna 1977, konsep pencapaian boleh dipecahkan kepada pengetahuan dan kemahiran. Ujian keatas pengetahuan seseorang individu hendaklah berlandaskan pengetahuan serta kefahaman mengenai fakta, konsep dan prinsip. Ujian terhadap kemahiran hendaklah berasaskan kepada aplikasi pengetahuan terhadap masalah dan keadaan. Pengujian merupakan bahagian yang penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian boleh dilakukan di awal pembelajaran untuk mengetahui pengalaman atau pembelajaran yang lampau atau sedia ada dan seterusnya diakhir pelajaran sebagai satu cara untuk menilai sejauh mana keberkesanan pelajaran pada pelajar dan memperbaiki aspek-aspek pembelajaran dimana terdapatnya kelemahan. Kehoe (1995), menyatakan bahawa guru mempunyai tanggungjawab di dalam menyedia serta menjalankan ujian, tetapi mereka masih lagi kurang berpengetahuan di dalam membina atau menstruktur item ujian yang baik, dan ianya adalah disebabkan oleh kekurangan latihan dan informasi di dalam merekabentuk item-item ujian seperti yang dikehendaki. Adalah menjadi tangungjawab guru untuk membina soalan berdasarkan prosedur-prosedur yang betul, agar item yang dibina mampu memenuhi objektif sesuatu pengajaran dan pembelajaran. JPU sedikit sebanyak mampu membantu guru dalam menyelesaikan kesukaran dalam membina item/soalan.

2.0

JADUAL PENENTU UJIAN ( JPU ) Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JPU (Test Specification Table) atau dalam bahasanya disebut Jadual Penentu Ujian adalah carta dua hala yang mengaitkan

objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan

objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsepkonsep utama yang diajar dan ingin diukur. Dengan demikian, JPU boleh menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar. Dari segi pembinaan item ujian pula, JPU akan menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir. Dengan demikian, JPU seharusnya dibina seawal mungkin, misalnya sebelum kita memulakan pengajaran. JPU merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu ujian. Guru-guru di sekolah seringkali membina soalan-soalan ujian secara spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. JPU dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test Specification.

3.0

KEPENTINGAN JPU Dalam membina item-item sesebuah ujian, JPU sangat memainkan peranan penting Terdapat banyak kepentingan dalam pembinaan JPU ini. Antaranya adalah seperti berikut : i. ii. iii. iv. v. Mengelakkan ujian dibina secara sembarangan Menjamin keesahan dan kebolehpercayaan ujian Panduan dan penentu kepada penggubal soalan Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari tahun ke tahun Menentukan bidang serta pemberatan yang akan diberi dalam sesuatu ujian vi. Membolehkan ujian itu dibina oleh penggubal soalan yang lain

vii.

Membolehkan satu perbandingan dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain.

viii. ix. x.

Kertas ujian dapat digubal secara sistematik Taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang Ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran

4.0

PROSEDUR-PROSEDUR PEMBINAAN JPU

Dalam membina JPU, terdapat empat langkah atau prosedur yang perlu diambil Iaitu : 1. Mengkaji Sukatan Pelajaran Anda perlu mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek-aspek yang dikaji ialah: Skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk; Pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk; Kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain; Kompleksiti sesuatu tajuk; dan Masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.

2. Menganalisis Objektif Pengajaran Di samping mengkaji sukatan pelajaran, objektif pengajaran dianalisis untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya,

seperti yang dijelaskan dalam tajuk sebelum ini. Maklumat-maklumat ini adalah amat penting kepada penggubal kertas ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisisan inilah JPU dibina. Lazimnya JPU mengandungi dua paksi utama, iaitu: Paksi Kandungan a) Kandungan Pengetahuan - Tajuk - Tajuk kecil b) Kandungan Kemahiran - Tajuk - Tajuk Kecil c) Kandungan Kemahiran - Tajuk - Tajuk Kecil Paksi Objektif pengajaran a) Objektif Kognatif

b) Objektif Psikomotor

c) Objektif Afektif

Kedua-dua paksi ini akan mewujudkan sel-sel yang perlu diisi dengan pemberatan soalan yang dipertimbangkan dari segi kepentingan kandungan/tajuk/tajuk kecil, yang biasanya ditunjuk dengan menggunakan bilangan soalan.

3. Menentukan Jenis Soalan Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, kita perlu terlebih dahulu menentukan domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur. Misalnya, jika kita ingin mengukur domain kognitif bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk Struktur ayat pada peringkat Aplikasi, maka jenis soalan yang sesuai ialah soalan jenis Objektif yang berbentuk melengkapkan ayat atau soalan jenis Subjektif yang berbentuk menggubal ayat-ayat. Jenis-jenis soalan/item dan cara membinanya akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.

4. Menentukan Bilangan Soalan


Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Secara ringkasnya, kebolehpercayaan ujian bermaksud keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan ujian pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang ujian itu ingin mengukur.Perkara-perkara ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.

5.0

ANALISIS ITEM Kaedah lain mengukur ketekalan dalaman ( internal consistency ) iaitu hubungan di antara pencapaian sesuatu item dengan keseluruhan adalah dengan membandingkan pencapaian tertinggi dengan terendah sesuatu item. Analisis item adalah kaedah yang melibatkan penentuan bagaimana sesuatu item ujian berfungsi dan sejahun manakah sesuatu ujian itu mendiskriminasikan pencapaian yang tinggi dengan pencapaian yang rendah atau lemah dalam ujian tersebut.

5.1

INDEKS KESUKARAN ITEM Indeks kesukaran adalah suatu kaedah pengukuran kesukaran keseluruhan item ujian (item difficult index, p). Indeks ini dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item iaitu sama ada sesuatu ite, itu mudah dijawab atau susah dijawab. Bagi ujian berbentuk objektif ( betul / salah. Isi tempat kosong, padanan , beraneka pilihan), indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan

calon yang member jawapan yang betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut. Pengiraannya adalah seperti berikut :

P =

Bilangan calon yang memberi jawapan betul Jumlah calon yang menjawab

Berikut merupakan jadual aras kesukaran dan pengkelasan item bagi sesebuah ujian yang dijalankan : Nilai P 0.00 0.20 0.21 0.40 0.41 0.60 0.61 0.80 0.81 1.00 Pengkelasan Item Terlalu sukar Sukar Sederhana sukar Mudah Terlalu mudah

Bagi ujian objektif, indeks kesukaran menggambarkan peratusan pelajar yang menjawab sesuatu item dengan betul. Lebih tinggi peratusan pelajar menjawab sesuatu item dengan betul, lebih mudahlah item tersebut ( Wood, 1960 ). Nilai P merupakan nilai yang relative kepada sesuatu kumpulan pelajar yang mengambil ujian. Nilai ini boleh berubah mengikut keupayaan kumpulan pelajar tersebut dan seterusnya boleh berubah sekiranya kumpulan calon sama yang menduduki ujian kali kedua. Bagi ujian Subjektif pula ( esei ), yang markahnya mengambil nilai 0,1,2,3,. , indeks kesukarannya boleh dikira sebagai nisbah markah purata ( markah min ) kepada julat markah penuh seperti berikut ( Nitko, 2004) :

P =

Markah Purata__ Julat Markah Penuh Jumlah Markah Jumlah Pelajar

Markah Purata =

Julat Markah Penih = Markah Maximum Markah Minimum

Berbeza dengan indek kesukaran item objektif, indeks kesukaran item subjektif dapat mengambarkan markah purata bagi sesuatu item dalam peratus. Indeks kesukaran juga boleh digunakan untuk tujuan-tujuan seperti berikut : 1. Mengenal pasti konsep yang perlu diajar, iaitu apabila guru mendapat soalan-soalan berkenaan tidak daapat dijawab oleh sebahagian besar pelajar ( soalan sukar ) 2. Mengenal pasti dan melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagianbahagian kurikulum, iaitu yang boleh dikuasai pelajar yang tidak boleh dikuasai pelajar. 3. Member maklum balas kepada pelajar tentang kekuatan dan kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji. 4. Mengenal pasti soalan yang biasa kepada sesuatu kandungan, seperti kandungan yang semasa pengajaran ( misalnya, diberi latih tubi / ulangan ).

5.2

INDEKS DISKRIMINASI ITEM Indeks diskriminasi mempunyai kuasa atau fungsi membezakan calon-calon daripada kumpulan cerdas dengan kumpulan lambat (Mok 1995: 130). Dengan perkataan lain, Indeks diskriminasi menunjukkan sama ada tiap-tiap satu soalan atau butiran itu membezakan pencapaian di antara pelajar-pelajar yang baik

dengan yang lemah dan seterusnya sama ada tiap-tiap satu soalan atau butiran membezakan pelajar (Azman Wan Chik, 1982:137). Tujuan mengadakan penganalisaan soalan untuk mendapatkan indeks diskriminasi ialah untuk mengetahui sama ada soalan yang dibina itu terlampau susah sehingga pelajar yang baik juga tidak dapat menjawabnya atau disebaliknya ia terlalu senang sehingga pelajar yang lemah juga dapat memberi jawapan yang betul. Indeks Diskriminasi boleh dikira melalui langkah-langkah Mehdens & Lehmann (1991) seperti berikut : 1. Membahagikan pelajar kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan pelajar berpencapaian rendah (27% Pelajar berpencapaian terendah), pelajar berpencapaian sederhana ( 46% pelajar berpencapaian antara terendah dan tertinggi) dan pelajar berpencapaian tinggi ( 27% pelajar berpencapaian tertinggi ). 2. Mengira bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di kalangan pelajar berpencapaian rendah ( ), bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di kalangan pelajar berpencapaian tinggi ( berpencapaian rendah dan tinggi ( ). ) dan jumlah pelajar

3. Indeks Diskriminasi boleh dikira dengan membahagikan perbezaan ( ) dengan ( seperti berikut : ( ( ) ),

Indeks Diskriminasi (d) =

4. Indeks Diskriminasi boleh bernilai 0.00, sekiranya bilangan pelajar berpencapaian tinggi dan rendah yang dapat menjawab soalan ini dengan betul dalah sama ( R R = 0 ).

Bagi soalan-soalan ynag mempunyai Indeks Diskriminasi positif yang menghampiri 0.00, soalan-soalan ini dikatakan tidak baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN), kerana ia tidak berupaya membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah. Bagi pelajar yang mempunyai Indeks Diskriminasi negative yang menghampiri -1.00, soalan-soalan ini dikatakan tidak baik untuk PRN kerana ia secara songsang membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah iaitu lebih ramai pelajar lemah dapat menjawab soalan-soalan ini dengan betul daripada pelajar pandai. Maka, Pembina soalan perlu

memperbaiki/menggantikan soalan yang mempunyai Indeks Diskriminasi yang rendah ataupun negative. Jadual berikut merupakan aras Diskriminasi dan pengkelasan item yang perlu difahmi oleh Pembina soalan : Nilai d 0.00 0.10 0.11 0.20 0.21 0.30 0.31 0.40 0.41 1.00 Pengkelasan Item Tidak Baik Kurang Baik Sederhana Baik Baik Sangat Baik

Indeks kesukaran juga boleh digunakan untuk tujuan-tujuan seperti berikut : 1. Mengenal pasti konsep yang perlu diajar, iaitu apabila guru mendapat soalan-soalan berkenaan tidak daapat dijawab oleh sebahagian besar pelajar pandai. 2. Mengenal pasti dan melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagianbahagian kurikulum iaitu yang tidak boleh dikuasai pelajar pandai. 3. Memberi maklum balas kepada pelajar pandai tentang kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji.

4. Mengenal pasti soalan yang bias kepada sesuatu kandungan, seperti kandungan yang tidak ditekankan semasa pengajaran atau langsung tidak diajar. 5. Mengenal pasti pelajar-pelajar yang berpencapaian tinggi untuk

melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang tertentu.

6.0

RUMUSAN UJIAN YANG DILAKUKAN Bagi membuat tugasan dalam assignmen ini, saya telah memilih sukatan pelajaran Matematik sebagai model dalam membina item-item yang disarankan untuk assignmen ini. Dengan sukatan mata pelajaran Matematik, satu kertas ujian telah dihasilkan. (Sila Rujuk lampiran I untuk kertas ujian tersebut). Item-item ujian yang dihasilkan untuk kertas ujian ini dibina mengikut standard JPU yang telah dibingcangkan di atas. JPU boleh dilihat di lampiran II. Soalan yang telah dihasilkan boleh di lihat pada lampiran III. Selain daripada kertas ujian, skema turut dihasilakan. ( Sila rujuk lampiran IV ). Kertas ujian ini telah dilakukan kepada satu kelas tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Pasir Nering yang bilangan pelajarnya adalah seramai 23 orang. Kertas ujian ini mengandungi 2 bahagian iaitu bahagian A yang merupakan 20 soalan objektif dan bahagian B yang mengandingi 15 soalan subjektif. Ujian dilakukan sebanyak 2 kali dengan menggunakan kertas soalan yang sama, selaras dengan kehendak tugasan ini. Setelah kertas ujian diedarkan, segala keputusan telah dicatat dalam jadual berikut. Jadual berikut dibahagikan kepada 2 iaitu satu jadual untuk analisis bagi Bahagian A dan satu bahagian untuk analisis bagi Bahagian B. Setiap jadual mengandungi itemitem yang memenuhi kehendak tugasan ini, iaitu untuk Bahagian A, analisis setiap jawapan oleh pelajar bagi setiap soalan dilakukan. Daripada analisis ini, Indeks

kesukaran dan Indeks Diskriminasi dapat dihasilkan. Indeks Kesukaran untuk kertas ujian ini secara keseluruhannya mengandungi setiap pengkelasan yang tersenarai dijadual di atas.

7.0

KESIMPULAN Secara keseluruhannya, dapatlah dibuat rumusan bahawa untuk membina sesebuah item ujian, JPU, Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi adalah gabungan yang sangat penting bagi menghasilkan sesuatu item ujian yang berkualiti. Dengan adanya ketiga-tiga item ini, lebih mudah untuk guru-guru atau Pembina soalan membina item yang lebih tinggi kebolehpercayaan dan kesahannya. Taburan soalan aras kognatif yang boleh di lihat dalam JPU akan menjadikan panduan berguna kepada guru atau Pembina soalan supaya pengujiaan yang dijalankan nanti benar-benar mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi untuk tujuan pentaksiran. Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi turut penting bagi menilai sejauh mana item yang dibina bersesuaian untuk pelajar atau sebaliknya. Ini penting dalam membina item yang berkualiti sekaligus mampu member impak yang positif kepada pelajar dalam menilai kebolehan dan kepandaian mereka dalam sesuatu proses pembelajaran. Maka dengan ini guru dan Pembina soalan perlu mematuhi langkah-langkah yang diterangkan di atas untuk menilai keberkesanan ujian yang dijalankan di sekolah.