Vous êtes sur la page 1sur 2

Lot No. 10 Tingkat 1A Plaza Perangsang, Persiaran Perbandaran 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-5512 3828 Faks : 03-5518 3828

Ruj. Kami: Musleh/Pent/Q&A/100-6 ( 10 ) Tarikh: 13 Januari 2014 /11 Rabiul Awal 1435 Kepada: Yang Berbahagia, Setiausaha MAPPIS (u/p : Tn Hj Azmi b Abd Talib) Tuan, Taklimat dan Bengkel Sistem Jaminan Kualiti Pendidikan Islam dan Taklimat SPIM (Syahadah Perguruan IKRAM-MUSLEH). Semoga tuan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan mendapat keberkatan daripada Allah swt. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Permuafakatan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS) dan IKRAM-MUSLEH akan mengadakan Taklimat dan Bengkel Sistem Jaminan Kualiti Pendidikan Islam dan Taklimat SPIM (Syahadah Perguruan IKRAM-MUSLEH). Program yang akan dianjurkan ini bertempat (tentatif) di Masjid Negeri Shah Alam pada 30 Januari 2014 (Khamis) jam 8.00 pagi 5.00 petang. Program sebelah pagi adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang Sistem Jaminan Kualiti Pendidikan Islam; disamping memberi kesedaran kepentingan Amalan Jaminan Kualiti kepada pemimpin dan pengurus yang akan memimpin sekolah dalam aspek pengurusan kurikulum, sumber manusia, pelajar dan pentadbiran sekolah. Program ini adalah disasarkan kepada Lembaga Pengelola Sekolah, Mudir/Guru Besar/Pengetua dan Guru Penolong Kanan di sekolah tuan. Manakala program sebelah petang bertujuan untuk menjelaskan modul-modul bagi latihan profesionalisme para pendidik. Perbincangan dan rumusan tindakan susulan akan diadakan selepas setiap sesi taklimat. Sehubungan dengan itu pihak kami memohon jasabaik pihak tuan untuk mendapatkan penyertaan 3 orang wakil dari rangkaian sekolah tuan. Untuk makluman lanjut, tuan boleh menghubungi pihak urusetia di talian 03-41011562 (Norhani/Ayuni).

3.

4.

Terlebih dahulu segala kerjasama dan sokongan yang diberikan didahului dengan ucapan jazakumullahu khairal jaza. Semoga usaha dan amal kita ini diberkati dan diredhoi Allah swt amiin. Sekian, terima kasih. Yang menjalankan amanah,

Prof Zainal Abidin Kidam, Pengerusi, Majlis Pemuafakatan Pendidikan Islam Selangor.

Lampiran Aturcara: 30 Januari Khamis 0800 Pendaftaran & sarapan

0900-0910 Pembukaan majlis 0910-1000 Konsep dan Kriteria Amalan Jaminan Kualiti: Prof. Dr. Shahrin Muhamad 1000-1100 Sistem Jaminan Kualiti Pendidikan Islam: Prof. Madya Dr. Md Nor Bakar 1100-1130 Rehat 1130-1230 Perbincangan & Bengkel: Ust Mohd Jelani bin Ramly 1230-1400 Makan & Solat 1400-1500 Syahadah Perguruan IKRAM-MUSLEH: Ust Mohd Jelani bin Ramly 1500-1630 Perbincangan & Bengkel: Ust Mohd Jelani bin Ramly 1630-1700 Rumusan & penutup: Ust Megat Mohamed Amin 1700 Bersurai

Vous aimerez peut-être aussi