Vous êtes sur la page 1sur 9

PENDIDIKAN INKLUSIF 1.

0 SENARIO PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Pada masa ini, pendidikan khas di Malaysia disediakan oleh tiga organisasi utama, iaitu Kementerian Pe-lajaran, Kementerian Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat (Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan pel-bagai badan kerajaan dan bukan kerajaan yang lain seperti Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Chil-drens Assocation), Pusat Bimbingan Sinaran Matahari, Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa, dan Ya-yasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation).

1.1

Pelaksanaan Pendidikan Khas oleh Kerajaan

Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan pendidikan khas melalui dua pendekatan, iaitu Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan pendengaran, dan Program Pendidikan Khas Inte-grasi disediakan untuk murid-murid bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Kedua-dua program ini diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik atau vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pen-gasingan dan separa inklusif. Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas di peringkat rendah ialah 6 tahun, manakala bagi pelajar berkeperluan khas peringkat menengah ialah 5 tahun. Namun begitu, tempoh ini boleh dilanjutkan sehingga 2 tahun maksimum sama ada di peringkat rendah atau menengah mengikut ke-perluan para pelajar berkenaan (Jabatan Pendidikan Khas, 2004).

Terdapat enam sekolah pendidikan khas untuk pelajar bermasalah penglihatan dan 25 sekolah untuk pelajar bermasalah pendengaran. Jumlah pelajar di sekolah pendidikan khas bermasalah penglihatan ialah 337 ber-banding dengan 2236 pelajar di sekolah pendidikan khas bermasalah pendengaran. Terdapat kira-kira 99 orang guru pendidikan khas yang mengajar pelajar bermasalah penglihatan berbanding dengan 531 guru yang mengajar pelajar bermasalah pendengaran di seluruh negara. Secara umumnya pada tahun 2002, daripada jumlah keseluruhan pelajar yang mengikuti program pendidikan khas yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia, 70% daripadanya adalah pelajar bermasalah pembelajaran, 25% bermasalah pendengaran dan selebihnya, iaitu 5% adalah bermasalah penglihatan.

Di Malaysia, Kebanyakan pelajar kurang upaya diberi pendidikan sama ada dalam persekitaran khas atau-pun dalam persekitaran bersepadu. Pendidikan inklusif digalakkan oleh Kementerian Pelajaran, namun im-plementasi pendidikan inklusif masih belum lagi meluas. Ini dapat dilihat, iaitu pelajar-pelajar bermasalah pen-dengaran dan bermasalah penglihatan mengikuti kurikulum biasa, manakala pelajar-pelajar bermasalah pem-belajaran kebanyakannya mengikuti kurikulum khas yang diajar oleh guru pendidikan khas.

1.2

Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas

Setakat ini, perbincangan kita lebih bertumpu kepada usaha-usaha Kementerian Pendidikan Malaysia selaku badan kerajaan dalam menyediakan pendidikan khas kepada murid-murid yang berkeperluan khas. Sebe-narnya, selain Kementerian Pendidikan, pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi, persa-tuan dan badan-badan sukarelawan di negara ini. Ini jelas dapat dilihat apabila Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non Governmental Organisations) ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata tempat di negara kita berikutan pelaksanaan program Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pa-da 1986 yang telah membuka mata pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran daripada itu, berbagai-bagai aktiviti dilak-sanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang hal-hal berkaitan kanak-kanak berkeperluan khas. Selepas tahun tersebut, bilangan kanak-kanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan khas juga telah bertambah. Ini memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikan kepada golongan ini. Antara Ba-dan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah:

1.2.1 Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Childrens Assocation) Persatuan ini mmenyediakan intervensi awal untuk khususs kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun.

1.2.2 Pusat Bimbingan Sinaran Matahari Pusat bimbingan ini ditubuhkan dengan tujuan untuk mengajar kanak-kanak berkeperluan khas tentang kemahiran hidup dan kemahiran sosial.

1.2.3 Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa Pusat harian ini dibuka khusus untuk memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak berkeperluan khas yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-kanak di antara usia 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk ka-nak-kanak di antara umur 6-16 tahun.

1.2.4 Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation Yayasan ini adalah satu badan yang komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dengan tum-puan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 6 tahun. Kini, yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat di Malaysia.

2.0

POLISI KERAJAAN YANG MENYOKONG PENDIDIKAN INKLUSIF

Pendidikan inklusif ialah peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas untuk belajar di dalam kelas biasa bersama-sama murid-murid normal di aliran perdana dengan mengikuti kurikulum biasa, men-dapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran biasa dengan dibantu oleh guru pendidikan khas (guru pembimbing). Terdapat dua kategori pendidikan inklusif ini, iaitu pendidikan inklusif penuh dan pendidikan inklusif separa.

2.1

Inklusif Penuh

Pendidikan inklusif penuh ialah pendidikan kepada murid-murid berkeperluan khas yang mengikuti pem-belajaran sepenuhnya dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).

2.2

Inklusif Separa

Murid berkeperluan khas mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran atau aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).

Namun begitu, pelaksanaan program inklusif di sekolah aliran perdana bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan penglibatan semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Walaupun banyak isu berbangkit, namun implikasi pendidikan inklusif banyak memberi faedah kepada murid berkeperluan khas. Menurut Jennifer Katz & Pat Mirenda, (2002) menyatakan mereka bahawa:

Faedah pendidikan inklusif bukan sahaja kepada murid pendidikan khas, namun turut juga mem-pengaruhi murid aliran perdana seperti pencapaian dalam akademik dan kemahiran bukan aka-demik seperti kemahiran asas kehidupan (seperti contoh komunikasi, kemahiran motor dan kema-hiran kefungsian hidup.

Begitu juga menurut John Charema, (2010):

Ianya melibatkan perubahan sikap, perubahan nilai, perubahan program latihan perguruan dan perubahan sistem di sekolah. Apabila perubahan ini melibatkan beberapa aspek dalam kehidupan, tidak semua orang sanggup dan selesa untuk berhadapan dengannya. Namun permintaan terhadap pendidikan inklusif semakin meningkat.

Berikutan itu, pihak kerajaan telah mengadakan polisi bagi menyokong pelaksanaan pendidikan inklusif ini. Terdapat 25 inisiatif dalam terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025 yang terdiri daripada 17 inisiatif utama dan 8 inisiatif tambahan. Salah satu inisiatif yang diletakkan dalam kategori 17 inisiatif utama ialah pendidikan inklusif, iaitu dapat dilihat pada tangga ke-11 yang menyatakan Pening-katan enrolmen dalam program

pendidikan inklusif, termasuk infrastruktur supaya lebih mesra un-tuk murid berkeperluan khas. Matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Pelan Induk Pem-bangunan Pendidikan (PIPP) adalah untuk mempastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah pun mengenal pasti terdapatnya jurang dalam pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualitinya dapat diper-tingkatkan lagi. Menurut Abdul Rahim Selamat, (1994): Pendidikan inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada mu-rid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan muridmurid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa. Dalam erti kata lain menurut Kamariah Jalil, (1995): Pendidikan ini melibatkan pelajar-pelajar berkeperluan khas di dalam ke-las-kelas biasa di mana bantuan yang sesuai kepada mereka diberikan bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka. Selain itu, kerajaan juga telah menetapkan garis panduan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kepel-bagaian Keupayaan Individu selaras dengan Akta Pendidikan 1996, Peraturanperaturan Pendidikan (Pen-didikan Khas) 1997 Bahagian II 3(2) yang menyatakan: Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai Kementerian Pendidikan dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti program Pendidikan Kebangsaan layak untuk menghadiri program pendidikan khas kecuali murid-murid yang berikut; a) murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa; dan b) murid yang mempunyai pel-bagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau yang terencat akal yang berat. Untuk memenuhi keperluan individu, program pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk ini adalah flek-sibel selaras dengan peraturan-peraturan Pendidikan (Pendi-dikan Khas) 1997, yang menyatakan:

Guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas. Berikutan polisi kerajaan yang menyokong pendidikan khas termasuklah pendidikan inklusif ini, usaha untuk memberi peluang pendidikan kepada murid-murid berkeperluan khas di kelas aliran perdana telah mengalami perubahan positif. Ini selaras dengan konsep pendidikan untuk semua dengan menyediakan peluang dan perkhidmatan pendidikan untuk semua murid berkeperluan khas seperti bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran termasuk murid-murid autistik, down sindrom dan lain-lain. Program Pendidikan Inklusif (PPI) ini telah menjadi matlamat kepada usaha murni untuk memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan dan kecacatan mereka.

3.0

MAKLUMAT MURID BERKEPERLUAN KHAS

Seorang murid berkeperluan khas telah dikenal pasti untuk mengikuti program pendidikan inklusif di sekolah saya, iaitu Sekolah Kebangsaan Saujana Utama, 47000 Sg. Buloh, Selangor.

3.1

Biodata Murid

Murid ini ialah seorang kanak-kanak lelaki yang berumur 8 tahun. Nama kanak-kanak ini ialah Asrul Hadi bin Zazali. Asrul telah dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpu pada 15 Julai 2004. Beliau kini tinggal bersama ayah dan ibu juga 5 orang adik-beradiknya yang lain di alamat No. 5, Jalan Seri Pagi 2, Saujana Utama. Beliau merupakan anak kelima daripada 6 orang adik-beradik, iaitu beliau mem-punyai 2 orang abang, 2 orang kakak, dan seorang adik lelaki. Asrul telah diagnosis mengalami masalah pembelajaran kategori Sindrom Masalah Kurang Daya Tumpuan Dengan Hiperaktif (ADHD) pada usia 6 tahun oleh doktor pediatrik Hospital Sungai Buloh, Selangor. Berikutan itu, Asrul telah didaf-tarkan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam kategori Masalah Pembelajaran ADHD. Berikutan diagnosis tersebut, Asrul telah dicadangkan penempatan sekolah oleh pegawai perubatan yang memeriksa beliau di sekolah biasa, tetapi dimasukkan di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Kini, Asrul sedang belajar di Sekolah Kebangsaan Sau-jana Utama, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Darul Ehsan yang turut menawarkan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sepertimana yang dicadangkan.

Berdasarkan soal selidik yang dilakukan kepada ibunya, didapati Asrul amat gemar bermain game dan penyangkut baju apabila ada masa lapang semasa berada di rumah. Perkara yang tidak digemari Asrul pula ialah apabila ada sesiapa yang mening-gikan suara kepadanya. Walaupun Asrul lebih gemar bermain sendiri, namun beliau boleh bergaul dengan baik dengan orang-orang di seke-lilingnya seperti semasa bersama kedua-dua ibu bapanya, adik-beradik ataupun jiran tetangga.

3.2 Ciri-ciri Murid

3.2.1 Fizikal Ciri-ciri fizikal Asrul sepertimana kanak-kanak normal yang lain, iaitu sempurna dan tiada sebarang kecacatan fizikal.

3.2.2

Intelek

Dari segi intelek, Asrul seorang kanak-kanak yang bijak. Beliau seorang yang pandai berkatakata. Ini dapat dilihat semasa bertemunya di rumah bersama ibunya. Beliau boleh menjawab dengan betul apabila disoal tentang usia, bilangan adik-beradik, nama ibu dan ayah, dan lainlain.

3.2.3

Emosi

Asrul dilihat mempunyai emosi yang agak tidak stabil. Ini disebabkan Asrul lebih suka bermain sendiri dan melakukan perkara yang mahu dilakukannya, iaitu mengikut gerak hatinya. Misalnya, Asrul tiba-tiba sahaja mengambil penyangkut baju yang sedang dipegang oleh adiknya dan bermain-main dengannya. Ini dise-babkan penyangkut baju adalah barang permainan kegemarannya.

Selain itu, Asrul juga didapati tidak suka mendengar orang lain meninggikan suara kepadanya. Begitu juga apabila diganggu, Asrul akan menjadi agak agresif. Apabila ini berlaku, Asrul akan menjerit-jerit dan mengamuk. Ini dilihat semasa beliau sedang bermain. apabila adiknya mengambil barang yang sedang di-mainkannya, Asrul terus merebut semula barang tersebut dan berlakulah keadaan berebut-rebut dengan adiknya. Ini menggambarkan Asrul seorang yang tidak boleh ditegur secara kasar dan tidak boleh diganggu apabila sedang melakukan sesuatu aktiviti. Ini juga bermakna, Asrul seorang yang sukar mengawal emosinya berbanding ka-nak-kanak normal.

3.3.4 Sosial Dari segi sosial, Asrul seorang yang pandai bergaul dan pandai menyesuaikan diri. Beliau juga seorang kanak-kanak yang periang. Justeru, beliau dilihat amat mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Misalnya, Asrul mesra bersama pengkaji biarpun pertama kali bertemu. Keadaan ini juga dilihat semasa beliau bersama-sama rakan-rakan di kejiranannya dan juga turut disenangi oleh para tetangganya yang lebih dewasa.

Berdasarkan ciri-ciri yang ada pada murid ini, saya merasakan beliau sesuai untuk dimasukkan ke dalam program pendidikan inklusif separa, iaitu murid berkeperluan khas yang mengikuti sebahagian pembe-lajaran dalam mata pelajaran atau aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan seorang guru pendidikan khas (guru pembimbing).

4.0

KEPERLUAN LOGISTIK DI SEKOLAH

Sekolah ini mempunyai keperluan logistik yang mencukupi kerana ada menawarkan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan merupakan kelas yang diduduki Asrul sekarang.

4.1

Keperluan Sedia Ada

Berikutan sekolah ini ada menawarkan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), maka ia telah mem-punyai keperluan logistik sedia ada.

4.2

Keperluan yang Diperlukan

Walaupun sekolah ini sudah mempunyai keperluan sedia ada kerana ada menawarkan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), namun masih memerlukan logistik yang lain yang melibatkan teknologi maklumat, ia-itu dari segi pembinaan perisian untuk keperuan khas ini yang berbeza dengan keperluan biasa. Selain itu, bahan bantu mengajar juga amat diperlukan bagi membantu para guru mendidik murid berkeperluan khas dengan lebih berkesan dan dapat membantu menarik minat mereka untuk belajar di kelas aliran perdana.

5.0

SOKONGAN DARIPADA BADAN KERAJAAN DAN BUKAN KERAJAAN

Pada masa kini, kebanyakan organisasi sama ada daripada badan krajaan mahupun bukan kerajaan yang terlibat dalam pendidikan untuk pelajar kurang upaya telah ba-nyak membuat pelaburan dengan membeli perkakasan teknologi sebagai satu langkah untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Namun begitu, kelengkapan dari segi perkakasan teknologi (hardware) bukan lagi menjadi isu utama untuk organisasi yang memberi perkhidmatan pendidikan kepada pelajar berkeperluan khas ini. Isu yang le-bih besar yang perlu ditangani sekarang adalah pembinaan perisian yang dapat memenuhi keperluan khas tempatan untuk digu-nakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran para pelajar berkeperluan khas.

Vous aimerez peut-être aussi