Vous êtes sur la page 1sur 8

Jumlah KDNK Malaysia Mengikut Hasil Pengeluran Bagi Suku Tahunan 2013

Jenis Pengeluaran Kelapa Sawit Petroleum Mentah Arang Batu Getah Bijih Timah Bijih Besi Automotif Barangan Elektrik

Tan Metrik 4 500 600 3 752 335 569 325 6 235 999 567 875 356 742 1 258 255 7 865 432

Peratusan 18% 15% 2% 25% 2% 1% 5% 31%

Nilai Sektor 65o 54o 7o 90o 7o 4o 18o 112o

1. Kelapa Sawit

5. Bijih Timah

x 100 %

x 100 %

= 18 %
2. Petroleum Mentah

=2%
6. Bijih Besi

= = 15 % 3. Arang Batu

x 100 %

x 100 %

=1%
7. Automotif

x 100 %

x 100 %

=2%
4. Getah

=5%
8. Barangan Elektrik

x 100 %

x 100 %

= 25 %

= 31 %

1. Kelapa Sawit =

5. Bijih Timah =

x 360o

x 360o

= 65o
2. Petroluem Mentah

= 7o
6. Bijih Besi =

x 360o

x 360o

= 54o
3. Arang Batu =

= 4o
7. Automotif

x 360o

x 360o

= 7o
4. Getah

= 18o
8. Barangan Elektrik =

x 360o

x 360o

= 90o

= 112o

Jumlah KDNK Malaysia Mengikut Hasil Pengeluran Bagi Suku Tahunan 2013

Kelapa Sawit

Petroleum Mentah

Arang Batu

Getah

Bijih Timah

Bijih Besi

Automotif

Barangan Elektrik

Carta pai di atas memaparkan jumlah KDNK Malaysia mengikut hasil pengeluaran bagi suku tahunan 2013. Terdapat pelbagai hasil yang dikeluarkan oleh negara kita. Antaranya terdiri daripada kelapa sawit, petroleum mentah, arang batu serta getah. Selain itu, bijih timah, bijih besi, automotif dan barangan elektrik juga merupakan antara hasilnya. Pengeluaran hasil tersebut adalah amat penting untuk menjamin kemajuan ekonomi negara serta memastikan keperluan harian rakyat yang mencukupi. Pada tahun 2013, jumlah pengeluaran Malaysia adalah sebanyak 25 106 563 tan metrik.

Berdasarkan carta pai di atas, hasil pengeluaran Malaysia yang paling banyak memberi sumbangan kepada ekonomi negara adalah barangan elektrik dengan catatan pengeluaran sebanyak 7 865 432 tan metrik atau 31%. Hal ini merupakan kesan daripada permintaan rakyat tempatan yang semakin meningkat terhadap produk-produk elektrik. Sebagai contoh, barangan elektrik seperti seterika dan penghawa dingin banyak digunakan di dalam rumah kediaman. Peralatan-peralatan tersebut kini telah menjadi sebahagian daripada keperluan manusia. Tambahan pula, barangan elektrik yang berteknologi tinggi turut digunakan di dalam kilang untuk memudahkan pengeluaran hasil yang lebih berkualiti dan efisien dalam usaha menjayakan Wawasan 2020.

Di samping itu, hasil pengeluaran Malaysia juga merangkumi petroleum mentah yang berjumlah sebanyak 3 752 335 tan metrik atau 15%. Petroleum mentah banyak digunakan dalam minyak kereta. Walau bagaimanapun, hasil ini telah semakin diminimumkan kerana minyak kereta kini yang telah dicampurkan dengan biodesel yang dapat diekstrak daripada kelapa sawit iaitu sebanyak 4 500 600 tan metrik atau 18%. Dalam pada itu, getah dan automotif turut boleh dikategorikan sebagai hasil pengeluaran negara kita. Getah yang mempunyai catatan pengeluaran sebanyak 6 235 999 tan metrik atau 25% merupakan hasil kedua yang paling banyak dikeluarkan. Ini merupakan kesan daripada iklim Khatulistiwa negara yang sesuai untuk ditanam getah serta permintaannya yang masih tinggi di pasaran. Bagi automotif pula, hasil ini kurang dikeluarkan disebabkan oleh tahap negara kita yang masih baru dalam pengeluaran kereta iaitu sebanyak 1 258 255 tan metrik atau 5% . Kebanyakan rakyat di negara kita juga lebih suka pada kereta yang diimport berbanding dengan kereta buatan Malaysia.

Bagi hasil pengeluaran yang paling rendah pula, bijih besi merupakan hasil yang paling kurang dikeluarkan dengan jumlah pengeluaran sebanyak 356 742 tan metrik atau 1% mengikut catatan pada carta pai di atas. Kadar ini adalah disebabkan oleh sumber galian bijih besi yang semakin berkurangan di Malaysia serta hasil pengeluarannya yang diminimumkan oleh kerajaan untuk kegunaan masa hadapan. Selanjutnya, bijih timah dan arang batu juga merupakan hasil yang kurang dikeluarkan selepas bijih besi. Bijih timah yang mempunyai catatan pengeluaran sebanyak 567 875 tan metrik atau 2% serta arang batu yang berjumlah 569 325 tan metrik atau 2% kurang dikeluarkan kerana sumbernya yang semakin berkurang serta harganya yang sangat mahal di pasaran. Kedua-dua hasil tersebut juga tidak mesra alam dan telah dminimumkan untuk mengalakkan rakyat Malaysia supaya mempraktikkan amalan kitar semula.

Kesimpulannya, jumlah KDNK Malaysia mengikut hasil pengeluaran bagi suku tahunan 2013 adalah sangat memberangsangkan. Barangan elektrik merupakan hasil pengeluaran Malaysia yang utama. Dengan adanya teknologi yang tinggi dan canggih pada masa kini, pengeluaran hasil negara kita akan dapat ditingkatkan.

Abdul Rahim Mohamed Nor. Georgrafi Tingkatan 3 m/s 34-36 . Selangor: Cerdik Publications Sdn. Bhd, 2004.

Chong Yoon Choir, Kang Chai Yoeng, Aw Soo Woon dan Nik Idris Nik Muhammad. Focus 4U Georgafi PMR m/s 349-350 . Selangor: Pelangi Sdn. Bhd, 2013.

Vous aimerez peut-être aussi