Vous êtes sur la page 1sur 14

There is only one way to shorten and ease the convulsions of the old society and the bloody

birth pangs of the new- revolutionary terror. Karl Marx

Komunisme telah diasakan oleh Karl Marx pada pertengahan abad ke-19. Beliau merupakan penulis kepada buku The Communist Manifesto, Das Capital dan The German Ideology. Komunisme merupakan suatu fahaman menentang golongan feudal iaitu sistem kemasyarakatan yang dikuasai oleh golongan bangsawan dan imperialis yang bermaksud negara yang menjajah atau mengenakan kuasa pemerintahannya ke atas negara lain secara kekerasan untuk menggantikannya dengan pemerintahan yang berasakan fahaman komunis. Komunisme berperanan memperjuangkan masyarakat tanpa kelas, memiliknegarakan tanah dan perindustrian. Fahaman komunis diamalkan oleh beberapa negara seperti Rusia dan China.

Pada bulan Julai 1919, Communist International (Comintern) atau Penubuhan Komunis Antarabangsa telah mengarahkan parti-parti komunis di Eropah supaya menyebarkan ideology komunis ke seluruh dunia. Di Tanah Melayu, fahaman komunis telah disebarkan melalui Parti Kuomintang (KMT) dan Parti Komunis Nanyang. Ejen komunis telah menyebarkan dakyah komunis di kalangan orang Cina melalui kesatuan sekerja, persatuan-persatuan, kelas-kelas malam dan penerbitan. Di kalangan orang Melayu pula, fahaman komunis telah cuba disebarkan melalui Parti Komunis Indonesia (PKI) pada tahun 1924 sehingga tahun 1930.

Namun demikian, orang Melayu tidak tertarik dengan fahaman komunis kerana bertentangan dengan agama Islam dan adat resam orang Melayu seperti fahamannya yang tidak mengakui kewujudan Tuhan atau ateis. Selain itu, komunis telah menggunakan kekerasan dan kezaliman untuk mencapai sesuatu matlamat. Cara ini sangat bertentangan dengan agama Islam yang menjadi anutan orang Melayu.

Kasi Melayu jadi hamba. Kita Cina komunis dan DAP mahu lihat Melayu jadi kasut kita. Kita kasi ini negara komunis perintah Chin Peng, Februari 1970

Pada tahun 1930, Parti Komunis Malaya (PKM) telah ditubuhkan dan Chin Peng atau nama sebenarnya, Ong Boon Hua yang berasal dari Sitiawan, Perak telah menjadi setiausahanya . Tujuan penubuhan PKM adalah untuk menubukan Republik Komunis Malaya. PKM telah melatih ramai kader atau anggota baru sesebuah parti politik yang dilatih untuk menjadi penyokong taat setia dan menyusup ke dalam kesatuan sekerja. Komunis turut telah cuba bertapak di Sarawak tetapi gagal.

Seorang anggota MPAJA sedang berjabat tangan dengan pihak tentera British

Menjelang tahun 1935, kegiatan PKM telah menjadi semakin agresif. Mereka telah menpengaruhi pekerja limbungan kapal, pekerja kereta api, pelombong bijih timah, pekerja ladang serta kilang. PKM telah menggalakkan kegiatan sabotaj, mogok dan tunjuk perasaan membantah kenaikan cukai. Sebagai contoh, mereka telah melancarkan mogok dan sabotaj bagi melumpuhkan ekonomi British di Tanah Melayu. Mogok yang paling hebat telah berlaku di lombong arang batu di Batu Arang, Selangor. Seramai 6000 orang buruh telah melancarkan mogok dan mengambil alih lombong tersebut. Bagi menamatkan mogok itu, pihak British telah menghantar seramai 3000 anggota polis. Kebanyakan pemimpin yang terlibat dengan mogok tersebut telah dihantar pulang ke China. Berikutan kejadian itu, pemimpin PKM telah ditahan. Semasa Jepun menyerang Tanah Melayu, PKM telah menawarkan kerjasama kepada British untuk menentang Jepun. Anggota PKM telah dilatih dalam taktik perang gerila di Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura. Sekolah ini telah menjadi markas pasukan gerila bagi menentang tentera Jepun di Tanah Melayu. PKM telah membentuk Malayans People AntiJapanese Army (MPAJA) atau Tentera Anti Jepun Rakyat Tanah Melayu. Pihak British telah membekalkan senjata kepada pasukan tersebut melalui Force 136. Apabila perang tamat, pihak Pentadbiran Tentera Bristish telah meminta supaya MPAJA dibubarkan dan menyerahkan semula senjata mereka. Pada mulanya, PKM telah bersetuju membubarkan MPAJA tetapi enggan menyerahkan semua senjata dan di sebaliknya telah menyembunyikan sebahagian daripada senjata tersebut. Setiap anggota MPAJA yang menyerahkan senjata akan dibayar dengan wang sebanyak $350.00 serta menerima satu beg beras daripada pihak British. PKM yang telah menyusup dalam kesatuan sekerja mula terlibat secara aktif dalam pergerakan politik.

Anggota MPAJA atau tentera Bintang Tiga telah cuba menjadi penjajah di Tanah Melayu

Semasa tentera Jepun meninggalkan Tanah Melayu, suatu kekosongan politik telah berlaku. Dalam keadaan tersebut, Parti Komunis Malaya telah mengambil kesempatan menguasai Tanah Melayu melalui cawangan tenteranya yand dikenali sebagai Malayan Peoples AntiJapanese Army (MPAJA) selama 14 hari. Tentera MPAJA dikenali sebagai tentera Bintang Tiga. PKM melalui MPAJA telah menguasai bandar dan daerah penting. Mereka juga menguasai balai polis dan pejabat pentadbiran kerajaan yang ditinggalkan oleh pihak Jepun. Di samping itu, MPAJA turut menjalankan undang-undang sendiri dengan menjatuhkan hukuman terhadap sesiapa yang dianggap telah bekerjasama dengan Jepun. Mereka juga mengenakan cukai kepala, cukai harta dan cukai tanah yang tinggi kepada penduduk kampung.

Keganasan anggota PKM berlaku tanpa belas kasihan. Keselamatan penduduk sentiasa terancam

Pengganas komunis telah merosakkan landasan kereta api yang menyebabkan kereta api tergelincir daripada landasannya

Selama 14 hari, PKM telah melakukan keganasan yang tidak berperikemanusiaan. Mereka telah menculik dan menyeksa sesiapa yang dianggap bersubahat dengan Jepun. PKM juga telah menghukum penduduk yang dikatakan menganiayai orang Cina semasa pemerintahan Jepun. Mereka turut merampas harta benda orang kampung dan dan membunuh sesiapa yang dianggap bersalah. Misalnya, di Batu Pahat, PKM telah membunuh seorang penghulu yang dianggap bersubahat dengan pihak Jepun. Malahan seorang Pegawai Daerah yang cuba berunding dengan mereka juga telah dibunuh. Di Jelebu, Negeri Sembilan, mereka telah mencemarkan masjid dan surau. Sementara itu, di Kampung Bakor dan Sungai Manik, Perak, mereka telah membakar rumah-rumah yang berpenghuni pada waktu tengah malam. Tindakan PKM telah menyebabkan berlakunya ketegangan kaum kerana kebanyakan anggota PKM adalah terdiri daripada orang Cina. Penduduk kampung yang kebanyakkannya terdiri daripada orang Melayu telah bangun menentang PKM sehingga berlakunya huru-hara di beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu. Di Batu Pahat dan Muar, orang Melayu di bawah pimpinan Kiai Salleh Karim telah bergabung tenaga untuk menyerang orang Cina di bandar Batu Pahat. Dato Onn Jaafar, Pegawai Daerah Batu Pahat telah berjaya menghalang daripada berlakunya pertumpuhan darah yang dashyat di bandar tersebut. Ketegangan kaum ini akhirnya dapat diatasi oleh Pentadbiran Tentera British.

Pentadbiran Tentera British (PTB) ialah sebuah pentadbiran tentera yang telah diperkenalkan oleh British pada bulan September 1945. PTB diketuai oleh seorang Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam yang bernama Sir Ralph Hone. Tujuan PTB adalah untuk melaksanakan suatu pentadbiran peralihan sebelum sebuah pentadbiran awam diperkenalkan. Antara kejayaan PTB ialah: Menghapuskan penguasaan Parti Komunis Malaya selama 14 hari di Tanah Melayu. Memujuk Parti Komunis Malaya dan MPAJA supaya menyerahkan senjata. Mengawal dan memberhentikan pergaduhan antara kaum di beberapa tempat di Tanah Melayu. Mewujudkan keamanan dan menegakkan undang-undang.

Parti Komunis Malaya (PKM) dan Malayans People Anti-Japanese Army (MPAJA) merupakan salah satu penyumbang utama kepada kekalahan tentera Jepun di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, mereka telah mempunyai muslihat disebalik bantuan yang diberikan bagi menjatuhkan penguasaan Jepun di Tanah Melayu. Terdapat pelbagai pengajaran yang dapat kita perolehi daripada peristiwa penguasaan tentera Jepun dan pro-Komunisme ke atas Tanah Melayu.

Kepentingan Perpaduan Kaum

Antaranya termasuk kepentingan wujudnya perpaduan kaum. Secara umumnya, kestabilan serta keamanan sesebuah negara banyak bergantung kepada perpaduan masyarakat tempatan bak kata pepatah negara kita ibarat pokok dan rakyatnya ibarat akar. Tiada sebatang pokok yang dapat berdiri kukuh tanpa sokongan daripada akarnya. Sekiranya rakyat kita bersatu padu, maka terjaminlah ikatan perpaduan sesama kaum yang seterusnya dapat mengundang kepada keharmonian serta kedamainan negara. Semasa penguasaan Parti Komunis Malaya, keadaan huru-hara telah melanda Tanah Melayu. Pihak PKM telah menghukum penduduk kampung yang dikatakan menganiayai orang Cina semasa pemerintahan Jepun dengan merampas harta benda dan membakar rumah-rumah mereka pada tengah waktu malam. Tindakan mereka ini telah menyebabkan ketegangan kaum. Hal ini demikian kerana kebanyakan anggota PKM terdiri daripada orang Cina. Penduduk kampung yang terdiri daripada orang Melayu pula telah bangun menentang PKM sehingga berlakunya keadaan huru-hara di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia Tanah Melayu. Oleh itu, kita mestilah sentiasa memastikan perpaduan antara kaum terpelihara agar tragedi tersebut tidak berulang kembali.

Kepentingan Kerjasama antara Kerajaan dan Rakyat


Selain itu, kepentingan kerjasama antara kerajaan dan rakyat juga merupakan antara pengajaran yang dapat dipelajari. Setelah ancaman pengganas komunis dihapuskan, kerajaan telah menyedari betapa pentingnya sokongan dan kerjasama rakyat dalam usaha membantu menentang pihak komunis. Semasa penguasaan Parti Komunis Malaya, kerajaan telah menubuhkan pasukan Home Guard yang terdiri daripada rakyat tempatan di peringkat kampung untuk membantu pasukan polis serta tentera dalam menjaga keselamatan Tanah Melayu. Penubuhan pasukan ini telah meniupkan semangat yang berkobar-kobar di kalangan rakyat untuk mempertahankan negara. Kesanggupan dan keberanian rakyat tersebut dalam melawan pengganas komunis secara berhadapan adalah amat mengagumkan dan telah berjaya membantu dalam usaha menghapuskan ancaman komunis di Tanah Melayu. Tanpa sokongan rakyat, pengganas komunis tersebut tidak mungkin dapat dibanteras. Sebagai rakyat yang cintakan negara, kita perlulah bersama-sama menunaikan tanggungjawab diri dengan membantu kerajaan memulihkan keamanan dan kesejahteraan negara.Kerjasama antara kerajaan dan rakyat dalam usaha menentang komunis diumpamakan seperti peribahasa Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Dengan sokongan dan kerjasama yang telah diberikan oleh rakyat, ramai pengganas komunis telah dapat ditangkap atau dibunuh oleh pasukan keselamatan. Rakyat Malaysia pada hari ini harus bersyukur kerana dapat menikmati kehidupan yang aman serta damai yang merupakan hasil daripada pengorbanan generasi masa dahulu.

Kepimpinan yang Berkaliber dan Tidak Pilih Kasih


Di samping itu, pengajaran yang dapat dipelajari daripada peristiwa penguasaan tentera Jepun dan pro-Komunisme ke atas Tanah Melayu turut merangkumi kepentingan kepimpinan yang berkaliber dan tidak pilih kasih.Sebagai seseorang pemimpin negara, individu tersebut haruslah amanah semasa menjalankan tugasnya. Keadaan huru-hara telah melanda Tanah Melayu disebabkan oleh tindakan PKM yang sangat mementingkan diri sendiri serta memilih kasih. Selepas kekalahan Jepun, mereka telah menguasai Tanah Melayu dan melakukan pelbagai keganasan yang tidak berperikemanusiaan selama 14 hari. Sesiapa yang dianggap bersubahat dengan Jepun akan diculik dan diseksa. PKM juga telah menghukum penduduk kampung yang dikatakan menganiayai orang Cina semasa pemerintahan Jepun dengan merampas harta benda dan membakar rumah-rumah mereka pada tengah waktu malam. Tindakan mereka ini yang tidak rasional atau enggan berunding dahulu telah menimbulkan keadaan huru-hara yang telah meragut banyak nyawa orang yang tidak bersalah.

Tidak Mengharapkan Bantuan Orang Lain.


Dalam pada itu, sikap berdikari yang kuat turut dapat diperoleh daripada peristiwa-peristiwa tersebut. Semasa pendudukan Jepun, mereka telah mendapat sokongan yang kuat daripada rakyat Melayu. Hal ini adalah disebabkan oleh pengaruh slogan Jepun Asia untuk Orang Asia yang sangat kuat terhadap mereka. Tambahan pula, kaum Melayu telah diberi layanan yang lebih baik oleh tentera Jepun. Kesatuan Melayu Muda (KMM) di bawah pimpinan Ibrahim Haji Yaacob telah mengadakan pakatan sulit dengan pihak Jepun dengan harapan Tanah Melayu akan diberikan kemerdekaan. Namun begitu, slogan Jepun tersebut hanya merupakan muslihat untuk kepentingan mereka.Mereka tidak memberikan kemerdekkan tetapi telah menukarkan status Tanah Melayu kepada tanah jajahan. Oleh itu, kita wajarlah mempunyai kesedaran yang tinggi agar tidak mudah mempercayai kebaikan yang ditawarkan oleh kuasa asing . Untuk mendapatkan kemerdekaan dan mempertahankan kedaulatan negara, kita haruslah mengamalkan sikap berdikari dan tidak hanya bergantung kepada negara lain serta menolak semua bentuk penjajahan sama ada Barat atau Timur.

Keganasan bukan cara penyelesaian yang terbaik.


Selanjutnya, cara penyelesaian yang lebih baik juga boleh dikategorikan sebagai pengajaran yang dapat diperolehi. Pada zaman penjajahan Jepun, hukuman dera dan hukuman mati telah dijatuhkan kepada sesiapa yang dianggap bersalah. Bagi PKM pula, mereka telah menculik dan menyeksa sesiapa yang dianggap bersubahat dengan Jepun. Sebagai contoh, seorang Pegawai Daerah telah dibunuh walaupun telah cube berunding dengan mereka. Tindakan kedua-dua pihak tersebut bukanlah cara penyelesaian yang bijak dan hanya membawa kesengsaraan kepada masyarakat. Di sebaliknya, kita haruslah bersabar dan rasional dalam membuat sebarang keputusan. Perbuatan berunding dan berbincang secara musyawarah untuk menyelesaikan sesuatu konflik bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain tetapi turut mewujudkan kesejahteraan hidup yang lebih berkekalan.

Suasana di dalam bilik pertemuan di Sekolah Inggeris Baling, Kedah pada 28 Disember 1995.

Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai pengajaran yang dapat kita perolehi daripada peristiwa penguasaan tentera Jepun dan pro-Komunisme ke atas Tanah Melayu. Oleh itu, sebagai rakyat yang cinta akan negara, kita wajarlah berganding bahu dengan pihak kerajaan bagai aur dengan tebing dalam usaha mengalakkan minta dalam mata pelajaran sejarah di kalangan masyarakat tempatan.

Ramlah binti Adam , Abdul Hakim Bin Samuri dan Muslimin bin Fadzil ,

Sejarah Tingkatan 3 m/s 45-48 & 87-90. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka, 2013

Tamat

Vous aimerez peut-être aussi