Vous êtes sur la page 1sur 13

FAKUL TI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTER 2/MEI 2012 ABSY1103

PENGENALAN KEPADA SYARIAH

NO. MATRIKULASI : 910126126737 001 NO. KAD PENGNELAN : 910126126737 NO. TELEFON : 0198093070 E-MEL : hesham.side@yahoo.com PUSAT PEMBELAJARAN : KOTA KINABALU SABAH

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

Penghargaan

Pengenalan

Kesyumulan syariah dalam ibadah dan akhlak

2-6

Kesyumulan syariah dalam Muamalat dan Munakahat

6-10

Perbincangan tentang perlaksanaan syariah di Malaysia

10

Kesimpulan

10

Rujukan

11

Penghargaan Syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan inayah-Nya dapatlah saya melaksanakan tugasan yang diberikan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Berbanyak-banyak terima kasih saya tujukan kepada ibubapa saya yang banyak berkorban untuk saya selama ini. Pensyarah kursus Pengenalan kepada Syariah yang telah banyak memberi tunjuk ajar untuk saya melaksanakan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang banyak berkongsi idea.ibat secara langsung mahupun tidak langsung di dalam kajian ini. Juga mengucapkan terima kasih kepada individu-individu yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di dalam menyediakan tugasan ini. Sekian terima kasih. 1.Pendahuluan Salah satu ciri syariah Islam yang membezakanya dengan ajaran dan kefahaman agama yang lain ialah syumul. Definisi syumul ialah pencakupan yang menyeluruh keatas setiap aspek kehidupan manusia dari sekecil kehidupan sehinggalah sebesarnya. Setiap tindak tanduk dan gerak geri manusia adalah tertakluk kepada penilaian syariah yang seterusnya diletakkan dibawah kuasa penghukumannya. Dalam tugasan ini saya akan membincangkan tentang aspek-aspek kesyumulan syariah dan bagaimana ia dapat direalisasikan dalam konteks pelaksanaanya di Malaysia pada masa kini. 2.Kesyumulan syariah dalam Ibadah dan Akhlak Seperti di dalam 'aqidah, maka sifat kesyumulan juga tergambar dengan jelas di dalam 'ibadah Islam. 'Ibadah Islam merangkumi seluruh kejadian manusia. Seorang muslim ber'ibadat kepada Allah bukan sahaja dengan lisannya, atau badannya sahaja. atau hatinya tanpa yang lain, ataupun fikirannya semata mata,. atau pancainderanya sendirian, tetapi dia beribadat kepada Allah dengan keseluruhannya, iaitu dengan lisan yang berzikir, berdoa dan membaca, dengan badan yang solat, puasa dan berjihad. dengan hati yang ikhlas, takut, mengharap, cinta dan tawakkal dan dengan seluruh pancaindera yang digunakan untuk menta'ati seluruh perintah perintah Allah. 2

Kesyumulan ibadah Islam berdasarkan kepada bahawa 'Ibadah di dalam Islam adalah satu penterjemahan terhadap kesyumulan dan kesucian iaitu aqidah Islam. Hubungan di antara keduanya adalah satu hubungan yang erat. 'Ibadah dalam Islam adalah terjemahan dari 'aqidah dan 'aqidah yang sahih pasti akan melahirkan 'ibadah yang sahih pula. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Daging daging unta dan darahnya itu sekali kali tidak dapat mencapai (keredaan) Allah, tetapi ketaqwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya." (Surah Hajj: 37) "Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebaktian, akan tetapi sesungguhnya kebaktian itu ialah kebaktian orang yang beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat malaikat, kitab kitab, nabi nabi dan..." (Surah Al-Baqarah: 177) 'Ibadah di dalam Islam berteraskan kepada empat asas yang 'amali. Di mana daripadanya tegak kukuh seluruh ruang lingkup 'amal 'amal 'ibadah yang lain. Empat asas tersebut adalah: i. Solat

Dalam solat jelas tergambar 'ibadah lisan dengan membaca ayat ayat al Qur'an, takbir, tasbih dan do'a. Demikian juga dengan 'ibadah badan dengan berdiri, duduk, ruku' dan sujud. Terdapat di sana 'ibadah 'aqal dengan berfikir dan merenung renung makna makna al Qur'an. Terdapat juga di sana 'ibadah hati dengan ikhlas, khusyu' mencintai Allah dan merasakan Allah sentiasa memperhatikan dan mengamati hamba-Nya. Solat juga menjadikan seseorang itu benar benar menyedari kedudukannya sebagai hamba Allah. Setup kali dia bertakbir maka dia mengingatkan dirinya tentang kebesaran Allah. Kebesaran Allah bererti kecilnya dirinya serta rendahnya kedudukannya di hadapan Allah. Keadaan ini akan menjadikan dia sentiasa sedar terhadap tanggungjawabnya kepada Allah. Sekiranya dia berhati hati di dalam tindak lakunya dalam solat kerana dia merasakan Allah melihatnya, maka sudah semestinya juga dia akan terus berhati hati di dalam tingkah lakunya dalam seluruh hidupnya. Rasa takut dan berharap terhadap Allah yang ditanamkan oleh 'ibadah solat ini akan memimpin di dalam seluruh hidupnya hinggakan seluruh tindak tanduknya dipengaruhi oleh sifat sifat yang terkandung di dalam solat tersebut. ii. Zakat

Sesudah solat tiang Islam yang terbesar adalah zakat. Solat dan zakat adalah dua bang yang menyokong struktur bangunan Islam. Tanpa keduanya. Islam akan roboh. 3

Zakat bererti kesucian dan kebersihan. Ini bererti kesucian dan kebersihan jiwa seseorang mu'min tidak mungkin dapat dicapai tanpa dia memberikan hak hak saudara saudaranya yang

miskin terhadap harta bendanya melalui zakat. Oleh itu zakat di dalam Islam adalah salah satu dasar kepada persaudaraan Islam. la melenyapkan sikap mementingkan diri sendiri yang selalu menjadi punca kepada kelemahan sesuatu masyarakat. Zakat adalah di antara asas penting bagi penubuhan sebuah masyarakat Islam yang bertaqwa kepada Allah. Firman Allah yang malhumnya: "Dan orang orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan mereka ta'at kepada Allah dan Rasul- Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana." (At-Taubah: 71) iii. Puasa

Perintah puasa adalah satu seruan 'amal yang menghubungkan seluruh orang orang yang mendukung kalimah tauhid sejak awal zaman hingga ke akhirnya dengan satu tujuan yang sama, iaitu bertaqwa kepada Allah. Firman Allah yang mafhumnya: "Hai orang orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang orang sebeium karnu agar kamu bertaqwa." (Al-Baqarah: 183) Dalam 'ibadah puasa orang orang yang beriman dilatih untuk bersedia untuk berkorban demi kepentingan Islam melalui menanggung kesusahan, kelaparan, dahaga dan keletihan. Puasa yang disyari'atkan sebulan penuh bertujuan untuk meningkatkan dalam diri setiap mu'min daya juang, keikhlasan dan sifat konsisten, yang kesemuanya akan menambahkan ketaqwaannya kepada Allah. iv. Haji

Firman Allah yang mafhumnya: "Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengenderai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh" (Al-Hajj: 27) Seorang mu'min yang melakukan perjalanan untuk menunaikan hajj adalah sangat berbeza dengan perjalanan perjalanan lain. Perjalanan hajj ditujukan semata mata untuk Allah dan untuk memenuhi kewajipan yang diperintahkan Nya. Oleh itu seorang mu'min yang berangkat untuk menunaikan hajj di mana dia berpisah dengan keluarga untuk waktu yang lama, membelanjakan Wang yang banyak, menanggung berat perjalanan yang jauh, menggadaikan kesenangan dan keselesaan. maka dengan tindakan itu sesungguhnya dia membuktikan bahawa dia memiliki rasa kasih kepada Allah. 4

Seseorang mu'min yang telah melalui seluruh proses haji ini akan kekal bersamanya pengalaman pengalaman 'ibadat tersebut hinggakan kesannya tidak akan hilang selama bertahun tahun. malalahan hatinya akan sentiasa rindu untuk terus berkunjung semula ke Tanah Suci demi untuk mencurahkan rasa cintanya kepada Allah di Rumah Nya.

Ciri khas akhlak Islam ialah kelengkapannya dan luas bidangnya yang meliputi semua aspek perbuatan manusia. Samaada perbuatan itu yang mengenai dirinya, yang mengenai orang lain ataupun yang berkaitan dengan perseorangan atau kemasyarakatn dan kenegaraan. Tidak ada sesuatu perbuatan manusia yang keluar dan tidak diatur oleh peraturan akhlak dalam Islam. Kesyumulan akhlak Islam ialah ia tidak terpisah dengan semua bidang-bidang kehidupan manusia. Ia menetapkan satu neraca yang sama dan berurutan terhadap seluruh tindak tanduk manusia. Akhlak Islam tidak mengakui sebarang pemecahan di dalam menetapkan penilaian ini. Islam menolak dakwaan setengah golongan yang mengada adakan apa yang dikatakan sebagai akhlak keagaaman , iaitu sesuatu yang digambarkan dengan seseorang itu melakukan beberapa upacara peribadatan yang disempitkan ertinya. Sebagai contoh seseorang itu dianggap berakhlak dengan akhlak yang mulia sekiranya dia bertutur dengan kata kata yang lemah lembut, tidak bersikap kasar terhadap orang orang tua, menghormati tetamu dan seterusnya. Oleh itu sesiapa yang mempunyai sifat sifat di atas dia dianggap berakhlak baik walaupun dia seorang yang menggunakan kedudukannya untuk memakan harta orang orang miskin. menyelewengkan wang yang diamanahkan dibawah penjagaannya, mensia-siakan hak hak masyarakat, mengambil peluang secukup cukupnya di atas kepercayaan orang ramai terhadapnya untuk mencapai cita cita peribadinya dan seumpamanya. Akhlak Islam menolak pemecahan penilaian seperti ini dalam menetapkan sesuatu neraca buruk atau baik. Pengertian kebaikan atau khair telah dita'rifkan secara jelas oleh Islam. Ia tidak boleh diubah ubah walaupun seluruh manusia menghendaki perubahan tersebut. Ta'rif khair di dalam Islam ada asasnya dan ada manifestasinya. Asasnya adalah keimanan dan manifestasinya adalah segala percakapan, perbuatan, 'azam dan cita cita yang terbit dari kesyumulan keimanan tadi. Asas keimanan ,kepada Allah adalah sendi sendi 'aqidah Islam; manakala asas akhlak terbina di sekitar usaha dan 'amal untuk memenuhi segala tuntutan tuntutan yang terkandung di dalam sendi sendi tersebut. Jelas di sini bahawa binaan akhlak yang mulia sebenarnya hanya dapat tegak di atas asas 'aqidah yang sahih dan syumul. Sedangkan sesuatu perbuatan yang pada zahirya dianggap sebagai akhlak yang mulia tidak dapat teguh dan kekal sekiranya tidak ditegakkan di atas asas ' aqidah. Dasar ini telah dijelaskan oleh Allah empat belas abad yang silam apabila terdapat di kalangan anggota di dalam masyarakat Islam melakukan sesuatu perbuatan yang disangkakan sebagai 'amal yang baik dan melambangkan kemulian akhlak orang orang yang melakukan 'amal tersebut. Firman Allah yang mafhumnya: "Maka apakah orang orang yang mendirikan masjidnya di atas dasar taqwa kepada Allah 5

dan keredaan Nya itu yang baik, ataukah orang orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersarna sama dengan dia ke dalam neraka jahannam? Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang orang yang zalim." (AtTaubah: 109) Besarnya kedudukan akhlak Islam hinggakan hadith - hadith Rasulullah s.a.w merumuskan kedudukan akhlak sebagai: "Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia." (Bukhari) "Wahai Rasulullah apakah din itu ?. Baginda menjawab: "Akhlak yang baik.'' (Bukhari) "Sesungguhnya orang yang paling baik akhlaknya ialah yang paling baik Din nya." Begitulah sistem pendidikan di Malaysia yang amat menekankan aspek akhlak yang baik dapat melahirkan insan yang cemerlang dan berjaya samada diperingkat sekolah rendah dan sekolah menengah mahupun di institusi pendidikan tinggi. Melalui didikan awal tersebut dapat mendidik kita untuk memupuk akhlak mulia dalam kehidupan. 3.Kesyumulan akidah dalam Muamalat dan Munakahat Muamalat yang dimaksudkan ialah dalam bidang ekonomi yang menjadi tumpuan semua orang bagi memperoleh kesenangan hidup di dunia dan kebahagian di akhirat.Segala harta yang ada di alam ini samada di muka bumi, dilaut atau di dasar adalah milik Allah s.w.t secara mutlak. Manusia disuruh memiliki harta yang di sediakan oleh Allah s.w.t melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran yang di anugerahkan kepadanya. Mereka yang memiliki harta kekayaan di dunia adalah sebagai pemegang amanat Allah s.w.t dan bertanggungjawab terhadap hartaharta tersebut. Mencari harta kekayaan amat di galakkan oleh Islam,kerana harta merupakan alat bagi mencapai kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Dengan harta tersebut seseorang itu dapat memenuhi keperluan hidupnya di samping dapat menunaikan tanggungjawabnya terhadap agama. Firman Allah SWT:

Maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu" 6

Surah An Nisa 4:29 Islam sangat menggalakkan aktiviti perniagaan. Banyak ayat dan hadis yang mengalakkan dan menyokong aktiviti perniagaan. Perniagaan juga dianggap sebagai punca rezeki yang paling banyak. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud: 9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan. (Hadis riwayat Tirmizi).

Perniagaan merupakan mekanisma untuk manusia mendapatkan harta dan barangan yang diingini. Manusia adalah makhluk yang lemah dan saling memerlukan yang lain. Pensyariatan perniagaan ini adalah bagi memenuhi fitrah semulajadi manusia. Melalui perniagaan ini, manusia boleh memenuhi keperluan dan tuntutan individu, masyarakat dan negara.

Dalam Islam perniagaan dianggap sebagai satu aktiviti yang sangat mulia. Ia merupakan ibadah dan juga sunnah rasul SAW. Bagi mereka yang melaksanakan aktiviti peniaga dengan amanah, mereka turut dijanjikan balasan syurga bersama para nabi, orang soleh dan syuhada. Namun demikian, sekiranya ia dilakukan luar dari batasan syariat Islam maka ianya tidak lagi dianggap ibadat tetapi tetapi aktiviti yang boleh mendatangkan padah kebinasaan baik di dunia dan akhirat. Sungguhpun aktiviti perniagaan dianjur dan digalakkan dalam Islam, ia tidak bermakna manusia bebas menentukan tatacara perniagaan tanpa ada prasyarat yang mesti dituruti. Bagi menjamin kemaslahatan manusia terjamin dan terpelihara, Islam telah mengharamkan beberapa perkara dalam aktiviti pernigaan. Antara perkara yang dilarang dalam aktiviti perniagaan ialah: 1. Riba. Riba merupakan perkara yang diharamkan dalam Islam. Orang yang menyatakan riba adalah halal akan menjadi kufur dan terkeluar dari Islam, kerana riba adalah salah satu dari dosa besar yang wajib dielakkan oleh seorang muslim yang disebutkan secara jelas dalam al-quran dan sunnah tentang pengharamannya.

Dimaksudkan dengan riba ialah sebarang tambahan dalam barangan tertentu (ribawi) dan

tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh. Di dalam surah al-Baqarah, ayat 289 dirakamkan bahawa Allah dan rasul memerangi pemakan riba. Firman Allah, mafhumnya:

Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Surah al-Baqarah: 289).

Dalam menjalankan aktiviti perniagaan, amalan riba hendaklah dielakkan sepenuhnya. Peniaga yang baik dan diredhai Allah SWT ialah peniaga yang mampu berniaga dengan berpandukan peruntukan syarak, bebas dari sebarang bentuk riba sama ada dalam mendapatkan modal, membuat simpanan, membuat pelaburan dan seumpamanya. 2. Memeras ugut dan megambil harta dengan cara yang batil Islam juga mengharamkan perbuatan memeras ugut serta tindakan megambil harta orang lain dengan cara yang batil (salah). Megambil harta orang lain dengan cara yang batil dan salah ini boleh berlaku dalam pelbagai cara dan bentuk seumpama mencuri, merompak, menipu, memperdaya, judi dan seumpamanya. Sekiranya seseorang berkeinginan kepada barangan dan sesuatu yang berharga pada milikan orang lain maka ia boleh mendapatkannya melalui jalan perniagaan yang bebas dari sebarang unsur yang dianggap sebagai cara yang salah dan batil.

Pengharaman perbuatan seumpama memeras ugut dan megambil harta orang lain dengan cara yang batil ini, jelas disebutkan dalam sural al-Nisa ayat 29 mafhumnya: (Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu). 8

Ibnu Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa Allah SWT melarang hambanya yang beriman dari memakan harta sesama mereka dengan cara yang batil iaitu dengan pelbagai perbuatan yang tidak syarie seumpama riba, judi dan seumpama dengannya dari pelbagai jenis helah yang menjuruskan kepada riba. Antara kesyumulan akidah dalam munakahat adalah dalam proses perkahwinan. Perkawinan
dari sudut pandang Islam merupakan sistem peraturan dari Allah SWT yang menggandungi kurnia yang besar dan hikmah yang agung. Dimulai dengan nikah iaitu perjanjian yang

menggunakan perkataan nikah atau kahwin bagi menyatukan lelaki dan perempuan bagi mengharuskan pergaulan dan menghalalkan persetubuhan. Islam adalah agama yang syumul (universal). Agama yang mencakupi semua aspek kehidupan. Tiada suatu masalah pun, dalam kehidupan ini, yang tidak dijelaskan.

Perkahwinan ialah hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil dan atau diikat oleh kepercayaan agama peserta-peserta. Sifat duaan ini, iaitu kontrak undang - undang terikat serta janji kesusilaan, menyebabkan perkahwinan amat sukar disifatkan. Dalam satu bentuk atau lain, perkahwinan didapati di hampir setiap masyarakat. Rekod-rekod tertua yang merujuk kepada perkahwinan mengatakan bahawa perkahwinan adalah satu adat resam yang mantap. Walaupun ahli-ahli antropologi telah mencuba mengesan asal perkahwinan, umpamanya hipotesis persetubuhan primitif secara rambang, mereka telah gagal memperoleh sebarang bukti.

Di dunia Barat, perkahwinan difahami secara tradisi sebagai satuk kesedudukan monogami antara seorang lelaki (suami) dan seorang perempuan (isteri), sedangkan di bahagian-bahagian dunia yang lain, poligami pernah merupakan bentuk perkahwinan yang biasa.Secara umumnya, pandangan masyarakat tentang konsep poligami adalah apabila seorang suami mempunyai lebih daripada seorang isteri.Sebenarnya dalam antropologi, konsep yang paling tepat untuk menghuraikan seorang suami yang mempunyai lebih daripada seorang isteri ialah poligini manakala konsep yang menghuraikan seorang

isteri yang mempunyai lebih daripada seorang suami ialah poliandri. Poligami biasanya mengambil bentukpoligini (seorang lelaki mempunyai banyak isteri), tetapi sebilangan masyarakat yang amat kecil membenarkan poliandri (seorang perempuan mempunyai banyak suami).

4.Perbicangan tentang pelaksanaan syariah di Malaysia Pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia kini, harus difahami berdasarkan perkembangan perundangan negara terutama zaman sebelum merdeka iaitu zaman penjajahan Inggeris. Pengalaman-pengalaman mereka menjajah negara ini dan seterusnya memperkenalkan beberapa statut atau undang-undang bertulis dimana sebahagiannya telah dikekalkan hingga ke hari ini juga harus diteliti kerana ia mempunyai hubungan dalam konteks perkembangan pentadbiran undang-undang Islam. Beberapa istilah berkaitan misalnya istilah undang-undang Islam dan istilah pentadbiran undang-undang itu sendiri ada hubungan dengan perlaksanaan undang-undang itu sendiri. Secara umum, istilah pentadbiran undang-undang lebih hampir kepada urusan siyasah yang membawa maksud bagaimana mengurus sesuatu perkara yang merujuk kepada kehendak dan kepentingan masyarakat itu sendiri atau dengan perkataan lain difahami sebagai kuasa budibicara melalui autoriti pemerintah yang dibuat secara rasmi(1). Peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan itu membawa kebaikan jika dirujuk berdasarkan semangat atau ruh Syariat itu sendiri. Sebab itu, realitinya peruntukan undang-undang yang digubal semasa penjajahan Inggeris berkaitan dengan pentadbiran hukum Syarak di negara ini sebahagiannya telah dilanjutkan selepas merdeka hingga kini meskipun konsep atau niat asal penggubalan undang-undang tersebut lahir secara kebetulan semata-mata untuk menjaga kepentingan atau maslahah masyarakat yang mereka tadbir. 5.Kesimpulan Secara umum, dapatlah disimpulkan bahawa negara ini telah melaksanakan sebahagian undang-undang Islam. Dengan aspek tertentu, negeri-negeri dalam Persekutuan telah melaksanakan undang-undang-undang Islam. Undang-undang Islam yang ditadbir terus berkembang berbanding sebelum negara mencapai kemerdekaan. Banyak pembaharuan telah 10

dilakukan oleh pihak berkuasa agama sama ada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat kerajaan-kerajaan negeri selaras dengan perkembangan masyarakat Islam di negara ini. Dari semasa ke semasa beberapa pindaan dibuat oleh Badan Perundangan Negeri masingmasing selaras dengan kepentingan dan untuk kebaikan masyarakat sejauh yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Usaha-usaha untuk menyelaraskan pentadbiran undangundang Islam di negeri-negeri sedang dan terus dijalankan. Sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan harus mengambilkira kehendak Perkara 38 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan untuk dilaksanakan oleh negeri-negeri masing-masing.

Rujukan 1.# P.hD, Prof.Madya di Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Kertas ini dibentangkan di Seminar Hukum Islam di Malaysia, anjuran Kolej Islam Antarabangsa Islam Sultan Ismail Petra (KIAS), Kelantan pada 1 Mac 2004. 2. Kajian mengenai keberkesanan Mahkamah Syariah dalam menangani kes-kes kekeluargaan, mal dan jenayah di Malaysia sedang dijalankan dan kini di peringkat akhir kajian. Laporan preliminari telahpun dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan diadakan di Balai Ilmu, Kompleks Akademi Pengajian Islam pada 21 Oktober 2003. Projek IRPA [UM 07-02-03-0767] ini diketuai oleh Prof.Madya Ahmad Hidayat Buang dan pembentang adalah penyelidik kepada kajian ini. 3. ABSY1103 Pengenalan kepada syariah Open University Malaysia 4. http:/ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinan
5. Al Quran

6. (Ibn Kathir, Ismail bin Umar bin Kathir al-Qurasyi al-Dimashqi, Tafsir al-Quran al-azim, Dar Thibah Lil Nashr wa al-Taizi, 1999/1420H, jld.2, hlm.268).

Bibliography
There are no sources in the current document. http://www.slideshare.net/kheru2006/kkbi-13616999

11

Vous aimerez peut-être aussi