Vous êtes sur la page 1sur 112

Bolehkah anda bezakan ciri-ciri unsur cuaca di antara 2 kawasan dibawah

Manakah suhu lebih tinggi?

Kawasan bandar mengalami suhu yang lebih tinggi.

Manakah kawasan lebih lembap

Kawasan luar bandar mengalami keadaan yang lebih lembap daripada kawasan bandar.

Perbandingan ciri-ciri unsur cuaca


bandar
tinggi kurang tinggi tinggi Badai rendah

Unsur cuaca
suhu Jumlah hujan Kekerapan hujan Kelajuan angin Pola tiupan angin Kelembapan udara

Luar bandar
Rendah banyak Rendah rendah laminar Tinggi

Mikroiklim bandar
Apakah mikroiklim bandar?

Mikroiklim bandar

Fenomena cuaca dan iklim yang terbentuk dan dialami di kawasan yang terbatas keluasannya . Ciri-ciri unsur cuaca adalah berbeza dengan kawasan pinggir bandar atau luar bandar atau sebelum pembandaran.

Proses pembandaran

Proses pembandaran mengubah sifat fizikal permukaan bumi dan meningkatkan aktiviti manusia yang menambah pengeluaran haba serta bahan pencemar udara.

Pulau haba

Bagaimana keadaan di bawah meningkatkan suhu?

Proses pembandaran melibatkan pemusnahan hutan untuk pembinaan bangunan dan jalan raya. Pemusnahan hutan mengurangkan proses sejatpeluhan yang menyebabkan udara lebih kering.

Pemusnahan hutan meningkatkan suhu

Kekurangan tumbuh-tumbuhan di bandar juga menyebabkan kadar albedo permukaan bandar lebih rendah. Kurang bahangan matahari yang dibalikkan oleh permukaan bumi di bandar.

Bagaimana aktiviti di bawah meningkatkan suhu?

Proses pembandaran melibatkan pembinaan bangunan, jalan raya dan medan letak kereta. Pembinaan permukaan ini meningkatkan kadar penyerapan haba pada waktu siang.

Bagaimanakah keadaan di bawah boleh meningkatkan suhu?

Kesan rumah hijau dan suhu di bandar

Apakah kesan rumah hijau ?

Cuba anda fikirkan , bagaimana suhu dalam kereta meningkat ?

Kesan rumah kaca


Apakah rumah kaca? Petani-petani Eropah mengunakan kaedah ini untuk memerangkap haba daripada keluar.Rumah ini membenarkan cahaya matahari menembusinya tetapi menghalang haba keluar untuk kegunaan tanaman seperti sayuran dan bunga-bungaan.

Bagaimana kesan rumah hijau meningkatkan suhu?

Prinsip yang sama seperti rumah kaca bagi menjelaskan kesan rumah hijau. Gas-gas karbon dioksida dan metana membentuk lapisan dalam lapisan atmosfera .

Kesan rumah hijau

Lapisan tersebut membenarkan cahaya matahari menembusinya tetapi menghalang pembebasan bahangan bumi terlepas ke angkasa lepas. Ini menyebabkan haba berkitar dalam ruang atmosfera di kawasan bandar terutamanya dan meningkatkan suhu.

Gas-gas rumah hijau

Sumber Gas-gas rumah hijau

Pemanasan global

Pada skala yang lebih besar peningkatan suhu makro berlaku . Ini menyebabkan peningkatan suhu global atau pemanasan global.

Lapisan ozon

Lapisan ozon terletak dalam lapisan stratosfera iaitu 50 km daripada permukaan bumi. Apakah ozon ?

Adakah ozon dalam lapisan troposfera?

Ada sedikit molekul ozon dalam lapisan troposfera. Namun ozon pada lapisan ini adalah merbahaya kepada manusia.

Molekul ozon

Bagaimana ozon terbentuk ? Apabila sinar UV memancar pada molekul oksigen , molekul oksigen terpisah kepada dua atom oksigen . Satu atom oksigen bergabung dengan molekul oksigen yang lain membentuk ozon.

Apakah peranan lapisan ozon?

Ozon bertindak menyerap sinar Ultra Violet yang merbahaya kepda manusia.

Bagaimana penipisan lapisan ozon berlaku ?

Penipisan lapisan ozon

Molekul-molekul CFC yang dibebaskan oleh manusia bertindakbalas dan memutuskan ikatan molekul ozon . Atom klorin membentuk klorin oksida.

Bagaimana penipisan ozon meningkatkan suhu ?

Penipisan ozon menyebabkan pembentukan lubanglubang pada lapisan ozon. Ini menyebabkan sinar UV dapat sampai ke permukaan bumi .Oleh itu bumi menyerap lebih banyak tenaga matahari. Pembebasan semula bahangan bumi pula dihalang oleh lapisan gas rumah hijau.Wujud ketidak seimbangan tenaga yang diserap dengan dibebaskan yang meningkatkan suhu.

Kesan rumah hijau dan penipisan ozon


Apakah puncanya ?

Punca penipisan lapisan ozon

Industri pencuci

CFC dalam bentuk cecair digunakan sebagai bahan pencuci minyak dalam peralatan eletronik, eletrik , mikrocip

Industri pendingin udara

Penggunaan CFC dalam pendingin udara kenderaan , bangunan dan rumah serta peti sejuk. CFC dibebaskan semasa berlaku kebocoran dan peringkat servis

Industri keluaran foam

Dalam industri pengeluaran kusyen, tilam , mesin pembasuh. CFC dibebasakan semasa peringkat pembuatan , penggunaan dan pembuangan.

Industri aerosoil

CFC dibebaskan dengan banyak dalam penggunaan tin penyemburan pewangi, kosmetik, racun serangga dan cat.

Ujian senjata nuklear

Ujian senjata nuklear membebaskan nitrus oksida yang memusnahkan ozon Ujian senjata nuklear oleh Russia dan Amerika Syarikat di Antartika membentuk lubang ozon sebesar benua Eropah .

supersonic

Penggunaan jet supersonik telah membebaskan banyak gas-gas nitrus oksida yang boleh memusnahkan molekul-molekul ozon.

Bahangan matahari

Contoh soalan

Apakah maksud pulau haba Pulau Haba ialah fenomena cuaca yang berlaku di bandar di mana min suhu harian bandar lebih tinggi dari kawasan sekitarnya.

Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya Pulau Haba

Pemusnahan hutan

Bangunan Pencakar langit Yang padat

Pertambahan kenderaan

Faktor-faktor

Pertambahan Permukaan konkrit

Pembakaran terbuka

Pertambahan industri

Pemusnahan hutan

Kekurangan hutan mengurangkan proses sejatpeluhan. Ini menyebabkan udara kering . Permukaan bumi menjadi gondol.kadar albedo permukaan rendah menyebabkan kadar penyerapan bahangan matahari tinggi.

Pembinaan bangunan konkrit

Bangunan konkrit , jalan raya bertar dan medan letak kereta mempunyai kadar albedo yang rendah. Kadar penyerapan bahangan matahari tinggi.

Pembinaan bangunan konkrit

Bahangan matahari yang diserap di simpan dalam bangunan sebagai haba pendam. Pada waktu malam , bahangan bumi dibebaskan daripada bangunan sebagai haba rasa . Haba tidak dapat dibebaskan ke angkasa kerana halangan lapisan gas rumah hijau

Pertambahan kenderaan dan industri


Jumlah kenderaan dan kilang yang semakin bertambah di bandar . Ini menyebabkan kadar pembebasan asap yang mengandungi gas karbon dioksida dan metana adalah tinggi. Pertambahan gas karbon dioksida menyebabkan pembentukan lapisan gas rumah hijau yang tebal di bandar .

Pertambahan industri dan kenderaan

Lapisan gas rumah hijau yang terbentuk dalam lapisan troposfera di bandar menyebabkan lebih banyak bahangan bumi yang diperangkap daripada yang dibebaskan ke angkasa lepas. Disamping itu enjin kenderaan dan mesin industri juga membebaskan haba.

Bangunan pencakar langit

Di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur banyak bangunan pencakar langit yang dibina secara padat. Bangunan ini menghalang tiupan angin.

Bangunan pencakar langit

Angin tidak dapat bertiup dan bergerak dengan bebas akibat halangan bangunan . Ini menyebabkan haba yang terperangkap dalam kawasan bandar tidak dapat dikeluarkan ke kawasan lain.

Kesan-kesan penipisan lapisan ozon dan kesan rumah hijau

Pemanasan global

Kenaikan suhu dunia Peningkatan suhu berlaku semua skala sama ada mikro atau makro iaitu dari pulau haba bandar hingga wilayah dan benua. Pemanasan global bermaksud wujud ketidakseimbangan dalam bajet haba bumi matahari.

Kesan kepada proses geomorfologi

Pemanasan global menyebabkan kadar penyerapan haba batuan lebih tinggi. Batuan lebih cepat mengembang dan mudah mengalami pemecahan fizikal .

Kadar luluhawa fizikal

Kadar pemanasan batuan yang meningkat menunjukkan kadar luluhawa fizikal di kawasan gurun bertambah.

Kadar hakisan angin

Kawasan gurun menjadi semakin gersang. Oleh itu tiupan angin di gurun semakin meningkat . Ini meningkatkan kadar hakisan angin terhadap batuan yang tersepai.

Fikirkan , kawasan gurun semaki meluas atau mengecil?

Apakah kesan peningkatan suhu terhadap kawasan di bawah ?

Pencairan ais di kutub

Lubang ozon di antartika menyebabkan kawasan tersebut menerima lebihan pancaran UV yang membawa lebih banyak tenaga. Peningkatan suhu global menggalakan pencairan ais berlaku.

Apabila ais cair , apa akan berlaku ?

Pencairan ais akan menyebabkan peningkatan air laut. Isipadu dan paras air laut meningkat menyebabkan kadar hakisan ombak bertambah.

Air laut meningkat , apa akan berlaku ?

Kawasan-kawasan pinggir pantai yang rendah mudah ditenggelami air. Negara seperti Belanda dan Bangladesh akan mengalami banjir.

banjir

Jika semua litupan ais di Antartika mencair akan menenggelamkan seluruh benua Eropah.

Apakah kesan peningkatan suhu global terhadap kawasan di bawah?

Litupan ais pergunungan seperti Everest , Himalaya , banjaran Alps , Andes dan Rocky akan mengalami pencairan.

Pencairan ais di gunung

Ais cair membentuk sungai-sungai glasier . Ini meningkatkan kadar hakisan glasier . Kejadian runtuhan tebing dan salji akan meningkat.

Peningkatan suhu dan kawasan laut

Kadar kenaikan suhu lautan khususnya lautan Pasifik lebih cepat. Contohnya pada Sept 1997 Disember 1997suhu lautan Pasifik meningkat 5 o C

Peningkatan suhu lautan

Peningkatan suhu lautan mewujudkan pusat tekanan rendah di Lautan Pasifik. Ini telah melemahkan tiupan angin monsun timur laut dan mengubah pola tiupannya. Peningkatan suhu lautan dan perubahan pola tiupan angin dinamakan El-Nino. El-Nino menyebabkan angin monsun timur laut tidak sampai ke Asia Tenggara.

Angin monsun

Apakah berlaku kepada Asia Tenggara

Akibat ketiadaan angin monsun timur laut , ini menyebabkan kawasan Asia Tenggara mengalami keadaan kemarau yang panjang.

Apakah akibat daripada kemarau yang panjang?

Keadaan yang kering menggalakkan hutan terbakar semulajadi atau pembakaran hutan untuk pertanian sukar di kawal . Pada tahun 1997 , 12 000 hektar hutan terbakar di Kalimantan.

Apakah akibat daripada pembakaran hutan

Pembakaran hutan akan menambah partikel-partikel terampai dalam udara. Partikel-partikel bertindak menghalang bahangan matahari sampai ke bumi .

jerebu

Pengurangan keamatan cahaya matahari yang sampai ke permukaan bumi akan mengurangkan jarak penglihatan. Pengurangan jarak penglihatan inilah yang menyebabkan jerebu.

Jarak penglihatan

Apakah jarak penglihatan ? Jarak penglihatan ialah ukuran yang digunakan untuk menentukan jarak yang membolehkan seseorang melihat sesuatu objek .Semakin jauh jarak penglihatan maka semakin baik keadaan udara .

Pencemaran udara?
Kehadiran bahan-bahan pencemar seperti gas, habuk , zarah dan debu dalam atmosfera yang boleh mengubah kuantiti , kualiti dan sifat atmosfera tersebut yang akhirnya memberi kesan negatif kepada manusia , tumbuhan dan haiwan.

Jerebu ?
Jerebu ialah partikel-partikel terampai dalam atmosfera dalam kepekatan tinggi.Partikel ini terbentuk dalam udara kering dan stabil yang menghasilkan satu lapisan kabus nipis dalam ruang atmosfera.Partikel-partikel ini dapat menyerak dan menyerap cahaya matahari dan mengurangkan jarak penglihatan.

Punca-punca jerebu

jerebu
semulajadi

manusia

Punca semulajadi

Kebakaran hutan disebabkan kejadian El-nino yang berlaku. Pada tahun 19971998 El-Nino menyebabkan Asia Tenggara mengalami kemarau.

Punca hutan terbakar semulajadi


Keadaan kemarau yang panjang dan kering menyebabkan hutan terbakar secara semulajadi. Pada tahun 1997 , 250 000 hektar hutan terbakar di Pulau Sumatera dan Kalimantan. Kebakaran menghasilkan gas gas karbon dioksida , habuk dan jelaga yang terampai dalam atmosfera. Tiupan angin dari pulau tersebut menyebabkan Malaysia tidak dapat mengelak mengalami jerebu. Ketiadaan hujan menyebabkan partikel tidak dapat dibersihkan .

Letusan gunung berapi

Letusan gunung berapi

Letusan gunung berapi mengeluarkan gas serta debu yang banyak. Letusan gunung berapi St Helens pada 18 Mei 1980 melepaskan 10 billion ton zarah pepejal . Tenaga dari letusan gunung berapi mencukupi untuk debu dan gas dilepaskan sehingga 30 km dalam atmosfera.

Letusan gunung berapi

Gunung berapi Pinatubo yang meletus pada 4 Jun 1991 telah menyebabkan Asia Tenggara mengalami jerebu selama seminggu. Debu dan habuk yang dilepaskan Pinatubo hingga ke Kampuchea.

Punca punca buatan manusia


jerebu

kenderaan

Laporan Jabatan Alam Sekitar pada tahun 1996 menunjukkan kenderaan melepaskan 2.4 juta tan karbon monoksida dan 19 000 tan zarah ke udara. Pada akhir 1989 jumlah kenderaan berdaftar di Malaysia ialah 1.4 juta berbanding 498 350 pada tahun 1975

industri

Stesen janakuasa dan industri yang menggunakan bahan api petroleum dan arang batu. Seperti industri petrokimia dan kuari. Di Malaysia industri semakin bertambah iaitu 6624 tahun 1995 dan 9415 pada tahun 1996 iaitu meningkat 35 %

industri

Daripada 140 000 tan sulfur dioksida yang dikeluarkan hasil pembakaran bahan api pada tahun 1975, industri membebaskan 39.2 % dan stesen jana kuasa 53.2 %.

Berikan perbezaan kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon


Penipisan ozon Kesan rumah hijau kawasan Berlaku pada lapisan troposfera Lapisan gas rumah hijau terdiri gas karbon dioksida dan metana Lapisan gas rumah hijau menghalang bahangan bumi keluar

Berlaku pada lapisan stratosfera Lapisan ozon terdiri molekul ozon

Kandungan

Banyak sinar UV sampai ke bumi

Cara meningkatkan suhu

Huraikan punca-punca meningkatkan kesan rumah hijau

Pembakaran terbuka di tapak pelupusan sampah menghasilkan gas karbon dioksida yang boleh meningkatkan kesan rumah hijau.

Soalan STPM 2009

(a)Apakah yang dimaksudkan dengan Pulau Haba ?(5m) (b)Huraikan faktor yang menyebabkan berlakunya fenomena Pulau Haba (12m) (c)Jelaskan langkah mengurangkan fenomena Pulau Haba.(8m)

Pembakaran terbuka

Pembakaran terbuka merangkumi pembakaran hutan untuk pertanian dan pembakaran di tapak pelupusan sampah. Bahagian Alam sekitar Kementerian Sains Teknologi dan Alam sekitar mengganggarkan bahan-bahan sisa bandaran berjumlah 3.7 juta tan setahun dan lebih 55 % Kerajaan Tempatan mengamalkan pembakaran terbuka.

Kesan jerebu

Kesan terhadap manusia

Partikel-partikel terampai dalam udara mengganggu sistem pernafasan manusia . Manusia mengalami kesukaran bernafas dan meningkatkan penyakit asma, jantung , sakit kerongkong .

Kesan terhadap penglihatan

Partikel-partikel terampai juga boleh merosakkan penglihatan manusia . Mata berair , pedih dan penglihatan kabur.

Penyakit kanser

Manusia mengalami alahan pada kulit. Kulit terasa gatal dan berkudis Kanser kulit terjadi kerana air hujan yang berasid merosakkan sel-sel kulit.

Mengurangkan jarak penglihatan

Partikel-partikel terampai dalam udara mampu menyerak dan menyerap cahaya matahari. Ini mengurangkan jarak epnglihatan yang boleh meningkatkan risiko kemalangan jalanraya, gangguan jadual penerbangan dan pelayaran kapal.

Mengurangkan jarak penglihatan.

Contohnya pada tahun 1998 IPU di negeri Sarawak mencecah 800 menyebabkan darurat diisytiharkan dan sekolah-sekolah ditutup.

Apakah fenomena yang berlaku ?

Apabila asap yang dibebaskan dari kilang dan kenderaan bertindakbalas dengan air hujan membentuk

Hujan asid

Apakah hujan asid?

Air hujan yang mengandungi keasidan yang tinggi.Nilai ph air hujan kurang daripada 5.6.

Bagaimana hujan asid terbentuk?

Bagaimana hujan asid terbentuk?

Asap kenderaan dan kilang mengandungi gas-gas seperti karbon dioksida, sulfur dioksida dan nitrogen dioksida. Gas-gas ini bertindak sebagai nukleus kondensasi .proses kondensasi wap air terbentuk disekitar gas-gas tersebut.

Pembentukan hujan asid

Tindakbalas air dengan gas gas tersebut membentuk asid sulfurik dan asid nitrik. Oleh itu hujan asid selalunya terbentuk di kawasan perindustrian yang pesat seperti Kuala Lumpur , Shah Alam , Petaling Jaya dan Senai.

Punca-punca hujan asid

Hujan asid

Punca manusia

Punca semulajadi

Bagaimana aktiviti di bawah menyebabkan hujan asid?

Asap kilang yang dikeluarkan mengandungi gas sulfur dioksida dan nitrogen dioksida. Pembakaran bahan api fosil oleh kilang menyumbang kepada pembebasan gasgas tersebut.

Punca perindustrian

95 % nitrogen dioksida dibebaskan ke udara berpunca daripada pembakaran bahan api fosil dari kilang. Industri peleburan bijih logam melepaskan gas sulfur dioksida iaitu kira-kira enam juta tan setahun. Peleburan timah kuprum membebaskan dua tan sulfur dioksida bagi setiap tan bijih.

Bagaimana keadaan di bawah menyebabkan hujan asid?

Asap ekzos kenderaan membebaskan gas nitrogen dioksida dan nitrik oksida . Nitrogen dioksida bertindakbalas dengan wap air membentuk asid nitrik.

Punca kenderaan

Di Malaysia bandar-bandar besar seperti Johor Baharu , Kuala Lumpur dan Georgetown yang mempunyai kepadatan kenderaan yang tinggi lebih terdedah kepada hujan asid. Jumlah kenderaan yang semakin bertambah menyebabkan pertambahan sulfur dioksida dalam udara. Pada tahun 1989 1.4 juta kenderaan di Malaysia , pada tahun 1975 , 490000 kenderaan.

Bagaimana aktiviti di bawah menyebabkan hujan asid?

Kegiatan pembakaran hutan untuk pertanian juga membebaskan banyak gas karbon dioksida , sulfur dioksida dan nitrogen dioksida.

Pembakaran hutan

Pembakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera di Indonesia menyebabkan 250 000 hektar hutan terbakar pada tahun 1997. Pada tahun 2009 , berlaku kebakaran hutan di Australia.

Letusan gunung berapi

Letusan gunung berapi membebaskan banyak gas sulfur dioksida. Contoh nya letusan gunung berapi Pinatubo membebaskan banyak gas yang boleh bergerak hingga ke Kampuchea. Letusan gunung merapi pada 1 Nov 2010 menghasilkan 2 juta meter kubik debu dan gas .

Apakah kesan-kesan hujan asid?

Bolehkah anda senaraikan kesan-kesan hujan asid.

Pencemaran air Kemusnahan hutan Penyakit kepada manusia Kerosakan kenderaan dan bangunan pertanian

Kesan terhadap manusia

Manusia mudah mengalami penyakit seperti kanser kulit dan katarak mata. Sulfur dioksida boleh menyebabkan radang bronkus dan ozon boleh mencederakan membran mukus didalam saluran pernafasan. Kandungan aluminium dalam air boleh menyebabkan penyakit alzheimer dan kerosakan pada buah pinggang.

Kepada manusia

80% penduduk Kanada tinggal di kawasan yang dicemari oleh hujan asid dan penduduk di kawasan ini mengalami masalah pernafasan. Kanak-Kanak lebih senang mendapat penyakit batuk,alergi,dan selsema seperti yang berlaku di Republik Czech.

Kesan terhadap tumbuhtumbuhan

Pada tahun 1982 8 % hutan Black Forest di Jerman dirosakkan hujan asid. Pada tahun 1983 angka itu meningkat kepada 34 %.

Kesan terhadap hutan

Hujan asid menyebabkan daun-daun pokok mengalami kekuningan dan keguguran. Ini akan mengurangkan proses fotosintesis. Air hujan berasid juga akan memusnahkan organisma tanih yang penting dalam proses penguraian dan mengurangkan penghasilan nutrien.

Kesan terhadap sumber air


Kandungan asid yang tinggi dalam air kolam dan tasik. Alga dan plankton tidak dapat hidup dengan ph air di bawah 5 . Ini menyebabkan zooplankton dan fitoplankton yang merupakan makanan utama hidupan akuatik mati.

Kesan terhadap sumber air

Contohnya hujan asid menyebabkan udang krai di tasik-tasik di Sweden dan Findland mati. Pada 1982,18000 buah tasik di Sweden telah menjadi keadaan berasid dan di Norway 2600 tasik mengalami kekurangan ikan.

Vous aimerez peut-être aussi