Vous êtes sur la page 1sur 3

# Amalan terbalik#

Jika dilihat ramai di kalangan umat islam yang terikut-ikut dengan budaya hidup
lain malah kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah amalan terbalik
atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan seperti mana yang dituntut
dalam islam. Diantaranya :

1- Kenduri arwah

Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si


mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh
dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah
saw di mana Rasulullah saw telah menganjurkan jiran tetangga memasak
makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan
kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa
pula menyediakan makanan dan belanja untuk mereka yang datang
membaca, khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim
peninggalan si mati yang belum dibahagi-bahagikan kepada yang berhak
menurut islam.

2- Kenduri kahwin

Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap


“assalamu’alaikum….berisi” (hadiah wang yang diberi semasa bersalam).
Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka seganlah ia nak pergi
makan kenduri tu. Tetapi kalau ia menziarahi orang mati, tidak segan pula
“assalamu’alaikum….tak berisi”. Sepatutnya kalau menziarahi keluarga si
matilah kita patut member sedekah. Kalau kenduri kahwin,tak bagi pun tak
pe kerana tuan rumah panggil untuk di beri makan bukan untuk ia
menambah pendapatan.

3- Pakaian cantik

Ketika menghadiri majlis pemimpin Negara kita berpakaian cantik, kemas


dan segak bergaya lah, tetapi bla menhadap Allah baik di rumah mahupun
di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tak ke
ini sesuatu perbuatan yang terbalik? …

4- Jadi tetamu

Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan
nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan
malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa
yang dihidangkan supaya tuan rumah rasa gebira dan tidak membazir.
5- Solat sunat

Kalau bersolat sunat di masjid amatlah rajin, tapi kalau di rumah, sangat
malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah
seperti di anjurkan oleh Rasulullah saw untuk mengelakkan rasa riak.

6- Bulan puasa (ramadhan)

Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang
berlebihan, bahkan bukan nafsu makan sahaja nafsu tengok barang-
barang baru untuk mencantikkan rumah bila nak dekat raya pun ya, tetapi
kebanyakkan orang, mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap
rumah orang islam akan dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah bulan
yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di
bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7- Pergi haji

Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakkan orang akan membuat kenduri


sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri
pun. Anjuran berkenduri dalam islam antaranya ialah kerana selamat dari
bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita
mempunyai tujuan lain. Selain itu sepatutnya orang yang hendak
mengerjakan haji yang pergi menziarahi orang ramai (adik-beradik,
saudara-mara, sahabat2, jiran tetangga terdekat dll) untuk mohon
kemaafan @ melangsaikan apa-apa yang dihutang sebelum berangkat ke
tanah suci, bukannya orang ramai menzirahi orang yang nak pergi haji.

8- Pelajaran anak

Semua ibu bapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam
periksa. Maka dhantarlah ke kelas tuisyen walaupun banyak belanjanya.
Tapi kalau anak tak boleh baca Quran @ solat, tak bimbang pula bahkan
tak mahu di hantar tuisyen baca Quran @ kelas khas mempelajari islam.
Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20 bagi satu pelajaran 8
kali hadir, tetapi kepada tok guru Quran nak bayar RM15 sebulan untuk
20 kali hadir pun menggeletar tangan. Bukankah ini amalan terbalik kita?
Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca al-Quran @
bersolat dan tidak lulus periksa.

9- Pergi masjid
Kalau bekerja mengejar rezeki Allah swt tak kira siang malam, pagi
petang, mesti pergi kerja. Hujan @ rebut tetap diharungi kerana mematuhi
peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak
rebut pun tetap tak datang masjid. Sungguh tak malu manusia begini,
rezeki Allah diminta-minta tapi nak ke rumahNYA segan dan malas.

10-Isteri berhias

Seorang isteri kalau nak keluar rumah sama ada dengan suami atau tidak
bukan main berhias. Tetapi kalau duduk di rumah……..masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan
berhias untuk orang lain bilamana di khalayak ramai. Perbuatan yang
terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima


hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita
menurut landasan dan ajaran islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut
selera kita. Allah yang menciptakan kita maka biarlah Allah yang menentukan
peraturan hidup kita.

Sumber: syahadah “media untuk kesejahteraan ummah”- nov 08

Vous aimerez peut-être aussi