Vous êtes sur la page 1sur 2

ADAB SEBELUM, KETIKA DAN SELEPAS MAKAN MENGIKUT ISLAM

BANYAK penyakit yang menyerang manusia berkait rapat dengan makan dan minum. Justeru, Nabi Muhammad S.A.W sering mengingatkan umat Islam betapa pentingnya menjaga perut agar mereka lebih berwaspada dengannya. Dalam kitab Ihya Ulumuddin, Imam al-Ghazali menyenaraikan tujuh adab sebelum makan yang perlu dijaga: 1. Memastikan makanan daripada sumber halal. 2. Membersihkan tangan. 3. Meletakkan makanan dalam bekas yang diletakkan di lantai kerana ia melatih diri untuk bertawaduk. Tetapi jika makanan diletakkan di atas meja tanpa melampaui batas, ia tidaklah dilarang. 4. Duduk secara betul. Dilarang makan sambil berbaring atau bersandar. 5. Berniat agar makanan itu mendatangkan kekuatan untuk beribadat kepada Allah. 6. Bergembira dengan rezeki yang terhidang dan bersyukur. 7. Berusaha untuk tidak makan seorang diri, tetapi bersama-sama dengan orang lain walaupun daripada kalangan keluarga dan anak sendiri. Imam al-Ghazali juga menyenaraikan adab ketika makan yang perlu dijaga agar makanan itu diberkati oleh Allah : 1. Mulakan dengan bismillah dan doa. 2. Makan dengan tangan kanan. 3. Mengunyah dengan baik. 4. Jangan dicaci sebarang makanan. 5. Sebaik-baiknya dijamah makanan yang terdekat kecuali buah-buahan. 6. Jangan menghembus di atas makanan yang panas. Tunggulah dengan sabar. 7. Jangan makan secara berlebihan. 8. Apabila terpaksa minum air, pastikan ia sedikit saja kecuali jika perlu. Berhubung dengan adab selepas makan, Imam al-Ghazali memberikan beberapa panduan : 1. Berhenti makan sebelum kenyang. 2. Menjilat jari. 3. Membasuh tangan. 4. Berdoa. 5. Mengeluarkan makanan yang terlekat di celah gigi. 6. Banyak bersyukur kepada Allah. 7. Beristighfar agar diampunkan Allah andai ada unsur syubhah pada makanan.

ADAB KETIKA MAKAN


Seseorang muslim diajar mencari makanan yang baik-baik dan dipastikan halal dari segi kandungan dan cara mendapatkan makanan tersebut.


makanlah yang baik-baik dan berbuatlah amal yang soleh..... (Al Mukminun : 51)

Antara adab-adab makan adalah:


1. Niat: Berniat makan itu adalah untuk mendapatkan kekuataan untuk taat kepada Allah dan kerana Allah.

2. Membaca

Sunat pula menguatkan suara (mengeraskan bacaannya) supaya mengingati orang lain. 3. Duduk dengan sempurna dan baik. 4. Dilarang makan dan minum berdiri.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah sekali-kali seseorang dari engkau semua itu minum sambil berdiri, maka barangsiapa yang lupa, maka hendaklah memuntahkannya." (Riwayat Muslim)
5. Makan dan minum dengan tangan kanan. 6. Mengecilkan suapan. 7. Memulakan makan dengan mencecah garam di lidah dan mengakhirinya dengan garam. 8. Merasa senang (redha) dan syukur dengan rezeki yang ada. 9. Jangan mencaci (rungut) makanan. 10. Jangan menghembuskan makanan. 11. Jangan meletakkan makanan yang buruk di atas piring. 12. Jangan banyak minum. 13. Ambil makanan yang terdekat dahulu. 14. Mendahulukan orang yang sebelah kanan.

Vous aimerez peut-être aussi