Vous êtes sur la page 1sur 4

Sesi Latihan Bola Jaring (1 jam)

Masa Aktiviti
15 minit Aktiviti memanaskan badan
• Menyediakan pemain-pemain dengan aktiviti yang sukar dan
mencabar
• Lari berganti-ganti, berlatih menggunakan kemahiran yang
dipelajari atau berlari mengundur ke kiri, ke kanan dan
sebagainya.

30 minit Belajar tentang teknik dan kemahiran


• Jurulatih mengajar tentang kemahiran menghantar bola setelah
pemain-pemain selesai melakukan aktiviti pemanasan badan
dan telah bersedia untuk mempelajari kemahiran baru.
• Antara kemahiran menghantar bola yang diajar adalah
kemahiran menghantar bola dari atas kepala, aras bahu, aras
dada, sisi dan lantun.
• Pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan di mana setiap
kumpulan dibimbing oleh jurulatih sendiri.
• Pelajar berlatih kemahiran berulang-ulang secara ansur maju
(daripada tahap yang senang kepada tahap yang susah)

10 minit Permainan kecil


• Pelajar mengaplikasikan kemahiran yang baru dipelajari di
dalam permainan kecil.
• Contohnya kemahiran menghantar bola aras dada di mana
pemain-pemain akan menghantar bola aras dada sahaja di
dalam kumpulan-kumpulan kecil
• Setiap kumpulan juga boleh melakukan permainan ‘bola dan
monyet’ di mana setiap pelajar membuat setiap jenis hantaran
ketika bermain.
5 minit Aktiviti Menyejukkan Badan
• Pelajar berlari anak secara perlahan-lahan ataupun membuat
aktiviti senaman ringan yang diketuai oleh fasilitator.

Disediakan oleh:

Amalina Bt Bujang Narawi

Noor Hida Bt Johil

Norhaffiza Bt Abd Malik

Quraifah Bt Mokhtar

Shah Harita Bt Sahari


NAMA : AMALINA BT BUJANG
NARAWI

NOOR HIDA BT JOHIL

NORHAFFIZA BT ABD MALIK

QURAIFAH BT MOKHTAR

SHAH HARITA BINTI SAHARI

OPSYEN : PENGAJIAN
PRASEKOLAH

- KDPM KEMAS ‘07-

Vous aimerez peut-être aussi