Vous êtes sur la page 1sur 5

NAMA

: HAIRUL NIZAM BIN ABDUL HALIM

NO MATRIK

: D20121058783

NO K/P

: 920127086561

KUMPULAN

:B

PENSAYARAH

: PROFESOR MADYA MOHD TAIB BIN ARIFFIN

BERITA KOLEJ KEDIAMAN ZABA Oleh: Hairul Nizam bin Abdul Halim Limpahan air yang kurang menyenangkan. air

Kolej ZABA: loji kumbahan yang tersumbat mengakibatkan air

kumbahan keluar semula sehingga wujudnya bau yang kurang

menyenangkan. Hal ini terpaksa dihadapi oleh pelajar lelaki kolej kediaman ZABA di Blok E. Keadaan ini berlaku berpunca daripada masalah loji kumbahan sudah penuh dan tidak di selenggara dengan baik menyebabkan airnya sentiasa keluar. Syafik, 20, menyatakan apabila berlaku hujan air kumbahan loji bertambah banyak keluar ke dalam longkang. Keadaan ini menyebabkan air kumbahan merebak ke kawasan lain dan menimbulkan bau yang amat busuk serta meloyakan. Beliau menyatakan lagi bahawa setiap kali hendak pergi keluar ke jalan utama beliau terpaksa melalui kawasan loji tersumbat ini menyebabkan beliau terpaksa menahan nafas untuk menggelakkan bau yang busuk ini. Beliau terpaksa berjalan jauh mengelilingi kolej kediaman Blok E apabila pulang ke rumah membawa makanan untuk menggelakkan wujudnya perasaan tidak lalu makan selepas melalui kawasan loji tersumbat. Pihak pengurusan pentadbiran tidak melakukan kerja dengan pantas malahan mengambil sikap sambil lewa dalam mengatasi masalah ini. Hal ini berikutan masalah ini telah berlaku dalam masa beberapa hari namun tindakan awal tiada. END

BERITA FAKULTI Oleh: Hairul Nizam bin Abdul Halim Hari keluarga PERBAYU. hari keluarga

Padang UPSI: telah berlangsung hari keluarga PERBAYU yang berobjektif untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara semua pelajar Bahasa Melayu. Hal ini disebabkan terdapat ramai pelajar yang masih belum mengenali antara satu sama lain terutamanya yang berlainan Semester. Pelbagai aktiviti dilakukan pada hari tersebut seperti rakit berenang semakin jauh semakin sayang, futsal, cari puzzle dalam tepung dan kopi serta pening lalat. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pelajar bahasa Melayu. Program ini dirasmikan oleh Puan Diana binti Jumada dan Puan Sahara Binti Mesman. Ilyas bin Talib, 20, yang mengikuti program ini menyatakan bahawa objektif program ini tercapai kerana mereka dapat mengenali dengan lebih rapat pelajar senior. Pada hari tersebut semua peserta dapat berseronok sambil mengenali antara satu sama lain. Program ini berlangsung pada 31 MAC dari pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Yuran yang dikenakan terhadap peserta adalah sebanyak tiga ringgit dan disediakan makanan seperti kek pisang, roti, sosej dan air.

END

BERITA TANJUNG MALIM Oleh: Hairul Nizam bin Abdul Halim. Gangguan pengemis di pasar malam Tanjung Malim: pasar malam bukan sahaja menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli barangan dan makanan tetapi menjadi medan untuk pengemis meraih simpati daripada pengunjung. Walaupun tidak wujud sebarang paksaan dalam menghulurkan sedekah, namun kehadiran mereka ada kalanya mengganggu kelancaran laluan perjalanan pengunjung. Hal ini akan menyebabkan laluan pengunjung menjadi sesak terutama pada waktu puncak. Apabila pengunjung datang ke pasar malam akan menampakkan pemandangan yang negatif yang boleh menjejaskan imej kawasan tersebut. Mereka berkemungkinan menganggap pihak berkuasa tidak melakukan kerja untuk mengatasi masalah longgokkan pengemis di pasar malam. Tinjauan pada hari sabtu 30 mac kehadiran pengemis di pasar malam semakin bertambah. Pengemis ini terdiri daripada lelaki dan perempuan ada yang kudung kaki sebelah malahan terdapat juga pengemis yang membawa anak kecil. Pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JMK) harus turun padang dalam menyelesaikan masalah pengemis ini dengan menempatkan mereka di rumah kebajikan. Hal ini bertujuan untuk mengenal pasti golongan pengemis yang benar-benar tidak berkemampuan atau berpura-pura menjadi pengemis untuk mendapatkan wang dengan jalan mudah. Selain itu untuk memastikan pengemis ini tidak dipergunakan oleh sindiket yang menjalankan kegiatan menangkap dan memaksa pengemis meminta sedekah. pengemis

END

BERITA LUAR TANJUNG MALIM Oleh: Hairul Nizam bin Abdul Halim Demam pilihan raya umum (PRU13) pilihan raya

Kuala Lumpur: suasana pilihan raya umum 13 semakin hangat

diperkatakan oleh orang ramai. Parti-parti yang bertanding sama ada PAS, PKR, DAP dan

BARISAN NASIONAL masingmasing telah menjalankan kempen pilihan raya. Pegawai suruhanjaya pilihan raya menyatakan sekiranya sesebuah kerajaan memerintah melebihi parlimen lima tahun parlimen akan terbabar dengan sendirinya. Namun dalam hal ini parlimen masih tidak dibubarkan dan orang ramai masih ternanti-nanti pengumuman pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Abdul Razak. Ditambah lagi dengan terbubar dengan sendiri Dewan Undangan Negeri Sembilan pada 28 MAC menyemarakkan lagi suasana pilihan raya. Pilihan raya kali ini dijangkakan bertambah sengit apabila barisan nasional mengalami banyak kekalahan terhadap pembangkang pada pilihan raya lalu. Barisan nasional dilihat berusaha keras untuk memastikan pilihan raya kali ini milik mereka termasuk juga dengan pembangkang. Kini muncul bendera-bendera parti yang bertanding di mana-mana kawasan sama ada tepi jalan raya, jambatan, bangunan, pintu gerbang dan sebagainya. Markas-markas sementara parti bertanding mula dibina dan dihadiri oleh orang ramai. END

Vous aimerez peut-être aussi