Vous êtes sur la page 1sur 3

2.

5 Gempa bumi di Malaysia

Malaysia turut terdedah kepada bencana gempa bumi berikutan pergeseran antara dua blok kerak bumi di zon sesar yang berpunca daripada tekanan. Bagaimanapun, oleh kerana Malaysia tidak berada dalam Likaran Api Pasifik, ia tidak menyebabkan gempa kuat yang mampu memusnahkan nyawa dan harta benda. Fenomena yang berlaku di Malaysia adalah pergeseran plat bumi yang menyebabkan kawasan zon sesar gempa bumi retak sekali gus menghasilkan geseran tektonik iaitu kepingan kerak bumi bergegar dan gegaran keluar daripada titik tumpu gempa.

Menurut sumber dari Jabatan Meteorologi Malaysia, sejak tahun 2007, Malaysia mengalami sebanyak 40 kejadian gempa bumi lemah. Sebanyak 37 daripadanya berlaku di Bentong, Pahang, 3 di Manjung Perak dan Jerantut Pahang. Dari tahun November 2007 sehingga 2009, telah berlaku sebanyak 29 gegaran gempa bumi di Bentong, Pahang. Kadar bagi gempa tersebut adalah didalam lingkungan 1.1 hingga 2.8 skala ritcher.

2.3.1

Senarai Terkini Gegaran di Malaysia

1) 20 Ogos 2013, gegaran dirasai berlaku di Baling, Kedah. Gegaran adalah sekuat 3.8 pada skala ritcher dan berlaku pada jam 10.53 pagi. Gegaran ini dipercayai berpusat 11 kilometer pada selatan Baling dan gegaran boleh dirasai di kawasan sekitarnya.

2) 23 Julai 2013, gegaran berlaku di Kudat, Sabah. Gegaran sekuat 3.6 pada skala ritcher dan berlaku pada jam 9.14 pagi. Gegaran dipercayai berpusat 377 kilometer barat daya dari Palawan, Filipina dan 11 kilometer dari Pitas, Sabah. 3) 6 Jun 2013, gegaran dirasai berlaku di Tawau, Sabah. Gegaran sekuat 4.9 pada skala ritcher ini berlaku pada awal pagi iaitu 3.23 pagi. Gegaran ini berpusat 31 kilometer dari Kota Tarakan, Indonesia dan 118 kilometer dari Tawau, Sabah. 4) 3 Dis 2012, gegaran berlaku di Keningau, Sabah. Gegaran dipercayai sekuat 3.0 pada skala ritcher dan berlaku pada jam 11.16 pagi. Gegaran ini dikesan berlaku 11 kilometer dari timur Keningau.

5) 10 Mac 2010, gegaran di sekitar Tasik Kenyir, Terengganu pada 2.6 skala ritcher pada jam 11.10 malam. Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan titik pusatnya di 43 kilometer barat daya Kuala Terengganu dan 22 kilometer barat Kuala Berang, Terengganu. Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami jabatan Meteorologi Malaysia Dr Rosaidi Che Abas menyatakan gempa lemah sebegini pernah berlaku pada 1980-an akibat pelepasan gas tektonik. Ia berlaku semasa proses pengisian air Empangan Kenyir.

6) 26 Februari 2010, berlaku gempa bumi lemah 3.1 skala ritcher di Lahad Datu, Sabah. Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan titik gempa berlaku pada latitud 5.3 Utara dan longitud 118.2 Timur.

7) 5 Disember 2009, gempa bumi dipercayai berlaku di Janda Baik, Pahang pada jam 9.41 pagi dan gegaran gempa berukuran 2.2 pada skala ritcher.

8) 9 Oktober 2009, gempa bumi lemah berukuran 2.0 pada skala ritcher dikesan berlaku di Bukit Tinggi, Pahang pada jam 12.05 tengah hari.

Vous aimerez peut-être aussi