Vous êtes sur la page 1sur 5

Rancangan Pengajaran Harian RPH (Kemahiran Menulis)

Tarikh Tahun Bil. Murid Masa Mata pelajaran Tema Tajuk

: 19 Mac 2014 : 2 Bijak :30 : 8:00 9:00 pagi : Bahasa Malaysia :Pertanian : Ayam Standard Pembelajaran 3.3.4 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan bahan grafik dengan betul.

Standard Kandungan 3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat dengan betul

Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat; i. membina dan menulis ayat tunggal berdasarkan gambar bersiri dengan struktur ayat tunggal yang betul. Sistem Bahasa Sintaksis: Ayat Tunggal :

Pengisian Kurikulum/Elemen Merentas Kurikulum Ilmu Nilai murni Pendidikan Alam Sekitar EMK : Sains : Bersyukur. : Bertanggungjawab : Kreativiti dan inovasi : Keusahawanan Kemahiran Bernilai Tambah:Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) .

Pengetahuan Sedia ada Murid telah mengenali ayam secara umum

Bahan Bantu Belajar Bahan 1) Kad Pantun Teka-Teki 2) Rajah Kitaran Kehidupan Ayam 3) Komputer 4) Video Kitaran Kehidupan Ayam 5) Lembaran Kerja 1 6) Lembaran Kerja 2 7) Lembaran Kerja 3 8) Penanda Buku Kuantiti 1 (set induksi) 1 (Langkah 1) 1(Langkah 2) 1(Langkah 2) 30 (Langkah 3) 30 (Langkah 4) 30 (Langkah 4) 30 (Penutup)

Langkah/ Masa Set Induksi (5 minit)

Kandungan Pantun teka-teki tentang ayam.


Pergi memancing di Sungai Deli, Dapat seekor si ikan keli, Jika adik bijak bestari, Binatang apa keris di kaki?

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 1. Guru menyuruh murid untuk memilih kad pantun teka-teki. 2. Guru menyuruh menyuruh murid membaca pantun teka-teki tersebut. 3. Murid meneka jawapan bagi pantun teka teki tersebut. 4. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran pada hari tersebut.

Catatan Kemahiran Berfikir: menjana idea

BBB: Kad Pantun Teka Teki

Langkah 1 (10 minit)

Rajah kitaran kehidupan ayam:

Telur

Anak Ayam

Mengeram

Menetas

1. Guru menunjukkan rajah kitaran kehidupan seekor ayam kepada muridmurid. 2. Guru menerangkan tentang rajah tersebut. 3. Murid disuruh membina ayat tunggal berdasarkan rajah tersebut secara lisan. 4. Guru membimbing murid semasa membina ayat tersebut.

KB :Berfikir secara kreatif BBB: Rajah kitaran kehidupan ayam

Langkah 2 (15 minit)

Contoh Ayat Tunggal : Struktur Ayat Tunggal:


1. Ini telur ayam. 2. Ayam mengeramkan telurnya. 3. Telur ayam itu menetas. 4. Ini anak ayam.

1 Subjek + 1Predikat

1. Murid ditayangkan video kitaran kehidupan seekor ayam. 2. Murid diminta menulis empat ayat tunggal berdasarkan video yang ditunjukkan. 3. Pada masa yang sama, guru juga menunjukkan rajah kitaran ayam kepada murid . 4. Guru membimbing dan membetulkan struktur ayat murid yang salah. 5. Guru menerangkan struktur ayat tunggal berdasarkan ayat tersebut. 1. Murid diberikan lembaran kerja berbentuk gambar ransangan. 2. Murid dikehendaki membina 3 ayat tunggal berdasarkan gambar ransangan tersebut.

Strategi:Induktif KB:Menjana idea KBT: TMK BBB:Video Kitaran Kehidupan Ayam, Rajah Kitaran Kehidupan Ayam

Langkah 3 (15 minit)

Pentaksiran : Ayat tunggal

EMK:Sedar tentang peluang perniagaan BBB: Lembaran Kerja 1

Langkah 4 (10 minit)

Pengayaan dan Pemulihan

Pengayaan

Kemahiran Berfikir: 1. Murid diberikan Lembaran Menjana idea Kerja 2. 2. Murid dikehendaki membina 5 ayat tunggal berdasarkan gambar BBB: Lembaran ransangan yang lain. Kerja 2, Lembaran Kerja 3

Pemulihan 1. Murid diberikan Lembaran Kerja 3. 2. Murid dikehendaki menyusun perkataan yang diberi supaya menjadi ayat tunggal.

Penutup (5 minit)

Kognitif Rumusan isi pelajaran Sosial Pujian atas usaha dan kejayaan

1. Guru mengimbas kembali pembelajaran iaitu ayat tunggal . 2. Guru secara rawak menyuruh murid menceritakan proses kehidupan ayam menggunakan ayat sendiri. 3. Guru memuji murid-murid kerana telah berkelakuan baik dan menjawab soalan yang diberikan dengan baik. 4. Guru memberikan penanda buku kepada semua murid. 5. Guru menerapkan nilai mensyukuri ciptaan Allah kepada murid-murid.

Nilai: Bersyukur Kemahiran Berfikir: Merumus BBB: Penanda Buku

Vous aimerez peut-être aussi