Vous êtes sur la page 1sur 21

HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN |1

PENGENALAN

Peranan dan tanggungjawab sebagai seorang guru amatlah mulia dan tidak ternilai harganya. Profesion guru sebagai seorang pendidik dan pengajar tidak boleh disamakan dengan profesion yang lain. Ini adalah kerana pengorbanan dan perjuangan guru adalah semata-mata untuk melihat anak bangsa mereka berjaya di masa hadapan. Pendidikan adalah alat yang sangat penting untuk melahirkan modal insan yang diperlukan oleh Negara dan untuk menentukan arah tuju negara dalam menghadapi arus pembangunan.

Melihat kembali kepada falsafah pendidikan iaitu untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Merealisasikan falsafah ini memerlukan satu usaha yang menyeluruh dan kerjaya sebagai seorang pendidik ini memerlukan individu yang ikhlas dalam menyebarkan ilmu.

Guru bukan semata-mata sebagai pengajar, malah lebih dari itu. Guru adalah pendidik. Konsep pendidik membawa maksud yang luas dan melebihi tahap pengajar. Pegajar lebih menjurus kepada seorang yang hanya mencurahkan ilmu pengetahuan kepada anak didiknya. Namun, konsep pendidik sebenarnya bukan hanya mengajar sesuatu ilmu, tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipalajari.

Justeru, guru yang bersifat pendidik akan memastikan sesuatu ilmu itu dihayati sekali gus membentuk keperibadian , sikap dan tabiat anak didiknya. Guru juga perlu ikhlas menjalankan tanggungjawabnya sebagai guru. Guru mesti sedia berkorban untuk meningkatkan urusan keilmuan dan melaksanakan kewajipan terhadap muridnya. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk melatih, mengajara dan memupuk nilai-nilai murni di kalangan murid-murid.

Cabaran guru pada masa kini semakin meningkat. Dunia telah menjadi tanpa sempadan dan teknologi semakin berkembang maju. Guru juga perlu melengkapkan diri dan mampu melindungi anak didik mereka dari terdedah dan terpengaruh dengan unsur negatif. Perhatian guru terhadap anak murid perlulah lebih mesra dan ikhlas agar peribadi anak murid mudah untuk dibentuk.

HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN |2

Memang tidak dinafikan kesan yang dibawa oleh guru di Malaysia amatlah besar. Kita boleh berbangga dengan status Malaysia di persada antarabangsa dan kejayaan yang kita kecapi selama ini. Namun kejayaan besar yang kita kecapi semuanya bermula dengan insan yang bernama guru.

Berdasarkan situasi yang diberi, antara factor-faktor yang mempengaruhi aspek pencapaian akademik bagi dua orang murid tersebut ialah berkaitan dengan faktor pertumbuhan dan perkembangan, seperti baka dan persekitaran murid tersebut. Selain baka dan persekitaran, terdapat dua tingkah laku bermasalah yang dapat ditafsirkan iaitu sama ada tingkah laku bermasalah positif atau negatif. Ianya boleh member kesan kepada peribadi diri murid itu sendiri dan menjejaskan keberkesanan dan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran, khasnya di dalam bilik darjah.

FAKTOR PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN INDIVIDU Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunan dan faktor persekitaran. Baka atau keturunan merupakan cirri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai. Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam teori perkembangan manusia, bahawa setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam peringkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu. Akan tetapi, kadar perkembangan setiap individu, walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial.

Kita menumpukan banyak masa dan tenaga untuk member perhatian dan pendidikan kepada kanak-kanak. Setiap kanak-kanak adalah unik dan istimewa. Zaman kanak-kanak adalah bermakna untuk menyediakan asas yang kuat untuk alam dewasa. Dengan demikian, kita menghargai zaman kanak-kanak sebagai masa pertumbuhan dan perubahan. Dalam jangka waktu itu, kanak-kanak meperoleh kemahiran baru dan menghadapi tugasan alam baru. Setiap individu pernah melalui kehidupan yang sama, belajar berjalan pada umur satu tahun, memasuki alam fantasi permainan kanak-kanak, belajar perkataan baru semasa di tadika dan berdikari apabila remaja.

HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN |3

Prinsip-prinsip Pertumbuhan dan Perkembangan

Setelah memahami bahawa pelbagai aspek pertumbuhan dan perkembangan tidak berlaku secara serentak, kita perlu pertimbangkan beberapa prinsip berkaitan dengan

pertumbuhan dan perkembangan yang penting. Antara lima prinsip-prinsip tersebut ialah : i. ii. iii. iv. Pertumbuhan dan perkembangan berlaku dari umum ke khusus Pertumbuhan dan perkembangan yang menunjukkan kerumitan Pertumbuhan dan perkembangan berlaku pada kadar yang berbeza Pertumbuhan dan perkembangan berlaku secara beransur-ansur.

Teori Perkembangan Manusia

Menurut kajian ahli psikologi, perkembangan manusia berlaku dari aspek perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani yang dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Jadual perkembangan manusia dari aspek jasmani, mental, emosi dan sosial.

Aspek

Perkembangan Kemahiran menggunakan pertumbuhan

Pertumbuhan Pertumbuhan saiz, berat, gigi, organ deria, anggota. Bertambah keupayaan berfikir. Perasaan seronok, gembira, duka, takut, bimbang, sedih. Meluaskan perhubungan, komunikasi dan pergaulan dengan orang lain.

Jasmani

fizikal seperti berjalan, melihat, mendengar, membuat kerja.

Mental

Kemahiran berfikir, mengingat, menaakul, menganalisis Kemahiran mengawal perasaan dalam situasi tertentu. Kemahiran disiplin dan penyesuain diri dalam pergaulan dengan orang lain.

Emosi

Sosial

Teori Perkembangan Biologi Arnold Gesell Menurut Gesell, kematangan merupakamn factor yang penting dalam proses pembelajaran. Setiap kali seorang kanak-kanak memasuki satu peringkat perkembangan yang baru, kanak-kanak itu akan menunjukkan tingkah laku yang stabil.

HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN |4

Teori Tugas-Tugas Perkembangan Robert Havisqhurst Menurut Havisqhurst aspek persekitaran amat penting dalam perkembangan seseorang individu. Keperluan seseorang juga berkait rapat dengan kebudayaan masyrakatnya. Misalnya, mengikut budaya Barat, cara seseorang bapa menunjukkan kasih sayang jantina. terhadap anak-anak mereka dengan memeluk mereka tanpa mengira umur dan

Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget Menurut teori Piaget, pemikiran kanak-kanak terbentuk melalui proses akomodasi dan similasi. Melalui proses asimilasi, kita boleh membantu mereka dengan menerapkan semula nilai atau pun ilmu kepada murid supaya mereka dapat mengimbas kembali apa yang telah dipelajari. Melalui akomodasi pula, kanak-kanak terpaksa membuat perubahan dan modifikasi kepada skema pemuikiran yang sedia ada kerana pengetahuan yang baru diterima tidak sepadan skima pemikiran lama.

Teori Perkembangan Sigmun Freud Jika kita melihat teori perkembangan Sigmun Fraud, kita dapati dalam teori ini terdapat 3 elemen penting iaituid, ego dan super ego. Jika kita melihat ketiga-tiga elemen ini bertindak dengan betul dan slaing bekerjasama, maka tindakan yang bakal kita lakukan akan menjadi satu tindakan yang betul.

Teori Perkembangan Emosi Erik Erikson Dalam teori perkembangan Erik Erikson, konflik emosi memainkan peranan yang penting. Kegagalan untuk mengatasi konflik boleh membawa kepada masalah penyesuaian psikologikal. Namun begitu, Erikson percaya bahawa setiap individu mempunyai potensi untuk mencapai perkembangan emosi dan psikologi yang sihat. Dalam teori perkembangan Ausubel David yang juga dikenali sebagai teori perbelajaran penemuan. Cirri-ciri penemuan Ausubel termasuk resepsi, pembelajaran penemuan, bahasa dan pengajaran bermakna dan hafazan. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah bergantung kepada perancangan yang dilakukan oleh guru mengikut peringkat perkembangan kanakanak.

HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN |5

Perkembangan Kognitif Alat bantu mengajar yang digunakan hendaklah bertepatan dan sesuai untuk digunakan . isi pelajaran yang hendak diajar hendaklah mengikut tahap daripada mudah kepada yang lebih kompleks, umum kepada khusus dan konkrit kepada abstrak.

Perkembangan Emosi Guru bertindak untuk memupuk emosi yang sihat dan mencegah tingkah laku yang tidak baik yang mungkin boleh berlaku di kalangan pelajar. Misalnya, menunjukkan sifat penyayang dan membantu pelajar mengawal emosi dalam situasi tertentu.

Perkembangan Sosial Perkembangan sosial pelajar boleh dibentuk dengan mengadakan aktiviti

berkumpulan, perbincangan dan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah pelajar bersamasama. Dengan mengadakan aktiviti kumpulan, guru boleh membentuk perkembangan sosial mereka.

FAKTOR BAKA Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan ialah faktor baka. Perkataan baka berasal daripada perkataan Latin Heres. Perkataan ini bermaksud sifat-sifat fizikal, personality, pembawaan daripada ibu bapa diturunkan kepada anak-anak. Ia juga dikenali sebagai gen.

Gen ibu bapa diturunkan kepada anak-anak. Ciri fizikal adalah sama dengan ibu bapa. Misalnya, warna dan bentuk mata, warna dan jenis rambut, warna kulit serta jenis darah adalah sama dengan ibu bapa. Baka juga menentukan potensi seseorang individu. Bagi ibu bapa yang mempunyai bakat seperti melukis, menyanyi atau menari, bakat tersebut akan diwarisi oleh anak-anak melalui gen. Selain itu, baka boleh menentukan struktur organ seseorang individu. Anak akan sihat sekiranya baka yang diwarisi daripada ibu bapa adalah sihat. Penyakit-penyakit seperti diabetes dan hemofilia adalah penyakit yang disebabkan oleh pengaruh baka.

HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN |6

Dalam sel badan kita terdapat pusat aktiviti yang disebut sebagai nucleus. Dalam nucleus tersebut terdapat kromosom yang mengandungi gen. Gen ini berfungsi untuk mengawal sifat kita. Sebagai contoh, ia mengawal rambut seseorang sama ada kerinting atau tidak. Gen juga merupakan bahan baka yang membawa makkumat genetic yang terletak dalam kromosom. Jika dilihat melalui mikorskop, kromosom adalah struktur bebenang dalam nucleus sel. Gen yang terkandung dalam kromososm adalah pembawa baka kanak-kanak.

Dalam teori Perkembangan Erik Erikson, konflik emosi memainkan peranan yang penting. Kegagalan untuk mengatasi konflik boleh membawa kepada masalah penyesuaian psikologikal. Namun begitu, Erikson percaya bahawa setiap individu mempunyai potensi untuk mencapai perkembangan emosi dan psikologi sihat.

Dalam teori perkembangan Ausebel David yang juga dikenali sebagai teori pembelajarna penemuan. Cirri-ciri penemuan Ausebel termasuk resepsi, pembelajaran penemuan, bahasa dan pengajaran bermakna dan hafazan. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah bergantung kepada pencapaian yang dilakukan oleh guru mengikut perkembangan pelajar.

FAKTOR BAKA (GENETIK) DAN PERSEKITARAN Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan individu. Antaranya ialah :

Pengaruh Genetik Pengaruh baka dalam sel gamet didapati memainkan peranan penting sebagai penentu cirri-ciri anaknya. Pengaruh genetic terhadap perkembangan manusia dapat dilihat berdasarkan perbezaan individu dari segi fizikal, mental dan emosi.

Perbezaan fizikal Setiap individu, kecuali sesetengah kanak-kanak kembar mempunyai cirri fizikal yang berbeza sama ada saiz, tinggi, berat badan, warna kulit dan sebagainya. Cirri-ciri fizikal luaran seperti warna rambut atau organ deria adalah diwarisi daripada gen-gen ibu bapa.

Perbezaan Mental (Kognitif)

HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN |7

Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shield (1962) membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebaya.

Perbezaan Emosi Emosi seseorang individu juga diwarisi daripada ibu bapa. Misalnya, jika ubu bapa mempunyai sikap pemarah dan panas baran, mereka akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik.

PENGARUH PERSEKITARAN Selain daripada keluarga, factor rakan sebaya, jiran, guru sekolah atau kepercayaan masyarakat juga mempengaruhi sikap setiap individu dalam proses perkembangannya

Keluarga Institusi memberi pengaruh yang amat kuat dan utama terhadap proses perkembangan manusia. Unsur-unsur keluarga ini melibatkan corak kehidupan mereka di rumah, makanan, asuhan dan status ekonomi. Faktor-faktor inilah yang akan mempengaruhi perbezaan perkembangan setiap individu.

Guru dan Sekolah Guru turut berperanan dalam perkembangan pelajar dari segi intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berilmu.

Kebudayaan dan Kepercayaan Masyarakat Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang berbeza akan mempengaruhi proses perkembangan kanak-kanak dari aspek sosio emosi, personality dan mental. Misalnya, perbezaan pegangan agama akan membezakan corak hidup dan perlakuan Sehubungan dengan itu, murid-murid hendaklah dibahagikan mengikut kumpulan seperti kumpulan cerdas, sederhana dan lemah. Bagi murid yang lemah, mereka hendaklah diberi pendidikan pemulohan, selai aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Sumber Teknologi

HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN |8

Perekmbangan kanak-kanak pula dipengaruhi oleh pendedahannya kepada sumber teknologi yang terdapat di alam kehidupannya. Sumber teknologi ini merujuk kepada maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan bacaan seperti suratkhabar, majalah, iklan, filem, radio dan sebagainya. Seperti yang diketahui, pendedahan kanak-kanak kepada sumber teknologi yang sihat akan meningkatkan kadar perkembangan kognitif emosi dan sosial. Sebaliknya, kanak-kanak didedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur keganasan atau negatif akan membentuk sikap negatif dan personaliti yang tidak diingini.

Faktor Sekolah dan Guru Sekolah dan guru memainkan peranan penting dalam perkembangan identity seseorang kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak banyak menghabiskan masa di sekolah menerusi aktiviti akademik, aktiviti kokurikulum dan menghabiskan kerja tambahan sekolah. Kanak-kanak juga didehkan kepada guru yang sentiasa menekankan pencapaian akademik, motivasi unruk belajar penguasaan kemahiran dan mempertingkatkan kemajuan serta sikap terhadap tanggungjawab, kepimpinan dan autoriti. Selain itu, guru dan sekolah juga merupakan agen perubahan dan diberi tugas untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh dan bersepadu, demi mewujudkan insane yang harmonis dan seimbang dari sehi jasmani, emosi, rohani,intelek dan social.

PENGARUH ALAM BELAJAR DENGAN PERKEMBANGAN INDIVIDU Sistem sosial merupakan sesuatu sistem interaksi dan aktiviti manusia dalam sesebuah masyarakat. Keberkesanan sebuah bilik darjah bergantung kepada cara interaksi di antara guru dengan murid, murid dengan murid serta murid dengan bahan pembelajaran. Pengaruh alam belajar dengan perkembangan individu merangkumi 4 iaitu komponen fizikal, psikososial, budaya dan teknikal. Komponen fizikal ialah keadaan fizikal bilik darjah, bahan pelajaran dan kemudahan alam persekitaran. Keselamatan, kesihatan, kemesraan, keceriaan dan kawalan disiplin merupakan komponen psikososial. Komponen budaya iaitu sekolah termasuk adat resam, agama dan sistem sosial. Kepimpinan, kecekapan, kemahiran mengajar pula merupakan komponen teknikal. Teknik yang digunakan oleh guru boleh merangsangkan semangat dan kesediaan murid-murid untuk belajar. Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi suasana dan cara interaksi di dalam sekolah sebagai alam belajar lazimnya diklasifikasikan kepada faktor fizikal, faktor kemanusiaan dan faktor teknikal.

Faktor Fizikal Alam Belajar

HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN |9

Bagi faktor fizikal, suasana fizikal kondusif merupakan factor yang penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bvilik darjah. Factor fizikal sekolah merangkumi susunan bentuk fizikal dalam bilik darjah dan kawasan sekolah. Penyusunan kerusi dan meja murid-murid mengikut kumpulan kelasakan memudahkan interaksi di antara murid dengan murid dan murid dengan guru. Susasana nbilik darjah yang dihiasi dan diatur kemas dengan pelbagai carta, gambar dan alat bantu mengajar dapat menggalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Saiz bilik darjah yang mencukupi ruang mencukupi untuk bergerak dapat memberi keselesaan kepada kanak-kanak menjalankan aktiviti kumpulan atau aktiviti permainan. Saiz sesebuah sekolah, bilangan kanak-kanakdi dalam kelas dan keupayaan guru pula akan memberikan kesan yang berbeza terhadap perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Contohnya, jika bilangan hali di dalam sesebuah kelas adalah kecil, maka guru akan mudah berinteraksi dengan lebih kerap serta memberi layanan yang sempurna terhadap kanak-kanak. Jadi, pembelajaran akan menjadi lebih berkesan berbanding kanak-kanak yang belajar di dalam kelas yang terlalu ramai. Tingkaptingkap dan pintu yang mencukupi akan membolehkan cahaya masuk dan udara beredar dalam bilik darjah. Keadaan cahaya dan udara bilik darjah yang mencukupi dapat membangkitkan semangat belajar dan membawa keselesaan kepada murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Selain faktor fizikal bilik darjah, factor fizikal kawasan sekoalh juga dapat mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara tidak langsung. Factor fizikal kawasan sekolah merangkumi bentuk bangunan sekolah, pokok bunga yang ditanam dan kemudahan-kemudahanseperti tempat bermain, perpustakaan, pusat sumber dan makmal sains. Bangunan sekolah yang indah, kawasan sekolah yahng bersih dan ditumbuhi pelbagai jenis pokok bunga serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan tempat bermain dan berehat dapat membawa suasana keselesaan kepada kanak-kanak. Suasana yang kondusif dapat menyegarkan fikiran kanak-kanak semasa berehat dan memulihkan semangat mereka untuk meneruskan pelajarna yahng seterurnya. Kekurangan kemudahan di sekolah luar bandar seperti elektrik, computer, internet, perpustakaan yang lengkap dan seumpamanya akan menjejaskan perkembangan kanak-kanak dari pelbagai aspek. Perbezaan kelas social kanak-kanakjuga akan mempengaruhi corak pergaulan dan sikap kanak-kanak di sekolah. Pembelajaran kanak-kanak juga akan dipengaruhi oleh sekolah yang mereka hadiri. Bagi sekolah yahng hanya mengutamakan akademik, akan menghasilkan kanak-kanak yang kurang berminat dalam sukan dan permainan. Iklim sekolah yang kondusif serta dilengkapi

H B E F 2 1 0 3 P S I K O L O G I P E N D I D I K A N | 10

dengan kemudahan-kemudahan pembelajaran pengajaran akan membantu perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor kanak-kanak.

Faktor kemanusiaan booleh diklasifikasikan kepada 2 kategori iaitu suasana social dan suasana emosi. Suasana seosial merujuk kepada hubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid, khasnya did alma bilik darjah. Murid-murid di dalam sesebuah bilik darjah mempunyai latar belakang dan sifat yang berbeza-beza. Terdapat murid yang mempunyai sifat pendiam atau pemalu tidak suka bergaul dengan murid yang mempunyai status social yang setaraf dengan mereka. Manakala sesana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap pemimpin dan guru mereka. Suasana emosi akan menimbilkan pelbagai jenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat Guru Besar serta guru dan gaya mengajarnya.

Faktor seterusnya ialah faktor teknikal. Faktor teknikal merujuk kepada teknik-teknik yang digunakan untuk merangsangkan semangat dan kesediaan belajar serta seuasana sekolah yang kondusif. Faktor ini merangkumi aspek kepimpinan Guru Besar, kemahiran guru, kecekapan penggunaan alat bantu mengajar mengikut peruntukan masa serta aktiviti pembelajaran seperti pertandingan melukis, pertandingan perbahasan, deklamasi sajak, kuiz drama dan sebagainya. Guru yang mempunyai kemahiran mengajar serta kecekapam menggunakan pelbagai alat bantu mengajar dengan pengurusan masa yang berpatutan

merupakan factor teknikal yang penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Di samping itu, aktiviti-aktiviti seperti projek dan pertandingan berunsur akademik di sekolah pula dapat merangsangkan semangat muridmurid. Ini kerana dengan adanya aktiviti-aktiviti tersebut, murid-murid akan berusaha dengan lebih giat lagi.

Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama lain. Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang yang terdiri daripada nucleoprotein yang menentukan baka atau cirri keturunan. Ia terletak di lokus tertentu pada kromosom. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli-

H B E F 2 1 0 3 P S I K O L O G I P E N D I D I K A N | 11

ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan melahirkan anak yang juga cerdas pintar.

Definisi Tingkah Laku

Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebaran gperbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M. Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak secara sedar atau separa sedar.

Manakala menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindak balas, tindakan dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dak aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada dasarnya, tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan individu. Carl Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif, maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Menurut AlGhazali pula dari perspektif Islam, tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan. Tingkah laku normal dan tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi.

Masalah tingkah laku atau tingkah laku bermasalah pula merupakan tingkah laku yang tidak normal, iaitu abnormal behaviour dalam Bahasa Inggeris. Ia boleh ditakrifkan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat, termasuk sekolah. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat. Berdasarkan kajian dan pemerhatian, tingkah laku bermasalah yang tertimbul adalah kerana keupayaan individu dalam proses adaptasi atau pun akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran. Akibatnya, ia mengganggu pula keharmonian alam persekitaran semasa proses interaksi berlaku. Mohd. Nazar Momhamad (1990) mentakrifkan tingkah laku bermasalah individu sebagaia tingkah laku yang mengganggu perjalanan kehidupannya. Di bawah konteks tingkah laku murid yang

H B E F 2 1 0 3 P S I K O L O G I P E N D I D I K A N | 12

boleh menjejaskan kelicinan ataupun keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, khasnya di dalam bilik darjah.

Tingkah laku bermasalah ialah merujuk kepada sebarang tingkah laku sama ada positif ataupun negative yang menjejaskan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negative. Tingkah laku positif terbahagi kepada empat iaitu sikap ingin tahu, cepat belajar, proaktif dan pintar cerdas. Manakala tingkah laku negative pula terbahagi kepada tiga iaitu tingkah lau distruktif, distruptif dan sikap bergantung. Sama ada mewarisi tingkah laku nbermasalah positif atau negatif, jika ia berlaku ia akan menjejaskan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru harus peka dan berempati terhadap muridnya yang mempunyai tingkah laku bermasalah supaya menentu dan melaksanakan strategi dan teknik y ahng sesuai untuk memodifikasikan tingkah laku mereka yang tidak diingini demi menjaga iklim bilikm darjah yang kondusif dan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASALAH TINGKAH LAKU

Tingkah laku negatif biasanya dipengaruhhi oleh keadaan persekitaran rumah seperti tidak dapat perhatian dan kasih saying daripada ibu bapa. Faktor seterusnya adalah persekitaran sekolah seperti kurikulum terlalu padat dan berfokus kepada peperiksaan. Murid akan rasa tertekan dan menunjukkan tingkah laku bermasalah disusuli dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang membosankan, tidak menarik perhatian dan tidak mempunyai objektif yang jelas. Faktor ini menyebabkan wujudnya murid bermasalah. Seterusnya keadaan fizikal sekolah yang padat, panas dan bising menyebabkan murid menunjukkan tingkah laku yang negatif.

TINGKAH LAKU BERMASALAH

Ciri-ciri dan jenis-jenis Tingkah Laku Bermasalah.

Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang boleh merosakkan kelanncaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khusuunya di dalam bilik darjah. Kajian terhadap masalah murid sekolah ini

H B E F 2 1 0 3 P S I K O L O G I P E N D I D I K A N | 13

membawa kepada dua pecahan utama tingkah laku murid bermasalah iaitu positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti seperti perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Manakal untuk tingkah laku bermasalah negatif pula ialah perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti social, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan. Sama ada seseorang murid itu mempunyai masalah bertingkah laku positif dan negatif, ia akan membawa kesan yang tidak baik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Oleh yang demikian, guru haruslah mengambil tahu dan segera merancang dan melaksana strategi dan tindakan yang sesuai untuk mengubah tingkah laku yang negatif itu. Hal ini sangat penting demi menjamin dan mengawal keadaan bilik darjah yang kondusif dan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya masalah tingkah laku atau disiplin bagi murid-murid masalah pembelajaran mempunyai cirriciri tertentu. Antara cirri-ciri yang ada pada murid-murid yang bermasalah tingkah laku ialah penumpuan yang singkat, memencil dan menarik diri daripada aktiviti kelas, terlalu bergantung kepada seseorang, tidak mesra dengan guru dan orang lain, gopoh dan tidak sabar, motivasi kendiri rendah, agresif, melanggar perintah, sentiasa mempunyai perasaan negatif, member jawapan sesuak hati, kurang kemahiran mengawal emosi, perlakuan hiperaktif dan sering resah serta kurang kepercayaan terhadap kebolehan diri. Masalah

tersebut secara umumnya telah dipengaruhi oleh beberapa factor. Antara factor yang mempengaruhi pengurusan tingkah laku dan disiplin di dalam kelas seperti meja, kerusi, almari memainkan peranan penting dalam mewujudkan kelas yang kondusif dan mempunyai ruang untuk murid dan guru bergerak. Selain itu, alat nbahan mengajar yang dipamerkan hendaklah sentiasa ditukar.

H B E F 2 1 0 3 P S I K O L O G I P E N D I D I K A N | 14

Tingkah Laku Bermasalah

Tingkah Laku Bermasalah Negatif

Tingkah Laku Bermasalah Positif

Tingkah Laku Bergantung Disruptif Distruktif Ingin tahu

Tingkah Laku Cepat belajar Pintar cerdas

Jenis-jenis tingkah laku bermasalah

Tingkah Laku Positif

Tingkah laku positif merupakan tingkah laku kanak-kanak yang merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkah laku ini, kanakkanak akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sikap ingin tahu kanak-kanak akan membantu guru dalam merangsang pemikiran kanak-kanak dan penting dalam perkembangan kognitif mereka. Dengan sikap ingin tahu kanak-kanak ini, guru dapat membina aktiviti yang lebih melibatkan penerokaan kerana pada tahap ini, kanak-kanak akan suka pada aktiviti seperti ini.

Kanak-kanak yang cepat belajar juga merupakan tingkah laku yang positif kerana akan memudahkan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana, guru tidak perlu melakukan proses pemulihan sekiranya kanak-kanak cepat belajar. Guru Cuma perlu fikirkan aktiviti pengayaan untk kanak-kanaktersebut. Kanak-kanak yang proaktif juga merupakan tingkah laku positif. Kanak-kanak proaktif berbeza dengan kanakkanak hyperaktif. Ini kerana kanak-kanak proaktif merupakan kanak-kanak yang suka melibatkan diri pada aktiviti, suka bermain dan lebih mudah dikawal oleh guru. Kanak-kanak pintar cerdas jarang dijumpai namun jika terdapat kanak-kanak seperti ini, guru harus pandai memberikan aktiviti yang menarik agar mereka tidak mudah bosan.

H B E F 2 1 0 3 P S I K O L O G I P E N D I D I K A N | 15

Tingkah laku bermasalah positif merangkumi ; Tingkah laku ingin tahu sikap ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang dilihat. Tingkah laku cepat belajar cepat menangkap atau catch up sesuatu perkara yang baru dipelajari, dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan cepat. Tingkah laku pintar cerdas sentiasa cepat dan pantas apabila menggunakan otak dan berfikir. Tingkah laku proaktif sentiasa menunjukkan kesungguhan atau sikap maju ke depan berbanding kawan-kawan yang lain.

Tingkah Laku Negatif

Tingkah laku negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana tingkah laku negatif bukan sahaja kanak-kanak yang suka mengganggu rakan lain malah kanak-kanak yang sering memberontak dalam kelas merupakan contoh kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku negatif. Tingkah laku distruktif merupakan tingkah laku kanak-kaknak iaitu permusuhan nyata iaitu kanak-kanak yang sering menunjukkan tingkah laku fizikal atau lisan yang bertujuan menyakiti seseorang. Contohnya, seorang murid sedang beratur untuk mendapatkan makanan, tiba-tiba seorang murid yang lain memotong barisan tersebut.

Selain itu, vandalisme juga merupakan cirri-ciri tingkah laku distruktif. Bagi kanakkanak yang mempunyai tingkah laku distruptif pula, kanak-kanak ini biasanya mempunyai ciri-ciri hiperaktif, suka membuat bising dan agresif. Kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif merupakan kanak-kanak yang suka bergerak, suka ketawa dengan kuat dan sering menunjukkan tingkah laku agresif kepada rakan-rakan yang lain. Tingkah laku bergantungan pula merupakan kanak-kanak yang sering mengalami emosi kebimbangan, pergantungan berlebihan dan mempunyai nilai kendiri yang rendah. Kanak-kanak ini biasanya sering bergantung pada orang lain dalam apa jua aktiviti yang dijalankan. Kanakkanak yang terlalu pemalu juga merupakan kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku pergantungan.

H B E F 2 1 0 3 P S I K O L O G I P E N D I D I K A N | 16

Tingkah Laku Bermasalah

Tingkah Laku Yang Menghalang

Tingkah Laku Yang Mengganggu

Tingkah Laku Antisosial

Bergantung

Disruptif

Distruktif

Tingkah laku yang membahayakan diri Kebimbangan /kerisauan Pergantungan berlebihan Pengunduran diri Pengasingan diri

Tingkah laku yang membahayakan orang lain Hiperaktif Nakal Ketawa kuat Agresif secara lisan/fizikal

Tingkah laku yang membahaya diri sekolah dan masyarakat Vandalisme Permusuhan nyata Geng klik

Jenis-jenis tingkah laku bermasalah negatif

Tingkah laku bermasalah negatif merangkumi : Tingkah laku yang menghalang (bergantung) Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri. Kebimbangan sentiasa berasa takut, menunjukkan reaksi bimbang, tiada keyakinan diri.

H B E F 2 1 0 3 P S I K O L O G I P E N D I D I K A N | 17

Pergantungan lebihan terlalu mengharapkan pertolongan atau bantuan dari orang lain terutama ibu bapa atau orang yang rapat dengannya, terlalu manja, todak boleh berdikari.

Pengasingan diri tidak suka bergaul atau berkomunikasi dengan kawan-kawan, sikap rendah diri yang terlalu tinggi, perasaan malu pada kawan-kawan.

Tingkah laku yang mengganggu (disruptif) Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan orang lain. Hiperaktif kelakuan atau tingkah laku yang sangat agresif. Kelakuan nakal suka mengganggu kawan-kawan, membuli atau menyakat kawankawan sekelas. Bising mengganggu ketenteraman bilik darjah. Bergerak sesuka hati suka keluar masuk kelas tanpa kebenaran. Ketawa kuat ketawa dengan suara yang kuat tanpa mempedulikan orang sekeliling.

Tingkah laku anti social (disruktif) tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri, sekolah dan masyarakat. Permusuhan nyata suka bergaduh, berlawan, bertumbuk atau mencari pasal. Vamdalisme merosakkan harta benda awam, menconteng dinding dan sebagainya. Kumpulan liar terlibat dengan kumpulan yang tidak bermoral. Klik mempunyai hubungan dengan beberapa orang yang mempunyai perangai atau tabiat yang sama tetagpi lebih kepada kelakuan yang negatif. Geng menubuhkan kumpulan negatif yang tertentu.

H B E F 2 1 0 3 P S I K O L O G I P E N D I D I K A N | 18

KEPENTINGAN MENGURUS TINGKAH LAKU

Tingkah laku terpuji penting bagi melahirkan pelajar yang bersifat sanggup melaksana tanggungjawab pada diri, keluarga, institusi dan negara. Tanpa tingkah laku terpuji dalam diri pelajar tidak mungkin mereka sanggup melaksanakan tanggungjawab diri sendiri. Mereka lebih rela melakukan kesalahan berbanding melakukan perbuatan baik kerana bagi mereka, tiada faedahnya mereka melakukan kebaikan.

Tingkah laku terpuji penting bagi mewujudkan suasana tenang dan kondusif dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakn dengan licin, berkesan dan penuh ceria. Apabila pelajara yang bermasalah dari segi disiplin ini tidak wujud dalam kelas, tidak ada pelajar yang membuat bising dan mengganggu pelajar lain belajar.

Guru juga tidak perlu menigggikan suara ataupun bercakap kasar dengan pelajar disebabkan berbagai-bagai masalah sebaliknya pelajar sendiri sudah memahami peraturanperaturan yang telah ditetapkan. Justeru, hubungan antara guru dan pelajar dapat diperbaiki dan kemesraan dapat dipertingkatkan. diwujudkan, disamping minat bagi menimba ilmu dapat

Para pelajar menjadi lebih tekun dan produktif apabila mereka mempunyai tingkah laku terpuji. Apabila mereka mengikut disiplin yang telah ditetapkan, jadual mereka dan tingkah laku mereka dapat berubah. Mereka dapat melakukan sesuatu perkara secara sistematik dan mengikut laluan betul tanpa menyalahi undang-undang. Mereka dapat menajdi lebih prosuktif lagi dalam menghasilkan idea yang menarik dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang kemahiran.

Masa dapat dijimatkan kerana segala tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yahng singkat. Disiplin diri yang tinggi membentuk mereka menepati masa dan tidak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Sebagaimana yang kita tahu, pelajar kini lebih banyak melakukan tingkah laku bermasalah sehingga hilang pegangan dan hala tuju.

Pembangunan tingkah laku terpuji yang tinggi dalam kalangan pelajar mampu melatih pelajar dengan nilai-nilai murni seperti tanggungjawab, kasih sayang, bekerjasama,

H B E F 2 1 0 3 P S I K O L O G I P E N D I D I K A N | 19

kebersihan dan hormat menghormati. Oleh itu, dengan mematuhi disiplin, pelajar sentiasa ingat dan menanamkan sifat-sifat yang baik dalam diri dan membuang sifat-sifat negatif yang tidak perlu ada dalam diri mereka.

KESIMPULAN

Sebagai mana yang telah dibincangkan, tingkah laku yang bermasalah sama ada positif atau negatif tetap akan menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, seseorang guru hendaklah menyedari keadaan ini.

Bagi tingkah lau bermasalah positif, guru hendaklah mengambil tindakan yang sesuai. Tindakan yang diambil bukanlah memendamkan naluri ingin tahu atau pemikiran intelek yang cergas. Malahan, guru sepatutnya dapat menyediakan kegiatan pembelajaran yang boleh memenuhi keperluan murid tersebut. Sebaik sahaja keperluan mereka dapat dipenuhi, maka tingkah laku masalah positif dapat diatasi.

Begitu juga basi tingkah laku masalah negatif. Tindakan guru yang munasabah bukan sahaja akan mengurangkan tingkah laku negatif malahan keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid akan terus meningkat. Murid yang dibantu mengendalikan kebimbangan dan kemurungan akan dapat menikmati hidup yang lebih bahagia dan dengan itu dapat meningkatkan prestasi akademik mereka.

Tingkah laku bermasalah boleh menyebabkan ketidakseimbangan di antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian individu. Tingkah laku bermasalah juga member kesan yang buruk dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Umumnya, sekolah rendah merupakan tapak utama asas pendidikan. Dari sini, kanak-kanak dibentuk mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru memainkan peranan utama membentuk keperibadian tingkah laku murid-murid semasa berada di sekolah. Selain dari tanggungjawab ibu bapa, guru adalah orang yang penting dalam menghasilkan insan yang sempurna dalam pendidikan. Dengan bertambahnya bilangan anggota masyarakat yang berpendidikan moden, sikap yang tidak mementingkan kanak-kanak ini telah beransur berubah.

H B E F 2 1 0 3 P S I K O L O G I P E N D I D I K A N | 20

Kanak-kanak pada hari ini telah diberikan perhatian serius secara keseluruhan dari segi emosi, jasmani dan rohani. Ibu bapa sudah mula pandai melayan pertanyaan anak-anak, membawa mereka beriadah bersama serta member peluang kepada anak-anak untuk member pendapat dan pandangan serta memneri mereka kebebasan memilih atau membuat keputusan asalkan tidak memudaratkan diri dan keluarga. Perkembangan sikap ini telah memberikan kesan positif dalam dunia kehidupan kanak-kanak supaya ia dapat menghasilkan satu generasi yang lebih aktif, berani dan mahu tampil ke hadapan untuk bertanding lebih gigih dalam kehidupan masyarakat.

Masalah tingkah laku sememangnya sering dihadapi oleh guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Bukannya mudah untuk menguruskan masalah tingkah laku di kalangan murid-murid. Adakalanya ia dapat dikawal dan ada kalanya ianya seperti barah yang boleh menyebabkan lumpuhnya proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Yang pasti, tanggungjawab seorang guru di sekolah amat berat sekali.

Oleh itu, pendapat-pendapat dan kajian dari beberapa tokoh terkenal boleh dijadikan sebagai bahan rujukan oleh pihak sekolah bagi merancang strategi-strategi untuk meningkatkan lagi keberkesanan mengatasi tingkah laku bermasalah dan prestasi muridmurid dan akademik di sekolah.

Oleh yang demikian, tingkah laku bermasalah harus ditangani oleh guru dengan bijak dan teratur agar ia tidak membantutkan atau mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui keberkesanan system pembelajaran yang berkesan akan mempercepatkan perkembangan pembelajaran murid-murid di sekolah.

( 5012 patah perkataan)

H B E F 2 1 0 3 P S I K O L O G I P E N D I D I K A N | 21

BIBLIOGRAFI / RUJUKAN

Ee Ah Meng (2001). Psikologi Pendidikan I (Psikologi Perkembangan). Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti

Ee Ah Meng (2001). Psikologi Pendidikan II (Edisi Kedua). Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti

Ee Ah Meng (2002). Psikologi Pendidikan III (Edisi Ketiga). Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti

Mok Soon Sang (2011). Nota Intisari Ilmu Pendidikan Psikologi Pendidikan. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Mok Soon Sang (2001). Psikologi Pendidikan Untuk Kursus Diploma Perguruan. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2006). Siri Pendidikan. Nota Pengurusan PengajaranPembelajaran. Puchong: Multimedia ES Resources Sdn. Bhd
http://kplijulai08intake.blogspot.com/2009/02/tingkah-laku-bermasalah.html

http://sharidahipgmkbm.blogspot.com/2010/04/isu-tingkahlaku-bermasalah-kanak-kanak.html

Vous aimerez peut-être aussi