Vous êtes sur la page 1sur 48

ISI KANDUNGAN

PERKARA Profil Peribadi Pendahuluan 1. 2. 3. 4. 5. TUGASAN 1 TUGASAN 2 TUGASAN 3 : PENULISAN REFLEKSI BIBLIOGRAFI / RUJUKAN LAMPIRAN

HALAMAN 2 3 4 26 39 43 45

PROFIL PERIBADI

NAMA IPG

: AMINUL AZAM BIN ABDUL MUKTI : KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN K.LIPIS : 011 - 12394711 : 770627 06 - 5723

NO TELEFON I/C NOMBOR

KUMPULAN : SAINS 2 T/LAHIR UMUR SEKOLAH : 27 JUN 1977 : 36 TAHUN : SK KERAMBIT, KUALA LIPIS.

PENGENALAN

Dalam semester ini penekanan adalah kepada tajuk Kurikulum Pendidikan Matematik yang berfokus kepada sejarah dan perkembangan pendidikan matematik di Malaysia. Ia meneroka mamberikan kami peluang untuk

dan mendalami ilmu pengetahuan berkaitan dengan sejarah

terhasilnya ilmu matematik dunia serta mengenali Pendidikan Matematik dari segi perkembangannya dan perubahan yang di alami di Malaysia ini khususnya dalam sistem pendidikan kita. Banyak aktiviti yang dapat dijalankan melalui tajuk ini dan amat berguna dalam kehidupan dan membantu dalam urusan seharian kita yang bergelar seorang guru. Didalam tugasan ini, kami banyak didedahkan dengan perkembangan sistem pendidikan di malaysia bermula dari KLSR kepada KBSR dan sehingga KSSR. Semoga segala titik peluh ini akan mendapat berkat dari Allah S.W.T.

TUGASAN 1
(40%) Huraikan dengan jelas serta berikan contoh-contoh yang sesuai berkaitan lima tonggak dalam pendidikan untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran satu topic matematik KBSR (ditetapkan oleh pensyarah).

Topik : Panjang

PENGAPLIKASIAN 5 TONGGAK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Pendahuluan

Kurikulum digubal untuk memberikan satu telunjuk kepada para pengajar dan pendidikan supaya mereka mengetahui tentang apa yang hendak diajari dan dipelajari dalam proses pembelajaran. Kurikulum matematik perlu memenuhi keperluan dan kewajiban semasa sesebuah masyarakat di mana kurikulum tersebut di gubal. Kurikulum seperti Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan yang terbaharu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sentiasa dipantau dan berubah mengikut peredaran masa berhasrat untuk memperkukuhkan kognitif murid dan nilai-nilai afektif. Oleh itu, kita dapat melahirkan sumber manusia yang berkesan dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Negara kita sedang menuju ke wawasan 2020, perkembangan teknologi juga sedang berubah mengikut peredaran masa. Walau

bagaimanapun, persekitaran masyarakat terus berkembang dan ianya menyebabkan timbulnya keperluan baru. Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) pada kurun ke 21 ini adalah antara pemangkin utama bagi perubahan persekitaran serta timbulnya keperluan baru.

Persekitaran kurun ke 21 ialah perkembangan sejagat. TMK pula telahpun mampu mengumpul dan menyimpan maklumat dengan mudah. Peranan kemanusiaan pada aspek ini telah semakin berkurangan.

Kemanusiaan perlukan suatu peranan yang tidak lagi diambil alih oleh sebuah mesin. Kemanusiaan perlukan peranan yang belum lagi terdapat pada suatu aturcara pengkomputeran; sifat inovatif dan kreatif.

Matematik merupakan antara subjek yang sangat penting dan unik, kerana ilmu yang kita dapat pelajari di kelas dapat diaplikasikan dalam kehidupan yang sebenar. Sleain daripada itu, ilmu matematik dapat membantu kita untuk berfikir secara logik, efisen dan bersistematik dalam 5

kehidupan harian. Terdapat beberapa asper atau tonggak yang perlu diterapkan dalam bidang matematik untuk menyempurnakan lagi supaya ilmu yang akan dipelajari dapat difahami secara lebih holistik.

1.Penyelesaian Matematik

2. Komunikasi

3. Penaakulan 4. Perkaitan Matematik

5. Aplikasi Teknologi Maklumat

RAJAH 1 : Senarai lima tonggak dalam pengajaran dan pembelajaran matematik pada pendekatan bersepadu.

Tonggak pertama : Penyelesaian Masalah dalam matematik

Pengetahuan dalam matematik boleh dikategorikan dalam lima jenis iaitu fakta, algoritma, konsep, hubungan antara konsep dan penyelesaian masalah. Penyelesaian masalah matematik merupakan satu kemahiran yang sangat penting dan ianya adalah objektif utama dalam pembelajaran matematik di sekolah rendah. Ia juga merupakan bentuk pembelajaran pada tahap tertinggi (Gagne, 1985). Pelbagai strategi penyelesaian masalah matematik telah diperkenalkan oleh para guru kepada pelajar dan diharapkan mereka dapat mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari untuk melaksanakan pembelajaran atau tugasan yang lebih berkesan di sekolah. Guru di sekolah sentiasa meneroka pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah serta dapat memilih strategi yang sesuai dengan mengambil kira perbezaan seperti kebolehan, minat, gaya pembelajaran serta pelbagai kecerdasan pelajar. Maka guru akan memberi peluang kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah matematik dengan membanding bezakan kekuatan dan kelemahan strategi yang telah dan akan digunakan oleh pelajar. Pelajar diharapkan agar dapat membina pengetahuan dan kemahiran baru melalui proses penyelesaian masalah, menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kurikulum matematik serta dapat mengaplikasikan pelbagai strategi

penyelesaian masalah matematik dalam konteks yang berbeza.

Inovasi bermakna berfikir dengan cara yang berbeza. Kreativiti ialah hasil daripada pemikiran yang sebegitu. Penyelesaian masalah adalah satu wacana yang telah lama diamalkan dalam kurikulum pendidikan matematik asas bagi menggalakkan pemikiran yang inovatif dan kreatif. P&P matematik awalan berlaku pada Aras Ingatan pada Taksonomi Pengetahuan Bloom. P&P matematik berfokus pada konten matematik tulin. Ini mementingkan ingatan yang kuat serta banyak. Fokus tugasan matematik adalah terhadap mencari jawapan.

Model Polya menunjukkan penyelesaian masalah sebagai proses langkah demi langkah. Ia kelihatan mencadangkan bahawa penyelesaian masalah matematik boleh dilaksanakan secara terpisah-pisah pada suatu 7

hirarki. Gambaran ini telah mempengaruhi amalan p&p dalam bilik darjah. Analisis Newmann (1996) tentang jenis kesilapan bagi masalah bercerita menunjukkan pandangan yang sedemikian. Rumusan ini diperkukuhkan lagi dengan terdapatnya model-model yang berbeza daripada Model Polya hanya pada bilangan langkah pada proses penyelesaian masalah. Antara model tersebut ialah Model Lester (1989) dan Model Mayer (1992). Penyelesaian masalah sebegini dikenali sebagai penyelesaian masalah kreatif. Proses pemikiran yang berlaku padanya bertujuan menghasilkan algoritma heuristik bagi membezakannya daripada penggunaan algoritma-algoritma piawai pada Model Polya dan lain-lain model yang setara dengannya.

Menurut Krulik dan Rudnick (1989), penyelesaian masalah adalah merupakan satu proses yang kompleks dan sukar dipelajari. Ianya mengandungi satu siri tugasan dan proses pemikiran yang berkait rapat untuk membentuk satu set corak pemikiran heuristik. Ianya merupakan satu keadaan dimana pelajar mesti melaluinya untuk menyelesaikan masalah dalam matematik. Heuristik ialah satu kaedah umum yang mana dapat diapliksikan kepada semua jenis masalah. Terdapat beberapa model penyelesaian masalah yang sering digunakan dalam pendidikan matematik seperti Model Lester (1975), Model Mayer (1983), Model Polya (1973) dan Model Schoenfeld (1985). Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Model Polya adalah model utama yang digunakan dalam kurikulum matematik dimana ianya mempunyai empat langkah yang mudah difahami dan sering digunakan dalam penyelidikan matematik di Malaysia. Menurut Model Polya (1973), terdapat empat fasa penyelesaian masalah matematik yang merangkumi pemahaman tentang masalah, merancang strategi tentang masalah, implementasikan strategi yang dirancang dan mengimbas kembali.

Dalam setiap fasa penyelesaian masalah, beberapa soalan ditanya atau cadangan untuk membantu para pelajar memahami masalah serta mendapat penyelesaian tentang masalah tersebut. Salah satu pendekatan pengajaran ialah pendekatan berpusatkan masalah (problem-centered approach). Pendekatan ini dipercayai dapat menerokai idea idea penting dalam matematik serta memperkembangkan kuasa matematik iaitu 8

keupayaan untuk membuat matematik dan mempunyai celik akal dalam pembelajaran matematik. Ianya juga dapat mengelakkan penekanan daripada melakukan aktiviti matematik kepada memikirkan hubungan antara idea idea matematik. Menurut Schroeder dan Lester (1989) sesuatu masalah boleh digunakan sebagai satu cara untuk mempelajari isi kandungan dalam matematik.

Dalam penyelesaian masalah juga terdapat dua jenis masalah iaitu masalah rutin (routine problem) dan masalah bukan rutin (non-routine problem). Masalah rutin (routine problem) ialah ialah jenis masalah matematik secara mekanikal iaitu pengiraan, ianya bertujuan untuk melatih pelajar untuk menguasai kemahiran asas terutamanya kemahiran aritmetik yang

melibatkan empat operasi dalam matematik iaitu penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian. Dan juga aplikasi secara terus (direct) yang menggunakan formula matematik, mengikut prinsip matematik, secara teori dan persamaan.

Secara umumnya masalah rutin ini ialah jenis penyelesaian masalah dalam matematik yang paling mudah atau asas ianya bertujuan untuk memudahkan pelajar menguasai konsep algoritma. Manakala masalah bukan rutin (non-routine problem) pula ialah penyelesaian masalah yang unik dimana memerlukan pelajar mangaplikasikan kemahiran dan konsep atau prinsip dalam matematik yang telah dipelajari dan dikuasai. Kaedah penyelesaian masalah bukan rutin dalam matematik tidak boleh dihafal atau dicongak tidak sepertimana menjawab soalan yang berbentuk pengiraan. Proses penyelesaian masalah ini memerlukan satu set aktiviti yang sistematik dimana ianya mempunyai perancangan yang logik termasuk strategi yang hendak digunakan serta pemilihan kaedah yang sesuai untuk

melaksanakannya. Dalam penyelesaian masalah dalam matematik, lebih daripada satu strategi digunakan untuk memperolehi penyelesaiannya.

Contoh pengaplikasian tonggak 1 : penyelesaian masalah dalam topik panjang.

Cikgu Fauzi ada 216 meter panjang tali. Beliau telah memberi 51 meter tali kepada Ali. Baki tali itu telah dibahagikan secara sama rata kepada Bobo, Chua dan juga David. Berapa panjangkah tali yang diterima oleh Bobo dan kawan-kawannya?

Penyelesaian : Langkah 1 =216 meter tali - 51 meter tali (telah diberikan kepada Ali) =165 meter tali yang tinggal
Strategi penyelesaian masalah( modal polya) : 1) Apa yang telah diberi? panjang tali,dan jumlah panjang tali yang tinggal selepas diberikan kepada

Langkah 2 165 meter tali tersebut perlu di bahagi sama banyak supaya Bobo, Chua dan David mendapat tali yang sama panjang.

Ali. 2) Apa yang hendak dicari? berapa meterkah yang Bobo dan kawan-kawanya dapat? 3) Bagaimana untuk mencari panjang tali? menggunakan operasi bahagi

165 3 = 55

Langkah 3 Panjang tali yang Bobo dan kawan-kawannya diterima ialah 55 meter seorang!

10

Tonggak kedua : Komunikasi dalam matematik Komunikasi berasal daripada perkataan Lati communiatus yang bermaksud berkongsi sesuatu. Ini bermakna apabila kita berkomunikasi kita berusaha untuk berkongsi idea atau maklumat dengan individu atau orang lain. Terdapat pelbagai takrifan tentang komunikasi, Rogers (1969) menakrif komunikasi sebagai satu proses apabila kedua-dua pihak yang terlibat membentuk dan berkongsi makna antara satu sama lain dengan tujuan untuk mencapai persefahaman. Komunikasi adalah pengiriman maklumat, pemikiran, sikap atau emosi daripada seseorang dengan mengunakan simbo l- simbol (Theodore 1969). Komunikasi adalah satu proses penyampaian rangsangan (seperti secara lisan) dengan tujuan menukar tingkahlaku individu lain (Carl Houland 1953). Komunikasi adalah satu tingkah laku yang digerakkan oleh individu untuk mencari dan menyebarkan sesuatu maklumat (Carter 1973). Jelaslah bahawa komunikasi merupakan satu proses pemindahan makna, iaitu maklumat,idea,pengetahuan,persefahaman, lambang-lambang lain daripada sumber atau penyampai kepada penerima melalui saluran-saluran tertentu dengan harapan mewujudkan persamaan. Melalui komunikasi 2 hala mesej yang jelas ialah penerima perlu memahami, mempercayai & ambil tindakan dan menerima maklumbalas untuk atasi halangan (halangan bahasa, pendengaran, ketidakupayaan bertutur, kebisingan, istilah & pengetahuan murid). Komunikasi berkesan melibatkan komponen intrinsik kerja yang efisyen perhubungan yang berkesan dan juga aliran komunikasi secara terbuka dalam keadaan kondusif hubungan positif yang didorong oleh penggunaan teknik tertentu.

11

Model Komunikasi 2 Hala Maklumbalas

Enkod

Dekod

Penapis Penyampai

Mesej

Penapis Penerima

RAJAH2.0 : Model komunikasi dua hala Antara fungsi komunikasi ialah memberitahu, mendidik, membujuk dan menghibur. Memberitahu adalah bertujuan untuk memberitahu orang lain tentang sesuatu perkara yang dirasakan oleh penyampai perlu diketahui oleh orang lain. Mendidik seseorang juga bertujuan untuk mempengaruhi sikap atau tingkah laku orang lain serta memberitahu maklumat agar dapat menambahkan pengetahuan seseorang tentang sesuatu perkara. Membujuk seorang pelajar mempunyai bertujuan mengubah sikap dan tingkah laku orang ramai. Tidak terhad kepada penyebaran maklumat tetapi juga menembusi perasaan dan emosi individu atau kumpulan. Menghibur juga dapat mengkomunikasikan kita dan terdapat banyak alat komunikasi disekeliling kita semua, contohnya rancangan radio, TV , drama , komik kartun dan lain - lain.

Terdapat beberapa jenis komunikasi yang lazim digunakan untuk berinteraksi sesama manusia. Contohnya, Komunikasi intrapersonalkomunikasi dalam diri sendiri seperti berfikir, menulis, mengarang dan lain lain. Komunikasi keduanya, interpersonal-komunikasi seseorang dengan orang lain seperti guru mengajar, dialog, dan seminar. Ketiganya, komunikasi kumpulan kecil-Komunikasi yang berlaku antara ahli-ahli dalam kumpulan kecil. Seterusnya, komunikasi awam-Komunikasi dengan audien yang besar seperti pemidato, ceramah dan sebagainya. Disamping itu, komunikasi tanpa 12

lisan-Komunikasi ini adalah melalui isyarat tanpa lisan seperti air muka, gerak badan, hubungan mata, gerak tangan dan nada suara.

Seterusnya, National Council of Teachers of Mathematics(NCTM) berpendapat bahawa terdapat tiga kemahiran pada komunikasi matematik yang perlu dikuasai oleh murid. Pertamanya, murid mesti boleh

berkomunikasi secara jelas dan tepat tentang sesuatu idea matematik. Selain itu, mereka perlu menggunakan bahasa matematik untuk pernyataan idea secara jitu pada komunikasi tersebut. Seterusnya, komunikasi matematik memerlukan kemahiran menganalisis dan menilai pemikiran serta strategi matematik. Cadangan NCTM tentang komunikasi matematik lebih bersifat kognitif. Oleh itu, boleh dirumuskan bahawa pendidik matematik di Amerika Syarikat adalah terdiri daripada pengamal kognitivisme. Kognitivisme percaya bahawa pengetahuan matematik disimpan dalam bentuk-bentuk simbol. Pembelajaran matematik proses mencari perkaitan yang bermakna dan mudah diingatkan antara simbol-simbol matematik. Proses berkenaan perlu memudahkan perkaitan antara simbol. Kepercayaan sebegini adalah berasaskan pada teori-teori pembelajaran kognitif. Antara pelopor teori pembelajaran kognitif ialah Piaget (1896-1980) serta Bruner (1915).

Komunikasi dalam kelas matematik biasanya terdiri daripada beberapa mod iaitu membaca, menulis, memberitahu/menunjuk, perbincangan,

modelling, melukis, melihat atau memerhati. Komunikasi ini boleh berlaku antara seorang pelajar dengan pelajar, pelajar dengan diri sendiri, pelajar dengan seorang guru, guru dengan pelajar. Walaupun terdapat pelbagai mod komunikasi kebanyakan guru hanya menumpukan kepada memberitahu dan menunjuk. Dalam konteks komunikasi yang bercorak tradisional, Meserve dan Suydam (1992) mengatakan pengajaran matematik adalah menunjuk kepada pelajar apa yang perlu dilakukan dan memberi mereka latihan.

Seorang ahli matematik mengatakan hasil dapatan kajian kuantitatif dan kualitatif menunjukkan bahawa pelajar lebih faham secara mendalam jika mereka dibenarkan membuat tinjauan, menyelidik, menaakul dan

berkomunikasi tentang idea-idea mereka. Komunikasi adalah sebuah bahasa 13

matematik yang terunggul. Matematik merupakan suatu bentuk bahasa yang melibatkan komunikasi antara konsep dan simbol. Bahasa ibunda dan bahasa matematik memainkan peranan yang penting dalam mengkonsepsualisasikan idea-idea matematik dan penggunaan maklumat matematik. Pelajar bukan sahaja memerlukan kemahiran mengira tetapi juga kemahiran dalam bahasa matematik seperti memahami tatabahasa dan struktur bahasa serta boleh membuat hubungan dan refleksi. Guru harus mengaitkan pengalaman pelajar tentang perkataan-perkataan atau ungkapan matematik dan memerlukan penekanan dari segi sebutan, ejaan dan makna serta aplikasinya dalam kehidupan seharian (Noraini 2001).

Kebolehan membaca bahasa matematik tidak semestinya pelajar memahami konsep atau idea dalam matematik. Oleh itu, untuk memahami matematik seseorang itu harus menguasai laras bahasa matematik dan ilmu matematik. Komunikasi telah mempunyai banyak hubungkait bahan konkrit dan gambar rajah dengan idea-idea matematik. Seperti penggunaan graf dan carta pai dalam statistik. Selain itu, komunikasi juga boleh mengunakan kemahiran membaca, menulis, mendengar, mengamati, mentafsir dan menilai idea-idea matematik.

Matematik adalah komunikasi (Corwin1990). Mereka juga membuat perancangan dan sumbang saran. Apa soalan yang perlu ditanya? Bagaimana mendapatkan data? Bagaimana mencatat data? membuat lakaran graf, membuat kesimpulan dan berkongsi maklumat antara individu dan juga kumpulan. Teori dibahasa dan dibincangkan dan dibuat cadangan untuk kajian lanjutan. Akhirnya, membuat sebaran tentang hasil dapatan dalam bentuk laporan bertulis atau persembahan. Rumusan komunikasi terdapat pelbagai cara sendiri untuk membuat pelajar memahaminya dan ia juga boleh menggunakan dalam perkembangkan kemahiran membaca, menulis dan sebagainya.

14

Contoh pengaplikasian tonggak komunikasi dalam matematik.

Cari perimeter bagi tiga bentuk ini dan berikan jawapan anda dalam mm.

8 cm 3 cm

4 cm 4 cm 4 cm

7 cm

3 cm Penyelesaian :

Perimeter kena tambah semua

Perimeter = (8+8+3+3) + (4+4+4+4) + (4+3+7) = 52 cm = 52 x 100 1cm=100mm!! = 520 mm

15

Tonggak ketiga : Penaakulan matematik

Penaakulan Matematik sebenarnya boleh dijelaskan dengan pelbagai istilah yang menarik untuk senang difahami. Antara istilah yang biasa digunakan ialah pemikiran kritikal (critical thinking), pemikiran aras tinggi (higher-order thinking), penaakulan secara logik (logical reasoning) atau penaakulan mudah (simply reasoning). Ketiga-tiga istilah ini menerangkan bagaimana untuk memahami konsep matematik penaakulan. Sebenarnya, istilah ini digunakan dalam pelbagai bidang persamaan dan perbezaan mengikut kesesuaian situasi. Bukan hanya pada matematik sebenarnya, penaakulan matematik boleh digunakan dalam kehidupan harian untuk memahami dan menyelesaikan masalah secara sistematik dan abstrak yang melibatkan kognitif seseorang dalam pemikiran untuk mendapat jawapan atau penyelesaian yang mudah.

Salah satu aspek dalam penaakulan matematik adalah penghujahan. Penghujahan merupakan satu proses membuat suatu kesimpulan

berdasarkan beberapa pernyataan yang diberi. Pernyataan yang diberi itu dinamakan premis. Dalam peringkat yang lebih tinggi. Penaakulan matematik boleh menjadi lebih sukar dan ia melibatkan proses dan simbol-simbol yang lebih rumit.

Kemahiran berfikir yang aras tinggi perlukan untuk perkembangan negara yang sedang menuju ke wawasan 2020. Sesebuah negara dapat maju hanya dengan aset pemikiran yang berkualiti. Oleh itu, penaakulan secara umum dalam semua bidang perlu di terapkan. Terutamanya, usahausaha seperti pemupukan terhadap pelajar di sekolah amat diperlukan untuk melahirkan generasi yang celik pandai. Kerjasama diperlukan dari guru-guru untuk menerapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Tambahan pula, Penaakulan Matematik/Mantik (mathematical or logical reasoning) merupakan satu aspek yang sangat penting dalam bidang matematik. Salah satu contoh yang sangat sesuai untuk membincangkan 16

tentang matematik sebagai bahasa adalah melalui penaakulan matematik kerana dalam penaakulan matematik, ia melibatkan ayat, pernyataan dan simbol-simbol matematik dan bukan nombor-nombor. Tujuan membina penaakulan matematik yang berasaskan pada logik ini adalah untuk membimbing minda kita ke arah berfikiran secara sistematik dan

menghasilkan jawapan yang tepat dalam membuat sesuatu keputusan.

Dalam penaakulan matematik, ia boleh melibatkan pernyataan dan proses yang mudah atau ia juga boleh menjadi lebih sukar dan rumit bergantung pada pernyataan dan hujah yang terlibat. Dengan cara penaakulan menggunakan menentukan matematik, prinsip kesahihan atau pernyataan-pernyataan theorem matematik tersebut. akan yang dibuktikan untuk atau

tertentu ayat-ayat

pernyataan

Tujuan

pernyataan ditukarkan kepada bentuk simbol matematik adalah untuk memudahkan proses pembuktian kebenaran pernyataan tersebut.

Definisi Membuat Penaakulan

Kemahiran membuat pertimbangan secara logik, rasional, adil dan saksama. Kemahiran digunakan untuk Meningkatkan keberkesanan: Membuat interpretasi, analisis, sintesis, penilaian, pengitlakan dan kesimpulan. Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

17

PENAAKULAN INDUKTIF

Teliti beberapa contoh/situasi yang spesifik

Langkah Penggunaan

Perhatikan ciri yang sepunya

Buat satu kesimpulan

RAJAH 3 : Aliran penaakulan induktif

PENAAKULAN SECARA DEDUKTIF

Langkah penggunaan: Teliti situasi umum

Daripada situasi umum dapatkan contoh yang spesifik

RAJAH 4 : Aliran penaakulan dedaktif

18

Contoh pengaplikasian tonggak penaakulan dalam pendidikan matematik

Carikan jumlah perimeter untuk gabungan bentuk ini.

3 cm 4 cm 4 cm

3 cm

5 cm

Penyelesaian: Perimeter keseluruhan = 4+3+3+3+3+5+5+4 = 30 cm

Pelajar dapat aplikasikan ilmu bagaimana untuk mencari perimeter

19

Tonggak keempat : Perkaitan matematik

Dalam pembelajaran dan pengajaran Matematik kepada murid guru harus mahir untuk memperkaitkan matematik dengan perkara lain yang berkaitan supaya memudahkan kefahaman murid. Terdapat banyak

pandangan menyatakan bahawa proses pembelajaran matematik ini memerlukan hubung kait 4 perkara asas utama iaitu penggunaan simbol, gambar, hubungan dengan dunia sebenar dan akhir sekali ialah perkataan iaitu sama ada penulisan atau pertuturan. Melalui model hubungan dalam matematik ini jelas menunjukkan bahawa semakin banyak berlakunya hubungan atau hubung kait, maka semakin mudah pelajar untuk memahami sesuatu pembelajaran itu. Secara rawaknya, matematik diklasifikasikan kepada beberapa tajuk umum, supaya tidak melihat matematik sebagai subjek yang rumit. Antaranya, aritmetik, geometri, pengukuran dan

penyelesaian.

Kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian mereka ada beberapa aktiviti yang membantu kanak-kanak memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu aktiviti padanan, penjenisan, dan susunan aturan melalui perhubungan mereka dengan persekitaran mereka. Dari sinilah, guru-guru sepatutnya membuat kaitan antara aktiviti asas dengan proses pengajaran dan pembelajaran mereka supaya kemahiran asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi dapat difahami dengan lebih tepat dan mudah lagi.

Tambahan pula, matematik adalah subjek universal yang para pelajar boleh lihat di sekeliling mereka bermula dari rumah hinggalah ke mana sahaja mereka pergi. Mereka perlu ketahui semua disekeliling mereka ialah matematik yang menyeronokkan. Proses perkaitan matematik ini dapat di bahagikan kepada tiga pecahan yang utama, iaitu matematik dalam persekitaran dan kehidupan harian, matematik merentasi kurikulum dan hubungkait topik dengan topik yang lain. Ketiga-tiga konsep ini membantu murid secara nyata supaya mereka tidak terlihat matematik sebagai subjek yang susah. Pengaplikasian instrumen-instrumen yang konkrit dan pada 20

masa yang sama aktiviti harian dapat memberangsangkan minda murid untuk memberikan minat maksimum dalam pembelajaran.

Contoh pengaplikasian tonggak perkaitan dalam matematik.

berapakah panjang pensil tersebut

cm 0

21

Tonggak kelima : Aplikasi teknologi maklumat dalam matematik

Teknologi

merupakan

antara

elemen

yang

terpenting

dalam

menambahbaikan pendidikan di Malaysia. Teknologi maklumat merupakan antara aspek yang sedang kerajaan menitikberatkan dalam usaha yang sejajar untuk memenuhi permintaan dunia luar. Perubahan sistem

pendidikan di negara ini selepas kemerdekaan merupakan hasil daripada segala proses yang bertitik tolak daripada perancangan program-program kerajaan pada masa itu untuk melaksanakan berbagai peruntukan dan peraturan yang termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1957 dan Akta Pelajaran 1961. Dasar-dasar pendidikan negara sentiasa dikaji semula dan kurikulum pendidikan sentiasa dikemaskinikan bagi meningkatkan mutu pendidikan untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran alaf baru ini.

Oleh yang demikian, tidak dapat ditolak hakikat bahawa dari semasa ke semasa aspek matlamat dan peranan pendidikan negara telah disesuaikan dengan matlamat dan keperluan rancangan negara. Dalam hal ini, matlamat pembangunan pendidikan sentiasa diberikan penekanan yang wajar. Prosesnya telah merangkumi pelbagai aspek pembangunan dalam program pendidikan berasaskan kepada dasar-dasar umum dan khusus yang diputuskan dari semasa ke semasa. Justeru itu, banyak perubahan telah berlaku dengan pesatnya dan antara yang terpenting ialah penggubalan Kurikulum Sekolah Bestari yang telah mengambil contoh amalan-amalan yang terbaik di seluruh dunia serta menggabungkan elemen-elemen yang akan membolehkan sistem pendidikan mencapai matlamat Falsafah

Pendidikan Negara. Anjakan paradigma ini telah menjadikan teknologi satu cornerstone penting bagi pendidikan.

Teknologi elektronik seperti alat kalkulator dan komputer adalah alatan penting dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelesaian matematik. Alatan ini membekalkan imej visual bagi idea-idea matematik, mereka juga mempermudahkan jalankerja untuk mengatur dan menganalisa data serta mereka menjalankan komputasi dengan cekap dan tepat. Di samping itu, 22

alatan teknologi dapat meyokong penyiasatan dan penerokaan yang dijalankan oleh murid-murid dalam semua aspek matematik, termasuklah geometri, statistik, algebra dan nombor. Apabila teknologi sedia wujud dalam proses pembelajaran murid-murid, mereka dapat lebih menumpu perhatian ke atas aktiviti-aktiviti membuat keputusan atau kesimpulan, merenung atau membuat refleksi, menaakul dan menyelesaikan masalah.

Oleh itu, kita dapat menilai bahawa matematik dengan penggunaan teknologi adalah satu kaedah yang perlukan untuk meningkatkan kemahiran pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran. Murid-murid dapat belajar lebih banyak matematik dengan lebih mendalam dan terperinci lagi apabila menggunakan teknologi yang sesuai. Teknologi juga dapat digunakan untuk memupukkan pemahaman konsep matematik. Dalam program matematik, teknologi patut digunakan dengan meluas dan dengan tanggungjawab, untuk mencapai matlamat serta tujuan memperkayakan pembelajaran murid-murid di dalam matematik. Kewujudan, keserbabolehan dan kuasa yang terkandung di dalam teknologi membolehkannya untuk menyemak semula matematik apakah yang patut murid-murid belajar serta juga bagaimanakah mereka dapat belajar dengan paling baik.

Sebagai contoh bagaimana seorang guru dapat mengaplikasikan matematik dalam tajuk pecahan dengan teknologi maklumat, ialah dengan melalui laman sesawang yang berkaitan dengan teori pembelajaran konstruktivisme tajuk ini. Pecahan merupakan tajuk yang agak rumit, oleh itu penggunakan dan pembelajaran dengan permainan dan kuiz akan menjadi lebih menarik. Kuiz matematik kebiasaan dalam tajuk menolak nombor bercampur pecahan, boleh mengajar murid untuk memadan bahagianbahagian pecahan mengikut pecahan yang diberi. Jika murid tersebut menjawab dengan betul akan keluar kata-kata semangat seperti well done, congratulation, good dan sebagainya untuk membakar semangat pelajar menerokai ilmu.

Keberkesanan penggunaan teknologi dalam sebuah bilik darjah matematik bergantung kepada seseorang guru. Teknologi bukanlah satu 23

penawar mujarab kepada masalah-masalah dalam proses pengajaran pembelajaran matematik. Seperti mana-mana alat bantu mengajar yang lain, teknologi boleh digunakan sama ada secara optimum ataupun dengan serba kekurangan. Guru patut menggunakan teknologi untuk mempertingkatkan lagi peluang pembelajaran murid-murid dengan memilih atau membina tugasantugasan matematik yang bernas serta yang dapat mengambil kesempatan untuk mengeksploitkan apa yang dapat suatu teknologi itu buat dengan berkesan seperti dalam melukis graf, membuat visualisasi dan menjalan komputasi. Sebagai contohnya, guru boleh menggunakan simulasi untuk memberi murid-muridnya suatu pengalaman situasi masalah yang sukar direkacipta tanpa teknologi. Ataupun guru boleh menggunakan sumber data dan sumber maklumat dari internet dan World Wide Web untuk mereka bentuk tugasan-tugasan matematik bernas bagi murid-murid. Hamparan elektronik, perisian geometri dinamik dan mikrodunia komputer merupakan alat-alat teknologi yang berguna untuk mengemukakan masalah-masalah matematikal yang bernas.

Kewujudan teknologi dalam pendidikan matematik bukan sahaja mengubah corak dan cara guru mengajar matematik tetapi turut mengubah kandungan matematik yang dipelajari oleh murid. Matlamat pendidikan matematik adalah untuk melahirkan warga yang bukan sahaja berupaya untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari dalam situasi dunia sebenar tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum pernah mereka temui.

Pengaplikasian teknologi dalam pendidikan matematik khususnya dan amnya dalam pendidikan sejagat sudah sampai masanya ke arah mewujudkan generasi berteknologi mengharungi era globalisasi yang berdaya saing dalam k-ekonomi selaras dengan wawasan 2020 negara. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting semestinya melakukan inovasi drastik ke arah pencapaian matlamat. Potensi dan teknologi yang amat canggih perlu dimanafaatkan sewajarnya dan sepenuhnya. Oleh itu, untuk mencapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara berfikir dan penggunaan teknologi. 24

Contoh pengalikasian tonggak aplikasian teknologi maklumat dalam matematik.

Mencari jarak diantara bandar Google Map.

kuala lipis ke gua musang menggunakan

25

TUGASAN 2
PENULISAN ESEI (40%) Bincangkan mengapa sistem pendidikan di Malaysia memerlukan perubahan daripada KBSR kepada KSSR. Perbincangan mestilah merangkumi semua aspek seperti faktor-faktor yang mempengaruhi tranformasi pendidikan tersebut, kelemahan dan kebaikan.

26

KURIKULUM

BERSEPADU

SEKOLAH

RENDAH

(KBSR)

DAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Pendahuluan Sistem pendidikan perlu mempunyai satu bentuk panduan atau pegangan yang menjadi petunjuk dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan juga mengikut arus globalisasi. Oleh itu, kurikulum menjadi ilmu teras dalam pendidikan sebagai panduan bagi memastikan sistem pendidikan mudah dilaksanakan. pembentukan kurikulum bukan dirancang secara tergesa-gesa dalam masa yang singkat sebaliknya kurikulum dirancang dengan teliti serta berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
"Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan."

(Dipetik daripada Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-Peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997]

Masyarakat

umum

telah

mengenali

istilah

kurikulum

apabila

Kementeria Pendidikan memperkenalkan KBSR dan KBSM pada tahun 1982. Namun, ramai yang beranggapan kurikulum itu adalah sukatan pelajaran. Ishak, (2005) menjelaskan bahawa kandungan kurikulum terdapat pelbagai sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran yang akan diajar. Oleh itu, guru merupakan agen perubahan yang menjadi pemangkin untuk menyebarkan kurikulum kepada para pelajar di sekolah. Sehubungan dengan itu, amatlah penting bagi seseorag guru mengetahui dengan lebih terperinci tentang sejarah dan pembentukan kurikulum yang digunapakai dalam sistem pendidikan di negara kita

27

PERBANDINGAN KBSR DAN KSSR

Pendidikan

masih

lagi

menjadi

bidang

utama

negara

bagi

membangunkan modal insan pada masa depan. Pembangunan bidang ini dengan pelbagai rancangan baruakan dapat membangunkan akal, hati dan jiwa manusia khususnya remaja bagi menghadapi dan melengkapkan diri ke arah negara maju. Menjelang pembukaan sekolah sesi pertama penggal persekolahan 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah

memperkenalkan pelbagai perancangan baru bertujuan membangunkan modal insan. Hanya melalui pendidikan di sekolah semua perancangan ini dapat direalisasikan. Perancangan yang dimaksudkan ialah tranformasi pendidikan.

Tranformasi

pendidikan

ialah

proses

melakukan

satu

bentuk

perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Jadual di bawah menunjukkan banding beza antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

ASPEK

KBSR

KSSR

Reka Bentuk Kurikulum

Komunikasi( membaca, menulis).

lisan, dan

Komunikasi (lisan, membaca, menulis dan menaakul). Kerohanian, Sikap dan Nilai. Kemanusiaan. Keterampilan Diri. Perkembangan Fizikal dan Estetika. Sains dan Teknologi.

Manusia

Dengan

Alam Sekelilingnya. Perkembangan Individu. Diri

28

Penekanan ketara

yang kepada

Dijalankan secaraberterusan untuk perkembangan pencapaian dalam pembelajaran. mengesan dan murid

pentaksiran sumatif.

Kaedah Pentaksiran

Menggunakan pentaksiran pelbagai.

kaedah

Bersifat autentik dan holistik. Pengagihan pencapaian

murid berdasarkan band.

Tahap I Berasaskan Mata pelajaran Organisasi Tahap 1 dan 2 o Teras o Wajib o Pilihan Modul Teras Asas Modul Teras Tema Modul Elektif

Tahap 2 Modul Komunikasi Modul Komunikasi Elektif Modul Kerohanian sikap dan Nilai Modul fizikal dan estetika Modul Sains dan Teknologi Modul Kemanusiaan

29

Sukatan pelajaran Huraian sukatan pelajaran

Dokumen kurikulum o Standard kandungan o Standard pembelajaran

Bahan

Kandungan

Hasil pembelajaran Cadangan aktiiti PnP Buku teks

Buku teks

PERSAMAAN

Peruntukan Masa

Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Pedagogi

Kemahiran Berfikir dalam P&P Implikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam P&P Penggunaan TMK Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan Pembelajaran Secara Konstruktivisme Pembelajaran Secara Kontekstual Pembelajaran Akses Kendiri Pembelajaran Masteri Belajar Cara Belajar

Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh 30

Malaysia bermula tahun 1 2011. Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini.

Reka bentuk KBSR berasaskan tiga bidang iaitu komunikasi, manusia dan alam sekeliling serta perkembang diri individu. Di dalam reka

bentuk komunikasi KBSR terkandung kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Kemahiran ini merupakan tunggak pendidikan asas di peringkat sekolah rendah. Antara mata pelajaran yang tergolong dalam bidang ini termasuk, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Matematik. Kesemua mata pelajaran ini diajar pada tahap 1 dan tahap 2. Contohnya, bagi mata pelajaran Bahasa melayu, berfungsi sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan alat komunikasi perpaduan rakyat.

Pada tahap 1, murid-murid berusaha untuk menguasai kemahiran asas seperti bertutur, mendengar, membaca dan menulis melalui pelbagai sumber ilmu. Manakala, pada tahap 2 pula, murid-murid diberi penekanan kepada kemahiran belajar dan kemahiran berfikir melalui pelbagai kaedah seperti bacaan, penulisan dan perbincangan. Kesimpulannya, mata pelajaran

Bahasa melayu KBSR bertujuan untuk melahirkan murid yang berkebolehan berbahasa, menghargai serta menghayati bahasa sebgai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu selaras dengan semangat rukun negara dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seterusnya, bidang yang kedua iaitu manusia dan alam sekeliling mengandungi komponen kerohanian, nilai dan sikap.

Pada tahap 1, mata pelajaran Pendidikan Islam dan Moral diajar manakala pada tahap 2, dua mata pelajaran lain ditambah iaitu Sains dan Kajian Tempatan. Contohnya, dalam mata pelajaran Pendidikan Moral terkandung 16 nilai berasaskan agama, tradisi dan adat resam pelbagai etnik di negara ini selaras dengan nilai murni sarwajagat dan prinsip-prinsip rukun negara. Nilai yang sama diajar pada tiap-tiap tahun persekolahan tetapi isi kandungan dan penekanan yang dilakukan berbeza sejajar dengan tahap perkembangan dan kematangan murid. Sebagai contoh, pada tahap 1, murid 31

diajar nilai pengajaran dan pembelajaran berasaskan isu dan situasi murid itu sendiri serta kehidupan sehariannya seperti kebersihan diri iaitu mandi, gosok gigi, sikat rambut dan lain-lain lagi. Manakala, pada tahap 2 pula, konteks isu dan situasi dikembangkan untuk meliputi aspek kemasyarakatan, negara dan antarabangsa.

Oleh itu, murid digalakkan untuk berfikir, berbincang, dan membuat keputusan berhubung dengan isu moral yang timbul dalam situasi kehidupan seharian. Seterusnya, bidang yang ketiga dalam KBSR ialah perkembangan diri individu. Komponen yang terkandung dalam bidang ini ialah komponen kemahiran hidup, kesenian dan kesihatan. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam aspek kemahiran hidup dan

penghayatan keseniaan dan kesihatan. Antara mata pelajaran yang terkandung dalam komponen ini ialah Kemahiran Hidup, Pendidikan seni, Pendidikan Muzik, serta pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Namun, berdasarkan reka bentuk kurikulum transformasi KSSR dapat dilihat terdapat enam tunjang yang membawa kepada perkembangan individu secara seimbang dengan pemikiran kreatif dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi. Setiap tunjang ini mempunyai penegasan dan fokus tersendiri iaitu kategori bidang ilmu yang relevan dengan keperluan setiap tunjang. Jika kita lihat di dalam KSSR reka bentuk yang digunakan lebih spesifik dan jelas berbanding dengan KBSR. Dalam tunjang yang pertama iaitu tunjang komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi.

Interaksi yang dimaksudkan sama ada berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalam bahasa pengantara yang yang berlaku di digunakan bilik darjah.

bagi tujuan pengajaran

dan pembelajaran

Melalui tunjang komunikasi, murid didedahkan dengan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis selain nilai tambah kemahiran menaakul. Jika kita lihat di dalam KBSR hanya menekankan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur , membaca dan menulis sahaja tetapi dalam KSSR, tunjang komunikasi ditekankan dengan satu lagi 32

kemahiran berbahasa yang amat penting iaitu menaakul.

Hal ini jelas menunjukkan KSSR merupakan satu tranformasi baharu yang dilakukan untuk meningkatkan lagi kecekapan berbahasa murid sehingga tahap yang tertinggi iaitu proses penaakulan. Murid dituntut menguasai kemahiran-kemahiran di bawah bidang pembelajaran dalam tunjang komunikasi kerana ia memberi kesan kepada proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Tunjang kerohanian, sikap dan nilai iaitu tunjang yang kedua pula menekankan aspek kerohanian, sikap dan nilai perlu dibangunkan dengan berkesan supaya insan yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara memahami, menghayati dan seterusnya mengamal nilai dan norma kemasyarakatan yang mencerminkan keperibadian yang menepati identiti Malaysia.

Tunjang ini juga memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang fokus kepada pengamalan ilmu agama dan kepercayaan, sikap dan nilai. Maka, bidang ilmu yang relevan dengan perkara tersebut seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menjadi teras kepada ini.Tunjang ketiga iaitu tunjang kemanusiaan yang dibina sejajar dengan keperluan pendidikan di Malaysia yang bertanggungjawab menyediakan individu yang bukan hanya memahami, malah menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan kemasyarakatan & alam sekitar setempat, negara dan global. Kesedaran tentang perkara ini akan mendorong kepada pengupayaan konsep pembangunan berterusan

(sustainable development ) dan pembangunan sumber tenaga berterusan (sustainable and renewal energy). Selain itu, tunjang ini juga memberi penekanan kepada penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan agama, agenda perpaduan perlu dijadikan agenda utama yang menjadi teras kepada usaha pembangunan negara. Di samping itu, semangat patriotisme perlu ditanam dalam diriindividu bermula dari peringkat awal persekolahan lagi. Oleh yang demikian, tunjang 33

kemanusiaan memberi ruang untuk perkembangan dan pembangunan ilmu, kemahiran dan nilai yang ada perkaitannya dengan bidang ilmu Sains Sosial seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi dan unsurunsur Pendidikan Alam Sekitar.

Seterusnya, Tunjang Keterampilan Diri yang menjurus kepada salah satu agenda pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai keperibadian berketrampilan (Towering Personality). Individu tersebut mempamerkan ciri-ciri seperti mempunyai jati diri yang kukuh, berdaya saing, berilmu pengetahuan, berintegriti, patriotik, rasional dalam tindakan dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupanhariannya. Ciri-ciri ini tidak mampu dijelmakan dan dinilai melalui pentaksiran bertulis. Namun, pengamalan dan penghayatan nilai dan ciri tersebut mampu ditonjolkan melalui penglibatan dalam aktiviti(kurikulum) dan kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan diperingkat sekolah, daerah mahupun kebangsaan.

Tunjang ketrampilan diri memberi tumpuan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kokurikulum. Penglibatan dalam aktiviti sedemikian memberi ruang dan peluang kepada individumurid untuk menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam penglibatan dalam kegiatan kokurikulum di luar sekolah. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum memberi peluang kepada murid memperkembangkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan tunjang yang mendukung hasrat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan seimbang darisegi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya.

Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan Jasmani danKesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat tunjang ini. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan. Potensi estetika 34

merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni visual dan muzik. Sejajar dengan

perkembangan komunikasi teknologi maklumat, reka bentuk tunjang literasi Sains dan Teknologi adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan tersebut impak cabaran abad ke-21 menuntut supaya modal insan yang dibangunkan perlu dilengkapi dengan ilmu, kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi.

Diperingkat asas, murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap saintifik berkaitan numerasi, proses sains, kemahiran menganalisis di samping kemahiran ICT. Tunjang ini menunjukkan perbezaan utama antara KBSR dan KSSR. Murid perlu memahami konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab. Pengetahuan dan kemahiran asas sains menjadikan murid celik sains dan menyediakan mereka dengan peluang untuk menghuraikan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. Di dalam KBSR, pentaksiran yang digunakan diberi penekanan kepada penilaian formatif dan sumatif. Contoh penilaian sumatif dalam KBSR ialah Penilaian Kemajuan Berasakan sekolah (PKBS). Skop penilaian merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor serta sikap bakat dan minat murid. Guru merancang dan melaksana cara bagaimana menilai perkembangan dan pencapaian murid secara berterusan. Maklumat dikumpul digunakan untuk merancang tindakan susulan sama ada serta merta atau selepas pengajaran satu-satu unit pembelajaran.

Tindakan susulan yang dibuat berbentuk aktiviti pemulihan atau pengayaan sejajar dengan tahap kebolehan murid. Seterusnya, ujian yang diberi penekanan dalam KBSR ialah ujian sumatif. Contoh ujian sumatif yang ialah Ujian Penilaian Sekolah rendah (UPSR) yang dikendalikan oleh Lembaga peperiksaan untuk menguji pencapaian murid. Aspek penilaian yang diutamakan berfokus kepada domain kognitif, iaitu penguasaan 35

kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira). Antara mata pelajaran yang diuji termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains. Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam pula, Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) dikendalikan bertujuan mengenalpasti penguasaan amalan asas fardu ain yang betul dan sempurna sepertimana yang ditentukan syarak. Sepertimana yang kita sedia maklum, pentaksiran dalam KBSR terdapat beberapa kelemahan berbanding KSSR dan kerana tidak pentaksiran menyumbang KBSR kepada dilihat aspek

beorientasikan

peperiksaan

pembangunan modal insan. Murid dalam sistem pentaksiran KBSR belajar hanya untuk mengambil peperiksaan semata-mata dan kurang mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian. Sebagai contoh, apabila tamat menghadapi UPSR murid akan melangkah ke sekolah menengah, murid tidak dapat membuat perkaitan antara mata pelajaran yang dipelajari ketika sekolah rendah dan mengaitkan dengan mata pelajaran di sekolah menengah. Hal ini kerana, murid hanya belajar untuk menjawab peperiksaan semata-mata. Hal ini dilihat menjadi kelemahan utama dalam sistem pentaksiran KBSR.

Bagi

menangani

kelemahan-kelemahan

yang

terdapat

dalam

pentaksiran KBSR, maka pembaharuan lain diperkenalkan dalam sistem pentaksiran KSSR adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki

pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan. Pentaksiran yang digunakan di dalam KSSR dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran, menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai serta bersifat autentik dan holistik. Terdapat lima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan pusat serta pentaksiran pusat.

Di bawah pentaksiran sekolah, setiap sekolah bertanggungjawab melaksanakan sistem pentaksiran sendiri yang dirancang dan diperiksa guru 36

membabitkan murid, ibu bapa dan organisasi luar yangdipecahkan kepada dua iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini. Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah. Pembaharuan lain ialah segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio.

Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa. Portfolio adalah kaedah pengumpulan hasil kerja murid yang sistematik dan menjadi bukti perkembangan murid sepanjang tempoh pembelajarannya. Dokumen ini dibahagikan kepada dua iaitu portfolio perkembangan dan pameran. Portfolio perkembangan menunjukkan perkembangan pembelajaran murid dari

semasa ke semasa, membantu guru memantau perkembangan dan membuat pentaksiran serta membolehkan murid melakukan penilaian kendiri dalam menetap matlamat yang hendak dicapai.

Dokumen itu turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai perkembangan pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau kelemahan murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid. Portfolio pameran mempamerkan tahap penguasaan dan pencapaian murid pada akhir tempoh pembelajaran mereka selain sebagai bahan bukti untuk rujukan dan penilaian akan datang, memberi maklumat aptitud murid kepada guru yang akan mengajarnya pada tahun berikutnya serta dijadikan penilaian untuk pemberian penghargaan.

Namun,

terdapat

beberapa

aspek

dalam

KSSR

masih

lagi

mengekalkan aspeky ang digunakan dalam KBSR. Antara persamaan KBSR 37

dan KSSR dapat dilihat dari aspek pedagogi. Pedagogi yang ditekankan di dalam KBSR dan KSSR mempunyai persaman iaitu kemahiran berfikir dalam p&p, aplikasi kecerdasan pelbagai dalam p&p, penggunaan TMK, pengajaran berasaskan kajian masa depan, pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran akses kendiri, pembelajaran masteri dan belajar cara belajar.

Seterusnya, persamaan lain antara KBSR dan KSSR ialah dari aspek peruntukan masa. Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu diperuntukan sebanyak 360 minit seminggu manakala Bahasa Inggeris pula 300 minit seminggu. Masa yang diperuntukan untuk pelaksanaan KBSR dan KSSR ialah 1380 minit seminggu (satu waktu pengajaran dan pembelajaran ialah 30 minit). Selain itu, pihak sekolah dikehendaki memilih sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek guru, murid serta prasarana sekolah.

Kesimpulannya, perubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan yang seimbang dengan kurikulum pendidikan di negara ini agar murid-murid yang menjadi pelapis generasi akan datang tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia. Sehubungan dengan itu, penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan dalam sistem pendidikan negara dengan mewujudkan KSSR secara berperingkat-peringkat dengan harapan dapat memenuhi aspirasi negara ke arah negara maju. Meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke21. Guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan P&P yang berkesan dan kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan.

38

TUGASAN 3
PENULISAN REFLEKSI

39

RIFLEKSI KENDIRI

Bismillahirahmanirahim

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat juga saya menyiapkan tugasan MTE 3102 ini. Sebenarnya tugasan ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu tugasan 1 yang berkaitan dengan tonggak dalam pendidikan matematik. Manakala tugasan 2 pula merupakan penulisan esei berkaitan dengan KBSR dan KSSR. Tugasan 3 pula adalah penulisan refleksi. Sesuai dengan statusnya sebagai subjek major yang membawa jam kredit 2+1 , tugasan ini adalah bermakna dan juga memberikan banyak pengalaman secara lansung dan tidak lansung kepada saya. Semasa menjalankan kajian dan menyediakan laporan banyak ilmu ilmu baru yang telah saya belajar. Pertama , saya belajar untuk merancang kerja denga baik. Pada peringkat awal saya telah mebuat jadual kerja dengan menetapkan tarikh dan hari yang sesuai untuk mencari maklumat. Banyak maklumat yang diperolehi dari bahan bacaan modul yang dibekalkan. Tidak cukup dengan itu, penggunaan teknologi maklumat untuk mendalami dan mencari maklumat tambahan diperlukan untuk menyiapkan tugasan 1 ini.

Untuk peghasilan laporan kajian, saya rasa sungguh seronok kerana saya seolah-olah telah menyiapkan satu laporan penyelidikan. Walaupun

sebenarnya ia merupakan satu esei yang biasa namun tugas ini ternyata memberi pengalaman baru kepada saya. Saya yakin pengalaman meyiapkan tugasan ini akan membantu saya untuk masa-masa yang mendatang.

Mengumpul maklumat yang berkaitan dengan tonggak dalam pendidikan matematik ini sangat membantu saya untuk mengulangkaji semula apa yang telah dipelajari. Dengan mencari rujukan , artikel dan nota-nota yang berkaitan daripada pelbagai sumber dan memindahkan input terseput ke

dalam bentuk esei dan nota grafik, saya dapat mendalami tajuk-tajuk tersebut secara lebih jelas. Saya dengan juga belajar cara untuk mengurus grafik saya dengan sebaik mungkin. Hal demikian ini kerana untuk membina grafik yang 40

menarik, ringkas dan padat kita memerlukan perancangan yang tersusun. Jika kita gagal merancang daripada awal , saya yakin hasil kerja akhir yang kita hasilkan adalah tidak kemas dan mengalami banyak kekurangan.

Saya mengalami sedikit kesukaran dalam mencari bahan kerana bahan yang dicari adalah dalam Bahasa Inggeris, namun tugasan yang saya lakukan adalah dalam Bahasa Melayu. Jadi saya mengambil masa yang agak panjang untuk menterjemah bahan-bahan tersebut. Alhamdulilah saya berjaya berperang dengan masa yang singkat dan kekangan kerja-kerja yang lain dengan menyusun jadual waktu kerja saya dengan sebaik mungkin.

Saya akui bahawa sebagai seorang guru amat mencabar pada masa kini. perlu memahirkan diri dalam segenap subjek. Untuk subjek MTE 3102 ini saya rasa ia merupakan satu subjek yang saya perlu berikan sepenuh perhatian dan komitmen kerana sebagai seorang guru, saya perlu menanam dan menyemai pengetahuan ke dalam diri setiap anak didik saya. InsyaAllah selagi saya mempunyai kudrat saya akan menyampaikan ilmu-ilmu di dalam subjek ini kepada setiap murid saya dengan sehabis baik.

Sejujurnya bagi saya tugasan MTE 3102 ini adalah sangat menarik dan berbeza dengan subjek-subjek yang lain. Berteraskan penggabungan pemerolahan, penguasaan dan pemindahan ilmu yang merangkumi semua sub topik yang terkandung dalam sukatan pelajaran ia merupakan satu tugasan yang sangat bermakna dan memberikan banyak pengalaman kepada saya. Sebagai pelajar dan juga melaksanakan tugasan ini banyak input-input yang saya peroleh ketika mengumpul maklumat ,kekita menyiapkan laporan dan juga ketika membuat perbincangan bersama pensyarah dan juga rakanrakan.

Tugasan ini juga telah banyak mengajar saya untuk mendisiplinkan diri saya. Hal ini demikian kerana semasa menyiapkan tugasan ini saya perlu akur pada masa yang telah ditetapkan untuk menghantar tugasan ini. Dengan itu tidak dapat tidak saya harus mendisiplinkan diri dengan masa agar tugasan siap dengan sepenuhnya pada waktu yang ditetapkan. 41

Akhir kata saya sangat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.Saya sedar mungkin terdapat kesilapan-kesilapan di dalam tugasan ini namun semua itu adalah adat kerana dalam mempelajari sesuatu manusia sentiasa tidak lari dengan kesalahan-kesalahan yang tidak disangkasangka walaupun kita merasakan kita telah melakukan hasil kerja yang terbaik.

Sekian.

Wassalam.

Aminul azam bin abdul mukti Sains 2 Semeste 5 2013

42

RUJUKAN /
BIBLIOGRAFI

43

RUJUKAN

Abd. Halim, Othman, Nor Azita, Hazmeh. (2011). KSSR : Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Choong Lean Keow. (2009). Siri Pendidikan Perguruan : Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Bdn Bhd.

Helen Ten ( 1996). Manual Olahraga : Manual Olahraga Petaling Jaya, Selangor : Junjuara Publications Sdn. Bhd.

http://panitiapjksktdh2.blogspot.com/2011/01/perbezaan-antara-kbsr-dankssr.html

http://jpnpp.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=92%3A minda-kssr-bakal-lahir-minda-kelaspertama&catid=42%3Arokstories&lang=en

http://www.scribd.com/doc/55409333/TOPIK-2-PENGENALAN-KEPADAKBSR-DAN-KSSR-2-

http://psbtpnsarawak.wordpress.com/2011/01/31/kssr-kurangkan-tekananpeperiksaan-bina-modal-insan-berkesan/

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KSSRkurangkantekananpeperiks aan_binamodalinsanberkesan/Article/print_html

44

LAMPIRAN

45

46

47

48

Vous aimerez peut-être aussi