Vous êtes sur la page 1sur 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM: PPG NAMA PELAJAR:

KOD DAN NAMA KURSUS: BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

SEMESTER: 6

TARIKH MULA:

15 FEBRUARI 2014

TARIKH HANTAR:

22 MAC 2014

Hasil Pembelajaran Kursus : 1. 2. 3. 4. Menjelaskan tentang semantik; fitur makna; makna leksikal; dan makna ayat. Menghuraikan perubahan semantik; dan teori pembuktian. Membanding beza ketaksaan dan kekaburan makna serta makna peribahasa. Menerangkan skema tatacara pembentukan istilah; sumber istilah; aspek tatabahasa dan semantik peristilahan bahasa Melayu. Menilai dan menentukan istilah yang betul daripada segi singkatan, lambang, ejaan, dan tatabahasa.

5.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 4 dan 5. Objektif Kerja Kursus: Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas yang berikut: 1. 2. Menghuraikan definisi semantik. Mengklasifikasikanistilah semantik dan makna leksikal yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Mengenal pasti dan menjelaskan tatacara pembentukan istilah asing yang yang terdapat dalam bahasa Melayu.

3.

4.

Mengenal pasti dan membuat analisis penggunaan istilah asing yang terdapat dalam bahasa Melayu (menggunakan artikel terpilih) serta menentukan sama ada istilah tersebut betul dari segi singkatan, lambang, ejaan dan tatabahasa. Mengenal pasti satu isu/masalah yang dihadapi oleh murid berkaitan dengan semantik dan melaksanakan pengajaran bagi menyelesaikan permasalahan tersebut di dalam bilik darjah serta hasilkan laporan pelaksanaan PdP tentang isu semantik tersebut. Menulis satu laporan reflektif tentang pemahaman anda terhadap tugasan yang dilaksanakan dengan memasukkan refleksi kendiri dalam laporan tersebut.

5.

6.

Tugasan Projek (100%) Sarjana Yunani dan Rumawi pada zaman silam mengkaji makna dan perubahan makna kerana berpendapat bahawa perkara yang melibatkan makna berhubungan dengan pemikiran dan nilai manusia. Oleh hal yang demikian, kajian makna dan fungsi perkataan terus dikaji dalam setiap bahasa. Idea pernyataan makna didasarkan daripada asosiasinya dengan perkataan-perkataan lain. Dalam hal ini, Abdullah (2005) berpendapat bahawa kajian makna melibatkan bahan yang tidak dapat dilihat, bersifat abstrak dan berdasarkan konteks tertentu. Oleh itu, kajian tentang hubungan perkataan dengan makna dalam bahasa Melayu wajar dikaji terdapat perubahan akibat pengembangan, penyempitan kerana kadangkala

dan anjakan makna. Perkembangan

bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu juga memerlukan istilah-istilah tertentu bagi mendukung konsep atau perkara yang baharu timbul dalam masyarakat pengguna bahasa. Oleh itu, satu tatacara pembentukan istilah diperlukan bagi memastikan penggunaan istilah asing tepat untuk mendukung konsep tertentu dalam bahasa Melayu. Berdasarkan pernyataan di atas: 1. Dalam kumpulan bertiga, buat pembacaan, laksanakan kajian pemerhatian dari segi

definisi, perbezaan istilah semantik, klasifikasi makna leksikal dalam bahasa Melayu, faktor perubahan semantik danmembuat analisis penggunaan istilah asing yang terdapat dalam bahasa Melayu (menggunakan artikel terpilih antara tahun 2012-2013, artikel ini perlu dilampirkan) serta tentukan sama ada istilah tersebut betul dari segi singkatan, lambang, ejaan dan tatabahasa. (40%).

2.

Kenal pasti satu isu/masalah yang berkaitan dengan semantik yang dihadapi oleh murid dan PdP dalam sesi pengajaran untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.

laksanakan

SediakansatuRancangan Pengajaran Harian (RPH) dan laporan pelaksanaan semantik tersebut (40%).

PdP tentang isu

3.

Anda juga (secara individu) perlu menulis satu laporan reflektif tentang pemahaman anda

terhadap tugasan yang dilaksanakan dengan memasukkan refleksi kendiri dalam laporan tersebut. (20%). Panduan Pelaksanaan Projek 1. 2. 3. Tugasan ini ialah tugasan berkumpulan (tiga orang) Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat. Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut : 3.1. Muka depan hendaklah mengikut templat terkini 3.2. Fon - Arial 3.3. Saiz huruf - 11 3.4. Langkau baris - 1.5 3.5. Rujukan mengikut format APA (AmericanPsychologicalAssociation) 3.6. Lampiran adalah wajib 3.7. Jawab dalam bahasa Melayu sahaja Panjang tugasan adalah antara 2,500 hingga 3,000 perkataan atau tidak melebihi 15 muka surat termasuk persembahan visual). Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan. Amalan plagiat tidak dibenarkan. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%.

4. 5. 6. 7.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria yang berikut : (mengikut kehendak soalan tugasan) 1. 2. Liputan isi kandungan perlu menyeluruh, konsisten dan terperinci. Tugasan anda haruslah meliputi perkara yang berikut : a. Pengenalan yang menarik dan dapat mengupas definisi semantik dan mengklasifikasikan makna leksikal yang terdapat dalam bahasa Melayu

b. Perkembangan tatacara pembentukan istilah asing yang menjadi istilah dalam bahasa Melayu dihuraikan dalam bentuk grafik yang menarik dan kreatif serta analisis penggunaan istilah asing yang terdapat dalam bahasaMelayu dipersembahkan secara kreatif. c. Pelaksanaan PdPtentang masalah semantik yang dihadapi oleh murid dilaksanakan secara terancang dengan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang menarik dan berkesan. Rumusan/cadangan dihuraikan secara bernas dan menjawab persoalan tugasan.

d. 3. 4.

Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah.

5. 6. 7.

Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren. Penulisan esei/laporan/refleksi harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan serta kematangan hujah. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber daripada 3 buah buku, 3 Internet, 3 jurnal, 2 bahan bercetak yang lain). Sediakan hasil laporan kajian dalam bentuk esei akademik secara bercetak ( hardcopy) dan salinan lembut (softcopy- CD).

8.

Tugasan disediakan oleh:

Disemak oleh:

(HABIBAH BINTI MOHD SAMIN) Penyelaras Kursus BMM3111 Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ipoh

(KHAIRULANUAR B. ISMAIL) Pakar Bidang (SME) Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ipoh

Disahkan oleh:

(DR. SHAHARUDIN BIN SHAARI) Ketua Jabatan Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ipoh

Vous aimerez peut-être aussi