Vous êtes sur la page 1sur 1

AMALAN GAYA HIDUP LESTARI Assalamualaikum dan seamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar Sekolah

Kebangsaan Paya Jaras 2, Encik Mahmood Bin Asri, guru-guru dan murid-murid sekalian. Terima kasih kerana sudi mengundang saya untuk menyampaikan ceramah bersempena dengan Minggu Alam Sekitar di sekolah ini. Tajuk ceramah saya pada pagi ini ialah Gaya Hidup Lestari. Hadirin sekalian, Gaya hidup lestari ialah gaya hidup mesra alam yang perlu diaplikasikan dalam semua aktiviti harian kita. Gaya hidup lestari sangat penting kerana hubungan antara manusia dengan alam sekitar bagaikan aur dengan tebing. Manusia memerlukan alam sekitar sebagai tempat tinggal, sumber makanan, sumber perubatan, sumber bahan mentah serta sumber rekreasi dan pendidikan. Namun begitu, pencemaran udara telah menggangu keseimbangan alam sekitar. Pencemaran ini berlaku akibat bahan pencemar seperti habuk, debu, asap dan gas-gas beracun di udara. Di negara kita, pencemaran udara banyak berpunca daripada pelepasan asap kenderaan bermotor. Hadirin yang dihormati, Terdapat beberapa gaya hidup lestari yang dapat kita praktikkan dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar. Antara gaya hidup lestari itu termasuklah berbasikal bagi tujuan jarak dekat. Di negara-negara maju seperti Denmark dan Jepun, penggunaan basikal sebagai pengangkutan yang mesra alam telah Berjaya mewujudkan kehidupa n lestari. Amalan berbasikal ini perlu dipraktikkan di Negara kita bagi mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor. Selain mesra alam dan menyihatkan tubuh badan, berbasikal merupakan kos pengangkutan yang paling murah. Pencemaran udara, bunyi bising dan kesesakan lalu lintas turut dapat diminimumkan. Akhir kata, marilah kita sama-sama mengamalkan gaya hidup lestari untuk memelihara alam sekitar dan melindungi kesihatan kita. Saya yakin bahawa dengan adanya kesedaran dan kerjasama semua pihak, alam sekitar akan bersih daripada pencemaran air, udara dan bunyi. Sekian, terima kasih.

Vous aimerez peut-être aussi