Vous êtes sur la page 1sur 28

FINANCIAL AND PHYSICAL MANAGEMENT IN

EDUCATION











LECTURER:
DR. FAUZI HUSSIN


AKAUNTABILITI DALAM PENGURUSAN KEWANGAN






a) Kepertanggungjawaban
(Kamus Istilah Pentadbiran Perniagaan Pengajian Tinggi DBP)

b) Bertanggungjawab kepada seseorang mengenai
sesuatu
(Kamus DWI Bahasa DBP)

c) Responsible, Liable or Explainable
(Webster's New World Dictionary)

d) Liability To Give Account For Something To
Somebody, Responsibility To Fulfill Obligation
(Lambers 20th Century Dictionary)

Integriti dikaitkan dengan nilai-nilai murni seperti
jujur, amanah, telus, tulus, adil dan saksama,
berkecuali dan kebolehpercayaan.

Penjawat awam yang mempunyai dan
mengamalkan prinsip ini tidak bersikap
mementingkan diri sendiri sebaliknya lebih
mengutamakan kepentingan orang ramai.

Mengikut undang-undang dan peraturan agar
memastikan semua sumber diurus dengan
cekap, berkesan dan tidak membazir

Memastikan tugas-tugas yang dilaksanakan
menepati dan mencapai objektif yang ditetapkan

Akauntabiliti ditakrifkan sebagai tanggungjawab
individu atau organisasi yang menjalankan tugas
dan tanggungjawab menguruskan sumber-sumber
awam melalui perwakilan kuasa.

Mereka yang menerima kuasa itu perlu melaporkan
balik kepada pihak yang mewakilkan kuasa segala
yang dicapai melalui kuasa yang diterima.

Mereka juga adalah bertanggungjawab untuk
bagaimana kuasa yang diwakilkan kepadanya
digunakan.

'Biar Pengurus Mengurus Falsafah
Perbendaharaan dalam sistem pengurusan kewangan.

Selaras dengan Falsafah, Perbendaharaan telah
menurunkan kuasa untuk melakukan perbelanjaan
serta agihan dan pindaan peruntukan sama ada
belanjawan mengurus mahupun pembangunan.

Perbendaharaan juga melonggarkan pelbagai syarat
dan peraturan dengan harapan pengurus-pengurus
awam akan dapat mengendalikan pengurusan
mereka dengan cekap dan berkesan tanpa merujuk
setiap cadangan untuk persetujuan ke pihak atasan
termasuk Perbendaharaan.

Tanpa akauntabiliti, perwakilan kuasa hanya akan
merupakan penyerahan kuasa sahaja tanpa
menggariskan apa yang sepatutnya dihasilkan
melalui penggunaan kuasa.
Mengelakkan tindakan
mahkamah dan surcaj
Mengelakkan rasuah dan
penyelewengan
Mengelakkan pembaziran sumber
kewangan, tenaga dan masa
Mengelakkan kekurangan kutipan
hasil
Perancangan cekap dan
berkesan
Kebaikan
Akauntabiliti
dalam
pengurusan
kewangan
PRINSIP UTAMA PENGURUSAN KEWANGAN
LEGALITI
Legaliti bermaksud pengurusan
kewangan mestilah mematuhi semua
undang-undang dan peraturan yang
digubal untuknya. Legaliti yang harus
dipikul oleh seseorang pengetua di
dalam sekolah termasuk terimaan wang
awam, simpanan wang awam,
pengeluaran wang awam, bayaran
wang awam dan perakaunan wang
awam.
AKAUNTABILITI
Akauntabiliti bermaksud
obligasi seseorang untuk
memberi jawapan dan
penjelasan mengenai tindakan
dan prestasinya kepada pihak
yang berhak untuk mendapatkan
jawapan dan penjelasan
mengenai sesuatu yang
dipertanggungjawabkan ke
atasnya.
BENTUK AKAUNTABILITI
AKAUNTABILTI KEWANGAN
Memberi jaminan bahawa
akaun-akaun yang
diselenggarakan boleh
dipercayai dan segala
urusniaga dijalankan dengan
J ujur, Berintegrasi, Teratur
Serta Mematuhi Undang-
Undang Dan Peraturan-
Peraturan Kewangan.
AKAUNTABILTI PENGURUSAN
Menentukan sama ada penggunaan tenaga kerja, wang dan lain-lain
sumber dibuat dengan cara yang cekap, berkesan dan tiada pembaziran
AKAUNTABILTI PROGRAM
Memastikan sesuatu
program untuk spesifikasi
dan output yang
dilaksanakan dan
impaknya mencapai
objektif / matlamat yang
ditetapkan
Akauntabiliti dalam
PENGURUSAN PEROLEHAN
Akauntabiliti dalam
PENGURUSAN PERBELANJAAN
Akauntabiliti dalam
PENGURUSAN HASIL
Akauntabiliti dalam
PENGURUSAN KEWANGAN
AKAUNTABILITI
DALAM 4 BIDANG
UTAMA
PENGURUSAN
KEWANGAN
1) Akauntabiliti Dalam Pengurusan Perakaunan

Rekod-Rekod kewangan yang lengkap dan kemaskini
Membantu pihak pengurusan membuat keputusan di dalam
perancangan pengagihan peruntukan dan perbelanjaan
Membantu kerja-kerja pengauditan dilaksanakan dengan
berkesan
Urusan rekod dan perakaunan dilaksanakan dengan baik
serta berlandaskan kepada undang-undang dan peraturan
semasa

AKAUNTABILITI DALAM 4 BIDANG UTAMA
PENGURUSAN KEWANGAN
2) Akauntabiliti Dalam Pengurusan Hasil

Menguruskan pengaliran wang tunai dengan berkesan
bagi tujuan pengurusan perbelanjaan yang berkesan dan
sistematik
Menjana pendapatan dan berbelanja berhemah dalam
usaha meringankan beban organisasi
Memungut tunggakan hasil dan bayaran yang belum
selesai dengan cara yang berkesan.
Resit rasmi dikeluarkan dengan segera bagi semua
terimaan wang
Pungutan hasil dihantar ke Pejabat/bendahari dan
dimasukkan ke bank dengan segera
Rekod terimaan disediakan dan dikemaskini

AKAUNTABILITI DALAM 4 BIDANG UTAMA
PENGURUSAN KEWANGAN
3) Akauntabiliti Dalam Pengurusan Perbelanjaan

Perbelanjaan yang dilakukan selaras dengan peraturan
sedia ada.
Tuntutan pembayaran yang dikemukakan untuk bayaran
disokong dengan dokumen-dokumen yang lengkap.
Perbelanjaan tidak boleh melebihi peruntukan yang
diluluskan .
Perbelanjaan perlu mendapat kelulusan pegawai
bertanggungjawab.
Pembayaran dibuat secepat mungkin dan dibuat setelah
barang/perkhidmatan telah sebenar diterima /dilaksana


AKAUNTABILITI DALAM 4 BIDANG UTAMA
PENGURUSAN KEWANGAN
4) Akauntabiliti Dalam Pengurusan Perolehan

Sistem yang melibatkan peraturan dan tatacara
perolehan yang berkesan mestilah dilaksanakan dengan
sepenuhnya
Perolehan hendaklah diuruskan dengan teliti supaya
organisasi dapat pulangan yang terbaik setiap ringgit
yang dibelanjakan
Perolehan dibuat dengan cekap dengan spesifikasi
barang /perkhidmatan ditentukan terlebih dahulu dan
skop kontrak ditetapkan dengan tepat
Dasar, peraturan dan tatacara perolehan dipatuhi
sepenuhnya
AKAUNTABILITI DALAM 4 BIDANG UTAMA
PENGURUSAN KEWANGAN
1) Kawalan Pengurusan


MPK dan FM tidak lengkap - carta organisasi tidak
kemaskini, proses kerja /carta alir setiap aktiviti tidak
disediakan
Surat penurunan kuasa secara bertulis tiada dibuat
Pemeriksaan mengejut tidak dilaksanakan
Kursus berkaitan kewangan tidak dilaksana/tidak diberi
latihan sekurang-kurangnya 7 hari
PENEMUAN AUDIT BERKAITAN AKAUNTABILITI
2) Pengurusan dan Kawalan Hasil


Pegawai yang memungut wang tidak diberi kuasa
Pengagihan tugas bagi mengeluarkan resit, merekod
pungutan dan menghantar wang ke pejabat bendahari tidak
diadakan
Kelewatan penghantaran wang kutipan ke bendahari dan
kelewatan menghantar wang tunai melebihi had maksimum
RM300.00 oleh PTJ
Perekodan berbeza di borang Daftar Penerimaan Wang
dengan di resit
Kawalan resit terimaan di PTJ yang longgar
PENEMUAN AUDIT BERKAITAN AKAUNTABILITI
3) Pengurusan Kawalan Perbelanjaan


Peruntukan perbelanjaan tidak atau kurang digunakan
Daftar Bil tidak dicetak setiap bulan untuk semakan
Invois lebih awal diterima dari tarikh Pesanan Tempatan
dikeluarkan
Invois / bil dari pembekal tidak dicop tarikh terima dan lewat
dibayar
Pembelian yang melebihi RM500 tidak menggunakan
Pesanan Tempatan
Pembayaran telah dijelaskan Tanpa Barang dibekalkan.
PENEMUAN AUDIT BERKAITAN AKAUNTABILITI
4) Pengurusan Perolehan


Kelulusan permohonan perolehan lewat dari tarikh
invois/pesanan Tempatan
Perolehan terus tanpa pelawaan sekurang-kurangnya 2
sebutharga
Pecah kecil perolehan untuk mengelak sebut harga dan
tender
Kajian pasaran untuk tujuan semakan harga terbaik kurang
dijalankan
PENEMUAN AUDIT BERKAITAN AKAUNTABILITI
5) Pengurusan Aset dan Inventori


J awatankuasa Pengurusan Aset Alih belum dilantik/ tidak
aktif
Pegawai Penerima Aset tidak dilantik
Aset dan Inventori tidak dilabel barkod
Penjagaan Aset/Inventori Dan Stok Barang tidak diberi
perhatian
Pembelian Aset bernilai tinggi tidak dimanfaat
Buku Log kenderaan tidak diselenggara lengkap dan
kemaskini
PENEMUAN AUDIT BERKAITAN AKAUNTABILITI
5) Pengurusan Aset dan Inventori


Aset rosak yang tidak boleh dibaiki tapi tidak
dilupuskan
Verifikasi Stok Dan Aset/Inventori tahunan tidak
dijalankan
Daftar Aset/Inventori Dan Buku Stok tidak
direkodkan dengan lengkap dan kemaskini
Kehilangan aset yang lewat dilapor/ tindakan
belum/lewat diambil

Supervision kurang memuaskan
Interest tidak ada atau kurang
Knowledge lemah
Action tidak bersungguh-sungguh
Procedures and workflow tidak ada atau tidak
lengkap
PUNCA-PUNCA KELEMAHAN

a. Pihak pengurusan perlu mengadakan satu organisasi yang teratur dan jelas
dimana kerja perancangan, perlaksanaan dan pengurusan kewangan terjalin
rapi dan diselaraskan
b. Sistem akauntabiliti perlu diwujudkan disemua jabatan/unit dengan menetapkan
tugas dan tanggungjawab setiap staf dan perlu mengandungi penentuan had
kuasa secara bertulis;
kuasa meluluskan pembelian
kuasa menerima wang
kuasa menguruskan stok
kuasa menyimpan rekod-rekod kewangan
c. Mengadakan panduan panduan kerja yang bertulis dan didokumenkan melalui
undang-undang, prosedur kerja (MPK/FM), peraturan dan arahan-arahan yang
spesifik

TINDAKAN UNTUK MENINGKATKAN
AKAUNTABILITI

d. Mengadakan sistem kerja yang telus serta mengujudkan suasana kerja yang
sihat
e. Sistem belanjawan berkesan bagi pengagihan dan pembahagian peruntukan
kewangan

f. Mengawas dan mengawal penggunaan tenaga manusia, aset dan perkhidmatan

g. Staf cukup dan mahir dapat menjalankan tugas dengan baik serta mencapai
potensinya

h. Sistem pengawalan dan pengesanan prestasi kewangan adalah cekap dan
berkesan serta sentiasa dipertingkatkan.


TINDAKAN UNTUK MENINGKATKAN
AKAUNTABILITI


i) Penguatkuasaan diambil perhatian agar arahan-arahan dan peraturan jabatan
dilaksanakan dengan tegas dan berkesan.

j) Akauntabiliti di peringkat individu ditingkatkan melalui perubahan-perubahan
diri seseorang ndividu itu dengan penerapan nilai-nilai murni dan positif seperti
bersih, cekap dan amanah


TINDAKAN UNTUK MENINGKATKAN
AKAUNTABILITI

Gagal mengutip apa-apa wang terhutang yang
dipertanggungjawabkan kepadanya
Membuat bayaran tidak mengikut peraturan atau tidak diluluskan
sewajarnya
Bertanggungjawab atau sabit dengan apa-apa kekurangan atau
pemusnahan wang, barang-barang simpanan atau harta lain
Gagal menyimpan atau memantau akaun atau rekod-rekod kewangan
dengan lengkap
Gagal atau bertanggungjawab bagi sebarang kelewatan dalam
pembayaran


TINDAKAN SURCAJ
Seksyen 14 Akta Badan Berkanun (Tatatertib Dan
Surcaj 2000)



Tadbir urus yang terbaik perlu menekankan tentang
kepimpinan, pengurusan serta sistem dan prosedur
dalam mewujudkan akauntabiliti dan kredibiliti dalam
pengurusan sebuah organisasi.

Vous aimerez peut-être aussi