Vous êtes sur la page 1sur 4

ANALISIS CARTA PECAHAN

Rajah 1: CONTOH CARTA PECAHAN

Merujuk kepada carta pecahan yang disediakan yang juga sama seperti contoh di atas, kemahiran yang dapat diperolehi dengan hanya merujuk kepada carta pecahan tersebut ialah konsep pecahan itu sendiri. Murid akan dapat memahami dengan lebih mudah konsep pecahan wajar, pecahan setara, pecahan bentuk termudah dan penambahan pecahan dengan rujukan bahan yang boleh tampak (maujud) dan jika ditambah dengan kreativiti, pasti menjadikan carta pecahan yang menarik dan dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) di dalam kelas.

Carta pecahan terdiri daripada jalur yang berbentuk segi empat tepat yang terbentuk daripada jalur kertas untuk menunjukkan bahagian berlainan daripada keseluruhan yang sama. Jalur pecahan boleh dipotong dan dimanipulasi mengikut kemahiran-kemahiran Matematik yang diperlukan. Keratan jalur pecahan boleh diguna untuk menambah bahagian yang berbeza untuk menunjukkan bahagian yang berbeza boleh ditambah dan menjadi satu pecahan lain. Ianya boleh digunakan untuk menunjukkan pecahan setara dan untuk menunjukkan jumlah pecahan samada lebih besar atau lebih kecil atau sama.

Melalui carta pecahan, murid dapat menggambarkan dan meneroka hubungan pecahan dimana murid akan dapat memanipulasi bahagian-bahagian pecahan daripada satu keseluruhan (same whole). Ini kerana murid dapat melihat bahawa konsep pecahan ialah sebahagian daripada satu, maka konsep pecahan wajar dapat difahami secara terus.

ANALISIS CARTA PECAHAN Pecahan wajar ialah pecahan yang nilai penyebutnya adalah kurang daripada 1. Sebagai contoh:

Rajah 2: contoh konsep pecahan wajar Selain itu, kemahiran kedua yang boleh diperolehi melalui carta pecahan ialah konsep pecahan setara. Pecahan setara boleh disediakan dalam pelbagai warna dan saiz. Konsep bagi pecahan setara ialah pecahan yang sama nilai. Ini boleh dilihat secara terus dan warna amat membantu dalam membezakan nilai pecahan tersebut. Murid akan dapat membandingbeza dengan melihat pecahan setara berpandukan carta pecahan dalam contoh berikut:

Rajah 3: Carta pecahan - Pecahan setara bagi pecahan satu perdua

Rajah 4: Carta pecahan: Pecahan setara bagi pecahan satu pertiga

ANALISIS CARTA PECAHAN Selain itu, kemahiran yang dapat diperolehi dengan berpandukan carta pecahan ialah konsep pecahan bentuk termudah. Pecahan bentuk termudah ialah pecahan yang terkecil. Untuk mencari pecahan yang terkecil hanya melihat kepada jalur di bawah dalam carta. Dalam cara lain, untuk mencari pecahan terkecil ialah membahagi pengangka dan penyebut dengan nombor yang sama. Dengan berpandukan carta pecahan, murid dapat melihat dengan jelas bentuk termudah bagi pecahan yang ada pada jalur di atas dalam carta tersebut.

Kemahiran lain yang boleh diperolehi dalam carta pecahan ini ialah konsep penambahan pecahan. Untuk menjalankan penambahan pecahan, penyebut bagi keduadua pecahan mestilah sama nilai. Jika kedua-dua pecahan itu penyebutnya berbeza, maka salah satu atau kedua-dua pecahan itu perlu ditukar dan ditulis dalam bentuk pecahan setara supaya kedua-dua penyebutnya sama hingga akhirnya penambahan pecahan boleh berlaku. Contoh penambahan pecahan melibatkan carta pecahan:

Rajah 5: Bentuk pecahan setara

Carta pecahan dapat membantu murid untuk membina kefahaman konkrit mengenai pecahan dan nombor bercampur, mengkaji pecahan setara, membanding beza dan mengkaji operasi nombor yang berkaitan dengan pecahan. Dengan sifat carta pecahan ini, ianya adalah konsisten dan sesuai untuk semua peringkat murid. Untuk penggunaan carta pecahan di dalam kelas, adalah lebih baik jika guru dapat menyediakan satu jalur pecahan bagi setiap murid. Set jalur pecahan yang membentuk carta pecahan mudah didapati di internet samada yang sudah berwarna mahu pun yang kosong tanpa warna. Aktiviti mewarna jalur pecahan boleh dijadikan sebagai aktiviti di dalam kelas. Guru juga boleh meminta murid untuk mewarna jalur pecahan berdasarkan soalan yang diberi.

ANALISIS CARTA PECAHAN Antara langkah-langkah atau aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) ialah pertamanya menyediakan jalur pecahan untuk membentuk carta pecahan:

Rajah 6: Jalur pecahan yang membentuk carta pecahan.

Contoh aktiviti membina carta pecahan:

Dengan menggunakan jalur pecahan yang belum dilabel, murid dikehendaki untuk memotong dan menyusun keratan jalur untuk membentuk satu keseluruhan (one whole). Kemudian murid akan melabel setiap jumlah pecahan dengan menggunakan pecahan wajar. Guru akan memperkenalkan murid dengan pengangka dan penyebut. Kemudian, murid akan mengenalpasti pecahan , , , dan menjelaskan perbezaannya. Guru akan

meminta murid untuk membandingkan pelbagai jalur pecahan dan merekod pemerhatian mereka serta berkongsi apa yang mereka dapati kepada keseluruhan kelas. Murid kemudiannya akan dapat memahami perbezaan kepanjangan bagi setiap jalur menunjukkan bahawa jalur yang lebih panjang adalah lebih besar jumlahnya berbanding jalur yang lebih pendek.

Vous aimerez peut-être aussi