Vous êtes sur la page 1sur 12

1

Tajuk : Penggunaan Teknik Hifz Jadid Dalam Membantu Pelajar Kelas 4 Dinamik Untuk Menghafaz Surah Al-Zalzalah Sebagai Surah Hafazan 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Pendidikan Islam menurut (Mohamad Hafedz Salleh & et.al : 2012) ialah mewakili beberapa kaedah yang merealisasikan amalan praktikal pengsyariatan Islam. Agama Islam bukan semata-mata membincangkan persoalan ilmiah dan perkara yang berunsur kognitif, tetapi ia juga berobjektifkan pelaksanaan amali dan praktikal. Ilmu pengetahuan merupakan satu cara untuk merealisasikan pelaksanaan praktikal yang betul. Sehubungan itu, melihat kepada definisi Pendidikan Islam tersebut ,saya selaku guru pelatih yang mengambil opsyen Pendidikan Islam ,Diploma Perguruan Lepasan Ijazah J-Qaf Sekolah Rendah di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh mempunyai cadangan untuk merealisasikan kaedah-kaedah tertentu bagi pengamalan praktikal pensyariatan Islam dalam kalangan pelajar di sekolah yang saya sedang menjalani Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS). Saya menjalani LPBS selama 18 bulan (1 tahun 6 Bulan) di Sekolah Kebangsaan Chepor 31200 Chemor, Perak. Sepanjang tempoh 9 bulan menjalani LPBS , saya telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar subjek Pendidikan Islam kelas 4 Dinamik yang mempunyai bilangan pelajar seramai 20 orang. Ringkasnya, setelah menjalani LPBS selama 9 bulan, saya dapati bahawa semua pelajar di kelas tersebut tidak boleh menghafal surah-surah hafazan yang terkandung di dalam silibus mata pelajaran Pendidikan Islam Tahun 4. Surah-surah hafazan tersebut amat penting untuk dihafal oleh pelajar kerana hafalan surah-surah tersebut akan diuji pada Ujian Lisan apabila mereka berada pada tahun 6 kelak. Oleh itu, perlunya

persediaan awal supaya mereka dapat menghafal surah-surah tersebut dan boleh mengaplikasikannya semasa beribadah kepada Allah.

1.2

Refleksi Pengalaman Pengajaran dan Pembelajaran

Kelas Tahun 4 Dinamik menduduki tangga terakhir di dalam kedudukan Tahun 4 di sekolah tersebut. Disebabkan itu, majoriti daripada pelajarnya terdiri daripada pelajar yang mempunyai masalah di dalam pelajaran terutamanya dari segi untuk menghafal surah-surah hafazan yang terdapat dalam silibus Pendidikan Islam Tahun 4. Selain itu, berdasarkan pemerhatian terhadap kaedah guru Pendidikan Islam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), saya dapati bahawa guru tersebut kurang menekankan untuk menghafal surah-surah hafazan tersebut. Kebiasaannya, guru tersebut hanya membaca surah-surah tersebut manakala pelajar pula hanya mengikuti bacaan guru tersebut. Kadangkala teknik bacaan yang digunakan oleh guru berkenaan juga adalah tidak tepat kerana majoriti pelajar daripada kelas terbabit tidak boleh mengikuti cara bacaan yang dibaca oleh guru tersebut. Secara amnya, bahagian surah-surah hafazan tersebut adalah berfokus kepada teknik menghafal yang betul dan cara bacaan yang tepat. Berikutan itu, peruntukkan masa selama 3 waktu (satu waktu bersamaan 30 minit)n untuk PdP Pendidikan Islam bagi Al-Quran adalah mencukupi untuk guru menerapkan teknik hafazan yang betul kepada pelajar . Tambahan pula, semasa saya menjalankan proses PdP, saya sering menerapkan beberapa teknik hafazan yang betul bagi menghafaz surah-surah hafazan. Majoriti daripada pelajar tersebut lambat untuk menerima dan mengikuti teknik yang diajar serta mengambil masa yang panjang. Biasanya, saya akan memperdengarkan bacaan terlebih dahulu kepada pelajar dan kemudian diikuti oleh pelajar. Seterusnya, saya mengulangi bacaan untuk setiap ayat sebanyak 10 kali bersama dengan pelajar. Teknik pengulangan tersebut juga kurang membantu pelajar untuk menguasai hafazan surahsurah tersebut. Hal ini kerana para pelajar cepat bosan kerana teknik yang digunakan kurang menarik minat pelajar. Justeru, menjadi tanggungjawab saya menyediakan pengajaran (PdP) yang efektif bagi mengelak murid-murid yang lemah daripada masalah ketinggalan dalam pelajaran mereka. Oleh itu, saya telah mengambil alternatif untuk membantu murid tahun 4

Dinamik dalam menghafal surah Al-Zalzalah yang termasuk dalam surah surah hafazan yang terkandung dalam silibus Pendidikan Islam Tahun 4. 2.0 FOKUS KAJIAN Kemahiran menghafaz surah surah hafazan adalah sangat perlu dikuasai pelajar. Hal ini kerana hafazan surah surah tersebut membantu pelajar untuk menjalani Ujian Lisan pada tahun 6 kelak. Oleh sebab itu, kajian ini dijalankan adalah memfokuskan terhadap kaedah menghafaz. Saya telah mengenal pasti punca utama 20 orang pelajar Kelas Tahun 4 Dinamik yang tidak dapat menghafaz surah-surah hafazan iaitu, mereka tidak didedahkan dengan kaedah menghafaz yang betul. Sehubungan itu, saya telah menggunakan kaedah-kaedah menghafaz ayat-ayat al-Quran yang telah diamalkan oleh para penghafaz al-Quran. Terdapat tiga peringkat hafazan iaitu menghafaz ayat-ayat baru (Hifz Jadid), kedua peringkat mengulanggulang hafazan lepas dan ketiga ialah peringkat mengekalkan hafazan yang sedia ada. Namun begitu, bagi peringkat permulaan, saya hanya akan menerapkan kaedah pertama sahaja iaitu Hifz Jadid .

2.1 Tinjauan Dan Analisis Masalah Melalui tinjauan tersebut, timbul kesedaran pada diri saya bahawa betapa pentingnya seseorang murid itu untuk menghafal surah surah lazim yang akan dibaca di dalam ibadah solat harian mereka. Jika murid itu berjaya untuk menghafal surah surah tersebut dengan baik, maka mereka boleh membaca surah-surah tersebut ketika melakukan ibadah solat yang melakukan secara harian. Berdasarkan tinjauan saya, majoriti daripada murid dari kelas ini, tidak dapat menghafal surah surah tersebut dengan baik. Dalam menjalankan kajian ini, saya akan menggunakan beberapa instrumen bagi mengenal pasti masalah pelajar dengan lebih terperinci.

2.1.1 Pemerhatian Menurut Ahmad Sunawari Long (2011), pemerhatian adalah salah kaedah yang penting dalam mendapatkan data. Iainya adalah kaedah klasik yang digunakan dalam kajian bersifat saintifik terutama oleh ahli fizik, ahli astronomi, ahli biologi dan ahli kimia, akan tetapi kurang digunakan dalam kajian sains sosial. Sehubungan itu, saya membuat pemerhatian ke atas murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran melalui respon ketika menjawab soalan yang diberikan, ujian hafazan , latihan membaca dan ujian bulanan.Pemerhatian dibuat untuk melihat tingkah laku dan tindak balas murid terhadap pembelajaran. 2.1.2 Pra dan Pasca Ujian Hafazan Pra Ujian hafazan yang dilakukan adalah untuk melihat tahap ingatan pelajar terhadap surah-surah hafazan yang telah dipelajari. Hasil daripada Pra Ujian Hafazan tersebut membantu saya dalam mengenal pasti punca utama yang dihadapi oleh murid terhadap kemahiran menghafaz surah-surah hafazan. Manakala, bagi Pasca Ujian Hafazan , pelajar akan diuji dari segi hafazan mereka terhadap surah Al-Zalzalah setelah guru mengajarkan mereka Teknik Hafazan Hifz Jadid. 2.1.3 Temu bual Temu bual ialah proses yang dilakukan untuk mendapatkan maklumat melalui hubungan secara lisan dengan mengajukan soalan-soalan berkaitan bersama orang yang ditemu bual ( Ahmad Sunawari Long : 2011). Ia dijalankan secara tidak formal di mana pelajar yang ditemu bual bebas untuk menjawab soalan yang ditanyakan kepada mereka secara terbuka dan bebas untuk menyatakan pandangan mereka. Saya telah memilih 10 orang pelajar daripada kelas 4 Dinamik untuk ditemu bual berdasarkan tindak balas dan tingkah laku yang dilakukan mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

2.2 ANALISIS MASALAH 2.2.1 Analisis Pemerhatian Pemerhatian dilakukan ketika proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru Pendidikan Islam. Saya mendapati ketika sesi membaca ayat-ayat hafazan, tidak semua pelajar di dalam kelas 4 Dinamik boleh mengikuti bacaan ayat-ayat hafazan yang dibaca oleh guru tersebut. Saya juga perhatikan bahawa mereka tidak boleh membaca ayat-ayat hafazan tersebut secara individu mahupun berkumpulan. Para pelajar di dalam kelas ini bergantung sepenuhnya kepada guru membaca ayat-ayat tersebut.Keadaan tersebut menyukarkan mereka untuk menghafaz ayat-ayat hafazan tersebut. 2.2.2 Analisis Pra Ujian Hafazan Ujian Pra Hafazan yang telah saya jalankan kepada 10 orang pelajar di dalam kelas ini memnunjukkan bahawa mereka tidak boleh menghafaz surah-surah hafazan. Selain itu, mereka juga tidak boleh menyebut kalimah-kalimah yang terkandung di dalam surahsurah hafazan tanpa bantuan guru. 2.2.3 Analisis Temu bual Temu bual ini dilakukan ke atas 10 orang pelajar kelas 4 Dinamik yang telah dikenal pasti mempunyai masalah masing-masing yang berbeza. Temu bual dilakukan untuk mendapatkan maklumat berkenaan tahap ingatan pelajar terhadap surah-surah hafazan. Berikut merupakan masalah yang dapat dikenal pasti yang dihadapi oleh murid :- (Rujuk Jadual 1 di halaman berikutnya)

Jadual 1 : Masalah Murid Bil 1 2 Masalah Murid Tidak Hafal Surah Hafazan Bilangan Murid 10

Tidak boleh membaca ayat surah hafazan tanpa 7 bantuan guru

Tidak boleh menyebut ayat surah hafazan dengan 9 bantuan guru dengan fasih

Tidak

mendapat

pendedahan

tentang

teknik 10

menghafal surah hafazan dengan betul

3.0 OBJEKTIF KAJIAN a. Mengenal pasti jumlah pelajar surah Al-Zalzalah. b. Meningkatkan jumlah pelajar kelas 4 Dinamik yang boleh menghafaz surah AlZalzalah c. Mengkaji keberkesanan penggunaan teknik Hifz Jadid dalam membantu pelajar kelas 4 Dinamik untuk menghafaz surah Al-Zalzalah. kelas 4 Dinamik yang tidak boleh menghafal

3.1 Persoalan Kajian a. Adakah penggunaan teknik Hifz Jadid berkesan dalam membantu pelajar kelas 4 Dinamik untuk menghafaz surah hafazan? b. Adakah penggunaan teknik Hifz Jadid mampu untuk menarik pelajar kelas 4 Dinamik untuk menghafaz surah hafazan? c. Bagaimanakah teknik Hifz Jadid boleh diaplikasikan oleh guru Pendidikan Islam bagi membantu pelajar untuk menghafaz surah hafazan ?

4.0 KUMPULAN SASARAN Semua pelajar Tahun Kelas 4 Dinamik Sekolah Kebangsaan Chepor, 31200 Chemor, Perak. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN Dalam melaksanakan kajian ini, saya membuat perancangan dalam pelbagai aspek seperti langkah-langkah tindakan, cara mengumpul data, menganalisis data dan pelaksanaan kajian yang merangkumi jadual pelaksanaan kajian serta kos kajian yang munasabah.

5.1 Perancangan Langkah-Langkah Tindakan Berdasarkan kepada pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran, saya telah dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid iaitu tidak boleh

menyebut ayat-ayat di dalam surah Al-Zalzalah dengan betul dan tidak boleh mengingati surah tersebut. Saya memilih untuk melakukan kajian tindakan berdasarkan kaedah ansur maju. Menurut Tiong Houng Ching : 2005, kaedah ansur maju merupakan satu kaedah mempelajari sesuatu kemahiran itu bermula dari langkah asas kemudian beralih ke aras yang lebih sukar dan seterusnya sehinggalah mereka dapat menguasainya. Sehubungan itu, berdasarkan kaedah tersebut, iainya menunjukkan bahawa kajian tindakan amat perlu dilaksanakan bagi membantu pelajar terutamanya, pelajar yang lemah di dalam pelajaran. Penggunaan Teknik Hifz Jadid ( Abdullah al-Qari Salleh : 1990), berdasarkan kaedah ansur maju : Teknik Hifz Jadid atau menghafaz ayat-ayat baru adalah menghafaz ayat-ayat yang belum pernah dihafaz. Terdapat dua peringkat dalam Teknik Hifz Jadid iaitu : a) Peringkat Sebelum Menghafaz

i.

Khatam Al-Quran. Sebelum memulakan pembelajaran penghafazan AlQuran, seseorang itu mestilah mampu membacanya dengan fazih,betul dan sudah pernah khatam Al-Quran. Namun begitu, dalam konteks mahu menerapkan teknik ini kepada pelajar 4 Dinamik, guru akan membantu pelajar untuk khatam (tamat) membaca surah Al-Zalzalah dengan lancar dan betul.

ii.

Mengkhususkan satu mashaf Al-Quran sahaja. Penggunaan satu mashaf bertujuan untuk memudahkan kerana gambaran kedudukan ayat yang dihafaz dari mashaf tersebut daripada ayat pertama hingga ayat terakhir dalam satu-satu muka surat itu akan terpahat dalam fikiran mereka. Sehubungan itu, penggunaan satu mashaf atau satu buku rujukan sahaja bermaksud, guru hanya akan menggunakan buku teks sahaja sebagai panduan kepada pelajar untuk menghafaz.

iii.

Menentukan kadar hafazan. Ini bermaksud, guru akan menentukan jumlah ayat yang akan dihafaz oleh pelajar berdasarkan silibus yang telah ditetapkan. Namun begitu, guru juga akan melihat kepada kemampuan pelajar untuk menghafaz.

iv.

Susunkan ayat yang hendak dihafaz. Guru akan membantu pelajar bagi menyusun ayat yang hendak dihafaz. Contoh, bagi minggu pertama untuk menghafaz, pelajar hanya akan dihadkan untuk menghafaz dua ayat pertama di dalam surah Al-Zalzalah.

v.

Tidak berpindah ke ayat hafalan baru sehingga betul-betul lancar. Guru akan memastikan supaya pelajar lancar dalam menghafaz ayat yang sedang dihafaz sebelum berpindah untuk menghafaz ayat yang seterusnya.

b) Peringkat Semasa Menghafaz

i.

Guru akan memimpin murid membaca doa sebelum menghafaz dan selepas menghafaz.

ii.

Memilih tempat yang sesuai untuk menghafaz. Iaitu tempat yang jauh dari kebisingan, bersih, mudah dimasuki udara dan jauh dari sebarang gangguan. Contohnya guru akan membawa pelajar ke bilik khas seperti Surau dan Bilik J-Qaf untuk proses menghafaz.

iii. iv.

Pilih masa menghafaz yang sesuai. Melancarkan bacaan ayat-ayat yang akan dihafaz untuk memudahkan penghafazan. Guru akan membantu pelajar menyebut ayat-ayat bacaan sehingga lancar sebelum menghafaz ayat hafazan.

v.

Setelah bacaan lancar barulah mula menghafaz.Guru akan memastikan pelajar boleh mmebaca ayat yang hendak dihafaz dengan lancar sebelum membenarkan pelajar untuk menghafaz ayat.

vi.

Setelah menghafaz beberapa ayat hendaklah diulang semula. Guru akan meminta pelajar mengulang semula ayat yang telah dihafaz bagi menguatkan lagi hafazan pelajar.

5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data Data yang akan dikumpul adalah berdasarkan kepada pemerhatian, temu bual dan ujian yang dijalankan. a) Pemerhatian

Pemerhatian dilakukan dengan merekodkan butiran catatan melalui nota dan senarai semak tentang situasi yang berlaku di dalam bilik darjah semasa sesi pembelajaran berlangsung, tingkah laku, masalah dan pencapaian pelajar sasaran kajian.

10

b) Temu bual

Temu bual yang dijalankan adalah secara tidak berstruktur dan soalan protokol temu bual kajian ini telah dibina dalam bentuk pertanyaan terbuka, iaitu subjek temu bual bebas menyatakan pandangan mereka berdasarkan soalan-soalan yang diberikan.

c) Ujian Pra dan Pasca

Prestasi murid akan dikumpulkan dan dibandingkan berdasarkan ujian pra dan ujian pasca yang dijalankan. Ini adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan Teknik Hifz Jadid yang diperkenalkan kepada murid.

5.3 Perancangan Menganalisis Data Bagi perancangan menganalisis data , saya akan menghuraikan bagaimana data yang akan diperoleh dianalisis. Analisis data yang akan dilaksanakan berdasarkan objektif kajian (rujuk objektif kajian) . Melalui objektif tersebut, hasil data yang diperoleh akan memudahkan saya untuk membuat analisis keberkesanan Teknik Hifz Jadid dalam membantu pelajar yang di sasarkan di kelas 4 Dinamik menghafaz surah Al-Zalzalah.

5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan Bagi melaksanakan kajian tindakan ini, saya merancang jadual pelaksanaan kajian tindakan serta kos kajian yang munasabah. 5.4.1 Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan BIL. AKTIVITI 1. Mengenal pasti masalah dan tinjauan masalah TARIKH 5-6 September 2013

11

2. Mengadakan temubual dan pemerhatian 3. Merancang tindakan

10-11 September 2013 13 dan 17 September 2013

4. Menulis kertas cadangan kajian tindakan 5. Menulis Laporan

20-22 September 2013 24 September 2013

5.4.2 Kos Kajian Perkara Kertas A4 Fotostat Bahan Alat Tulis Kuantiti Perbelanjaan 2 set (70gsm) x RM 8.00 30 helai x RM 0.10 Jumlah Perbelanjaan 16.00 3.00

Bergantung kepada jenis 10.00 yang digunakan

JUMLAH BESAR

RM29.00

6.0

PENUTUP

Kesimpulannya , kajian ini diharapkan dapat mencapai objektif dan tujuan kajian iaitu meningkatkan kemahiran menghafaz surah Al-Zalazah dengan menggunakan Teknik Hifz Jadid. Ini juga adalah satu usaha untuk membantu pelajar menguasai teknik menghafaz yang betul terutamanya pelajar di peringkat sekolah rendah. Manakala, kos yang digunakan pula tidak membebankan . Pendedahan awal akan teknik menghafaz ini kepada pelajar adalah diharap akan meningkatkan dan mudahkan pelajar untuk menghafaz surah Al-Zalzalah. Harapan saya agar apabila Teknik ini diperkenalkan, akan memudahkan pelajar untuk menghafaz surah-surah hafazan yang lain.

12

RUJUKAN Abdullah al-Qari Salleh. Bahasa dan Pustaka Ahmad Sunawari Long. 2011. Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia. Marzano, R.J. (2003). What works in schools: Translating research into action. Alexandria: Association for Supervision and Curriculum Development. Mohamad Hafedz Salleh & et al. 2012. Modul PIN 2103: Pengenalan Pendidikan Islam. Kementerian Pelajaran Malaysia. Tiong Houng Ching (2005). Membaiki tulisan pelajar tingkatan peralihan dengan kaedah ansur maju. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan MPBL & PPB Sri Aman tahun 2005, 84-96. 1990. Kursus Qari dan Qariah. Kuala Lumpur : Dewan

Vous aimerez peut-être aussi