Vous êtes sur la page 1sur 15

1

TAJUK: KESAN PEMBANGUNAN SEKTOR PELANCONGAN TERHADAP PERSEKITARAN FIZIKAL DAN MANUSIA DI MALAYSIA 1.0 PENDAHULUAN

Industri pelancongan muncul sebagai sektor perkhidmatan yang paling banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Antara contoh aktiviti ekonomi yang berkaitan dengan industri pelancongan ialah seperti perkhidmatan hotel, resort dan chalet, perkhidmatan restoran, perkhidmatan pemandu pelancong, pengangkutan, telekomunikasi, aktiviti riadah dan rekreasi, persidangan dan forum, pertandingan sukan dan kebudayaan, perkhidmatan utiliti serta perkhidmatan kewangan dan insurans yang melibatkan para pelancong. Pada tahun 2000, Malaysia telah menerima hampir 10.2 juta pelancong asing. Jumlah ketibaan pelancong asing sentiasa bertambah setiap tahun. Hampir 70% pelancong asing yang melancong di negara ini adalah dari negara-negara ASEAN manakala selebihnya adalah dari negara-negara Eropah, Amerika Syarikat serta negara-negara di rantau Asia Pasifik dan Oceania. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan pelancongan di Malaysia ialah kerana terdapat banyak tarikan semula jadi atau faktor alam sekitarnya yang menarik seperti Pulau Langkawi, Pulau Payar, Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau Perhentian, Pulau Sipadan dan lain-lain lagi. Pulau-pulau dan taman maritim yang cantik ini menarik kemasukan pelancong ke Malaysia. Selain itu, faktor tarikan buatan manusia atau faktor alam sekitar manusia juga adalah salah satu faktor yang menarik minat pelancong mengunjungi Malaysia. Antara tarikan buatan manusia yang paling popular di Malaysia ialah Kota A Famosa di Melaka, Makam Mahsuri di Langkawi dan lain-lain lagi. Tidak dapat dinafikan sektor pelancongan di Malaysia telah memberi sumbangan yang sangat besar kepada pendapatan negara. Buktinya pada tahun 2001, sektor pelancongan telah menyumbangkan kira-kira RM 16.1 billion kepada pendapatan negara. Namun begitu, selain menjana ekonomi negara dan penduduk setempat sektor pelancongan juga banyak memberi kesan yang positif dan negatif terhadap persekitaran fizikal dan juga manusia di Malaysia.

2.0

KESAN SEKTOR PELANCONGAN KEPADA ALAM SEKITAR (FIZIKAL)

Aktiviti pelancongan membawa banyak kesan kepada alam sekitar sama ada dari sudut positif ataupun negatif. Antara kesan positif aktiviti pelancongan kepada alam sekitar adalah melindungi khazanah alam dan menyediakan habitat untuk fauna. Manakala kesan negatif pula adalah ialah kemusnahan kawasan hutan, pencemaran air, pencemaran air bawah tanah, kerosakan ekologi, masalah hakisan serta tanah runtuh dan pencemaran udara. 2.1 Kesan Positif

Kesan positif aktiviti pelancongan kepada alam sekitar adalah melindungi khazanah alam dan menyediakan habitat untuk fauna melalui pemeliharaan kawasan semula jadi. 2.1.1 Pemeliharaan Kawasan Semula jadi

Walaupun terdapat pelbagai kesan negatif kepada persekitaran fizikal ekoran daripada pembangunan sektor pelancongan namun masih terdapat kesan positif daripada pembangunan sektor pelancongan di Malaysia terhadap persekitaran fizikal buktinya aktiviti pelancongan penting untuk memastikan berlakunya pemeliharaan kawasan semula jadi. Alam semula jadi merupakan satu aset yang digunakan bagi menarik kedatangan pelancong untuk melihat keindahan alam serta memberi peluang kepada mereka merasai pengalaman baru. Penubuhan kawasan yang dilindungi (protected area) contohnya Kilim Geopark di Langkawi secara tidak langsung dapat memastikan kawasan yang kaya dengan biodiversiti geologi, flora dan fauna dapat dipelihara untuk tatapan generasi akan datang dan pelancong. Pemeliharaan kawasan semula jadi ini juga penting bagi memastikan khazanah negara kekal dan bagi mengelakkan berlakunya masalah kepupusan sesuatu habitat.

2.2

Kesan Negatif

Pembangunan sektor pelancongan yang semakin maju di Malaysia telah memberi impak atau kesan yang buruk terhadap persekitaran fizikal di sesebuah kawasan pelancongan kerana sikap kealpaan masyarakat yang terlalu mengejar pembangunan untuk kemajuan sektor ini. Antara kesan buruk atau negatif yang terjadi disebabkan oleh pembangunan sektor pelancongan ialah kemusnahan kawasan hutan, pencemaran air, pencemaran air bawah tanah, kerosakan ekologi, masalah hakisan serta tanah runtuh dan pencemaran udara. 2.2.1 Kemusnahan kawasan hutan

Aktiviti pelancongan seperti pembukaan tasik buatan iaitu pembinaan Tasik Kenyir di Terengganu memberikan impak yang besar kepada persekitaran fizikal. Kemusnahan kawasan hutan dengan pembinaan empangan untuk membekalkan tenaga elektrik menyebabkan sebahagian kawasan hutan ditenggelami air. Kenyir merupakan kawasan yang termasuk dalam kawasan hutan simpan, ia diwartakan sebagai hutan simpan kerana faktor hutannya yang memiliki pelbagai hidupan seperti flora dan fauna yang terpelihara, tetapi dengan pembinaan empangan hidroelektrik menjadikan sebahagian besar daripada kawasan hutan ditenggelami air. Tambahan pula, tasik Kenyir kini menjadi pusat sektor pelancongan. Selain sebagai empangan membekalkan tenaga elektrik kini ia turut menjadi pusat pelancongan terkenal kerana pemandangannya yang menarik di samping kewujudan beratus buah pulau kecil. Namun, apa yang berlaku kemusnahan kawasan hutan untuk aktiviti

pelancongan yang semakin meningkat di Kenyir menyebabkan banyak habitat dan tumbuhan di kawasan tersebut musnah. Aktiviti pelancongan yang dijalankan seperti menangkap ikan, aktiviti

air dan aktiviti lasak di dalam hutan menyumbang kepada kemusnahan terhadap tumbuhan di kawasan tersebut. Begitu juga dengan sistem saliran yang akan tercemar akibat pembuangan sisa makanan dan sampah sarap. Kesan pembinaan kawasan pelancongan juga menjadikan tumbuhan seperti pokok-pokok kayu balak yang telah hidup bertahun lamanya ditebang. Menurut kajian tempoh bagi sesuatu pokok itu tumbuh dengan matang mengambil masa yang agak lama terutamanya kayu balak. Ditambah pula dengan jumlah pokok dan tumbuhan yang ditenggelami untuk pembinaan empangan adalah dalam jumlah yang sangat besar. Keadaan ini telah mengubah persekitaran geografi di kenyir yang dahulunya merupakan kawasan hutan tebal dengan kepelbagaian tumbuhan, tetapi kini semuanya telah musnah. Oleh sebab itu, banyak khazanah-khazanah semula jadi yang bernilai hilang kerana penerokaan oleh manusia. Selain itu, ia juga telah memusnahkan kepelbagaian biologi atau kepelbagaian spesies. Kemusnahan biologi ini dikatakan boleh berlaku di sebuah kawasan mikro, tetapi jika sebahagian hutan telah dimusnahkan ini menunjukkan lebih banyak lagi spesies yang akan musnah. Keadaan ini sekali gus telah membawa kemusnahan kepada kepelbagaian ekosistem yang terdapat di dalam hutan tersebut. Hutan juga merupakan satu kawasan yang dijadikan habitat utama kepada haiwan untuk membentuk lingkungan populasi, tetapi akibat daripada gangguan manusia seperti aktiviti pelancongan ini menyebabkan pelbagai spesies juga turut terganggu. Ini sekali gus akan menyebabkan berlakunya penghijrahan spesies untuk mencari habitat baru sehingga terpaksa menghadapi persaingan di tempat baru. Di samping itu, aktiviti penyahhutanan untuk pembinaan tapak rekreasi seperti di Cameron highland turut memberi kesan kepada persekitaran. Pemusnahan hutan secara besarbesaran boleh menyebabkan proses transpirasi di sesuatu kawasan itu berkurangan. Keadaaan ini akan mempengaruhi kelembapan udara di sekitarnya. udara akan menjadi kering dan secara langsungnya akan mengganggu proses pemeluapan dan hujan. Aktiviti pembinaan ini juga akan mengurangkan proses pintasan tumbuhan, susupan dan air bawah tanah juga turut berkurangan akibat daripada ketiadaan tumbuhan litupan di permukaan tanah. Oleh sebab itu, suhu yang sejuk di kawasan Cameron highland kini semakin berkurangan kerana faktor aktiviti manusia.

2.2.2

Pencemaran Air

Aktiviti pelancongan yang berhampiran dengan kawasan air seperti pantai dan pulau juga akan memberi impak terhadap kualiti air. Pelepasan sisa kumbahan daripada hotel, resort dan chalet ke laut akan menyebabkan air laut tercemar. Keadaan ini sekali gus akan menyebabkan kemerosotan kualiti air laut. Kandungan bakteria seperti E coli dikesan berpunca daripada sisa kumbahan tersebut. Jika kandungan bakteria melebihi paras 200 MPN/100 ml ini menunjukkan kualiti air dapat dikategorikan berada pada tahap tercemar. Pencemaran air yang berlaku juga akan menyebabkan kewujudan lapisan minyak di permukaan air yang mengakibatkan cahaya matahari tidak sampai ke bahagian dasar laut yang diperlukan oleh hidupan akuatik seperti tumbuhan, keadaan ini boleh menyebabkan tumbuhan tidak dapat hidup. Begitu juga dengan hidupan akuatik seperti ikan-ikan serta hidupan lain akan kehilangan tempat tinggal dan sumber makanan akan berkurangan kerana telah tercemar oleh sisa-sisa dan bahan kimia berbahaya. Biasanya kawasan yang sering mengalami masalah ini adalah di kawasan pelancongan popular seperti Port Dickson, Negeri Sembilan. Misalnya air parit yang bersebelahan dengan Marina Bay Apartment mengalir ke pantai menyebabkan air laut tercemar. Selain itu, pencemaran air juga berlaku apabila sampah sarap dibuang oleh pelancong ke pantai. Peningkatan jumlah pelancong melancong ke tempat peranginan ini akan meningkatkan jumlah sampah yang dibuang. Keadaan ini akan mencemarkan permukaan air dengan sampah

sarap. Sampah yang terperangkap di pesisir pantai misalnya akan mencacatkan pemandangan di samping turut memberi kesan kepada hidupan lain seperti spesies penyu. Plastik-plastik yang terapung di permukaan air kelihatan seperti obor-obor menyebabkan haiwan tersebut

memakannya. Terdapat banyak kes yang berlaku melibatkan spesies bercengkeram ini. Hal ini menyebabkan spesies penyu akan terancam dan mungkin akan mengalami kepupusan. Air yang tercemar juga akan memberi kesan kepada terumbu karang. Hidupan akuatik ini merupakan sejenis fauna yang sangat sensitif kepada pencemaran. Apabila kualiti air di kawasan terumbu karang telah tercemar maka ia menjejaskan hidupan akuatik ini. Selain itu, terumbu karang juga merupakan habitat kepada spesies ikan kerana membekalkan makanan kepada haiwan tersebut. Akan tetapi sekiranya kawasan ini dicemari dengan sisa buangan daripada aktiviti manusia sekali gus akan merosakkan habitat yang ada di situ. Sekiranya aktiviti ini berterusan dan kurangnya pemeliharaan terumbu karang boleh menyebabkan ia semakin berkurang dan akan mengalami kepupusan.

2.2.3

Pencemaran air bawah tanah

Selain itu, air bawah tanah juga turut mengalami masalah yang sama. Perkembangan daripada aktiviti pelancongan pertanian membawa kesan kepada kualiti air bawah tanah. Walaupun aktiviti ini tidak memberikan sumbangan besar kepada masalah kemerosotan kualiti air bawah tanah berbanding aktiviti pertanian, namun jika ia berterusan lama-kelamaan memberi kesan kepada air bawah tanah yang terdapat di kawasan tersebut. Aktiviti pertanian yang menggunakan baja kimia seperti baja organik dan inorganik untuk membekalkan nutrien kepada tumbuhan memberi kesan kepada paras air bawah tanah sekiranya sebahagian nutrien meresap melalui

tanah. Baja ini merupakan jenis yang mudah diserap oleh tanah dan biasanya sering dikaitkan dengan pencemaran. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada nutrien telah diserap oleh tanah dan digunakan oleh tumbuhan. Tetapi sebahagian ada yang larut di dalam air membentuk nitrat setelah melalui proses nitrifikasi. Kandungan nitrat inilah yang akan larut dalam air bawah tanah. Walaupun tanah dikatakan merupakan satu agen penapis yang baik tetapi sekiranya kuantiti bahan kimia terlalu banyak meresap ke dalam tanah ia sekali gus mengurangkan fungsi tanah yang dijadikan penapis yang baik seterusnya mengakibatkan air bawah tanah tercemar. Begitu juga dengan penggunaan racun perosak yang turut menjadi fungsi sama yang boleh merosotkan kualiti air bawah tanah.

2.2.4

Kerosakan ekologi

Aktiviti pelancongan di kawasan tanah tinggi biasanya memberi gangguan kepada kerosakan ekologi seperti kawasan tanah dan air serta habitat dan haiwan. Aktiviti guna tanah untuk pembinaan tapak rekreasi dan kemudahan infrastruktur menyebabkan sebahagian kawasan hutan diterokai dan bukit-bukit ditarah untuk membina tapak peranginan. Keadaan ini akan membawa kesan kepada struktur tanah di kawasan tersebut. Sekiranya berlaku hujan dalam kuantiti yang banyak menjadikan air larian permukaan semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan arus deras di permukaan tanah sehinggakan berlaku kejadian tanah runtuh kerana struktur tanah yang tidak kuat akibat tidak ada akar-akar pokok yang boleh mencengkam tanah untuk mengekalkan struktur tanah tersebut. Ini sekali gus membawa perubahan terhadap komposisi tanah.

Selain itu juga, aktiviti guna tanah yang dilakukan ini menyebabkan habitat seperti tumbuhan dan haiwan musnah. Oleh sebab itu, haiwan-haiwan hilang tempat perlindungan menyebabkan haiwan ini mengganggu persekitaran hidup manusia kerana habitat nya telah dimusnahkan. Begitu juga dengan tumbuhan boleh menyebabkan kepupusan terutamanya kepada spesies yang jarang dan sukar ditemui. Antaranya adalah seperti ubat-ubatan. Oleh sebab itu, aktiviti guna tanah di kawasan tanah tinggi memberi implikasi terhadap perubahan landskap permukaan bumi. Walaupun aktiviti ini hanya berskala mikro, tetapi secara tidak langsungnya ia boleh mengurangkan landskap semula jadi dalam persekitaran. Ia juga akan membawa kesan gangguan kepada proses kitaran bio-geokimia seperti gangguan kepada kitaran hidrologi. Berlaku juga kemusnahan kepada ekosistem terutamanya kepada rantaian makanan. Apabila tumbuhan sebagai sumber utama atau pengeluar makanan kepada penghuni hutan dieksploitasi menyebabkan pengguna primer, sekunder dan tertier kehilangan sumber makanan. Selain itu, pelancongan rekreasi juga membawa impak terutamanya terhadap biodiversiti. Aktiviti lasak yang dijalankan adalah seperti kenderaan pacuan empat roda, penjelajahan, aktiviti perkhemahan dan basikal lasak di kawasan hutan. Melalui aktiviti seperti inilah sumber-sumber biodiversiti terancam dengan penebangan pokok untuk pembinaan khemah atau untuk dijadikan laluan kenderaan dan basikal lasak menyebabkan sebahagian tubuh-tumbuhan muda dimusnahkan. Keadaan ini boleh mengakibatkan struktur umum bagi komuniti pokok di kawasan tersebut akan berubah. Aktiviti-aktiviti hutan yang dijalankan biasanya akan dijalankan di kawasan yang memiliki punca air seperti sungai dan tasik untuk kemudahan. Dengan, penggunaan sumber air ini secara bertentangan akan mengakibatkan sumber biodiversiti di kawasan tersebut terancam. Misalnya penggunaan bahan pencuci alatan memasak terhadap sumber air menyebabkan habitat di dalamnya terjejas kerana dicemari dengan bahan kimia.

2.2.5

Masalah hakisan dan tanah runtuh

Aktiviti pelancongan juga boleh menyebabkan berlakunya hakisan tanih. Hakisan tanih berlaku akibat daripada aktiviti seperti peneresan dan perataan cerun bukit untuk membina kawasan peranginan dan kemudahan. Aktiviti yang dijalankan tanpa mengikut spesifikasi yang betul boleh mengakibatkan kepada berlakunya peningkatan kadar hakisan. Hal ini berlaku adalah disebabkan oleh cerun-cerun bukit tidak lagi mempunyai tumbuhan pelindung, keadaaan ini menyebabkan struktur tanih menjadi longgar. Ini akan menyebabkan kepada berlakunya hakisan oleh percikan air hujan dan aliran air permukaan menjadi tinggi kerana tumbuhan semula jadi tidak lagi dapat berfungsi sebagai pintasan bagi setiap titisan air hujan yang turun. Kurangnya akar-akar banir menyebabkan ia gagal berfungsi menyekat pergerakan air permukaan. Oleh sebab itu, partikel-partikel tanih yang dibawa arus akan hanyut diangkut oleh air larian permukaan ke sistem sungai. Keadaan ini sekali gus menyebabkan air sungai menjadi semakin cetek yang membawa punca kepada berlakunya banjir, pencemaran dan kelodak. Kawasan tanah yang terdedah juga boleh mengakibatkan berlakunya kejadian tanah runtuh. Apabila hujan turun, ia akan terus menyusup masuk ke dalam tanah kerana sudah tidak ada tumbuhan litupan. Penyusupan berlaku pada kadar yang tinggi akibat keadaan partikelpartikel tanah yang telah longgar dan menyebabkan tanah tidak mampu untuk menampung air yang terlalu banyak dan akhirnya menyebabkan ia tergelincir dan berlaku kejadian tanah runtuh.

10

2.2.6

Pencemaran udara

Pembangunan sektor pelancongan juga turut mengakibatkan udara tercemar dengan pembebasan asap yang mengandungi gas karbon monoksida dan sulfur dioksida. Perkembangan sektor perkhidmatan pengangkutan seperti bas dan teksi menjadi faktor utama. Misalnya di kawasan ramai pelancong seperti Port Dickson kerana kemudahan seperti ini disediakan. Asap kenderaan dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan udara tercemar. Selain itu, akan mewujudkan masalah pencemaran udara. Peningkatan kepada pengeluaran penggunaan perkhidmatan ini boleh membawa kepada penipisan lapisan ozon. Apabila aktiviti ini berterusan lama-kelamaan akan memberi impak yang besar kepada kesan rumah hijau.

3.0

KESAN SEKTOR PELANCONGAN KEPADA MANUSIA

Pembangunan sektor pelancongan di Malaysia mewujudkan pelbagai kesan positif dan negatif terhadap penduduk setempat. Antara kesan positif ekoran daripada pembangunan sektor pelancongan ialah penambahbaikan infrastruktur atau kemudahan asas dan menyediakan peluang pekerjaan atau peluang ekonomi manakala kesan negatif pula adalah seperti hakisan terhadap nilai budaya penduduk tempatan, kesesakan dan gangguan kepada penduduk tempatan, kesesakan lalu lintas dan wabak penyakit atau penularan penyakit. 3.1 Kesan Positif

Sektor pelancongan tetap memberi kesan positif kepada penduduk setempat walaupun masih terdapat kesan-kesan negatif daripada sektor ini. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa kerajaan

11

masih menjadikan sektor pelancongan sebagai salah satu sektor utama negara yang menyumbangkan kepada pendapatan negara. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan agar dapat memberi kepuasan kepada pelancong dan penduduk setempat di dalam membangunkan sektor pelancongan. Antara kesan positif yang akan diperoleh melalui pembangunan sektor pelancongan adalah seperti di bawah. 3.1.1 Penambahbaikan infrastruktur atau kemudahan asas Memandangkan sektor pelancongan telah menyumbangkan berjuta-juta ringgit kepada pendapatan negara sekali gus telah menaikkan ekonomi negara maka kerajaan telah melakukan penambahbaikan infrastruktur atau kemudahan asas agar sektor pelancongan negara semakin maju dan dapat menjadi tarikan utama pelancong luar mahupun dalam negara. Penambahbaikan infrastruktur serta penyediaan kemudahan yang berkualiti kepada para pelancong serta penduduk tempatan telah memberi keselesaan kepada penduduk setempat manakala pelancong pula akan berasa selesa dan bertanggapan bahawa pelancongan di Malaysia adalah yang terbaik. Selain itu, perkembangan pesat aktiviti pelancongan di kawasan pelancongan seperti di Cameron Highlands, Genting Highlands, Langkawi dan lain-lain lagi menyebabkan seluruh kawasan berpotensi untuk dibangunkan. Oleh itu, kebanyakan tempat di kawasan pelancongan telah menerima kemudahan-kemudahan seperti bekalan air, bekalan elektrik, telekomunikasi serta pembinaan jalan raya. Penambahbaikan infrastruktur serta penyediaan kemudahan yang berkualiti dapat memudahkan urusan pelancong dan penduduk tempatan. 3.1.2 Peluang pekerjaan dan menjana ekonomi Kepentingan sektor pelancongan yang berikutnya ialah menyediakan peluang pekerjaan. Pembukaan kawasan yang berpotensi untuk menjadi tarikan pelancong akan menyediakan segenap peluang pekerjaan buat penduduk. Misalnya penduduk tempatan berpeluang untuk bekerja sebagai pemandu pelancong, pemandu bot serta pengusaha kedai makan. Pembukaan rumah-rumah penginapan, hotel-hotel dan pusat membeli belah di sekitar kawasan tersebut dapat memberi peluang pekerjaan kepada penganggur. Justeru itu, kadar pengangguran dalam negara dapat dikurangkan dan guna tenaga dapat ditingkatkan.

12

3.2

Kesan Negatif

Kesan negatif terhadap persekitaran manusia akibat pembangunan sektor pelancongan yang tidak dikawal boleh memudaratkan penduduk setempat. Antara permasalahan terhadap persekitaran manusia ekoran pembangunan sektor pelancongan adalah seperti di bawah. 3.2.1 Hakisan terhadap nilai budaya penduduk tempatan Kemasukan pelancong asing ke destinasi pelancongan mewujudkan pertembungan budaya dengan penduduk tempatan. Pelancong asing yang datang melakukan beberapa aktiviti seperti minum arak, berjudi, pergaulan bebas, berpakaian menjolok mata yang tidak sesuai dengan budaya penduduk tempatan. Aktiviti ini menjadi ikutan golongan muda kerana dilihat sebagai simbol kemodenan dan kemajuan lantaran telah menghakis nilai budaya penduduk tempatan. Masalah sosial dan persengketaan akan berlarutan jika aktiviti ini tidak dikawal dan akhirnya penduduk tempatan akan menolak pelancongan. 3.2.2 Kesesakan dan gangguan kepada penduduk tempatan Selain itu, kesesakan dan gangguan kepada penduduk tempatan juga terjadi ekoran pembangunan sektor pelancongan di Malaysia kedatangan pelancong ke sesebuah destinasi berteraskan warisan kebudayaan bertujuan untuk melihat dan mengetahui cara hidup seharian sesuatu

masyarakat. Walau bagaimana pun, kemasukan bilangan pelancong yang tidak terkawal dan kerap menyebabkan penduduk tempatan terpaksa melayan tetamu yang datang sepanjang masa. Ini menyebabkan mereka kehilangan suasana ketenangan (privacy) dalam menjalankan aktiviti seharian di mana setiap perlakuan mereka menjadi tatapan pelancong. Cara hidup dan adat yang unik (upacara dan perayaan) yang diamalkan penduduk bagi tujuan tertentu terpaksa diadakan dengan kerap untuk dipersembahkan kepada pelancong. Ia menyumbang

kehilangan keaslian (authenticity) terhadap cara hidup yang diamalkan oleh penduduk tersebut. 3.2.3 Kesesakan lalu lintas Seterusnya, masalah kesesakan lalu lintas di pusat-pusat pelancongan popular atau di pintu-pintu masuk utama seperti di Tanah Tinggi Genting, Tanah Tinggi Cameron, Pulau Langkawi dan

13

lain-lain lagi berlaku pada musim-musim tertentu seperti musim cuti sekolah. Sewaktu musim cuti sekolah atau musim acara bertema berlangsung, pengangkutan yang disediakan adalah terhad dan tidak mencukupi. Contohnya di Langkawi selalunya Pengunjung perlu menempah kenderaan untuk disewa lebih awal bagi mengelakkan berlaku ketiadaan kenderaan untuk disewa manakala bagi pengangkutan air, di kawasan pelancongan seperti di Kilim Karst Geoforest Park Langkawi, berlaku kekurangan bot apabila waktu cuti sekolah atau musim-musim tertentu. Kemasukan pelancong-pelancong secara beramai-ramai ini telah menyebabkan kawasan pelancongan menjadi sesak dan berlaku masalah lalu lintas. 3.2.4 Wabak penyakit atau penularan penyakit Akhir sekali, masalah wabak penyakit atau penularan penyakit yang cepat berjangkit yang dibawa oleh pelancong seperti SARS, AIDS dan lain-lain lagi boleh berlaku. Misalnya penyakit AIDS mudah disebarkan apabila pelancong asing melanggan pelacur tempatan manakala penyakit SARS pula mudah dijangkiti melalui ruang udara ketika bernafas. Masalah penularan wabak penyakit berlaku apabila pelancong asing yang datang ke Malaysia membawa wabak penyakit seperti Sindrom Akut Pernafasan Teruk (SARS) dan influenza A (H1N1). Sebagai contoh, pada April 2010 wabak influenza A (H1N1) telah tersebar dengan meluas apabila pelancong dari luar negara berisiko datang melancong di Malaysia. Ekoran itu, banyak sekolah terpaksa ditutup dan di kuarantin berikutan masalah penularan wabak penyakit tersebut.

4.0

LANGKAH MENGATASI

Bagi mengatasi masalah ini daripada terus berlanjutan langkah-langkan berkesan perlu diambil seperti: 4.1 Pantauan dan pemeriksaan

Pantauan bagi aktiviti yang dijalankan harus dibuat dari semasa ke semasa. Misalnya Jabatan Tanah dan Galian perlu membuat pantauan terhadap aktiviti pembangunan di kawasan tanah tinggi dan cerun-cerun bukit. Pemeriksaan akan dibuat dengan melihat aktiviti pemotongan dan

14

tarahan cerun perlu menepati garis panduan yang telah ditetapkan iaitu tidak melebihi 45. Manakala bagi permukaan tanah yang telah terdedah perlulah dipastikan ia ditanam dengan tanaman litup bumi seperti rumput dan pokok-pokok kecil. Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan masalah hakisan dan seterusnya yang boleh membawa kepada berlakunya tanah runtuh. Selain itu, pemeriksaan oleh Jabatan Alam Sekitar juga penting. Bagi mana-mana aktiviti pelancongan yang dijalankan di kawasan hutan hendaklah dipastikan agar aktiviti yang dijalankan tidak menjejaskan hidupan hutan seperti pokok-pokok dan tumbuhan-tumbuhan kecil. Sekiranya mendapati ia akan membawa kesan yang negatif kepada alam sekitar maka Jabatan Alam Sekitar akan mengambil tindakan yang sewajarnya. 4.2 Mewartakan kawasan sebagai tempat terpelihara

Selain itu juga, dengan cara mengisytiharkan sesuatu kawasan sebagai tempat yang diwartakan seperti kawasan taman laut serta sanctuary hidupan akuatik. Antara kawasan yang diisytiharkan sebagai taman laut adalah di pulau-pulau pelancongan seperti Pulau Langkawi, Pulau Tioman dan Pulau Layang-layang. Ini adalah bertujuan untuk mengekalkan ekosistem di kawasan tersebut agar tidak musnah dan mengalami kepupusan. Begitu juga dengan kawasan hutan, pihak kerajaan telah mewartakan kawasan hutan simpan sebagai kawasan yang berada di bawah penjagaan pihak kerajaan. Di Malaysia kawasan hutan simpan meliputi sebahagian kawasan di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Dan sekiranya berlaku sebarang pencerobohan dalam lingkungan kawasan ini tindakan akan dikenakan mengikut kesalahan yang dilakukan dengan mengikuti undang-undang yang telah

dikuatkuasakan. 4.3 Memupuk sikap cintakan alam sekitar

Memupuk sikap masyarakat adalah langkah yang penting, dengan pelbagai cara dapat dijalankan seperti mengadakan kempen cintai alam sekeliling mampu membuka mata masyarakat akan kepentingan penjagaan persekitaran. Selain itu, pendidikan di sekolah juga dapat memupuk pelajar agar tahu akan kepentingan menjaga persekitaran di samping ada perasaan cintakan alam.

15

4.4

Memupuk sikap cintakan budaya tempatan

Memupuk sikap masyarakat agar cintakan budaya tempatan adalah sangat penting agar penduduk tempatan tidak mudah terjebak dengan gejala-gejala negatif yang dibawa oleh pelancong asing seperti berpakaian tidak sopan, bercumbuan, minum arak dan lain-lain lagi. Selain itu, pendidikan awal seperti pendidikan agama adalah sangat penting agar dapat menjadi benteng yang kuat kepada remaja khususnya. Di samping itu undang-undang juga adalah sangat penting bagi membasmi budaya asing yang tidak baik. 4.5 Menyediakan perkhidmatan yang mencukupi

Perkhidmatan yang mencukupi sangatlah penting di dalam sektor pelancongan bagi menampung jumlah pelancong yang datang khususnya pada musim-musim tertentu. Kerajaan khususnya perlu memastikan perkhidmatan seperti perhotelan, pengangkutan dan lain-lain lagi mencukupi. Kesesakan jalan raya juga perlulah diatasi oleh kerajaan dengan memperluaskan sistem jaringan pengangkutan seperti membina lebuh raya dan lain-lain lagi agar tidak berlaku kesesakan lalu lintas semasa musim-musim cuti sekolah khususnya.

5.0

KESIMPULAN

Kesimpulannya sektor pelancongan menyumbangkan banyak faedah kepada negara namun di samping itu sektor pelancongan juga banyak memberi kesan yang negatif kepada negara. Jadi di sini dapatlah di lihat pembangunan sektor pelancongan di Malaysia mempunyai pro dan kontra. Di sini pihak yang bertanggungjawab seperti badan kerajaan perlulah memainkan peranan yang jitu agar dapat memastikan sektor pelancongan negara berada dalam keadaan terkawal dan baik. Contohnya kerajaan perlu mengawal agar tidak berlaku kesan negatif terhadap persekitaran fizikal mahupun persekitaran manusia supaya sektor pelancongan di Malaysia dapat berkembang dengan lebih baik lagi. Jika tidak dikawal perkara ini maka negara mungkin akan kehilangan kawasan-kawasan pelancongan yang sedia ada malahan juga negara mungkin turut akan kehilangan salah satu sumber ekonomi utama negara.

Vous aimerez peut-être aussi