Vous êtes sur la page 1sur 9

1.

0 PENGENALAN Sebagai bahasa yang pesat berkembang, bahasa Melayu banyak menerima pengaruh bahasa asing akibat daripada pertembungan dengan masyarakat luar. Antara bahasa lain yang banyak mempengaruhi bahasa Melayu ialah bahasa Sanskrit, bahasa Jawa, bahasa Arab dan bahasa penjajah Barat seperti bahasa Inggeris, Belanda dan Portugis. Pada amnya proses evolusi Bahasa Melayu berkembang dan maju selaras dengan taraf perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat bahasanya melalui peperangan, perkahwinan, perdagangan, pentadbiran, persuratan, keilmuan dan kebudayaan. Sejarah juga telah menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah berkembang dari status bahasa Melayu Purba menjadi bahasa Melayu Kuno dan seterusnya ke bahasa Melayu Moden setelah melalui beberapa penyerapan dan penyebatian daripada bahasa-bahasa Sanskrit, Arab, Cina, Belanda, Portugis dan Inggeris.

Dalam perkembangan era globalisasi dunia hari ini yang telah dipercepatkan oleh perkembangan tekonologi maklumat dan komunikasi (ICT), meneruskan proses evolusi bahasa Melayu ke peringkat maya yang akan memberi cabaran-cabaran baru kepada masyarakat bahasanya termasuk di negara ini untuk bersaing dengan bahasa-bahasa utama dunia yang lain.

2.0 Pengaruh Bahasa Asing dalam Peristilahan Bahasa Melayu

Tidak ada bahasa di dunia ini yang tidak dipengaruhi oleh bahasa asing, baik bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Cina mahupun bahasa Melayu. Sebagai bahasa yang pesat berkembang, bahasa Melayu banyak menerima pengaruh bahasa asing terutama dalam aspek kosa kata atau perbendaharaan kata. Pengaruh paling awal yang menyerap masuk dalam bahasa Melayu ialah pengaruh bahasa Sanskrit. Pengaruh bahasa Sanskrit sungguh berkesan dan sangat besar sumbangannya terhadap bahasa Melayu secara keseluruhan. Proses penyerapan unsur asing dalam bahasa Melayu ini ialah satu proses yang mendorong bahasa penerima meminjam unsur-unsur yang
1

terdapat dalam bahasa-bahasa asing melalui suatu cara/kaedah yang berperaturan dan sistematik.Terdapat banyak faktor yang mendorong sesuatu bahasa itu termasuklah bahasa Melayu untuk mengambil unsur-unsur asing, antaranya ialah :

i. Keperluan dalam dunia baru terutama dalam hal untuk memberi nama-nama baru atau istilah-istilah baru yang menepati kehendak pengisian masa dan keadaan waktu itu. ii.Perkembangan dalam urusan perniagaan dan perdagangan.

iii. Faktor psikologi masyarakat peminjam. Masyarakat penutur akan meminjam daripada bahasa yang dianggap lebih tinggi tarafnya daripada bahasa ibundanya sendiri. iv. Untuk memantapkan lagi struktur sesuatu bahasa itu. Proses peminjaman sebenarnya boleh mendatangkan pengukuhan kepada bahasa yang meminjam. Seterusnya bahasa tersebut akan terus berkembang dan hidup dalam sebarang masa dankeadaan.

Namun begitu, kita tidak menerima struktur ayat dalam bahasa asing dalam bahasa Melayu.Unsur-unsur bahasa asing masuk ke dalam bahasa Melayu melalui pertembungan antara penutur-penutur bahasa yang berkenaan. Penyerapan unsur kosa kata asing dalam bahasa Melayu melalui keempat-empat proses di atas. Aspek peperangan dan penjajahan politik telah membawa masuk perkataan dan istilah daripada bahasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Manakala aspek perniagaan, urusan berjual-beli dan pendidikan serta penyebaran agama Islam. Perkataan dan istilah yang dibawa masuk termasuklah melalui peminjaman daripada bahasa Sanskrit, dan Arab. Penjiranan dan persahabatan pula telah membawa masuk perkataan dan istilah daripada bahasa China, Tamil dan dialek Indonesia.

Peminjaman unsur bahasa asing dalam bahasa Melayu memberi kesan kepada sesuatu bahasa terutama apabila berlaku penyesuaian dan perubahan terhadap kosa kata bahasa peminjam. Peminjaman perlu dikawal kerana peminjaman yang berlebihlebihan akan mengakibatkan keaslian bahasa peminjam itu sendiri, campur aduk

struktur akan berlaku.Pertembungan sesuatu bahasa dengan bahasa yang lain akan mengakibatkan perubahan bunyi atau fonologi, bentuk kata atau morfologi dan bentuk ayat atau sintaksis. Dalam bahasa Melayu perubahan fonologi berlaku apabila bahasa Melayu bertembung dengan bahasa Arab dan Inggeris.

Terdapat tiga bahasa yang sangat besar pengaruhnya dalam proses peristilahan kepada bahasa Melayu iaitu bahasa Sanskrit, bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, bahasa-bahasa Cina, Tamil, Siam, Belanda, Portugis, Parsi, Hindustan dan Jawa ada juga memberi sumbangan dalam bentuk peminjaman kosa kata kepada bahasaMelayu.

Unsur-unsur bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit banyak memperkayakan bahasa Melayu sejak dari zaman dahulu lagi. Bukan sahaja bahasa Melayu, tetapi mana-mana bahasa yang mempunyai hubungan dengan India akan sedikit sebanyak menerima pengaruh bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit masuk ke dalam bahasa Melayu melalui proses perdagangan iaitu apabila kerajaan-kerajaan Melayu zaman dahulu membuat hubungan perdagangan dengan India. Pedagangpedagang India yang datang berdagang dengan Tanah Melayu menggunakan bahasa Sanskrit. Paling utama ialah golongan pengembang agama buddha yang datang untuk mengembangkan agama Buddha di rantau Asia Tenggara ini. Mereka akan menggunakanbahasaSanskrit.

Kajian telah menunjukkan bahawa dalam bahasa Melayu terdapat sebanyak 677 patah perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Kata-kata itu merangkumi pelbagai bidang kehidupan seperti bidang agama, falsafah, alam semula jadi, kenegaraan, hubungan kekerabatan, haiwan dan mergastua, bunga dan tumbuh-tumbuhan, bahagian-bahagian tubuh badan, penyakit, perdagangan dan perniagaan, barangan dagangan, bahasa, pembelajaran dan kesusasteraan, angka-angka, tanda masa dan arah, sifat dan keadaan, kata-kata kerja, keterangan ganti nama, penghubung dan seru, unsur-unsur awalan dan akhiran dan kata majmuk.

3.0 PENYERAPAN ISTILAH ASING KE DALAM PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu bersifat keterbukaan dan berkembang dari semasa ke semasa. Sejak dalam penjajahan Portugis, Inggeris dan Belanda, bahasa Melayu telah berkembang menyeresapi istilah-istilah asing dan lantas memperkayakan bahasa Melayu. Istilahistilah seperti lampu, almari, bendera, buku, bola dan meja merupakan contohcontoh istilah terbitan daripada bahasa-bahasa asing. Malah, sebelum penjajahan, bahasa Melayu juga telah meminjam dari bahasa-bahasa Sanskrit dan Arab seperti istilah sastera, bulan, akhirat dan zahir.

Pengembangan bahasa Melayu akan lebih ketara apabila kita memasuki zaman baru seperti di era ICT. Seringkali ada istilah-istilah baru asing yang diterbitkan dan diperkenalkan. Justeru itu, untuk bersaing dengan bahasa-bahasa utama, bahasa Melayu harus berkembang dalam menerbitkan istilah-istilah baru bagi

menterjemaah istilah-istilah baru yang asing. Istilah-istilah baru seperti tetikus, perisian, perkakasan, siber, laman, jaringan, internet dan batang bedek telah berjaya diterbitkan dan digunapakai. Walaupun begitu, keterbukaan sifat bahasa Melayu seharusnya sentiasa dipantau perkembangannya dengan ketat agar tiada penyelewengan dalam memelayukan istilah-istilah asing.
3.1 PENYERAPAN UNSUR BAHASA SANSKRIT DALAM BAHASA MELAYU Kemasukan pengaruh Sanskrit ini membawa kesan yang positif terhadap

perkembangan bahasa Melayu. Ini kerana bahasa Melayu dapat diangkat daripada menjadi bahasa yang rendah tarafnya menjadi bahasa yang bertaraf tinggi. Pada zaman itu, bahasa Sanskrit telah menjadi asas pemodenan bahasa Melayu purba. Selain itu banyak istilah yang baru dimasukkan yang meliputi seluruh aspek kehidupan, iaitu daripada nama-nama bahagian tubuh, nama binatang, soal keagamaan, pelayaran, tumbuhan dan pernyataan fikiran. Ini menjadikan bahasa itu lengkap dan

boleh digunakan untuk menyatakan sebarang maksud dan menyampaikan idea-idea baharu yang tinggi.

Banyak perkataan baru diterima masuk ke dalam bahasa Melayu. Kebanyakan Batu Bersurat yang ditemui menggunakan bahasa Sanskrit kerana tidak cukup kata dalam bahasa Melayu kuno untuk menyatakan pengertian-pengertian asing serta kesediaan di kalangan tertentu untuk menggunakan bahasa asing yang dianggap lebih standard, lebih tinggi tarafnya dan kemuliaannya. Berikut disertakan perkataan asal bahasa Sanskrit yang masih digunakan dalam bahasa Melayu hingga sekarang. Contoh bahasa Sanskrit yang telah diterima pakai dalam bahasa Melayu:

bhasa-bahasa, malalu-Melayu, aksara-angkasa, samudhara-samudera, maha-maha, rajha-raja, bhumi-bumi,bhagya-bahagia, vaca-baca, vamsa-bangsa, balya-belia, varta-berita, buddhi-budi, chaya-cahaya,dukkha-duka,samsara-

sengsara,dsb. 3.2 PENYERAPAN UNSUR BAHASA ARAB DALAM BAHASA MELAYU

Selain daripada bahasa Sanskrit, unsur bahasa Arab juga meresap masuk ke dalam bahasa Melayu. Antara peranan utama Islam dan bahasa Arab terhadap bahasa Melayu ialah pengenalan sistem tulisan. Huruf-huruf Arab diperkenalkan dan digunakan sebagai sistem tulisan menggantikan sistem tulisan Pallawa dan Nagiri.

Sistem tulisan Arab pada mulanya diserapkan ke dalam bahasa Melayu untuk menghasilkan buku-buku agama dalam bahasa Melayu, terutama mengenai ibadat. Persoalan awal yang ditulis ialah seperti mengucap dua kalimah syahadah, solat, berpuasa, membayar zakat. Pada ketika ini, bahasa Melayu menggantikan bahasa Jawa sebagai bahasa yang penting di Kepulauan Melayu.

Apabila Islam dianuti oleh golongan kerabat istana dan rakyat Melaka, peminjaman kata-kata Arab mula meresap masuk ke dalam bahasa melayu. Semasa Melaka di
5

bawah tampuk pemerintahan Sultan Muzafar Syah (1446-1459), Islam diletakkan sebagai asas pemerintahannya. Kesannya, pengaruh bahasa Arab menular masuk bukan sahaja dalam aspek-aspek keagamaaan, tetapi juga meliputi aspek pentadbiran dankelimuan.

Sistem tulisan Jawi pada awalnya menggunakan 30 huruf-huruf Arab, iaitu daripada alif sehingga ya. Untuk menampung keperluan lidah Melayu, 5 huruf lagi diperkenalkan hasil penyesuaian daripada bahasa Parsi, iaitu huruf ca, nga, pa, ga, dan nya.

Wilayah-wilayah atau pulau yang penduduknya beragama Islam telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa keagamaan. Dengan ini, bahasa Melayu semakin luas penggunaannya yang sebelum ini hanya digunakan dalam perdagangan dan kebudayaansahaja. Agama Islam juga memperkenalkan ilmu pengetahuan baharu dengan sejumlah khazanah yang besar dan kaya, yang bersangkut paut dengan perkara yang kompleks seperti agama, ilmu, fikiran, adat-adat Islam, dan sebagainya.

Antara perkataan Arab yang meresap masuk ke dalam bahasa Melayu ialah;

a.Agama Islam, iman, syarat, rukun, sah, anbia, nabi, wali, tauhid, syariat, malaikat, syariah, baligh, rukuk, ajal, haji, kiblat, fitrah, syaitan, masjid, al-Quran dsb.

b.Ilmu ilmu, nahu, surat, jahil, maktab, kitab, sejarah, riwayat, hisab, tafsir, tasawuf, kamus, fikir, hafaz, loghat, tarikh, tawarikh, darab , alim, kertas, huruf, baki dsb.

c.Fikiran&Perasaan Akal, faham, syak, yakin, nafsu, khusus, yakin, khas, ikhlas, ijtihad, nasib, nasihat, aib, hajat, hawa, ilham, musibah dsb

d.Berkenaan hukuman dan peraturan Hukum, hakim, adil, zalim, tertib, wilayah, wakil, wali, kadi, makam, sultan, wakaf, wazir, mansuh, uzur, daftar dsb

e. Adat dan pergaulan manusia kaum, umat, awam, nikah, muhrim, tahniah, layak, syukur, lazat, martabat, watan, mastautin, lazim, maruah, rezeki, darjat, batin, fitnah

f. Benda-benda, kejadian dan perbuatan Haiwan, insan, wajah, sifat, wujud, nahas, maut, roh, kubur, jubah, kubah, dunia, alam, akhirat, rezeki, jati, ijazah, kuat, jenazah, musafir, dar urat, sihat, fitnah, berkat dsb.

3.3 PENYERAPAN MASUK UNSUR BAHASA-BAHASA EROPAH DALAM BAHASA MELAYU 3.3.1 PENYERAPAN MASUK KOSA KATA BAHASA INGGERIS Kedatangan kuasa-kuasa Barat tidaklah memberi kesan semerta kepada bahasa Melayu. Pengenalan bahasa melayu kepada para pedagang Eropah merupakan langkah pertama ke arah pengenalan mereka dengan bangsa Melayu. Campur tangan Inggeris di negeri-negeri Melayu banyak membawa kesan kepada kedudukan bahasa Melayu. Bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, dan bahasa pengantar bidang pendidikan. Orang yang dapat menguasai bahasa Inggeris akan mendapatkeutamaan.

Keperluan terhadap ilmu dan desakan zaman yang berubah, menyebabkan banyak perkataan bahasa Inggeris menyerap masuk ke dalam bahasa Melayu. Pinjaman perkataan daripada bahasa Eropah terutamanya bahasa Inggeris terus berlaku. Ini kerana bahasa Melayu memerlukan istilah sejajar dengan perkembangan semasa, terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Antara perkataan awal yang meresap masuk ke dalam bahasa Melayu ialah seperti contoh:
7

saman, notis, berek, pensel, gelas, setem, hotel, tiub, basikal, lesen, bil, lokap, kompas, biskut, setokin, drebar,mesin, telefon, biro, dsb

3.3.2 KATA PINJAMAN DARIPADA BAHASA PORTUGIS

Perkataan-perkataan daripada bahasa Portugis yang menyerap masuk ke dalam bahasa Melayu contoh baldi, bangku, meja, bomba, bendera, kemeja, garpu, kebaya, paderi, tuala, dadu, ment ega, keju, pita, lampu, palsu, beranda, wizurai, gereja, merinyu, lelong, sepatu, almari, n anas, tembakau, tangki, pita dsb

3.2.3 KATA PINJAMAN DARIPADA BAHASA BELANDA Perkataan-perkataan pinjaman daripada bahasa Belanda, antaranya ialah: engsel, duit, pos, persen, polisi, sekolah, senapang, laci, pelekat, persen, rokok, kantor, kamar, peleser, permisi, dansa, super dsb

3.4 PENYERAPAN MASUK UNSUR BAHASA TAMIL, HINDUSTAN, PARSI DAN CINA DAN JAWA DALAM BAHASA MELAYU

Selain bahasa-bahasa Eropah, bahasa Melayu juga menerima unsur-unsur bahasa lain seperti Tamil, Hindustan, Parsi, dan Cina.

Perkataan pinjaman daripada bahasa Tamil : ayah, sebagai, cuma, macam, pinggan, bagai, bagaimana, kalap, segala, cuci, kedai, modal, tirai, cuma, percuma, nelayan, koko dan banyak lagi

Perkataan pinjaman daripada bahasa Hindustan : acar, cuti, kunci, budiman, kapas, palka, cukai, kari, roti, curi, kelasi, topi dsb.

Perkataan pinjaman daripada bahasa Parsi : agar, bakhtiar, banjir, bazar, badam, cap, kolah, nakhoda, syabas, taj, andai, pasar, daftar, firman, khurma, lasykar, syah,
8

saudagar, jam, bandar, temasya, nisan, takhta, pelampung, dsb.

Perkataan pinjaman daripada bahasa Cina : tauke, tong, tauhu,loteng, laici, kuli, pungki, cap, maajun, cawan, taugeh, cat, sampan, kongsi, ping pong, taufan, mi, bihun, kue tiaw, pau, kueh dan banyak lagi.

Perkataan pinjaman daripada bahasa Jawa: andong-kereta kuda (sewaan), batoktempurung, berangasan-mudah naik marah, wedana-ketua daerah, adipati-raja, dsb.

4.0 PENUTUP 5.0 BIBLIOGRAFI


1. http://hadiulakkemang.wordpress.com/2013/05/27/pengaruh-bahasa-sanskrit-dalambahasa-melayu/ 2. http://bmstpm.blogspot.com/2012/07/penyerapan-unsur-asing-dalam-bahasa.html 3. http://zulkiplyharun.com/php/sitemap.php/news-view-17.html 4.http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Malaysia#Pengaruh_daripada_bahasa asing 5.http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu#Pengaruh_daripada_bahasa_asing _.DA.A4.DA.A0.D8.A7.D8.B1.D9.88.D9.87_.

Vous aimerez peut-être aussi