Vous êtes sur la page 1sur 10

OBJEKTIF Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam menjalani hidup seharian.

Meningkatkan keperihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan kecerian, serta menghargai kemudahan yang disediakan. Memupuk semangat kepunyaan serta kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah. Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan bagi mencapai kebersihan maksimum. Mewujudkan iklim, serta identiti sekolah sebagai institusi yang sihat, bersih, indah dan ceria.

AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

PIAWAIAN BERSIH
Tiada Contengan Tiada Goresan Tiada Sampah Tiada Sawang Tidak Berhabuk Atau Berdebu Tidak Berlumut Tidak Berbau Yang Kurang Menyenangkan Sentiasa Dinyahkuman Untuk Mengelakkan Bakteria Dalam Warna Asal

BERFUNGSI
Dijaga Dan Diselenggara Dengan Baik Boleh Digunakan Dengan Sempurna Pada BilaBila Masa

SELAMAT
Tidak Berbahaya Tidak Menjadi Tempat Pembiakan Serangga Atau Haiwan Perosak

Perkara-perkara asas yang diutamakan untuk memastikan makanan bersih dan selamat ialah: (a) Kebersihan bahan mentah. (b) Pengendalian makanan yang bersih. (c) Kebersihan diri pengendali makanan. (d) Keperluan kemudahan asas yang mencukupi (e) Reka bentuk premis dan peralatan yang sesuai.

PENGURUSAN & PELAKSANAAN Kerjasama antara warga sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta ahli masyarakat lain bagi meningkatkan tahap kesihatan warga sekolah adalah sangat penting. Penglibatan masyarakat dalam pelbagai bentuk sama ada dengan memberi sumbangan kewangan, tenaga kepakaran atau pun bahan-bahan yang boleh digunakan oleh pihak sekolah dorongan dan sokongan moral kepada murid serta menjadi role-model yang baik kepada anak-anak dan murid sekolah. Penglibatan komuniti seharusnya berbentuk dua hala iaitu bukan sahaja komuniti yang datang ke sekolah tetapi pihak sekolah juga melibatkan warga mereka dalam aktiviti kemasyarakatan di sekitar sekolah. Amalan Kesihatan : (a) Menubuhkan satu Jawatankuasa Kesihatan Sekolah yang dianggotai dan ahli PIBG di setiap sekolah. (b) Menubuhkan Kelab Kesihatan di kalangan pelajar di setiap sekolah. (c) Mengadakan Biro Kesihatan dalam PIBG setiap sekolah. (d) Mengamalkan Cara Hidup Sihat

POLISI KESIHATAN SEKOLAH


Satu penyataan jelas yang menentukan tindakan dan keperluan sumber bagi mempromosikan kesihatan. Sebagai piagam pelanggan bagi memberi panduan kepada warga sekolah dan masyarakat luar. Polisi yang dipilih hendaklah dipamerkan agar semua warga sekolah serta pelawat tahu tentangnya. Pihak sekolah hendaklah menjalankan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan polisi yang dipilih. Setiap polisi yang dilaksanakan seharusnya diikuti dengan indikator pengukuran keberkesanannya. Sekolah boleh memilih satu atau lebih polisi untuk dilaksanakan menurut kemampuan mereka. Polisi-polisi ini juga boleh bertukar-ganti mengikut tahap pencapaiannya.

PERANAN PENGETUA/GURU BESAR DAN PENTADBIR SEKOLAH Memberi penerangan kepada guru-guru mengenai pelaksanaan amalan kebersihan di sekolah. Menubuhkan Jawatankuasa kebersihan dengan dianggotai oleh guru-guru, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, wakil masyarakat setempat dan juga badan-badan bukan kerajaan. Merancang aktiviti dan program dengan mengambil kira keperluan warga sekolah bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga emosi serta keadaan persekitaran yang selamat. Pengalaman murid-murid dan guru-guru supaya dapat digabungkan untuk menjalankan aktiviti dan program amalan kebersihan dengan berkesan. Kemahiran kesihatan,kemahiran berfikir secara kritis dan bertanggungjawab terhadap masyarakat. Kesedaran murid-murid, pelajar pentingnya kemahiran kesihatan serta mempunyai azam yang kuat untuk menjaga kesihatan diri. Sumber-sumber yang sedia ada mengikut kemampuan sekolah. Penglibatan badan bukan kerajaan.

PERANAN GURU Memahami komponen-komponen. Menyokong, melaksana dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti HPS yang dirancang oleh Jawatankuasa. Memberi cadangan aktiviti-aktiviti kebersihan yang boleh dilaksanakan kepada jawatankuasa. Menjadi contoh kepada murid-murid dan pelajar dalam mengamalkan Gaya Hidup Sihat. Menggalakkan murid-murid dan pelajar menyertai aktiviti atau program dengan aktif. Memberi penerangan kepada ibu bapa mengenai program amalan kebersihan.

PERANAN MURID/PELAJAR

Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti/program BPS yang dirancang. Bertanggungjawab menjaga kesihatan diri sendiri. Menyampaikan maklumat kepada ibu bapa dan masyarakat setempat mengenai aktiviti kesihatan dan program kebersihan yang dijalankan di sekolah

PERANAN IBU BAPA

Libatkan diri secara aktif dan sokong aktiviti/program HPS. Beri bantuan kepakaran, kewangan, barangan dan sokongan moral. Beri galakan kepada anak-anak untuk sertai aktiviti HPS.

SEKIAN TERIMA KASIH

Vous aimerez peut-être aussi