Vous êtes sur la page 1sur 4

Apakah Krisis Tenaga?

Negara mungkin menghadapi krisis tenaga dalam tempoh kurang 10 tahun lagi Kenyataan ini dilaporkan oleh Syed Azwan Syed Ali dalam Berita Harian Online pada 11 November 2010. Hal ini berlaku kerana negara kita bergantung kepada arang batu dan gas sebagai sumber utama menjana elektrik. Menurutnya, ketika ini, 100 peratus bekalan arang batu untuk kegunaan Semananjung diimport dari Indonesia, Australia dan Negara lain, manakala 25 peratus bekalan gas pula diperoleh dari Thailand dan Indonesia. Lama-kelamaan sumber berkenaan di negara terbabit juga akan kehabisan. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya untuk mempelbagaikan sumber tenaga dengan meneroka sumber-sumber tenaga lain yang lebih mesra alam bagi menggantikan sumber tenaga yang sedia ada. Terdapat pelbagai sumber tenaga alternatif yang boleh digunakan, tetapi masingmasing mempunyai implikasi positif dan negatif. Maka, implikasi sumber tenaga alternatif perlu dikaji terlebih dahulu.

Sumber Tenaga Altenatif Tenaga Suria Tenaga suria ialah tenaga dari matahari dalam bentuk cahaya dan haba. Kuasa suria merujuk kepada penukaran tenaga cahaya matahari kepada elektrik melalui fotovolta, alat penumpu haba suria atau teknik lain. Walaupun kos untuk sistem solar tinggi disebabkan panel suria yang mahal dan ruang yang besar diperlukan untuk meletakkan panel suria serta sesetengah kawasan tidak mendapat matahari untuk jangka masa panjang kerana keadaan cuaca tidak menentu, tetapi kebaikannya tidak boleh diabaikan. Tenaga matahari dapat mengurangkan pencemaran udara dan kesan rumah hijau serta boleh disimpan untuk penggunaan elektrik pada waktu malam. Ia juga boleh dimanfaatkan untuk kegunaan lampu tiang yang banyak terdapat di Malaysia.

Sumber Angin Kuasa angin ialah penukaran tenaga angin kepada tenaga berguna seperti elektrik menggunakan turbin. Dalam kincir angin, tenaga angin digunakan untuk memecah bijirin atau mengepam air. Tenaga angin hanya boleh diperolehi daripada kawasan yang mempunyai tiupan angin yang kuat. Secara asasnya, kelajuan angin bertambah apabila altitud (ketinggian) kawasan bertambah dan di kawasan terbuka yang tidak berlaku gangguan angin. Kawasan yang paling baik untuk kawasan memperoleh tenaga angin ialah seperti kawasan tinggi yang gondol tiada pokok, dikelilingi bukit bukau, kawasan lapang atau tepi laut yang terbuka dan juga ruang antara gunung ganang yang membentuk terusan angin. Kebanyakan tenaga angin ini diperolehi pada tempat tinggi bagi mendapatkan kelajuan angin yang tinggi. Di Malaysia, kelajuan angin hanya 2km/jam dan tidak praktikal. Kesan alam sekitar yang paling besar dalam penggunaan mesin angin ialah ia memberi kesan negatif kepada populasi burung liar dan juga permandangan alam sekitar. Sesetengah orang permandangan bilah turbin angin yang bergemerlapan adalah sesuatu yang menyakitkan; tapi bagi yang lain, ia merupakan alternatif yang indah kepada stesen jana kuasa konvensional. Namun begitu, tenaga angin adalah bersih dan ia tidak menghasilkan sebarang pencemaran udara atau air kerana tiada bahan bakar yang dibakar untuk menghasilkan elektrik, oleh itu ia merupakan tenaga alternatif kepada bahan bahan bakar fosil.

Hidroelektrik Semenjak dari tahun 70-an lagi Malaysia telah pun mempelopori bidang teknologi tenaga hidroelektrik. Beberapa projek hidroelektrik telah pun lama beroperasi. Projek gergasi hidroelektrik Bakun dijangka apabila beroperasi sepenuhnya kelak akan dapat menjana tenaga elektrik yang murah, bersih dan efisyen kepada seluruh negara. Negara juga akan mampu menjana sumber pendapatan kewangan baru dengan menjual tenaga elektrik lebihan kepada negara-negara jiran. Kebaikan utama sistem hidroelektrik ialah tiada penggunaan bahan api, panjang umur, kos operasi rendah dan kemudahan untuk dijadikan tempat rekreasi yang menawarkan aktiviti sukan air dan memancing. Secara umum, kuasa hidroelektrik boleh menjadi lebih murah berbanding bahan api fosil atau tenaga nuklear. Bagaimanapun terdapat beberapa kelemahan sistem hidroelektrik. Antaranya ialah pemindahan orang, penghasilan sejumlah gas

karbon dioksida semasa pembinaan dan banjir, gangguan kepada hidupan air dan burung, memberi kesan kepada persekitaran sungai, risiko sabotaj dan sedikit kemungkinan bencana alam. Biojisim Biojisim merujuk kepada tenaga yang dijana dari reputan benda-benda hidup. Bahanbahan ini boleh digunakan sama ada sebagai bahan api atau dalam industri. Selalunya, biojisim merujuk kepada pohonan yang ditanam untuk digunakan sebagai bahan api bio, tetapi reputan pohon atau haiwan yang digunakan dalam penghasilan serat, bahan kimia atau haba juga boleh dikategorikan sebagai biojisim. Selain itu, buangan terbiodegradasikan yang boleh dibakar sebagai bahan api juga dikira sebagai biojisim. Dalam industri minyak sawit, pelepah dan sisi perahan tandan sawit telah digunakan sebagai biojisim bagi memasak buah sawit sebelum diperah bagi mengeluarkan minyaknya. Bahan api biojisim yang dihasilkan secara pertanian ialah seperti biodiesel, etanol dan bagasse (biasanya hasil penanaman tebu) boleh dibakar untuk kegunaan enjin atau dandang. Penyelidikan untuk mendapatkan kaedah yang efisen bagi menukar biobahan api kepada elektrik sedang giat dilakukan. Di Malaysia, kita telah mengadakan penyelidikan untuk mendapatkan biodisel dari sumber kelapa sawit. Bagaimanapun jika ianya digunakan dari minyak sawit segar maka ini akan memberi kesan kepada pengurangan bekalan minyak sawit untuk tujuan makanan. Selain itu, pembakaran bahan buangan di loji juga boleh menghasilkan pencemaran udara seperti bau busuk yang boleh menjejaskan kawasan penempatan manusia.

Sumber Nuklear Tenaga nuklear dikatakan sangat mesra alam. Penghasilan tenaga elektrik dengan menggunakan tenaga nuklear tidak akan mencemarkan udara. Ini kerana logi tenaga nuklear tidak akan membebaskan gas-gas rumah hijau seperti karbon, methane, ozon dan CFC semasa beroperasi dan dengan itu tidak mencemarkan udara. Dalam hal ini, ia akan membantu mengurangkan kesan rumah hijau. Selain itu, pembinaan logi nuklear juga tidak memerlukan kawasan yang besar dan dalam jangka masa panjang, tenaga nuklear akan menghasilkan tenaga elektrik yang lebih murah kerana kos operasinya yang rendah.

Di sebalik kelebihan tenaga nuklear ini, terdapat juga beberapa keburukan penggunaan tenaga nuklear. Antara keburukan tersebut ialah, tenaga nuklear boleh memberi kesan tidak baik kepada kesihatan manusia. Ini kerana, tenaga nuklear menghasilkan radiasi. Radiasi ini sangat berbahaya kepada tubuh badan manusia kerana radiasi itu boleh merosakkan sel badan. Selain itu, bahan radioaktif yang terhasil daripada aktiviti penjanaan tenaga elektrik menggunakan tenaga nuklear juga amat berbahaya dan kos menguruskannya juga amat tinggi. Bahan radioaktif ini, jika dilepaskan ke alam sekitar, akan bertahan untuk satu jangka masa yang lama sebelum ia mencecah tahap selamat kepada manusia. Tenaga nuklear bergantung kepada bahan uranium. Uranium dikategorikan sebagai bahan api tidak boleh diganti (non renewable energy) sama seperti petroleum dan arang batu. Walaupun buat masa ini, sumber uranium masih banyak tetapi ia juga akan berkurangan jika terus digunakan. Oleh itu, ia juga akan habis pada satu masa nanti.

Vous aimerez peut-être aussi