Vous êtes sur la page 1sur 16

KEMAHIRAN BERTUTUR

Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alatalat sebutan (artikulator) manusia. Ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa. Kemahiran bertutur berlaku di peringkat produksi. Ia bukan dicipta oleh pelajar tetapi ditiru dan diajuk. Oleh kerana itu, model-model yang diperdengarkan haruslah model-model yang baik yang membolehkan pelajar-pelajar bertutur secara berkesan.

KONSEP BERTUTUR

Pertuturan adalah gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Proses pertuturan berlaku di peringkat produksi. la berlaku setelah si penutur itu dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya. Individu banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada kecerdasan otaknya. Kemahiran bertutur dipengaruhi aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, dan jantina. Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan sistem bunyi yang lain.

Objektif Kemahiran Bertutur

Kemahiran bertutur diajarkan untuk membolehkan murid bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakanrakan, guru, ibu bapa serta dalam aktiviti perbahasan dan syarahan. Dalam menguasai kemahiran tersebut, guru haruslah memastikan murid boleh bertutur dengan betul dari segi sebutan, intonasi serta menggunakan perkataan dan ayat dengan tepat.

Pengajaran Dan Pembelajaran Bertutur Haruslah Membolehkan Murid: Menyebut dengan jelas Menyampaikan atau melahirkan pendapat peribadi Menunjukkan arah Bertemu ramah Memberikan penerangan dan memberi alasan Membina soalan untuk mencari maklumat Bertukar-tukar pendapat dan maklumat Melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat Bertutur secara bertatasusila Bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi

3.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUTURAN

Ada beberapa faktor yang boleh mempengaruhi pertuturan iaitu :-

a) Faktor Kecerdasan: Ini bermaksud kecerdasan otak yang dihubungkan dengan kemampuan menghasilkan bahasa.

b) Faktor Kesihatan: Ini bermaksud jika seseorang kanak-kanak itu mendapat sakit berlanjutan di masa kecil, penguasaan bahasa mereka akan terganggu. Biasanya kanak-kanak yang lemah dan sakit tidak mempunyai kekuatan untuk berfikir dan bercakap.

c) Faktor Fizikal: Pertuturan biasanya terhasil daripada organ-organ vokal manusia. Jika secara fizikalnya didapati organ-organ ini rosak atau tidak lagi berfungsi maka sudah pasti kanak-kanak itu tidak boleh bertutur dengan baik.

d) Faktor Alam Sekeliling: Biasanya faktor taraf sosioekonomi dan perhubungan keluarga boleh mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak.

e) Faktor Jantina: Melalui kajian-kajian yang telah dijalankan didapati kanak-kanak perempuan lebih dahulu bercakap daripada kanak-kanak lelaki. Ini disebabkan oleh perkembangan jasmani kanak-kanak perempuan yang berkaitan dengan urat saraf pertuturan mereka berlaku lebih cepat daripada kanak-kanak lelaki.

Faktor Dwibahasa: Kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur lebih baik berbanding dengan kanak-kanak dwibahasa. Ini

3.3 ASPEK-ASPEK PERTUTURAN

Ada beberapa aspek penting yang harus diberi perhatian dalam kemahiran bertutur. Antaranya ialah sebutan, tekanan, mora, jeda, intonasi, nada, tatabahasa, kelancaran dan laras bahasa.

i.

Sebutan: Dari segi sebutan, murid-murid diajar mengenal huruf dan bunyi-bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat. Ini bertujuan melatih mereka menyebut sesuatu dengan tepat dan jelas. Mereka juga harus menyebut dengan betul mengikut bunyi, ejaan dan makna.

ii.

Tekanan: Tekanan adalah cara menyebut perkataan, rangkai kata atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Biasanya tekanan dilakukan pada suku kata dan ia bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan.

iii.

Mora (panjang-pendek): Mora atau panjang-pendek adalah kadar sesuatu bunyi itu dilafazkan. Konsepnya sama dengan 'harakat' dalam bahasa Arab. Unsur ini biasanya tidak jelas dalam Bahasa Melayu dan kalau ada pun ia tidak membezakan makna. Penggunaan unsur ini agak lebih ketara dalam Bahasa Inggeris dan Arab.

iv.

Jeda (persendian): Unsur ini disebut juga sebagai persendian. la digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata, atau ayat-ayat. Dalam sesebuah ayat yang diucapkan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar. Unsur ini boleh membawa makna yang berbeza jika ia digunakan.

v.

Intonasi: Intonasi adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu ayat itu dilafazkan. la kadangkala disebut sebagai nada suara. Intonasi

ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan. la boleh menaik, menurun, boleh mendatar dan sebagainya. Ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik di akhir ayat manakala ayat penyata pula mempunyai intonasi yang menurun.

vi.

Nada: Nada adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata itu diucapkan. Dalam bidang muzik, kita dapati ada lapan nada iaitu Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti, dan Do. Setiap nada ini mewakili satu suku kata. Dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik. Kewujudannya lebih ketara dalam Bahasa Cina.

vii.

Tatabahasa: Tatabahasa adalah satu sistem, peraturan atau undang-undang menggabungkan kata untuk membentuk ayat. Peraturan-peraturan ini

mempunyai kaedah dan formula tertentu. la terdiri daripada aspek fonologi, morfologi dan sintaksis. Dalam bahasa pertuturan, walaupun lumrahnya aspek tatabahasa tidak begitu dipentingkan tetapi untuk memperolehi kebiasaan bertutur atau bercakap dengan baik dan berkesan aspek ini haruslah ditekankan.

viii.

Kelancaran: Kelancaran bermaksud murid-murid boleh bertutur atau bercakap dengan baik, kemas dan teratur. Waktu bercakap mereka tidak menghadapi sebarang masalah dan tiada gangguan semasa percakapan itu berlangsung.

ix.

Kefasihan: Kefasihan bererti murid-murid boleh bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas, teratur dan lancar tetapi mereka juga boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dan ayat-ayat yang dituturkan itu secara jelas dan tepat. Mereka boleh bercakap seperti seorang penutur jati yang terpelajar.

x.

Laras bahasa: Laras bahasa dalam konteks ini ialah murid-murid boleh menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai konteks, suasana dan situasi yang sesuai. Tujuannya ialah supaya murid-murid boleh menggunakan bahasa itu untuk tujuan-tujuan berkomunikasi secara berkesan.

f) disebabkan oleh gangguan-gangguan bahasa ibunda (pertama).

3.4 PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN BERTUTUR

PERINGKAT AWAL

a) Melafazkan pengucapan bertatasusila. b) Mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar. c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat . d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi. e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu. f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah. g) Memberi arahan. h) Membuat ayat-ayat mengenai diri sendiri, rakan, ibu bapa dan sebagainya. i) Membuat ayat-ayat daripada gambar-gambar.

PERINGKAT PERTENGAHAN

a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar. b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri. c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa. d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu. e) Menyoal dan menjawab soalan-soalan berhubung dengan peribadi seseorang, masa bersekolah, persekitaran, di rumah dan sebagainya. f) Membaca iklan dan peraturan-peraturan. g) Memberi ucapan pendek dan mudah. h) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah. i) Memberi komen secara mudah. j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.

PERINGKAT MAJU

a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses dan sebagainya. b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya. c) Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog. d) Bertanya untuk mendapatkan maklumat. e) Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan. f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat. g) Memberi ceramah dan syarahan (yang disediakan). h) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan lain-lain. i) Mengambil bahagian dalam drama atau lakonan. j) Mendeklamasi puisi. k) Menyampaikan komen, laporan atau ulasan. l) Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.

3. 5 Pemilihan Bahan Kemahiran Bertutur

Guru boleh memilih alat atau bahan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kriteria yang berikut; a) Bahan yang sedia ada b) Kesesuaian dengan objektif pengajaran c) Keberkesanannya.

Alat atau bahan bantuan mengajar boleh dibahagikan kepada tujuh kategori iaitu;

a) Guru, Murid dan Bilik darjah Gerak laku guru dan murid boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk membantu Proses pengajaran dan pembelajaran, misalnya;

i.

Guru menaikkan dan menurunkan tangan kanan atau menggerakan kepala bagi menunjukkan perbezaan intonasi dalam pertuturan.

ii. iii.

Guru menunjukkan cara membunyikan sesuatu sebutan Guru menggunakan papan tulisuntuk mencatat perkataan atau frasa yang perlu digunakan oleh murid apabila bertutur.

b) Objek Sebenar Objek yang biasa digunakan sehari-hari boleh dijadikan alat dan bahan pengajaran yang berkesan, untuk membolehkan murid;

i.

Mengaitkan konsep dengan bunyi, contohnya, bunyi pelbagai kenderaan, mergastua dan air dengan menggunakan alat audio seperti radio dan pita rakaman.

ii.

Mengaitkan situasi dengan pertuturan sebenar yang sedang berlaku. Contohnya, pertuturan sekumpulan manusia di stesen bas berbeza dengan pertuturan di pasar. Contoh ini boleh ditunjukkan atau didengar melalui alat audio dan visual seperti television, video, filem dan transperansi.

iii.

Bahan sebenar seperti tiket bas, menu, butang baju pelbagai warna dan saiz, buku, majalah, kalendar dan borang adalah bahan yang boleh digunakan secara kreatif sebagai bahan bertutur.

c) Gambar Guru digalakkan mempunyai fail untuk menyimpan gambar yang boleh digunakan dalam pengjaran dan pembelajaran bertutur. Sama ada gambar tunggal atau gambar bersiri boleh digunakan sebagai bahan rangsangan untuk murid-murid bercerita, berlakon, berpuisi dan berdialog. Gambar-gambar yang digunakan hendaklah sesuai dari segisaiz, terang dan jelas.

3.6 AKTIVITI-AKTIVITI BERTUTUR

Aktiviti lisan seperti perbualan, dialog, lakonan, wawancara, temuramah atau temubual dan lain-lain seumpamanya adalah bentuk-bentuk aktiviti yang membolehkan murid-murid mengamalkan atau menggunakan bahasa dalam bidang komunikasi yang paling dekat dengan situasi kehidupan sehari-hari. Latihan sebutan, penggunaan tatabahasa dan ciri-ciri prosodi dapat dipraktikkan. Aktiviti-aktiviti di atas bolehlah dijadikan rangsangan atau model aktiviti lisan sebagai aktiviti lanjutan di dalam kelas.

1. Aktiviti Perbualan

Guru menjalankan aktiviti perbualan sebaik-baiknya berdasarkan sesuatu tajuk. Kemungkinan tidak semua murid akan dapat peluang berbual dengan guru tersebut, oleh kerana itu bolehlah guru menyusun atau meminta murid-murid sendiri memilih kawannya.

Dalam masa perbincangan dengan guru, tidak semestinya murid itu sendiri yang menceritakan hal dirinya atau keluarganya atau lain-lain mengikut tajuk yang telah ditetapkan tetapi murid yang dilawan berbual itu akan menceritakan semula apa yang telah diceritakan oleh rakan bualannya itu.

Ketika murid bercerita atau selesai bercerita, guru menyusun strategi: -

1. Guru menyenaraikan isi-isi yang telah disebutkan oleh murid-murid dalam perbualan itu. 2. Pilih satu daripada isi penting yang terdapat dalam senarai itu untuk dibincangkan dengan secara lebih mendalam. Sebaiknya guru merancang tajuk dan jika tajuk itu tidak disebut oleh murid, guru bolehlah kemukakan soalan yang boleh menerbitkan tajuk yang dirancangkan itu.

AKTIVITI YANG DIPILIH UNTUK MENERAPKAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR KEPADA 3 PERINGKAT BERDASARKAN PENGUASAAN MURID (CERGAS, SEDERHANA DAN RENDAH )

Pengajaran ini akan dijalankan kepada murid tahun 5 KATEGORI MURID CERGAS

Objektif : Bertanya Dan Menjawab Tentang Sesuatu Perkara Secara Bertatasusila. Hasil Pembelajaran: Murid dapat mengemukakan 4 soalan dengan menggunakan kata tanya dan tanpa kata tanya untuk mendapatkan penjelasan. Masa: 9.10 10.10 ( 1 Jam ) Tajuk: Pekerjaan bapa saya sebagai Ketua Pejabat Pos

Langkah-langkah Perlaksanaan:

i.

Guru akam mengemukakan beberapa soalan yang boleh menerbitkan hal-hal yang berkaitan dengannya. Misalnya, gelaran atau panggilan kepada pekerja di bahagian-bahagian tertentu seperti posman, kerani, penjual setem, juruwang, penerima bungkusan dan lain-lain lagi.

ii.

Guru siapkan juga benda-benda yang diperlukan ada di pejabat pos seperti setem, bungkusan-bungkusan, surat, gam, buku simpanan wang, borang telegram dan sebagainya.

iii.

Guru membina sebuah pejabat pos olok-olok di dalam kelas: Letakkan semua label di kaunter-kaunter yang berkenaan, seperti setem, telegram, bungkusan dan lain-lain. Letakkan murid sebagai pekerja di tiap-tiap kaunter. Tetapkan murid-murid yang akan memegang peranan sebagai pembeli,

penghantar surat, penghantar bungkusan dan sebagainya. Tetapkan perbualan-perbualan yang dikehendaki misalnya: Minta beli setem. Bertanyakan harga setem. Minta borang telegram. Hendak menyimpan wang. Hendak mengeluarkan wang dan sebagainya.

iv.

Perkenalkan barang-barang yang hendak digunakan itu seperti setem dengan harga-harganya (misalnya 5 sen, 10 sen, 20 sen, 75 sen, $1.00) dan seterusnya setakat yang sesuai dengan pengetahuan membilang dan mengenal angka yang telah sedia ada pada murid-murid.

v.

Bincangkan kata tanya yang boleh digunakan dalam situasi tersebut.

vi.

Guru senaraikan perkataan-perkataan yang diperlukan dalam aktiviti yang akan dijalankan pada kad imbasan.

vii.

Mengadakan latihan menggunakan ayat-ayat yang hendak digunakan di dalam aktiviti itu.

viii.

Menggunakan ayat-ayat di atas dalam situasi sebenar di pejabat pos tadi.

ix.

Minta tiap-tiap orang murid yang telah mengambil bahagian tadi menceritakan semula apa yang telah dibuatnya di pejabat pos sebentar tadi.

x.

Guru menyediakan dialog pendek sebagai rangsangan pelajaran lisan untuk aktiviti selanjutnya.

xi.

Murid diberi lembaran kerja pengukuhan hasil daripada aktiviti yang dijalankan.

xii.

Perbincangan dan idea yang dibentangkan akan dibincangkan satu persatu.

KATEGORI MURID SEDERHANA

Objektif: Bertanya Dan Menjawab Tentang Sesuatu Perkara Secara Bertatasusila. Hasil Pembelajaran: Murid dapat mengemukakan sekurang-kurangnya 3 soalan

dengan menggunakan kata tanya untuk mendapatkan penjelasan. Masa: 9.10 -10.10 ( 1 Jam ) Tajuk: Tiga Sahabat Karib

Langkah-Langkah Perlaksanaa :

i.

Guru memasang pita rakaman yang mengandungi petikan cerita 3 sahabat karib sebanyak 3 kali ulangan.

ii. iii. iv.

Minta murid menghayati cerita yang diperdengarkan. Beberapa orang wakil pelajar diminta mengulang kembali kisah yang didengar. Guru mengedarkan lembaran cerita pendek kepada semua murid sederhana untuk membantu mereka diajukan. membentuk soalan dan menjawab soalan yang

v.

Guru membahagikan murid kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan menyediakan soalan dan satu kumpulan lagi menjawab soalan yang diberi

vi.

Guru membimbing murid membina soalan dari petikan yang diperdengarkan dan memberi 3 contoh:

Dimanakah tiga sahabat baik itu tinggal? Siapakah tiga sahabat baik itu? Siapakah yang terkena perangkap? Siapakah yang mengoyakkan jaring? Apakah yang digunakan oleh pemburu itu untuk memburu Kenari? Kenapakah pemburu menjerit kesakitan? Dimanakah pemburu itu tertidur? Nyatakan nilai murni yang terdapat dalam cerita ini.

i.

Guru minta setiap murid menyatakan teladan yang boleh dicontohi oleh mereka dalam petikan diberikan.

ii.

Beberapa orang wakil murid akan menyatakan teladan yang boleh dicontohi daripada petikan tersebut.

iii.

Murid dikehendaki menulis kembali soalan dan jawapan yang telah dibincangkan bersama dalam aktiviti.

iv. v.

Murid menyenaraikan teladan yang boleh dicontohi daripada petikan tersebut. Lembaran kerja pengukuhan membina ayat tanya diedarkan dan dibincang secara kelas.

KATEGORI LEMAH Objektif: Bertanya Dan Menjawab Tentang Sesuatu Perkara Secara Beratasusila Hasil Pembelajaran: Murid mendengar menyebut kata tanya dengan intonasi yang betul. Masa: 11.10- 12.10 ( 1 Jam )

LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN:

i.

Guru akan menunjukkan tayangan lakonan dialog di antara dua sahabat yang berhubungan melalui telefon kerana tinggal di kawasan yang berlainan. Tayangan akan diulang agar murid dapat menghayati nada intonasi suara.

ii. iii.

Guru mengedar petikan yang didengar oleh murid sekejap tadi. Guru memilih wakil pelajar secara berpasangan untuk ke hadapan dan melakonkan adegan perbualan seperti yang ditonton.

iv.

Guru tunjuk cara untuk menghasilkan nada intonasi yang sesuai bagi ayat tanya yang tiada kata tanya.

v.

Sekiranya murid tidak dapat mengikutinya, guru akan mengulang tayangan pada sepotong ayat tanya dan semua murid dikehendaki mengulangnya.

vi.

Murid dikehendaki menulis kembali ayat tanya yang terdapat dalam petikan dan membacanya secara berpasangan dengan rakan sebelah secara bergilir-gilir.

vii.

Murid diberi sebuah dialog petikan dari keratan akhbar.

Murid secara

berpasangan dikehendaki membaca petikan tersebut dengan intonasi yang betul. viii. Memilih pasangan yang terbaik dari segi intonasi bacaannya untuk bertutur di hadapan kelas. ix. Guru memberi hadiah sebagai motivasi kepada murid yang berani bertutur di hadapan dengan penuh keyakinan. x. xi. Murid menjawab soalan pada lembaran kerja yang disediakan Perbincangan jawapan bagi latihan yang diberikan.

LATIHAN PENGUKUHAN MURID CERGAS Reka dialog yang sesuai bagi gambar di bawah dengan menggunakan sekurang-kurangnya 1 kata tanya.

Mula

zzz

Tamat

Vous aimerez peut-être aussi