Vous êtes sur la page 1sur 4

ANALISIS ARTIKEL Saya telah memilih artikel yang bertajuk Transformasi Pendidikan Besar -besaran yang ditulis oleh

eh Mohd.Nasiruddin Abd. Nasil, dimuatkan di dalam ruangan Pendidikan, Majalah Dewan Masyarakat, November 2012. Artikel yang panjangnya diantara 1000 ke 1100 patah perkataan ini mengupas isu transformasi pendidikan dan halatuju bidang pendidikan pada masa akan datang. Secara kesimpulannya, kerajaan sudah mengenalpasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang diingini oleh seluruh rakyat. Sesuai dengan rtikel berteraskan bahasa Melayu ini, sudah pastilah perkataan-perkataan yang dimuat dan digunapakai dalam artikel ini adalah perkataan bahasa Melayu. Berdasarkan analisa yang telah saya buat, artikel ini menggunakan hampir 70% perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu. Kata Umum Bahasa Melayu yang digunakan turut memuatkan perkataan-perkataan sastera lama, perkataan yang dipetik dari bahasa percakapan harian, termasuk kiasan tehadap sesuatu perkara, yang dinyatakan secara simbolik ataupun sindiran. Penggunaan perkataan-perkataan tersebut dinyatakan di dalam jadual dibawah ini. BIL 1 CIRI-CIRI BAHASA Sastera lama CONTOH Cekap Runding Sukar

Bahasa Percakapan

Perbincangan Perbelanjaan

Kiasan / Simbolik / Sindiran

Suri teladan Kayu ukur Bergadai harta Bapa hantu Bergandingan bahu

Penggunaan perkataan-perkataan atau frasa-frasa di atas menunjukkan bahasa Melayu sangat kaya dengan perbendaharaan kata baik dari bahasa Melayu klasik yang dikekalkan penggunaannya ataupun bahasa Melayu moden yang menunjukkan transformasi bahasa.

- 18 -

Sehebat manapun bahasa Melayu itu bertransformasi, ia masih mengekalkan ciri-ciri kehalusan kata-kata dan masih berunsurkan sindiran, kiasan, simbolik dan sebagainya. Bahasa kiasan atau simbolik ini mencerminkan ketinggian bahasa orang melayu yang terus kekal terpelihara dengan penggunaan bahasa-bahasa berirama seperti, pantun, sajak, syair dan sebagainya. Artikel ini juga turut menggunakan perbendaharaan kata serumpun di dalam pemilihan katakata yang dimuatkan di dalam artikel ini. Penggunaan perbendaharaan kata serumpun digunakan apabila tiada istilah kata umum bahasa melayu yang sesuai untuk digunakan. Penggunaan perbendaharaan kata serumpun ini sudah termaktub di dalam dasar pembentukan istilah yang telah dijelaskan di awal kerja kursus ini. Berikut adalah senarai perbendaharaan kata serumpun yang digunakan di dalam artikel ini. BIL 1 CIRI-CIRI PERKATAAN Bahasa / dialek negeri CONTOH PERKATAAN Didik Selangor Rakyat Pahang ( bahasa orang asli ) 2 Bahasa Indonesia Tujuh Gadai Banding 3 Bahasa Minangkabau Gelombang Ukur

Perbendaharaan kata serumpun ini masih banyak digunakan di dalam artikel ini. Pemilihan perkataan-perkataan ini dibuat berdasarkan kesesuaian yang boleh menimbulkan makna yang boleh difahami dalam artikel tersebut. Artikel ini juga menggunakan perkataan-perkataan bahasa pinjaman dari pelbagai bahasa. Perhatikan jadual dibawah ini.

BIL

CIRI-CIRI PERKATAAN

CONTOH PERKATAAN

Bahasa Sanskrit

Bahasa Perdana Menteri Rupa Guru - 19 -

2 3

Portugis Arab Bahasa Inggeris yang dipinjam dan diterjemahkan ke dalam ejaan bahasa Melayu

Sekolah Taasub Perkataan yang Perkataan asal

digunakan Pelan Konvensyen Fasa Sistem Dinamik Komited Domestik Akses Kualiti Ekuiti Profesyen Kurikulum Sektor Prestasi Komitmen Impak Aspek Kokurikulum Strategi Kritis Analitis Nasional Transformasi Vernakular Akademik Kredibiliti Indikator Kolej Intelektual Fenomena Plan Convention Phase System Dynamic Committed Domestic Access Quality Equity Profesion Curriculum Sector Prestij Commitment Impact Aspect Cocurriculum Strategy Critics Analytics National Transformation Vernacular Academic Credibility Indicator College Intellectual Phenomena

- 20 -

Ekstrem Serius Generasi Realisasi Relevan Ejen Bahasa Inggeris yang diserap 5 seluruh kata tersebut ke dalam bahasa Melayu Agenda Minimum Standard

Extreme Serious Generation Realization Relevant Agent

Istilah asing digunakan kerana ia lebih sesuai maknanya. Istilah tersebut juga lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya. Istilah asing yang diserap itu mempermudah penyelarasan, sekiranya istilah bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim. Istilah yang diserap penggunaannya ke dalam bahasa melayu adalah berdasarkan konteks situasi dan pemakaiannya di dalam ayat. Serapan juga mengambil kira kemudahan untuk belajar bahasa tersebut. Kepraktisan bahasa apabila menggunakan serapan perkataan-

perkataan tersebut juga perlu diberikan perhatian.

- 21 -

Vous aimerez peut-être aussi