Vous êtes sur la page 1sur 13

1

Soalan 1: Jelaskan konsep agama, dan dengan merujuk kepada manamana agama, huraikan empat ciri asas agama tersebut.

Konsep agama Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Tetapi Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan.

Mari kita lihat pengertian agama. Apa makna agama? Agama ialah kepercayaan atau keyakinan kepada fahaman tertentu. Ia sering dikaitkan dengan ibadat atau hubungan dengan tuhan (ritual). Agama yang diterjemahkan sebagai Religion dalam bahasa Inggeris tidak menepati dengan makna agama dalam bahasa Arab. Dalam bahasa Arab agama ialah al-Deen yang bermaksud satu sistem hidup yang lengkap atau (a complete way of life). Ia berbeza dengan agama yang difahami umum, iaitu terbatas kepada hubungan manusia dengan tuhan sahaja.

Al-Deen merangkumi hubungan manusia dengan Tuhan, seperti sembahyang, zikir, puasa, dan sebagainya. Hubungan manusia dengan manusia seperti berkahwin, berjual beli, bekerja, berkawan, bermain, dan lain-lain lagi. Serta

hubungan manusia dengan alam seperti menjaga kebersihan, tidak merosakkan keindahan alam, tidak menyeksa binatang dan sebagainya. Agama adalah kepercayaan dan penyembahan kepada tuhan, atau mana-mana sistem kepercayaan dan penyembahan melibatkan penganutan serta

pengamalan upacara yang lazimnya mengandungi kod moral bagi mengawal hal ehwal kemanusiaan.

Ciri-ciri Asas Agama 1- Dasar kepercayaan (premise of belief) Salah satu ciri penting dalam agama ialah kewujudan dasar kepercayaan.

Terdapat empat jenis kepercayaan iaitu terbahagi kepada kepercayaan Atheism (tidak mempercayaai kewujudan Tuhan), Monotheism (kepercayaan kepada satu Tuhan - Islam, Kristian dan Yahudi, Polytheism (kepercayaan kepada banyak Tuhan - agama Hindu dan Animisme (kepercayaan kepada semangat dan roh). Kepercayaan Atheism ialah kepercayaan yang tidak berpegang kepada manamana agama. Mereka dalam golongan ini adalah masyarakat yang tidak mempercayai kewujudan tuhan yang menciptakan langit, bumi dan

keseluruhannya. Kedua kepercayaan Monotheism iaitu kepercayaan kepada satu tuhan seperti Islam, Kristian dan Yahudi. Dalam Islam kepercayaan umat islam adalah hanya kepada Allah S.W.T iaitu tuhan yang menciptakan keseluruhan langit, bumi serta isinya. Tiada tuhan yang disembah selain Allah dan daripadanya kita datang serta kepadanya juga kita akan kembali satu hari nanti. Manakala agama Kristian pula adalah kepercayaan kepada tuhannya yang

satu. Agama Kristian pula adalah satu agama yang dianuti oleh masyarakat yang berbilang kaum kecuali umat Islam. Orang Kristian juga mampunyai kepercayaan yang tersendiri. Ketiga ialah kepercayaan Polytheism (kepercayaan kepada

banyak Tuhan) seperti agama Hindu. Ini kerana masyarakat Hindu mempercayai tuhan mereka berbilang-bilang dan setiap tuhan mempunyai kuasa yang tersendiri. Masyarakat ini selalunya akan menggunakan ritual atau upacara dalam dasar kepercayaan mereka. Keempat pula ialah kepercayaan Animisme (kepercayaan kepada semangat dan roh). Kepercayaan ini adalah kepercayaan dari dahulu dimana mereka ini akan menyembah segala bentuk seperti pokok, batu, matahari dan lain-lain lagi yang dipercayai mempunyai kesaktian tertentu. Selain itu juga, mereka ini mempercayai semangat roh dimana mempengaruhi dalam kehidupan harian mereka.

2- Perlakuan agama (religious behavior) Ciri kedua dalam agama ialah perlakuan agama itu sendiri. Disini dapat membuktikan bahawa perlakuan agama merupakan cirri suatu agama itu dikenali. Dalam setiap agama yang dianuti mempunyai perlakuannya yang tersendiri seperti sembahyang. Sembahyang (prayer) adalah semua bentuk

perhubungan dengan Tuhan dan kuasa luar biasa dilakukan samada secara persendirian atau secara beramai-ramai. Dalam Islam sembahyang juga yang di panggil solat adalah kewajipan kepada umatnya dan ini menunjukkan identiti umat itu sendiri. Dalam Islam sembahyang ialah menyembah Allah yang maha Esa dan mensyukuri semua nikmatnya. Percaya hanya kepadanya dan Allah

maha mengetahui kesemuanya. Manakala dalam agama lain juga menekankan aspek sembahyang Cuma yang membezakannya adalah cara dan kepercayaan itu sendiri. Seperti dalam agama Kristian dan juga Hindu. Selain itu, perlakuan agama dalam musik juga, ini termasuk tarian, nyanyian, dan permainan alat muzik dalam upacara-upacara keagamaan. Dari segi musik pula nyanyian seperti marhaban digunakan dalam masyarakat Melayu untuk majlis anak kecil yang hendak memotong jambul atau semasa menyambut Maulidur Rasul. Dalam marhaban digunakan perkataan arab yang sinonim dengan umat Islam. Manakala dalam masyarakat orang Hindu pula mereka menggunakan tarian khususnya dalam melakukan ritual keagamaan seperti menyambut perayaan Thaipusam. Manakala agama Kristian pula mempunyai lagu mereka sendiri yang selalunya dimainkan di gereja. Selain itu perlakuan agam juga termasuk seperti kenduri, korban, larangan dan membaca kod agama.

3- Peraturan dan Undang-undang Agama Setiap agama terkandung di dalamnya peraturan dan undang-undang bagi mengatur serta mengawal kehidupan penganutnya. Hal ini penting supaya penganutnya tidak melakukan kesalahan yang boleh merosakkan agama itu sendiri. Selain itu juga supaya penganutnya sedar bahawa sesuatu agama yang dianuti bukan sahaja untuk menjamin kehidupan kita bahkan dengan terciptanya peraturan dan undang-undang agama itu boleh menjadikan masyarakatnya yang patuh kepada sesuatu agama yang dianuti. Peraturan dan undang-undang ini mencakupi seluruh aspek kehidupan seperti ekonomi, politik, kekeluargaan, dan

sebagainya. Peraturan dan undang-undang agama ini merangkumi semua aspek adalah kerana untuk memastikan bahawa objektif agama itu tercapai dengan mengambil kira semua aspek. Seperti aspek politik, ekonomi dan keluarga semuanya saling berkait rapat dan mempunyai fungsinya antara satu sama lain. Peraturan dan undang-undang ini penting bagi menjamin sebuah negara yang aman dan damai serta mempunyai kekuatan dari segi disiplin penganutnya yang patuh kepada peraturan. Selain itu juga, peraturan yang dibuat atau digubal ini adalah untuk kebaikan bersama bagi membolehkan semua penganutnya berhak mendapat hak masing-masing serta mengetahui kebaikannya. Dari segi kekeluargaan pula, peraturan dan undang-undang agama membolehkan penganutnya membela hak dan membela diri sekiranya berlaku penindasan lebih-lebih lagi kepada wanita pada zaman sekarang. Namun ini semua adalah untuk mengawal kehidupan penganutnya. Peraturan dan undang-undang ini juga memberi pengabsahan kepada tindakan masyarakat dalam kehidupan seharian contohnya terdapat konsep haram dan halal, pahala dan dosa serta sebagainya. Dalam konsep halal dan haram ini penting untuk mengelakkan dari berlakunya perkara syubhah atau ragu-ragu. Dengan adanya peraturan dan undang-undang seperti ini dapat membantu penganutnya terutama umat beragama Islam. Manakala konsep dosa dan pahala pula untuk mengawal seseorang dari melakukan sesuatu diluar batasan.

4- Institusi agama (religious institutions) Setiap agama mempunyai perkara-perkara yang dilembagakan atau diwartakan. Ini termasuklah perkara seperti amalan keagamaan seperti haji, zakat, pendidikan agama dan sebagainya. Amalan keagamaan seperti haji adalah salah satu contoh perkara yang dilembagakan atau perkara yang wajib terutamanya kepada umat Islam. Di mana haji adalah menunaikan ibadat haji dimekah mengikut masa dan waktu tertentu yang ditetapkan bagi yang mampu. Manakala zakat pula adalah bagi orang yang telah cukup syarat untuk mengeluarkannya. Bagi perkara yang disebut diatas tadi terletak dibawah institusi agama. Selain itu terdapat fungsi khusus institusi fizikal seperti masjid. gereja, kuil dan selainnya. Masjid adalah merupakan tempat beribadat bagi umat Islam seperti sembahyang, mengaji, belajar agama dan banyak lagi. Selain itu, masjid juga merupakan tempat suci dan merupakan rumah Allah bagi orang Islam. Manakala gereja adalah tempat beribadat untuk orang Kristian yang selalunya datang pada setiap hari ahad. Disitu juga penganutnya mengadakan majlis perkahwinan atau pun majlis agama yang berkaitan. Kuil pula bagi penganut Hindu. Ia juga merupakan tempat beribadat kepada

penganutnya dan tempat suci bagi meraka.

Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia. Daripada itu, Agama adalah fenomena masyarakat yang boleh dikesan melalui fenomena seperti yang berikut:

1) Perlakuan, seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara. 2) Sikap, seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan anggapan suci dan bersih terhadap agama. 3) Pernyataan, seperti jambi,mantera dan kalimat suci. 4) Benda-benda material, yang zahir seperti bangunan. Contohnya masjid, gereja, azimat dan tangkal.

Lain-lain Ciri Agama Islam menganjurkan sifat lembut, kehalusan budi dan mencela sifat kasar. Sebagaimana Islam adalah agama yang mudah, ia juga adalah agama yang lembut dan halus. Di antara petunjuk besar terhadap kelembutan dan kehalusan Islam ialah dalam bidang dakwah, penyebaran agama, muamalah dengan orang yang bermaksiat dan melanggar aturan. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya tidaklah sifat lembut itu ada pada sesuatu kecuali dia akan menyeimbangkannya dan jika dicabut dari sesuatu, dia akan

memburukkannya. (Riwayat Muslim) Sesungguhnya Allah itu maha halus dan lembut dan Dia mengurniakan kepada sifat halus dan lembut itu apa yang Dia tidak kurniakan kepada sifat kasar. (Riwayat Muslim)

Islam menganjurkan kelembutan dalam berdakwah. Sesungguhnya asas dakwah ialah kata-kata yang lembut dan halus. Walaupun jika yang didakwah itu seorang yang paling ingkar. Contoh dalam hal ini ialah perintah Allah taala kepada nabi Musa dan Harun a.s ketika keduanya diutus kepada Firaun. Firman Allah taala yang bermaksud: Maka katakanlah (Musa & Harun) kepadanya (Firaun) dengan kata -kata yang lembut. Moga-moga ia akan beringat atau takut.

(Taha : 44)

Begitu jugalah perintah Allah taala kepada nabi Muhammad s.a.w dan sekalian pendakwah sesudahnya yang bermaksud: Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan contoh yang baik dan berdebatlah dengan mereka menggunakan cara yang terbaik.

Sesungguhnya Tuhanmu lebih tahu siapa yang sesat dari jalanNya dan dia lebih mengetahui akan golongan yang mendapat petunjuk. (An-Nahl : 125)

Berdasarkan kepada penjelasan diatas dapat dilihat ciri Islam dalam pendekatan berdakwah. Iaitu secara lembut, berhikmah dan halus. Walaupun orang yang didakwah itu seorang yang ingkar dan tidak mahu mengikut jalan yang ditunjukkan. Namun dalam Islam itu terdapat satu sifat yang murni yang tidak terdapat di dalam agama lain. Selain itu, dalam berdakwah juga diterapkan tiga

cara iaitu secara hikmah, contoh yang baik dan debat dengan cara yang terbaik. Dengan ini jelas menunjukkan Islam itu mempunyai cara atau method yang tersendiri dan selagi ianya tidak menyakitkan sesiapa cara itu dianggap sebagai satu cara yang berhikmah. Bersesuaian dengan kehendak dan kehidupan masyarakat kita pada hari ini yang memerlukan panduan hidup untuk hidup aman dan damai. Hal sedemikian penting untuk melahirkan suasana aman dalam masyarakat yang berbilang kaum dan budaya pada masa sekarang.

Salah satu lagi ciri ialah berkaitan dengan tatasusila masyarakat. Tidak dinafikan bahawa Islam adalah satu agama yang mementingkan tatasusila atau lebih tepat lagi ialah ahlak yang baik terutama dalam masyarakat. Contoh tauladan atau contoh ahlak yang paling baik bagi seluruh umat Islam ialah contoh dan budi pekerti nabi junjungan kita Muhammad S.A.W. Terdapat dua sifat iaitu sifat mahmudah dan sifat mazmumah. Sifat mahmudah ialah sifat yang dituntut kepada umat Islam iaitu sifat-sifat yang tediri daripada sifat yang baik seperti jujur, baik hati, menyampaikan menepati janji dan sebagainya. Manakala sifat mazmumah adalah sifat yang sebaliknya seperti hasad dengki, menipu, memfitnah dan banyak lagi sifat negatif yang harus kita hindari. Oleh demikian jika masyarakat kita pada hari ini mempunyai sifat-sifat seperti berikut maka persepakatan dan kaharmonian sudah tentu dapat dicapai bagi malahirkan sebuah masyarakat atau komoditi yang mempunyai personaliti dengan ahlak yang baik.

10

Selain ciri asas yang terdapat dalam sesebuah agama juga terdapat pembaharuan atau penambahan yang kita namakan anjakan paradigma. Namun perubahan atau penambahan yang dilakukan bukanlah untuk merubah ciri asas sesuatu agama itu. Malah untuk memantapkan lagi fungsi sesuatu agama itu agar dapat berjalan seiring dengan kemajuan dan permodenan pada masa sekarang. Konsep agama yang digunakan adalah masih sama iaitu

mengagungkan penciptanya dan berpegang teguh kepada ajaran atau kepercayaan sesuatu kaum. Di sini, kita akan melihat pendekatan Islam Hadhari dan prinsip yang digunakan dalam konsep penggunaannya di Malaysia khususnya.

Mari kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan Islam Hadhari. Dari segi istilah, perkataan hadhari membawa maksud yang bertamadun atau Islam yang menekankan aspek tamadun. Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai

Civilizational Islam, dan dalam bahasa Arab sebagai Al-Islam al-hadhari. Manakala takrif Islam Hadhari secara lengkap ialah suatu pendekatan

pembangunan manusia, masyarakat dan negara yang bersifat menyeluruh berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam. Berdasarkan kepada takrifan diatas dapat dihuraikan bahawa pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan kerana ia lebih lengkap dan menyeluruh berbanding pendekatan Islam secara juzie atau secara berperingkat-peringkat. Islam Hadhari membawa maksud ajaran Islam yang membawa fokus kepda kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadundan mempunyai peradaban yang unggul bagi

11

menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi global, budaya meterialisme, krisis identiti, jati diri serta penjajahan pemikiran. Pendekatan Islam Hadhari juga tidak menolak pentingnya aspek ritual dalam pembinaan tamadun. Ini kerana pandangan hidup, sistem nilai, kestabilan jiwa dan kemajuan rohaniah merupakan tonggak kepada pembinaan tamadun yang luhur.

Hal ini selaras dengan objektif Islam Hadhari iaitu bagi melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), ahlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat kehadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan dan damai. prinsip iaitu: 1) Faith and piety in Allah. (Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah) 2) Just and trustworthy goverment. (Kerajaan Adil dan Beramanah) 3) Freedom and independence to the people. (Rakyat Berjiwa Merdeka) 4) Mastery of knowlegde. (Penguasaan Ilmu Pengetahuan) 5) Balanced and comprehensive economic development. (Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif) 6) Good quality of life for all. (Kehidupan Berkualiti) 7) Protection of the right of minority group and women. (Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita) 8) Cultural and moral integrity. (Keutuhan Budaya dan Moral) Konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan mempunyai 10

12

9) Protection of the environment. (Pemeliharaan Alam Semulajadi) 10) A strong dedefence policy. (Kekuatan Pertahanan)

Kesimpulan Kesimpulan yang boleh dibuat ialah berdasarkan kepada konsep agama iaitu satu bentuk kepercayaan kepada tuhan yang juga berkait dengan amalan kepada kepercayaan tersebut. Manakala ciri-ciri agama adalah satu medium yang menyebabkan satu kepercayaan atau agama itu dianuti oleh manusia. Ini kerana, manusia dijadikan daripada dua unsur iaitu jasad yakni kebendaan dan roh yakni kerohanian. Islam tidak menganggap kewujudan manusia terlalu ideal sehingga manusia itu serupa malaikat baiknya, samada dari segi penciptaan jasadnya atau jisim yanh halus dan rohaninya yang sentiasa cintakan Allah. Sebaliknya, tidak pula menganggap manusia itu rendah martabatnya seperti haiwan yang hanya mementingkan hawa nafsu dan syahwat sahaja, sehingga tidak perlu beribadat kepada Allah. Diantara kedua-dua anggapan tersebut terdapat fitrah semulajadi manusia yang cukup seimbang. Islam meletakkan manusia diantara dua keadaan ini dengan diberi akal dan tenaga untuk bekerja dan berusaha serta taat kepada Allah. Manusia ditaklifkan dengan menunaikan perintah wajib dan menjauhi yang haram. Sesungguhnya manusia itu sendiri telah diberi pilihan dan dalam membuat pilihan telah diberikan panduan yang selengkapnya dengan diberi kurnia oleh Allah iaitu akal dan fikiran. Maka kita sebagai manusia haruslah mensyukuri nikmat kurniannya dengan sebaiknya dan Islam itu dilihat sebagai satu agama yang lengkap tanpa perlu kita ragui. Dalam

13

melalui kehidupan yang semakin membangun dan mencabar ini, kita perlu pandai dan bijak dalam membuat pilihan dengan berpandukan panduan yang telah digariskan dalam norma-norma kehidupan. Selagi kita hidup di muka bumi ini dan hidup dengan nafas yang sementara yang dipinjamkan atas kurniannya marilah kita bersama-sama mensyukuri nikmat kehidupan ini dengan

berpaksikan kepada agama agar hidup kita aman dan harmoni.

Vous aimerez peut-être aussi