Vous êtes sur la page 1sur 12

1.

0 Pendahuluan Kata orang jika kita hendak melihat apa-apa yang akan berlaku pada masa hadapan, lihatlah generasi muda kita sekarang. Hal ini bermakna sistem pendidikan merupakan landasan terbaik untuk membentuk generasi kita bagi merealisasikan aspirasi Negara. Dalam hal ini, sekolah dan institusi pendidikan diumpamakan seperti tapak tempat menyemai benih generasi masa depan. Manakala kurikulum sekolah pula merupakan inti pati yang akan disuntik ke dalam minda serta jiwa mereka. Oleh itu, jika hendak menyemai apa-apa juga aspirasi Negara dan membentuk generasi masa depan mengikut acuan kita sendiri, di sinilah tempatnya, begitu juga dala usaha kita hendak memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuhkan bahasa Inggeris. Kabinet telah meluluskan cadangan strategi Kementerian Pelajaran untuk

memartabatkan Bahasa Melayu dan memantapkan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan. Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak dasar ini mula dilaksanakan pada tahun 2003. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran mengumumkan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia. Pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil pula akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing. Keputusan Kabinet untuk pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ini akan mula berkuatkuasa pada tahun 2012. Pelaksanaan akan diadakan secara bertahap di Tahun Satu dan Tahun Empat di sekolah rendah dan Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di sekolah menengah bermula pada tahun 2012. Perubahan ini bagaimanapun tidak melibatkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi. Untuk memastikan pelaksanaan ini tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), pengajaran dan peperiksaan untuk kedua-dua mata pelajaran ini akan dibuat dalam dwi bahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada tahun 2014.

Kerajaan mengambil keputusan ini setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan sebagaimana yang dihasratkan. 2.0 Definisi Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa

Inggeris. Memartabatkan Bahasa Melayu bermaksud meletakkan Bahasa Melayu pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan bedasarkan Akta Pendidikan 1996. Memperkukuhkan Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.

3.0

Tujuan Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris. Tujuan utama memartabatkan bahasa Melayu adalah kerana bahasa Melayu

merupakan bahasa kebangsaan yang alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1 Malaysia. Tujuan utama memperkukuhkan bahasa Inggeris adalah kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global. Pengumuman pemansuhan PPSMI dan dasar MBMMBI dibuat selepas kerajaan mengkaji dan meneliti pelbagai aspek membabitkan keberkesanan pelaksanaan dasar itu. Kerajaan juga mengambil kira pelbagai pandangan cendekiawan serta pandangan umum mengenai pro dan kontra pelaksanaan PPSMI yang dilaksanakan sejak 2003. Contoh, tokoh bahasa yang juga bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Hassan Ahmad, menyatakan PPSMI boleh melemahkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Menurutnya, sebelum ini pelbagai bidang ilmu ditumpukan dalam bahasa Melayu termasuk dalam bidang sains dan matematik. Bahasa Melayu juga pernah digunakan dengan meluas di pusat pengajian tinggi sehinggakan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi sebuah universiti yang sepenuhnya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Keunggulan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dibuktikan UKM apabila melahirkan ramai siswazah dalam bidang perubatan dan pelbagai bidang lain. Golongan profesional yang dilahirkan oleh UKM dengan pengantar bahasa Melayu turut mahir berbahasa Inggeris. Peranan DBP yang menterjemahkan banyak buku dalam pelbagai bidang ilmu, termasuk menerbit pelbagai jenis kamus, peristilahan dan buku glosari dalam semua bidang pengajian berjaya mengangkat keupayaan dan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Menurut kajian Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), pelaksanaan PPSMI didapati menjarakkan lagi jurang pencapaian sains dan matematik antara pelajar bandar dan luar bandar. Masih ramai guru PPSMI tidak menguasai bahasa Inggeris. Kebanyakan murid pula menunjukkan sikap pasif dan kurang ceria apabila kelas Sains dan Matematik berlangsung. Majoriti murid, terutama di luar bandar takut bertanya soalan kerana tidak memahami pelajaran yang diajar. Hampir 50 peratus murid didapati tidak faham bahasa Inggeris. Kajian itu juga mendapati lebih 80 peratus murid Melayu sukar memahami pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Justeru, PPSMI dilihat gagal memberi manfaat kepada pelajar, khususnya di luar bandar. Dalam melaksanakan dasar MBMMBI, Kementerian Pelajaran perlu mengambil beberapa langkah secara teliti dan terancang. Misalnya, untuk menyediakan buku teks dalam bahasa Melayu bagi kedua-dua mata pelajaran terbabit memerlukan jangka masa tertentu. Ini termasuk melantik panel penulis, penyediaan isi kandungan, panggilan tender dan akhirnya proses mencetak. Proses ini sudah pun berjalan kerana selepas berakhir 2011, maka dasar baru itu akan dilaksanakan. Kita juga perlu faham selain mengembalikan pengajaran Sains dan Matematik kepada bahasa Melayu, pada masa sama kerajaan mahu memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Seperti disarankan pakar bahasa bahawa untuk memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, aspek pedagogi pengajaran dan pembelajaran bahasa itu perlu dipertingkatkan.

Oleh itu, kementerian perlu merancang pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dengan berkesan. Justeru, kemampuan melahirkan guru bahasa Inggeris berkualiti amat penting supaya pengajaran dan pembelajaran bahasa itu menjadi lebih berkesan, menarik dan bersifat pembelajaran yang menyeronokkan. Langkah kerajaan mengambil lebih ramai guru bahasa Inggeris dari luar negara adalah usaha mengatasi masalah kepakaran guru dalam bahasa Inggeris. Saya yakin ia langkah sementara sebelum negara dapat melahirkan lebih ramai guru yang mahir dan pakar dalam pengajaran bahasa Inggeris. Kerajaan juga boleh mempertimbangkan pengambilan guru bahasa Inggeris yang sudah bersara tetapi masih mampu mengajar dengan berkesan. Guru berpencen yang diambil semula ini perlu memiliki kesihatan yang baik dan didedahkan dengan teknik pembelajaran bahasa Inggeris yang terkini. Selain itu, penambahan peruntukan masa mengajar bahasa Inggeris di sekolah rendah dan menengah serta Tingkatan Enam dan Matrikulasi, akan dapat memantapkan lagi penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Langkah menjadikan makmal komputer di kebanyakan sekolah sebagai makmal bahasa pula akan dapat memantapkan dasar MBMMBI. Justeru, sekolah yang belum mempunyai kemudahan komputer, perlulah kerajaan segera menyediakannya. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan langkah-langkah berikut untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid. Menambah bilangan guru bahasa Inggeris seramai 13,933 orang untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid. Ini termasuklah 1000 orang guru luar negara, 600 orang guru bersara dan 12,333 guru tambahan daripada IPGM, IPTA dan IPTS. Keutamaan akan diberikan kepada sekolah luar bandar dan pedalaman untuk mendapatkan guru terbaik. Pihak Kementerian juga akan menyediakan guru penolong bahasa Inggeris gred DG 41 bagi kelas besar seperti kelas yang melebihi 35 murid di Tahun Satu dan Dua untuk meningkatkan contact time antara guru dan murid. Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi SK Tahap I ditambah sebanyak 90 minit daripada 240 minit menjadi 330 minit seminggu manakala bagi Tahap II ditambah sebanyak 90 minit daripada 210 minit menjadi 300 minit seminggu.

Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi SJKC/T Tahap I ditambah seratus peratus iaitu daripada 60 minit menjadi 120 minit seminggu manakala bagi Tahap II ditambah sebanyak 30 minit daripada 90 minit menjadi 120 minit seminggu. Peruntukan waktu bahasa Inggeris

bagi Tingkatan Satu hingga Enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 200 minit menjadi 280 minit seminggu. Peruntukan waktu bagi MUET untuk Tingkatan Enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 320 minit menjadi 400 minit seminggu. Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi Matrikulasi ditambah seratus peratus iaitu daripada 3 jam menjadi 6 jam seminggu. Program Sastera Kontemporari Kanak-Kanak Bahasa Inggeris diperkenalkan kepada semua murid Tahap II untuk mengukuhkan minat membaca di kalangan murid di samping memperkenalkan unsur-unsur sastera. Makmal bahasa Inggeris akan diwujudkan di sekolah-sekolah untuk memudahkan murid mempelajari bahasa Inggeris dengan lebih berkesan. Teknologi maklumat akan dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris melalui penggunaan perisian komputer yang sesuai. Pelajaran tatabahasa Inggeris akan diberikan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran BI. Untuk mendedahkan murid dengan istilah-istilah sains dan teknologi dalam bahasa Inggeris, elemen sains dan teknologi akan diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Selaras dengan hasrat untuk memartabatkan Bahasa Malaysia, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan transformasi kurikulum Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan menengah dengan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa di kalangan murid melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik. Modul yang disediakan meliputi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis, serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa. Pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa diberi penekanan dalam kurikulum BM sekolah rendah. Di peringkat sekolah menengah, transformasi kurikulum Bahasa Malaysia akan memberikan penekanan kepada penghayatan dan apresiasi aspek kesusasteraan Melayu di samping memantapkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa. Penekanan terhadap aspek Kesusasteraan Melayu bertujuan untuk memperkayakan aspek kebahasaan di samping menonjolkan aspek pemikiran, nilai, budaya masyarakat Malaysia. Dengan keputusan ini, kerajaan menawarkan pendekatan baru dalam pengajaran Sains, Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Kerajaan percaya bahawa dengan pendekatan baru ini kita akan dapat memartabatkan Bahasa Malaysia, memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris dan meningkatkan keupayaan murid untuk menguasai ilmu sains dan teknologi yang amat penting untuk masa depan negara.

Kesimpulan, dasar MBMMBI mampu mengembalikan semula kedudukan bahasa Melayu dalam pendidikan negara. Pada masa sama, dapat memperkasa penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

4.0

Peranan guru dalam menjayakan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris. Peranan guru sebagai tunjang utama dalam memartabatkan dan memajukan bidang

pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Fungsi dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan. Guru juga bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat . Kementerian Pelajaran telah merencanakan pelbagai dasar, polisi dan pembaharuan pendidikan bagi memantapkan proses dan pengendalian pengajaran dan pembelajaran (P&P) di

sekolah.Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang selepas ini akan diikuti pula oleh Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) juga tidak akan berjaya tanpa komitmen dan sokongan jitu para guru.Peranan guru juga sangat besar dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Bagi memartabatkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pelbagai usaha boleh dijalankan antaranya ialah mengadakan program membaca. Program bacaan seperti Komponen Sastera dalam Bahasa Malaysia (KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah, Bacaan Awal Berstruktur dan NILAM diteruskan. Beberapa penambahbaikan akan dilakukan supaya pembacaan bahan sastera dapat ditingkatkan. Program ini boleh diadakan dengan tujuan untuk memupuk minat membaca dan mewujudkan budaya membaca dikalangan murid. Secara tidak langsung penguasaan bahasa dikalangan murid dapat dipertingkatan. Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah. Merupakan program

penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di Sekolah Rendah dan Tingkatan Satu dan Peralihan di Sekolah

Menengah pada 1999. mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998. Selain itu kemahiran asas berbahasa juga tidak kurangnya memainkan peranan yang penting dalam menjayakan dasar MBMMBI ini.Melalui kemahiran asas berbahasa ini pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara berstruktur dan sistematik. Kemahiran membaca dan menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah. Hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Antara asas bahasa yang diberi penekanan ialah asas berbahasa pradengar, prabunyi, prabaca, dan pratulis diperkukuh melalui modul pengajaran dan pembelajaran yang menerapkan elemen yang menyeronokkan dalam seni bahasa. Membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas pembentukan diri ke arah memperoleh ilmu pengetahuan.Sehubungan itu, keupayaan membaca dan menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam kemahiran membaca dan menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu. Setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain sama ada dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, bakat dan kebolehan. Oleh yang demikian, guru seharusnya memahami keperluan konsep pemulihan di dalam bilik darjah bagi mengatasi permasalahan menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan murid sekolah rendah di luar bandar. Pelbagai usaha telah dan akan dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Jabatan Pelajaran Negeri dengan Pejabat Pelajaran Daerah bagi merangka program kecemerlangan murid contohnya Kelas Intervensi Awalan Membaca dan Menulis (KIA2M), Program Literasi dan Numerasi (LINUS), dan Program Bimbingan Membaca dan Menulis (PROBIM). Program pemulihan merupakan satu pendekatan bagi mengatasi murid-murid yang mengalami kelemahan kemahiran yang tertentu. Perhatian guru yang serius dalam memenuhi tuntutan murid ini dapat membantu mengembangkan potensi dan meningkatkan keyakinan murid tersebut untuk bersaing dengan rakan mereka yang cerdas. Dalam usaha mempertingkat kemahiran bahasa murid-murid ini, guru mempunyai peranan yang besar. Menurut Roselan (2003), kemahiran berbahasa merupakan kemahiran asas yang amat penting dan perlu ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru sebagai pelaksana kurikulum perlu mengambil

berat tentang objektif kurikulum yang digubal bagi membolehkan hasrat kerajaan tercapai. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan projek untuk meninjau keperluan pengajaran pemulihan, iaitu melalui Program KIA2M (Kelas Intervensi Awalan Membaca dan Menulis) mengesahkan bahawa keperluan pengajaran pemulihan amat diperlukan. Namun sekarang program ini diberi perubahan tetapi matlamat yang sama, iaitu Program Literasi dan Numerasi (LINUS) yang telah dicadangkan oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 15 Januari 2010. Program ini memberi penekanan kepada literasi Bahasa Melayu, iaitu lisan, bacaan dan tulisan serta ditambah dengan kemahiran asas kiraan serta memahami idea Matematik yang mudah.Asas berbahasa juga dapat memperkukuhkan penggunaan bahasa Inggeris.Kurikulum Bahasa Inggeris telah menitikberatkan pengukuhan penguasaan asas Bahasa Inggeris dengan member penekanan kepada Phonics di samping menerapkan elemen pembelajaran yang menyeronokkan dalam modul Language Arts.Melalui kaedah ini juga pengajaran tatabahasa diberi penekanan yang khusus.

Didik Hibur adalah merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malayu yang akan menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah untuk diajar kepada murid-murid. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk. Sehubungan dengan itu juga didik hibur dan Seni dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu juga merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan Kementerian Pelajaran kepada murid-murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran Bahasa Malaysia. Tujuannya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia menjadi lebih seronok untuk diikuti murid-murid. Guru-guru yang mengajar matapelajaran Bahasa Malaysia seharusnya tidak segan dan malu semasa mengaplikasikan didik hibur dan seni di dalam pengajaran dan pembelajaran.Ini kerana mereka perlu bernyanyi, berlakon, berpantun, melukis, bersajak dan bercerita dengan menggunakan bahasa badan di hadapan murid-murid. Penyerapan didik hibur semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P) diadakan akan menyebabkan suasana pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia akan menjadi bertambah seronok. Melalui Standard Kandungan Aspek Seni Bahasa akan menentukan keupayaan murid mengungkapkan keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pelbagai aktiviti seni bahasa secara kreatif. Oleh itu, guru perlu menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini secara didik hibur supaya dapat menarik minat murid dan

membantu murid lebih berketrampilan serta menghayati kandungan seni bahasa itu. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran seni bahasa, guru harus menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Seni Bahasa yang disediakan. Semasa menyediakan strategi pengajaran dan pembelajaran Seni Bahasa, guru perlu memberi pertimbangan aktiviti yang sesuai dan menarik sebelum, semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran seni bahasa yang diajar. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti secara terancang bagi mencapai objektif yang telah ditentukan. Guru boleh merancang strategi pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara seperti dalam contoh rancangan mengajar yang disediakan ini.Dari segi memperkukuhkan Bahasa Inggeris didik hibur memberikan penekanan kepada modul Language Arts yang menekankan aspek didik hibur dan apresiasi bahasa. Pengajaran dan pembelajaran bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar. Bahan bacaan estetik seperti Sastera Kontemporari Kanak-kanak, bahan Bacaan Awal Berstruktur dan Bacaan Ekstensif disediakan bagi mendedahkan murid kepada Bahasa Inggeris pelbagai genre. Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penting untuk menjayakan dasar MBMMBI ini. Perkembangan Teknologi Maklumat begitu dinamik termasuk juga di bidang pendidikan. Sebagai seorang pendidik, kita perlu menguasai kemahiran Teknologi Maklumat dalam menyempurnakan tugas proses pengajaran dan pembelajaran.Era teknologi maklumat di zaman ini merupakan satu pembaharuan yang telah memberikan kesan yang mempengaruhi perkembangan sesebuah organisasi yang bergantung kepada teknologi ini. Penggunaan teknologi maklumat seperti perisian, e-mel, laman sembang dan laman web dapat menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang bersifat interaktif serta menghiburkan. Penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakannya secara berfikrah, terancang dan bersesuaian

untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Selain itu juga teknologi maklumat juga boleh membantu guru merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan lagi.Oleh yang demikian, teknologi maklumat amat penting kerana melaluinya guru-guru dan murid dapat mencari segala maklumat yang dihubungkan melalui jaringan di dalam web tersebut. Pengajaran dan pembelajaran melalui teknologi maklumat ini juga membolehkan guru mengadakan berbagai aktiviti pengajaran kerana banyak terdapat kaedah yang boleh digunakan.Antaranya sesi tutorial , latih tubi, permainan, simulasi, tunjuk cara, dan ujian.Selain itu juga satu portal akan

diwujudkan untuk menghimpunkan bahan penulisan serta menyediakan forum bagi penggiat bahasa, para pendidik, sasterawan, pelajar serta pengguna Bahasa Malaysia untuk berbincang, mengkaji dan mencari maklumat tentang sumber pengajaran dan pembelajaran makmal komputer akan ditambah baik dengan perkakasan dan perisian supaya boleh turut berfungsi sebagai makmal bahasa. Teknologi maklumat dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris melalui penggunaan perisian yang sesuai. Selain itu ,sinergi dalam kalangan guru amat penting untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang pengajaran dan pembelajaran yang terkini dan berkesan. Selain itu, strategi guru dalam menjayakan MBMMBI ini ialah penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum.Untuk menjayakan dasar ini guru hendaklah menggunakan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum di dalam pengajaran dan pembelajaran yang diadakan.Ini kerana melalui peranan ini penggunaan sistem bahasa yang betul dalam mata pelajaran lain akan menyokong pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Oleh itu, guru-guru hendaklah mengelak daripada menggunakan bahasa pasar atau dialek semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.Ini kerana akan menjadikan sesuatu kebiasaan kepada pelajar untuk menggunakan bahasa pasar atau dialek semasa bertutur di dalam kelasd a e guru-guru mengambil jalan mudah dan cenderung menggunakan bahasa dialek atau daerah sebagai bahasa penghantar dengan alasan murid lebih m u d pengajaran kemesmudah akan ini bersifat akan menghiburkan para serta mudah menimbulkan lemah situasi dalam

melahirkan

pelajar

yang

penguasaan bahasy a n pentadbir, penulis editor, pemimpin politik dan sebagainya. Oleh yang demikian, ketahuilah bahawa bahasa tahap rendah (seperti Bahasa Pasar) yang selalu digunakan pada zaman sekarang ini merupakan bahasa yang tidak boleh dibaca atau dikesan oleh mana-mana kamus . Penggunaan dialek tempatan atau bahasa pasar mesti dipantau agar tidak menjejas standard dan mutu Bahasa Malaysia itu sendiri.Kita sebagai warganegara Malaysia haruslah tidak mempunyai perasaan curiga tentang kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu sains dan teknologi. Kesimpulannya, peranan guru amat besar demi memastikan dasar

Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris dapat dijalankan dengan berkesan dan memberi impak yang positif dalam melahirkan warga Malaysia yang fasih dan yakin untuk menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris standard dalam perbualan , urusan rasmi, penerokaan ilmu,dan dalam alam kerjaya mengikut kesesuaian dan keperluan. Selain itu juga melalui dasar ini diharapkan dapat membina modal insan yang

mampu mengakses pelbagai ilmu melalui pebagai media seperti teknologi komunikasi maklumat (ICT) serta mempunyai minda yang kritis,kreatif dan inovatif. Akhirnya, peranan guru di dalam dasar ini dapat membentuk satu Malaysia yang mempunyai jati diri yang kuat,progresif ,dinamik, mampu bersaing di peringkat antarabangsa ke arah mencapai negara maju.

RUJUKAN - BH 11/12/2010 Penulis adalah Ketua Unit Penerbitan di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan http://www.sktsp.com/v3/index.php/templates/system/index.php?option=com_content&view =article&id=333:teks-ucapan-tpm-sempena-majlis-perasmian-persida http://www.pkggombak.com/main/2010/11/bahan-mbmmbi/ http://pkg-petaling.net/v1/2011/10/bahan-mbmmbi/

Vous aimerez peut-être aussi