Vous êtes sur la page 1sur 2

PERNYATAAN PROFESIONAL Sebelum Praktikum Praktikum merupakan satu wadah yang memberi peluang kepada guru pelatih untuk

mengamalkan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa di Institut Pendidikan Guru (IPG) serta membina insan guru secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah di bawah bimbingan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing. Praktikum fasa pertama ini memfokuskan kepada matapelajaran major guru pelatih dengan waktu mengajar minimum 8 waktu dan maksimum 12 waktu untuk subjek major dan 2 waktu untuk subjek elektif. Sebagai seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, diwajibkan ke atas saya untuk menjalani satu sesi latihan mengajar atau dikenali sebagai praktikum yang memakan masa selama 1 bulan bermula dari 30 Mac hingga 24 April 2014. Praktikum Fasa 1 ini menggandingkan saya bersama seorang lagi rakan sekelas iaitu Muhammad Faiz Bin Mat Saud dan kami berdua ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Merchang, Marang, Terengganu. Persediaan awal yang dilakukan ialah menghadiri taklimat praktikum dimana Encik Kamaruzaman yang bertempat di Dewan Ungku Omar. Beliau dengan tegas menyampaikan beberapa maklumat penting seperti penyediaan portfolio serta jurnaljurnal yang perlu disiapkan. Melalui taklimat ini, saya mendapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh digunakan sebagai panduan bagi menyempurnakan segala tugasan praktikum ini. Sebagai tambahan, pensyarah dari Jabatan Pendidikan Islam dan Moral iaitu Ustaz Mohd Nor Jusoh dan Ustaz Sabawi juga tidak ketinggalan mengadakan taklimat khas kepada kami memandangkan kami merupakan penuntut opsyen pengajian agama. Selain itu, saya juga turut membuat persediaan dari segi strategi-strategi untuk memastikan kawalan kelas dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh, saya terlebih dahulu menetapkan beberapa peraturan kelas yang perlu diikuti oleh muridmurid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlansung. Persediaanpersediaan ini disediakan lebih awal bagi tujuan mengelakkan lambakan kerja atau tugas-tugas setelah saya ditempatkan di sekolah sepanjang waktu praktikum berlansung. Dari segi pendokumentasian bahan pengajaran serrta portfolio pula, saya cuba untuk mencari mana-mana portfolio dan buku rancangan pengajaran daripada beberapa orang senior bagi mendapatkan gambaran cara untuk melengkapkan dokumen-dokumen yang sepatutnya. Daripada hasil rujukan saya, saya telah bertekad dimana, setiap dokumen yang perlu ada akan saya selesaikan mengikut waktunya agar tidak terbeban setelah ianya makin bertambah akibat sikap suka bertanggunh.

Dalam kekalutan menghadapi sesi praktikum ini, tidak dilupakan juga pengalaman saya bersama rakan-rakan yang lain bergegas ke sana ke mari mencari rumah sewa yang sesuai dan berdekatan dengan sekolah memandangkan penempatan praktikum fasa 1 ini terletak jauh dari IPG. Kampung Merchang yang jaraknya hampir 70km dari IPG kami dan memakan masa 1 jam 15 minit perjalanan memaksa kami untuk menyewa. Alhamdulillah selepas 2 kali berulang alik dan berunding dengan beberapa orang pemilik, akhirnya kami berjaya menyewa sebuah homestay yang sangat besar dan selesa. Tambahan pula jarak rumah tersebut dengan sekolah saya hanya 1 kilometer. Saya menyewa selama 1 bulan bersama 5 lagi orang rakan seperjuangan yang di tempatkan di sekolah berhampiran. Sebagai bakal guru, azam dan harapan saya melalui latihan praktikum ini ialah untuk membina jati diri seorang guru. Untuk membina jati diri ini, saya perlu memperolehi pelbagai pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan perguruan dan pendidikan Islam di sekolah khususnya. Selain itu, dalam praktikum ini juga, saya dapat memahami dan mengenali sedalamnya mengenai budaya murid dan guru serta suasana di sekolah rendah sebagai pendedahan dan pengalaman awal sebelum saya ditauliahkan sebagai seorang guru nanti. Pendedahan awal sangat penting kepada bakal guru supaya teknik pengajaran dapat dijalankan dengan betul mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semoga saya akan dapat mengambil dan menimba ilmu sebanyak mungkin dan pengalaman supaya dapat digunakan dan diaplikasikan semasa mengajar kelak. Antara harapan saya untuk membina jati diri guru ialah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Selain itu, kehadiran saya ke sekolah itu diterima oleh guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah. Untuk itu, saya perlu menunjukkan sikap mesra terhadap warga sekolah untuk membina hubungan baik antara saya dan warga sekolah. Disamping itu, saya dapat menjalinkan hubungan profesional dengan guru-guru dan kakitangan sekolah. Hubungan professional ini dapat dijalin dengan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Saya dapat membantu meningkatkan prestasi muridmurid. dan sekolah. Akhir sekali, saya dapat meningkatkan prestasi dan kemahiran saya dalam bidang pendidikan terutamanya dalam bidang Pendidikan Islam. Saya berharap agar praktikum fasa 1 ini memberi seribu satu pengalaman baharu kepada saya. Saya yakin saya boleh dan saya bertekad untuk membuktikan kepada semua bahawa saya mampu untuk menjadi seorang guru yang cemerlang. Semoga Allah permudahkan segala urusan saya sepanjang praktikum ini.

Vous aimerez peut-être aussi