Vous êtes sur la page 1sur 9

KPP6044: MOTIVASI DAN EFIKASI KENDIRI

TAJUK : Pilih satu teori motivasi dan terangkan teori tersebut. Kritik teori dan aplikasikannya kepada murid-murid mengikut perspektif masing-masing dan berikan cadangan anda.

DI BAWAH SELIAAN: DR. ABDUL AZIZ BIN ABDUL SHUKOR

NAMA : NOOR RISLAH BINTI SAMSUDDIN M20131000923 821120-10-5252


1

Teori Kognitf Sosial Mengikut Bandura (1986), setiap individu menggunakan punca maklumat untuk membina persepsi dirinya terhadap kebolehannya. Satu daripada punca ini sama seperti teori jangkaan guru kerana ia melibatkan seseorang menyampaikan keyakinan dan kepercayaannya terhadap seseorang lain melalui apa yang diperkatakannya. Bandura (1986) menamai punca ini pujukan verbal (verbal persuasion). Teori Bandura memberikan tumpuan kepada pujukan kata-kata yang positif. Teori Bandura (1986) juga menyentuh tentang kelakuan guru yang dapat memberikan peransang kepada pelajar. Dengan menyuruh pelajar menyelesaikan sesuatu masalah di hadapan kelas, guru menunjukkan keyakinan terhadap kebolehan pelajar itu dan pelajar itu dapat meyakinkan dirinya bahawa ia berkebolehan. Punca-punca maklumat lain yang dapat membina persepsi seseorang terhadap kebolehannya ialah kebangkitan fisiologi, pengalaman yang tidak dialami secara langsung dan pengalaman perlakuan silam. Kadangkala guru tidak menyampaikan persepsinya terhadap kebolehan pelajar terus kepada pelajar itu. Sebaliknya, pelajar itu mendapat maklumat dari pelbagai punca untuk membentuk kepercayaan terhadap dirinya. Umpamanya, pelajar itudapat memahami bahawa ia kurang yakin terhadap dirinya dan kurang kebolehan setiap kali ia disuruh bertutur di hadapan kelas ia berasa cemas, peluhnya mula membasahi tangannya dan tekaknyaberasa kering. Kadangkala seseorang individu itu memperhatikan orang lain untuk mengesan tanda-tanda yang menunjukkan kebolehannya yang terpendam. Bandura berpendapat bahawa pembelajaran berlaku melalui pemerhatian

(observational learning) yang mana mungkin melibatkan peniruan. Seperti contohnya, kita melihat basikal yang lalu di depan kita terlanggar lubang, kita mendapat informasi dan

berdasarkan pengamatan kita, kita akan menghindari lubang tersebut untuk mengelakkan kita terjatuh dan basikal kita rosak. Pada tahun 1965, Bandura melakukan eksperimen dengan membahagikan kanakkanak kepada tiga kumpulan. Anak-anak ini menyaksikan selama 5 minit filem perilaku agresif yang dilakukan oleh seseorang yang memukul dan membaling objek kepada boneka Bobo Doll. Kanak-kanak dari kumpulan pertama mendapat peneguhan (reinforcement) kepada perilaku
2

agresif tersebut dari seseorang, manakala kanak-kanak dari kumpulan kedua mendapat hukuman sekiranya melakukan perilaku agresif dari seseorang dan kanak-kanak dari kumpulan ketiga pula dibiarkan sahaja tanpa ada peneguhan (reinforcement) atau pun hukuman dari sesiapa. Kemudian kanak-kanak ini dihadapkan secara langsung pada boneka tadi. Hasil pemerhatian, didapati kanak-kanak dari kumpulan pertama melakukan perkara yang sama kepada boneka yang diberikan hasil dari pengamatan peneguhan (vicarious reinforcement) dan fasilitasi untuk keagresifan mereka. Manakala kanak-kanak dari kumpulan kedua pula yang mendapat pengamatan hukuman (vicarious punishment) dan mereka dihalang untuk melakukan perilaku agresif, kanak-kanak ini sangat sedikit bilangannya untuk melakukan perilaku agresif kepada boneka yang diberikan. Manakala kanak-kanak dari kumpulan ketiga pula ada yang melakukan perilaku agresif dan ada juga yang tidak melakukannya. Ini menunjukkan bahawa tidak semua kanak-kanak mampu untuk melakukan perilaku yang dilihat melainkan perilaku tersebut wujud dalam diri mereka. Justeru itu, pemerhatian ini dapat memberikan ransangan kepada orang itu terutama sekali apabila orang yang diperhatikan itu menunjukkan perlakuan yang cemerlang. Antara kelas atau di sekolah, pelajar-pelajar juga mengesan pelajar yang mereka suka contohi. Mereka akan berusaha dan bertindak seperti orang yang mereka minati itu untuk mencapai kejayaan. Punca maklumat ini disebut vicarious learning iaitu pengalaman yang dialami secara tidak langsung dengan cara merasa dan bertindak seperti orang lain. Kebiasaanya vicarious learning ini biasa dilakukan di peringkat sekolah rendah untuk menggalakkan murid-murid bertingkah laku seperti tingkah laku yang diingini. Contohnya, meja 5 boleh rehat. Kesan dari tindakan ini akan menyebabkan murid-murid akan berhenti bercakap. Bandura (1986), juga menekankan tentang pentingnya penilaian kendiri dan kepuasan diri sebagai peneguhan positif. Beliau menyatakan bahawa seseorang itu sangat memerlukan nilai harga diri dan kepuasan diri sebagai ganjaran berbanding ganjaran dalam bentuk material. Dengan itu, matlamat diri (personal goal) atau pencapaian satu standard boleh dicapai bersama dengan kepuasan diri boleh berfungsi sebagai peneguhan (reinforcement). Matlamat juga memainkan peranan penting dalam teori ini. Satu cara untuk mempengaruhi perilaku kanak-kanak adalah dengan mempengaruhi matlamat mereka. Apabila
3

seseorang itu memberikan komitmen kepada matlamat mereka, maka akan berlaku percanggahan antara apa yang diinginkan dengan apa yang akan dilakukan dan ini mengundang ganjaran insentif untuk meningkatkan usaha. Mengikut Bandura (1986), faktor yang paling kuat pengaruhnya terhadap perkembangan dan pengekalan kebolehan yang dipersepsikan sendiri ialah pengalaman silam individu itu. Sekiranya individu pernah berjaya dalam tugasan yang sama pada masa lepas, ia lebih cenderung mempercayai ia kan Berjaya dalam tugasan yang dibuat pada masa kini dan juga tugasan yang serupa pad amasa hadapan. Begitu juga kesannya sekiranya ia gagal. Punca-punca lain yang dapat membina persepsi seseorang terhadap kebolehannya ialah kebangkitan fisiologi, pengalaman yang tidak dialami secara langsung. Selain itu, mengikut Bandura (1977, 1986), penggunaan simbol terutamanya bahasa sangat memainkan peranan dalam menguruskan persekitaran dan mengawal tingkah laku mereka. Pengaruh persekitaran boleh memberikan kesan jangka panjang kepada sesuatu tingkah laku kerana mereka telah memproses dan menukarkannya menjadi symbol. Contohnya, murid yang didenda lewat untuk keluar pada waktu rehat kerana bising akan senyap serta merta apabila guru tersebut berada di dalam kelas kerana risau guru tersebut akan mengulangi denda tersebut. Salah satu cara dalam mengawal tingkahlaku adalah dengan memberikan latihan mengurus persekitaran yang boleh membentuk tingkahlaku yang diingini. Sebagai contoh adalah dengan menggunakan jam loceng dalam mengurus masa, memberikan ganjaran sekiranya mereka dapat mencapai tingkahlaku yang diingini. Teori ini sebenarnya membantu seseorang dalam mengawal tingkahlaku individu dengan memberikan teknik-teknik kawalan. Ini dinamakan sebagai Pengubahsuaian Tingkahlaku (Cognitive Behavior Modification). Dalam modul Pengubahsuaian Tingkahlaku ini, ianya dibentuk untuk mengubah tingkahlaku berdarkan prinsip peneguhan (reinforcement). Ianya memerlukan kanak-kanak lebih bertanggungjawab kepada diri sendiri sama ada dengan memantau tingkahlaku mereka dengan menentukan matlamat mereka bersama standard atau menyediakan ganjaran untuk mereka (Meinchenbaun,1977).

Penglibatan kendiri murid itu lebih bermakna dari melibatkan peneguhan dan pemantauan luaran. Ini kerana ianya menjadi masalah apabila ia melibatkan pemantauan luaran. Contohnya agak susah untuk guru memantau dan memberikan peneguhan kepada semua tingkahlaku murid-murid dalam satu masa. Murid itu sendiri perlu memahami hubungan diantara suasana persekitaran dan tingkahlaku mereka berbanding guru yang perlu mengawal

keseluruhannya. Tambahan, apabila wujud hukuman dan ganjaran, ianya akan menjadi diskriminasi ransangan (discriminative stimulus) dan menjadikan seolah-olah murid-murid hanya bermotivasi untuk ganjaran tersebut. Apabila tiada ganjaran, maka murid-murid tidak bermitivasi. Justeru itu, Pengubahsuaian Tingkahlaku (CBM) telah melaksanakan beberapa starategi untuk membantu: 1) Rekod kendiri - Self Recording Membuat rekod kendiri adalah salah satu cara untuk membantu dalam membentuk diri kanak-kanak ini supaya bertanggungjawab. Ianya dilihat dapat mempengaruhi tingkahlaku mereka walaupun tanpa ada peneguhan bantuan (tangible reinforcement) dan hasilnya dikira sebagai tindak balas (Mace et al., 1989). Kanak-kanak mungkin akan bertanya jangka masa untuk merekod aktiviti, kekerapan tugasan yang di siapkan atau tahap prestasi (Mace and Kratochwill). Sebagai contoh, murid-murid akan merekod berapa lama jangka masa mereka membaca dirumah pada waktu petang, berapa kerap mereka berjaya menyiapkan tugasan tanpa perlu guru mengulangi arahan atau berapa kali mereka Berjaya menyiapkan tugasan tepat pada masanya atau mungkin mereka mungkin boleh merekod berapa banyak masalah matematik yang dapat diselesaikan, berapa banyak perkataan yang dapat di eja dengan betul atau berapa bilangan muka surat yang dibaca. Kemampuan kanak-kanak dalam melakukan rekod kendiri juga perlu di ambil kira. Sebagai contoh, jangka masa mungkin menjadi masalah bagi mereka. Rekod kendiri ini boleh juga dilakukan dalam pelbagai cara. Antaranya murid-murid boleh memberi markah di atas kertas apabila mereka dapat melakukan tingkahlaku yang diingini. Walaupun begitu, pengkaji mendapati kanak-kanak ini perlu dilatih terlbih dahulu. Mereka memerlukan arahan yang mudah dan jelas serta tunjuk cara demonstrasi dalam melakukan rekod kendiri. Guru perlu mengakses kefahaman kanak-kanak sebelum mereka mengimplementasikannya (Mace and Kratochwill, 1988). Guru boleh menggalakkan murid-murid dengan membenarkan mereka mencipta target mereka
5

sendiri seperti dalam satu hari berapakah bilangan soalan Matematik yang ingin diselesaikan. Pada peringkat awal, guru perlu membantu murid-murid dalam menentukan sasaran yang ingin dicapai.

2) Peneguhan kendiri - Self Reinforcement Salah satu teknik dalam Modul Pengubahsuaian Tingkahlaku adalah dengan Peneguhan kendiri - Self Reinforcement. Peneguhan kendiri boleh meningkatkan motivasi seseorang. Dengan memberikan ganjaran kepada diri sendiri apabila dapat mencapai tahap tertentu. Ini mendorong seseorang itu untuk berusaha sehingga mereka mencapai tahap presrasi yang ditetapkan (Bandura, 1977). Peneguhan kendiri ini juga dikenali sebagai penentuan dua hala reciprocal determinism. Seseorang itu mampu untuk mengawal diri sendiri melebihi dari persekitaran. Sebagai contoh mereka boleh menjanjikan kepada diri sendiri biskut coklat chip sekiranya dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan. Kanak-kanak juga boleh bermonolog dengan diri mereka seperti Bagus, kamu telah melakukan kerja dengan baik. Hukuman kendiri juga b oleh digunakan seperti murid yang tidak menyiapkan kerja rumah Matematik semalam perlu membuat kerja tambahan Matematik. Namun pengkaji mencadangkan peneguhan kendiri itu lebih praktikal dan realistik.

3) Pengarahan kendiri - Self Instruction Meichenbaum (1977) mencadangkan bahawa percakapan boleh digunakan untuk membentuk tingkahlaku seseorang. Suara yang kuat mampu untuk mengawal tingkahlaku seseorang. Vygotsky (1962; 1978) dan Luria (1961) percaya bahawa bahasa boleh membuatkan seseorang indivitu itu bertanggungjawab dalam mengawal tingkahlaku mereka. Pengkaji menyatakan bahawa kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran kekurangan 2 kemahiran iaitu kemahiran metakognitif dan mengurus diri seperti merancang, menilai dan lain-lain. Ianya boleh ditingkatkan melalui pengajaran kepada kanak-kanak ini dalam memahami arahan. Sebagai contoh, Swanson dan

Scarpati (1985) meminta murid-murid menulis arahan dalam memahami dalam strategi pembelajaran.

(a) Bagaimana untuk saya faham petikan sebelum saya membaca? Pertama, saya perlu melihat tajuk, kemudian membaca petikan dan membulatkan perkataan yang susah. Kedua, saya perlu menggariskan nama orang dan perkataan yang menunjukkan aksi. (b) Saya perlu bertanya kepada diri sendiri tentang soalan Siapa, Apa, Dimana dan Bagaimana sebelum saya membacanya.

Walaupun begitu, sesetengah pengkaji menyatakan bahawa pengarahan kendiri ini sesuai untuk murid yang mengalami masalah dalam menumpukan perhatian kepada pembelajaran.

APLIKASI TEORI BANDURA

Contoh aplikasi teori sosial kognitif Bandura adalah ketika seorang kanak-kanak melihat basikal sebagai hadiah untuk pembaca NILAM. Ditahap pemerhatian, kanak-kanak akan tertarik mengamati basikal. Oleh karena itu, ia akan mengamati basikal yang sama dengan model basikal tersebut. Selanjutnya pada tahap penyimpanan dalam ingatan, kanak-kanak tersebut akan menanam minat untuk membuat rekod kendiri di dalam buku NILAM sebagai bukti bahawa dia telah membaca buku dengan banyaknya.Malahan dalam satu hari dia meletakkan berapa jumlah buku yang mesti dibancanya disekolah dan dirumah. Dia juga akan memberikan peneguhan kendiri sekiranya dia berjaya mencapai sasarannya. Dia juga akan mengenakan hukuman kepada dirinya sekiranya dia tidak membaca buku pada hari yang dia tidak sempat seperti dengan meletakkan bilangan tambahan kepada bilangan sasaran. Contohnya tambahan 10 buah buku. Pada tahap reproduksi kanak-kanak ini kemudiannya akan membawa buku NILAM itu untuk ditandatangani oleh guru NILAM dan akan bertanya berapakah bilangan buku yang mesti dibaca sekiranya beliau ingin mendapatkan hadiah basikal itu?. Hadiah NILAM itu merupakan matlamat beliau dan model basikal itu sebagai ganjaran dan penghargaani atas kejayaannya sekaligus meningkatkan tahap motivasi beliau. REFLEKSI

KELEBIHAN TEORI SOSIAL KOGNITIF 1. 2. 3. 4. 5. Manusia boleh belajar melalui perilaku orang lain. Manusia memiliki kemampuan untuk membezakan yang baik dan yang buruk. Manusia boleh mengambil pengajaran dari apa yang dilihat. Perilaku manusia adalah hasil dari modelling Murid-murid bermotivasi terhadap peneguhan yang diberikan kepada sesuatu tingkahlaku. 6. Peneguhan itu penting dalam membentuk suatu perilaku tertentu. 7. Model yang baik diperlukan untuk menjadi contoh perilaku. 8. Manusia dapat berproses melalui informasi.

CADANGAN

Sebagai seorang guru, kita perlu memberikan contoh yang baik dengan menjadi model yang baik kerana kanak-kanak lebih mudah menghadapi pembelajaran dengan melihat model pembelajaran melalui tingkahlaku guru.

KESIMPULAN

Teori Sosial Kognitif dan Modul Pengubahsuaian Tingkahlaku (CBM) ini adalah satu teori yang memberikan pendekatan dan peneguhan kepada kanak-kanak dalam membentuk tingkahlaku. Ia memberikan satu teknik untuk mengubah tingkahlaku kanak-kanak dengan mengintervensi pemikiran mereka dengan membantu mereka supaya sedar secara sendiri tentang tingkahlaku mereka.

Prosedur CBM ini menerangkan tentang bagaimana untuk menangani masalah yang praktikal berkait dengan hukuman dan ganjaran.

BIBLIOGRAFI

1. Saedah Sirah dan Zainun Ishak. (1996). Motivasi Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Utusan Publications. 2. Stipek, Deborah J. (1992). Motivation to learn : from theory to practice. 2nd ed.Los Angeles, University of California.

Vous aimerez peut-être aussi