Vous êtes sur la page 1sur 14

Tajuk: Leg Split Membantu Meningkatkan Kelenturan Murid 1.

0 Pendahuluan

Kelenturan badan merupakan suatu komponen yang amat penting dan diperlukan dalam kehidupan untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian terutamanya dalam sukan dan permainan seperti larian dan gimnastik. Menurut Frase & Cote (2006), fleksibiliti bukan sahaja membantu seseorang murid meningkatkan julat pergerakan malah merupakan salah satu komponen yang dapat membantu dalam kesihatan sistem dan fungsi jantung. Fleksibiliti boleh didefinisikan sebagai julat pergerakan sesuatu sendi. Setiap sendi mempunyai tahap kelenturan yang tersendiri. Selain itu, julat pergerakan yang lebih besar boleh mengurangkan risiko untuk berlakunya kecederaan terhadap setiap murid. Tahap fleksibiliti yang rendah pada seseorang murid boleh meningkatkan risiko kecederaan apabila mereka bergerak melebihi tahap yang sepatutnya. Masalah kekurangan daya kelenturan badan dapat diatasi dengan aktiviti regangan (Thacker et al., 2004). Pelbagai kebaikan boleh diperoleh melalui aktiviti regangan. Antaranya ialah dapat mengelakkan kecederaan daripada berlaku, mengurangkan kecederaan otot dan meningkatkan prestasi dalam sesuatu sukan (Anderson, 2005; Thacker et al., 2004). Kajian lalu telah membuktikan bahawa ketegangan otot akibat tidak melakukan regangan akan meningkatkan risiko kecederaan otot seseorang. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk melakukan senaman regangan. Antaranya ialah regangan static, regangan dinamik, balistik, dan proprioceptive neuromuscular facilitation (PNF). Penggunaan kaedah regangan yang betul membantu murid untuk mencapai prestasi yang lebih baik.

Refleksi Awal P & P Lalu Selepas saya mengajar subjek pendidikan jasmani tajuk fleksibiliti kepada murid tahun 3 di Sk Sungai kelambu iaitu pada minggu ke 2 saya mengajar iaitu pada awal bulan februari saya dapati terdapat beberapa orang murid yang telah dikenal pasti bermasalah dalam melakukan aktiviti fizikal yang melibatkan fleksibiliti. Kebanyakkan daripada murid yang dikenal pasti ini melakukan aktiviti fleksibiliti dengan teknik yang tidak tepat. Setelah mendapatkan maklum balas daripada mereka, mereka menjawab mereka tidak pandai dan menyangka mereka tidak akan mampu melakukan aktiviti yang melibatkan kelenturan tersebut. Mereka tidak jelas mengapa perlunya fleksibel dalam Pendidikan Jasmani. Ada juga antara mereka yang tidak melakukan aktiviti fleksibiliti dengan alasan sakit pada bahagian belakang otot kaki. Melalui pemerhatian saya mereka sebenarnya tidak mengetahui apa itu fleksibiliti dan kepentingan meregangkan otot. Mereka kurang jelas dengan bagaimana cara otot bekerja memanjang dan menguncup. Mereka juga tidak tahu kelebihan individu yang mempunyai fleksibiliti dalam sukan. Oleh yang demikian saya bercadang untuk melaksanakan sebuah kajian tindakan yang bertajuk Leg Split dalam membantu pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan fleksibiliti murid dalam Pendidikan Jasmani. Kajian ini adalah langkah pertama bagi membentuk murid yang mempunyai fleksibiliti yang tinggi dalam sukan. Ini kerana kemahiran-kemahiran tinggi dalam sukan kebanyakkannya memerlukan fleksibiliti. Ia juga berguna pada masa akan datang kepada sekolah untuk melahirkan atlet sukan yang bermutu.

2.0

Isu Keprihatinan/ Fokus Kajian

Kajian ini difokuskan kepada murid tahap 1 Sekolah Kebangsaan Sungai Kelambu. Kebanyakan murid tidak dapat melakukan senaman regangan dengan betul. Apabila senaman regangan tidak dilakukan dengan betul, ia akan meningkatkan risiko berlakunya kecederaan. Dengan adanya tahap fleksibiliti yang baik, murid boleh meningkatkan potensi mereka dalam aktiviti sukan dan permainan.

Pernyataan Masalah Kelenturan badan dan fleksibiliti merupakan salah satu komponen penting bagi seseorang murid untuk menguasai sesuatu pencapaian dalam bidang sukan dan permainan. Secara tidak langsung, kebolehan untuk melenturkan badan dapat menambahkan potensi yang terdapat dalam diri seseorang murid. Aktiviti regangan dapat meningkatkan tahap kelenturan seseorang murid.

3.0

Objektif Kajian/ Soalan Kajian

Objektif Kajian (a) Umum: i. Menimbulkan minat serta pandangan positif terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani. ii. Memperkenalkan pembelajaran yang menyeronokkan kepada murid.

(b) Khusus: i. ii. iii. Membantu murid-murid tahap 1 memahami konsep kelenturan. Membantu murid melakukan aktiviti regangan dengan cara yang betul. Merangka satu program jangka pendek untuk membantu murid mengatasi masalah fleksibiliti. iv. Memastikan murid-murid melakukan aktiviti regangan dengan betul supaya dapat mengelakkan risiko kecederaan. v. Membantu murid mengatasi aktiviti yang melibatkan fleksibiliti badan yang baik.

Soalan Kajian i. ii. Apakah tahap fleksibiliti murid tahap 1 Sekolah Kebangsaan Sungai Kelambu? Adakah program jangka pendek yang dirangka dapat mengatasi masalah fleksibiliti murid?

4.0

Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan seramai 15 orang murid tahap 1 Sekolah Kebangsaan Sungai Kelambu yang terdiri daripada 7 murid lelaki dan 8 murid perempuan. Kebanyakan murid tahap 1 tidak dapat melakukan regangan otot dengan betul yang menyebabkan masalah badan tidak fleksibel.

5.0

Tindakan yang dicadangkan 5.1 Perancangan Tindakan

Metadologi Kajian ini melibatkan kajian eksperimental. Sebelum mereka memulakan latihan yang telah dijadualkan setiap minggu, murid-murid dikehendaki untuk melakukan satu ujian iaitu ujian duduk jangkau untuk mendapatkan data pra (sebelum). Selama 12 minggu, murid-murid yang terlibat akan menjalani latihan regangan Leg Split Routine untuk meningkatkan tahap fleksibiliti mereka. Selepas 12 minggu, murid-murid yang terlibat dikehendaki untuk menjalani ujian duduk jangkau untuk mendapatkan data pos (selepas) untuk melihat tahap peningkatan fleksibiliti murid yang terlibat. Data yang telah direkodkan akan dikumpul dan dianalisa untuk melihat keberkesanan program jangka pendek yang telah dilakukan selama 12 minggu terhadap tahap fleksibiliti seseorang murid. Ujian duduk jangkau dijalankan dengan kaki dalam keadaan berlunjur. Kemudian murid diarahkan untuk menjangkaukan tangan ke hadapan sehingga jarak yang paling jauh. Ukuran dan direkodkan di dalam borang skor yang telah disediakan.

Populasi/ Persampelan Responden kajian ini terdiri daripada 15 orang murid tahap 1 Sekolah Kebangsaan Sungai Kelambu yang terdiri daripada 7 orang murid lelaki dan 8 orang murid perempuan. Selepas ujian dijalankan ke atas mereka, tahap fleksibiliti mereka direkodkan.

Pelan Tindakan Jangka Pendek Kajian Pelan tindakan jangka pendek yang disediakan untuk murid-murid yang terlibat ialah Leg Split Routine. Program ini dilaksanakan dalam tempoh 12 minggu. Aktiviti Leg Split Routine dilakukan 2 hari dalam seminggu. Murid dikehendaki untuk membuka kaki seluasnya dalam keadaan duduk. Kemudian, murid dikehendaki untuk membawa kepala ke tanah setakat kemampuan mereka. Posisi ini hendaklah ditahan selama 15 saat 5 kali ulangan. Menurut Pale, (2012), senaman regangan hendaklah dilakukan dalam masa 15 hingga 30 saat untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Kemudian, dalam posisi duduk berlunjur ke hadapan, murid diarahkan untuk menyentuh kepala mereka ke lutut setakat kemampuan mereka. Sama seperti posisi yang lepas, posisi ini juga perlu ditahan selama 15 saat dan diulang sebanyak 5 kali.

5.2

Perancangan Cara Mengumpul Data

Dalam kajian ini, data akan dikumpul mengikut minggu. Berikut merupakan kaedahkaedah yang digunakan dalam kajian ini.

i.

Pemerhatian Guru akan membuat pemerhatian dengan menggunakan rakaman video terhadap penguasaan kemahiran oleh murid semasa guru mengajar kemahiran untuk setiap sesi. Guru akan membuat analisis berdasarkan rakaman video tersebut. Guru juga akan meminta bantuan daripada guru lain yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam ragbi sentuh untuk turut sama membuat pemerhatian terhadap pengajaran guru dan peningkatan prestasi murid

ii.

Nota Lapangan Guru akan menggunakan nota lapangan sebagai catatan tentang apa yang berlaku semasa sesi latihan murid-murid ini. Nota lapangan ini juga adalah sebagai salah satu instrumen pemerhatian bagi mengesan kemajuan murid dan keberkesanan kaedah yang diguna.

iii.

Fotografi Guru akan menggunakan kaedah ini sebagai alternatif kepada rakaman video yang dibuat semasa pemerhatian. Fotografi akan menjadi salah satu bukti yang kukuh untuk mengesan peningkatan penguasaan yang dilakukan oleh murid.

iv.

Borang skor 1 borang skor akan disediakan untuk merekodkan data yang telah diperoleh. Borang skor tersebut mengandungi maklumat ujian pra dan pos latihan regangan dan juga rekod latihan regangan pada setiap minggu. (Rujuk lampiran untuk borang)

5.3

Perancangan Cara Menganalisis Data

Dalam kajian ini, data yang telah dikumpul akan direkodkan dalam akan dianalisis menggunakan perisian SPSS v.18. Melalui perisian ini, tahap keberkesanan program jangka pendek yang telah dijalankan selama 12 minggu tersebut dapat dikenalpasti. Selain itu, peningkatan tahap fleksibiliti murid yang terlibat juga dapat dikenalpasti.

5.4

Perancangan Pelaksanaan Tindakan

Tempoh kajian ini akan mengambil masa selama 6 bulan bermula Januari 2014 sehingga Jun 2014. Kajian ini bermula dengan persedian proposal, perbentangan dan kajian di sekolah. Tempoh ini juga meliputi tempoh penulisan laporan kajian yang dijalankan. Cadangan Tarikh Bil Perkara Mengenal pasti masalah murid di padang 1 sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Pendidikan Jasmani Mengenalpasti fokus kajian. Membuat objektif kajian Mengenalpasti kumpulan sasaran. -Mula menulis kertas cadangan kajian. 4 -Merancang langkah tindakan yang sesuai. -Merancang cara pengumpulan data. -Merancang cara menganalisis data. 13 Febuari 2014 Hingga 16 Febuari 2014 13 Febuari 2014 17 Febuari 2014 Hingga 21 Febuari 2014 3 Mar 2014 6 -Melaksanakan tindakan -Mengumpul data Hingga 21 Mar 2014 13 Febuari 2014 pelaksanaan

-Analisis data yang diperolehi -Membuat refleksi kajian

24 Mar 2014 Hingga 4 April 2014 7 April 2014

Membuat laporan kajian dan data

Hingga 11 April 2014

Pembentangan laporan kajian 9

September 2014

10

Menjilidkan laporan kajian

September 2014

6.0

Tinjauan Literatur

Banyak kajian yang telah dijalankan sejak dahulu berkaitan kajian tentang fleksibiliti, terdapat rasional dan kelebihan memiliki fleksibiliti dalam sukan mahupun dalam menjalankan aktiviti harian. Antara daripada ialah: 1. Meningkatkan Prestasi Dalam Sukan Kebolehan melakukan pelbagai variasi pergerakan dan kemahiran dengan baik bergantung kepada julat pergerakan dan bukannya bergantung kepada kemahirankemahiran permainan tersebut. Misalnya, untuk menanduk bola dalam suatu perlawanan bola sepak, pemain-pemain perlu membawa kakinya tinggi ke paras dada untuk mendapat lonjakan yang tinggi. Mereka mesti memiliki kelenturan yang baik untuk berbuat demikian. Jika tiada kelenturan, mereka susah untuk mempelajari pergerakan dan kemahiran yang diperlukan dalam permainan tersebut. 2. Mengurangkan Risiko Mendapat Kecederaan Latihan kelenturan juga merupakan salah satu strategi pencegahan

kecederaan.Kebanyakan sukan melibatkan pergerakan yang berulang dan melalui julat pergerakan yang terhad, contohnya larian. Keadaan ini akan menyebabkan ketegangan otot dan mungkin juga otot terkoyak. Untuk mengatasi masalah ini, program kelenturan

yang dijalankan secara beransur-ansur dan berjaga-jaga dapat meregangkan dan mengurangkan ketegangan otot serta membantu mencegah daripada kecederaan. Oleh itu, peningkatan kelenturan bukan sahaja diperlukan dalam sukan tetapi juga dapat menambahkan julat pergerakan dan membantu mencegah kecederaan. 3. Pembesaran Otot-Otot (Hypertrophy)-melalui latihan rintangan. Setiap otot diliputi oleh tisu fasia yang menghalang berlakunya hipertrofi. Apabila melampaui satu tahap, regangan boleh melonggarkan tisu fasia supaya memberi ruang untuk berlakunya hipertropi. Secara teorinya, ia boleh meningkatkan potensi genetik anda untuk berlakunya hipertropi otot. 4. Mengurangkan Pengumpulan Asid Laktik Asid laktik adalah sisa sampingan yang terhasil daripada penguraian ATP semasa latihan anaerobik. Anda akan rasa sakit dan boleh menyebabkan kekejangan otot serta menghalang pengecutan otot. Regangan mampu meneutralkan kesan asid laktik dengan cara mengembalikan pengaliran darah ke otot dan sekaligus menyingkirkan asid laktik daripada tubuh melalui respirasi. 5. Meningkatkan Tahap IGH(I) (Insulin related growth factor) - Peningkatan tahap

insulin yang berkaitan faktor tumbesaran. IGF (I) juga membantu dalam pembentukan otot bersama-sama dengan hormon tumbesaran. Ianya meningkatkan thermogenesis dan mempercepatkan pengambilan asid amino untuk mengurangkan lemak badan sambil membentuk tisu-tisu otot. Kajian menunjukkan regangan yang berulang-ulang meningkatkan pengaliran IGF (I) ke otot,tahap IGF yang ditingkatkan ini akan membenarkan tumbesaran otot.

Rujukan:

Jurnal Andersen,J.C. (2005). Stretching Before and After Exercise: Effect on Muscle Soreness and Injury Risk. Journal of Athletic Training, 40(3), 218-220. Fraser, J., & Cote, J. (2006). Youth Sports: Implementing Findings and Moving Forward with Research. Athletic Insight, 8(3), 13-27. Page, P. (2012). Current Concepts in Muscle Stretching for Exercise and Rehabilitation. International Journal of Sports Physical Therapy, 7(1), 109-119. Thacker, S.B., Gilchrist, J., Stroup, D.F., & Kimsey, C.D. (2004). The Impact of Stretching on Sports Injury Risk: A Systematic Review of The Literature. Medicine & Science in Sports & Exercise, doi 10.1249/01

Buku Eskay Shazryl and Hanks, J. (1994). Sport and Stress Therapy : Athletic Rehabilitation on massage, stretching and strengthening. Eskay Inc. Oklahoma.

Leonard A de Vries; Reading Sport Science Level 1 (Lem. Kejurulatihan Keb. Malaysia).

Don Franks, Edward. (19890. Fitness Facts. Leisure Press: Champaign II

Laman Web Stretching and Flexibility.xx.net. Retrieved April 15 from

http://www.exrx.net/ExInfo/Stretching.html The Importance and Purpose of Flexibility. Human Kinetics. Retrieved April 15 from http://www.humankinetics.com/excerpts/excerpts/the-importance-and-purposeof-flexibility The Performance Benefits of Flexibility Training. Flexibility. Retrieved April 15 from http://www.brianmac.co.uk/articles/scni8a1.htm

LAMPIRAN

Nama Ujian: Jangkauan Melunjur (Seat and reach test)

Tujuan: Mengukur fleksibiliti Tahap: 1 Jantina: Lelaki dan perempuan Alatan dan kemudahan: 1. Alat pengukur jangkauan (sila lihat gambar rajah) 2. Borang skor. Pengurusan dan organisasi: 1. Gunakan alat pengukur jangkauan yang disediakan. Prosedur: 1. Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki di letak di belakang penanda 23 sentimeter. 2. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut.

3. Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri. Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur. 4. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 2 saat tanpa menyentap.
5. Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubahan terbaik diambil kira sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir. 6. Murid yang membantu memegang lutut pelaku tidak menghalang perlakuan.

Sedia

Jangkau

Rehat

Vous aimerez peut-être aussi