Vous êtes sur la page 1sur 41

BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

TAJUK TUGASAN : ANALISIS AYAT BAHASA MELAYU.

NAMA PELAJAR NO. MATRIKS NAMA KUMPULAN NAMA JABATAN NAMA PENSYARAH

: : : : :

MOHAMAD NASIR B MAT ALIN D20112052444 UPSI 04 FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI EN. IDRIS B MOHD RADZI

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

Kandungan Bilangan 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 Perkara Pendahuluan Tujuan Bidang Bahan Kaedah Konsep Analisis Penutup Bibliografi Lampiran I(a d) Lampiran II Muka surat 2 2 2 2 3 3-11 11-14 14-15 16 17-37 38-39

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

1.0 Pendahuluan Analisis pembinaan ayat atau sintaksis merupakan proses pengkajian bagaimana serangkaian perkataan yang disusun menjadi frasa seterusnya membentuk klausa sebelum menjadi sebuah ayat yang lengkap. Ayat yang lengkap dapat menghasilkan makna yang membolehkan kelangsungan komunikasi di dalam sesebuah masyarakat. Aspek analisis sintaksis dilaksanakan dengan melihat unsur-unsur sintaksis berpadu yang menjadi frasa dan ayat. Malah binaan sintaksis dianalisis dengan melihat bagaimana pola-pola sintaksis dikembangkan bersama fungsinya.

2.0 Tujuan Tujuan analisis ini ialah untuk menganalisis jenis binaan ayat sama ada dari ayat tunggal mahu pun ayat majmuk dan memahami fungsi serta jenis-jenis pola tersebut. Tujuannya agar mampu meneguhkan ilmu linguistik yang merupakan satu cabang hukum tatabahasa yang pada akhinya akan menentukan identiti bahasa itu sendiri.

3.0 Bidang Analisis ini akan memfokuskan kepada elemen sintaksis di dalam teks iaitu jenis binaan dan jenis ayat serta subjenis yang terdapat di dalamnya.

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

4.0 Bahan Teks ini dipetik daripada sebuah cerpen tulisan Mohd. Fadhil Yusof yang bertajuk Rintih Dalila yang tersiar di ruangan cerpen dalam majalah Mingguan Wanita edisi 28 Mac - 3 April 2014. Khalayaknya merupakan pembaca yang tahu berbahasa Melayu.

5.0 Kaedah Analisis akan dilaksanakan dengan menyaring keluar ayat-ayat tunggal dan ayat-ayat majmuk dan mengenalpasti bentuknya dan melakukan analisis peratusan terhadap ayat-ayat tersebut yang dijumpai di dalam teks analisis. Ayat akan dicerakin dan direkodkan di dalam tiga jadual iaitu Jadual Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk, Jadual Analisis Ayat Tunggal dan Jadual Analisis Ayat Majmuk dan perincian subjenis serta peratusan masing-masing. Analisis ini adalah bersifat kuantitatif di mana bahan telah diambil daripada majalah Mngguan Wanita. Ayat akan dianalisis sepenuhnya dalam Lampiran 1. Analisis meliputi empat jadual iaitu Jadual Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk, Jadual Analisis Ayat Tunggal, Jadual Analisis Ayat Majmuk, dan Jadual Jenis Ayat. Perincian jenis dan subjenis serta peratusan masing-masing juga dilaksanakan. 6.0 Konsep Ayat tunggal pada dasarnya ialah ayat yang mempunyai ciri yang sama dengan ayat dasar. Kedua-dua ayat mempunyai elemen satu klausa yang ketara iaitu satu subjek dan satu predikat. Namun, ayat tunggal dibezakan dengan ayat dasar dengan kebolehannya menerima kehadiran unsur keterangan pada pahabgian subjek atau predikatnya. Selain itu, ayat tunggal dapat disongsangkan kedudukan subjek dan predikatnya.
3

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob dan Zulkifli Osman(2006) menyebut ayat tunggal dan ayat dasar merupakan satu perkara yang sama sebab ia dibentuk berdasarkan bilangan subjek dan predikat yang paling asas dan semestinya terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Abdullah Hassan di dalam buku Linguistik Am (2007) mendefinisikan ayat dasar oleh para ilmuwan bahasa seperti Arbak Othman dan Asmah Hj Omar serta penggarisan konsep ayat dasar oleh Tatabahasa Dewan. Arbak Othman membahagikan ayat dasar kepada beberapa bahagian seperti di bawah: a) b) c) d) e) f) Subjek nama + Subjek nama + Subjek nama + Subjek nama + Subjek nama + Subjek nama + predikat nama (FN + FN) predikat sifat (FN + FAdj)

predikat kopula (FN + FPemeri) predikat rangkai kata depan (FN + FSn) predikat kata kerja tak transitif (FN + FKttr) predikat kata kerja transitif (FN + Ftr)

Asmah Hj Omar pula menulis di dalam Nahu Melayu Mutakhir edisi ke-4 meringkaskan ayat dasar kepada dua pola sahaja iaitu: a) b) Frasa benda Frasa benda + frasa benda + frasa karyaan

Sementara Tatabahasa Dewan 1981 menggariskan pola ayat dasar iaitu: a) b) c) Frasa nama Frasa nama Frasa nama + + + frasa nama frasa adjektif frasa kerja
4

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

d)

Frasa nama

frasa sendi nama

Ayat majmuk pula merupakan rangkuman ayat-ayat tunggal sehingga menghasilkan ayatayat baru yang terdiri daripada dua atau lebih klausa. Secara umumnya, ayat majmuk boleh difahami sebagai gabungan dua ayat tunggal yang lengkap dan disatukan menjadi sebuah ayat yang bermakna. Jika ayat tunggal dimaksudkan sebagai ayat yang mempunyai satu klausa iaitu satu predikat dan satu subjek maka ayat majmuk akan mempunyai lebih daripada dua klausa sekurang-kurangnya. Zaaba atau Zainal Abidin bin Ahmad (2000: 279) memakai istilah ayat berlapis, ayat berkait dan ayat bercampur untuk sebagai definisi ayat majmuk. Asmah Hj Omar (1973 : 58) pula menyatakan ayat majmuk sebagai klausa kompleks yang terbahagi kepada dua iaitu klausa kompleks yang terbentuk daripada penggabungan dan pelapisan. Beliau kemudiannya membahagikannya sebagai klausa kompleks tak setara dan klausa kompleks setara. Abdullah Hassan (1993 : 201) telah memecahkan ayat majmuk kepada dua iaitu ayat majmuk setara dan ayat majmuk bertingkat. Sementara Arbak Othman (1989 : 172) membahagikan ayat majmuk kepada ayat berlapis dan ayat berkait. Bagaimanapun dirumuskan oleh Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob dan Zulkifli Osman (2006) juga dipersetujui oleh Nik Safiah Karim bahawa ayat majmuk dibahagikan kepada tiga jenis iaitu: 1. Ayat Majmuk Gabungan Ayat majmuk gabungan ialah pencantuman dua ayat atau lebih dengan susunan tertentu sehingga terbentuknya satu ayat yang baharu. Ayat-ayat ini dihubungkan dengan penggunaan kata hubung tertuntu ataupun hanya dengan tanda koma. Ayat-ayat yang tercantum itu perlulah mempunyai kedudukan yang setara iaitu kedua-duanya boleh berdiri sendiri. Ringkas kata, ayat
5

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

majmuk gabungan merupakan gabungan dua ayat tunggal yang lengkap klausanya dengan menggunakan kata hubung yang tertentu. Bagi melengkapkan makna ayat majmuk gabungan sehingga menjadi ayat yang gramatis, penggunaan kata hubung yang menjunjung makna yang tepat haruslah digunakan. Ditunjukkan di bawah ini makna dan contoh kata hubung sebagai alternatif kepada penggunaan parataksis di dalam ayat. Makna Penjumlahan Pilihan Urutan Penambahan Penyertaan Pertentangan Peluasan Contoh Kata Hubung dan, serta, juga, atau lalu, lantas, terus dan, serta, tambahan pula sambil, serta, seraya tetapi, namun, melainkan tambahan pula, dan, serta

Namun terdapat kelonggaran di dalam penghasilan ayat majmuk gabungan iaitu seandainya ia melibatkan dua unsur yang sama di dalam pembinaan ayat tersebut maka unsur yang sama digugurkan dan sekiranya unsur yang berbeza digunakan maka unsur yang sedia ada tidak dibuang. Tetapi, ia masih juga tertakluk keadaan hubungan semantik dan makna yang logik untuk membentuk ayat yang gramatis dan serta saling berkaitan.

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

2.

Ayat Majmuk Pancangan Nik Safiah Karim (2008) menyatakan ayat majmuk pancangan merupakan ayat yang

mengandungi satu ayat induk yang bergabung dengan satu atau lebih ayat kecil lain yang dipancangan kepada atau ayat induk. Ayat kecil ini dapat menjadi sebahagian daripada ayat induk. Abdullah Hassan (2008) mendefinisikan ayat majmuk pancangan berlaku apabila kedapatan dua atau lebih klausa tak setara. Ini kerana ayat majmuk pancangan terdiri daripada klausa utama dan klausa bukan utama. Klausa bukan utama ini akan diserap masuk ke dalam klausa utama. Ada tiga jenis ayat majmuk pancangan iaitu: 2.i. Ayat Majmuk Pancangan Relatif Ayat Majmuk Pancangan Relatif disebut dengan kata penghubung yang (Nik Safiah Karim et. Al. 2008) . Abdullah Hassan (2008) menekankan ayat relatif ini boleh dikesan apabila terdapat kelahiran klausa yang menerangkan kata nama sama ada kata nama tersebut berfungsi sebagai subjek, predikat, objek atau keterangan ayat. Klausa relatif hanya menerangkan frasa nama dan tidak berkait dengan unsur lain di dalam ayat serta dihubungkan dengan kata ganti nama hubung relatif yang (Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob, Zulkifli Osman (2006 : 58) Unsur penerangan kata nama ini dibantu oleh empat jenis peluasan yang dipanggil peluasan frasa nama oleh klausa relatif yang boleh berlaku kepada empat bahagian ayat iatu: a) b) c) d) Peluasan subjek Peluasan predikat Peluasan objek Peluasan keterangan

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

2.ii.

Ayat Majmuk Pancangan Komplemen Ayat majmuk jenis ini dikenali dengan kehadiran klausa komplemen dan klausa ini

dipancangkan kepada klausa utama untuk menjadikan klausa tersebut lengkap (Abdullah Hassan, 2008). Ia terbentuk dengan dua kata hubung komplemen bahasa Melayu iaitu bahawa dan untuk. Nik Safiah Karim menetapkan pula kata hubung komplemen bahawa hanya dapat digunakan pada bahagian subjek atau predikat ayat namun kata hubung komplemen untuk hanya digunakan pada bahagian subjek sahaja. Ayat komplemen juga terbahagi kepada tiga jenis iaitu a) b) c) Ayat komplemen frasa nama dapat digunakan dalam dua posisi iaitu subjek dan predikat Ayat komplemen frasa kerja Ayat komplemen frasa adjektif

2.iii.

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan Ayat majmuk jenis ini nyata kelihatan apabila terdapat satu ayat induk tergabung dengan

satu atau lebih ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk. Ayat kecil ini pula bertugas sebagai keterangan kepada predikat. Umumnya, frasa kerja digunakan di dalam predikat tersebut dan terdapat huraian lanjut oleh ayat kecil atau huraian oleh klausa keterangan. Kata hubung keterangan berfungsi menggabungkan kedua-dua ayat induk dan ayat kecil ini untuk membina ayat majmuk pancangan keterangan. Nik Safiah Karim et. al (2008) menggariskan sembilan jenis ayat majmuk keterangan yang beserta contoh-contohnya.

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

Kata Keterangan Musabab Akibat Syarat Waktu Pertentangan Harapan Cara Kerana, Hingga, sehingga

Contoh

Sekiranya, andai kata, jikalau, kalau Sejak, setelah, sewaktu, sementara Biarpun, walaupun, kendatipun, sedangkan, Supaya, agar, semoga Dengan

3.

Ayat Majmuk Campuran Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob dan Zulkifli Osman (2006)

menekankan ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat. Ia terjadi apabila ayat tunggal digabungkan dengan ayat majmuk atau campuran ayat majmuk gabungan dengan ayat majmuk campuran. Nama lainnya ialah ayat kompleks. Ahmad Khair Mohd Nor (2003) menyatakan ayat majmuk campuran adalah apabila terdapat sekurangkurangnya tiga klausa yang dijalinkan bersama-sama yang melibatkan campuran antara ayat majmuk setara dengan ayat majmuk tidak setara.

7.0 Analisis Hasil analisis ditunjukkan sepenuhnya seperti di dalam beberapa jadual yang terdapat di dalam lampiran. Analisis tersebut telah mengekstrak ayat tunggal dan ayat majmuk serta
9

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

subjenisnya di dalam teks tersebut. Hasil daripada analisis ini seperti dalam Jadual Analisis
Binaan Ayat Tunggal Dan Ayat Majmuk pada lampiran 1, didapati terdapat sejumlah 34 ayat majmuk

( 68.00%) dan 16 ayat tunggal ( 32.00%). Maka dapatlah dikatakan bahawa penulis telah menggunakan pelbagai gaya bahasa dalam penulisan beliau. Namun begitu, penggunaan ayat majmuk lebih banyak berbanding ayat tunggal. Carta di bawah menunjukkan peratusan ayat tunggal dan ayat majmuk secara keseluruhan.

Ayat Tunggal 32% Ayat Majmuk 68%

Carta Analisis Binaan Ayat Tunggal Dan Ayat Majmuk

10

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

Contoh-contoh ayat majmuk dan ayat tunggal tersebut adalah seperti berikut: Contoh ayat majmuk : 1. 2. 3. Mungkin kerana malam masih muda dan aku kian keliru dengan pilihan diri. Pertemuan dengan lelaki yang kini menjadi inspirasiku juga bukan mudah. Barangkali dengan membaca tulisan di atas kertas lusuh itu, yang tersimpan di antara rakrak buku yang tidak tersusun membuatkannya tersenyum sendiri. 4. 5. Dia menghargai apa yang dipunyainya sekarang ini. Kini Talha tidak berada di rumah, mungkin masih berada di kolej.

Contoh ayat tunggal: 1. 2. 3. 4. 5. Permulaan hubungan ini agak aneh. Namun itu membuatkan aku menghargainya. Terima kasih, Talha. Awak tersenyum melihat gambar ini? Ingatannya tidak tumpul.

Daripada contoh-contoh ayat yang ditunjukkan di atas, terdapat pelbagai jenis ayat majmuk dan ayat tunggal serta subjenisnya seperti ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan relatif dan ayat majmuk campuran. Manakala bagi subjenis ayat tunggal pula ialah Ayat Tunggal FN + FN, Ayat Tunggal FN + FK, Ayat Tunggal FN + FA, dan Ayat Tunggal FN + FS.

11

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

Dapatan daripada Jadual Analisis Ayat Tunggal telah menunjukkan bahawa terdapat 2 ( 12.50 % ) Ayat Tunggal FN + FN, 9 ( 56.25 % ) Ayat Tunggal FN + FK, 4 ( 25.00 % ) Ayat Tunggal FN + FA, dan 1 ( 6.25 % ) Ayat Tunggal FN + FS. Keseluruhan ayat tunggal yang terdapat dalam teks yang dikaji ialah 16 ( 100 % ) kesemuanya. Carta di bawah menunjukkan jumlah ayat tunggal mengikut subjenis masing-masing.

60 50 40 30 20 10 0 FN + FN 12.5

56.25

25

6.25 FN + FK FN +FA FN + FS

Carta Analisis Binaan Ayat Tunggal Mengikut Subjenis

Contoh ayat tunggal mengikut subjenis : Contoh Ayat Tunggal FN + FN 1. Terima kasih Talha. 2. Ya, gambar ini merupakan siri penjelajahan saya ke desa.

12

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

Contoh Ayat Tunggal FN + FK 1. Namun itu membuatkan aku menghargainya. 2. Awak tersenyum melihat gambar ini? 3. Oh, subjeknya saya sendiri telah fikirkan.Contoh Ayat Tunggal FN + FK Contoh Ayat Tunggal FN + FA 1. Permulaan hubungan ini agak aneh. 2. Ingatannya tidak tumpul. 3. Sisi pandangan Talha barangkali tidak menyeluruh. Contoh Ayat Tunggal FN + FS 1. Daripada ilham juga barangkali. Jadual Analisis Ayat Majmuk pula berpandukan tiga jenis ayat majmuk iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran. Hasil analisis yang dilakukan menunjukkan kehadiran 7 ( 21.2 % ) ayat majmuk gabungan, 11 ( 33.3 % ) ayat majmuk pancangan manakala 15 ( 45.5 % ) ayat majmuk campuran. Dari segi perincian jenis ayat majmuk pancangan, didapati terdapat 7 ( 21.2 % ) ayat majmuk pancangan relatif berbanding 4 ( 12.1 % ) ayat majmuk pancangan keterangan. Tiada ayat majmuk pancangan komplemen ditemui.

13

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

GABUNGAN PANCANGAN CAMPURAN

Carta Analisis Binaan Ayat Majmuk Mengikut Subjenis

Contoh ayat majmuk gabungan ialah : 1. Mungkin kerana malam masih muda dan aku kian keliru dengan pilihan diri. 2. Kini Talha tidak berada di rumah, mungkin masih berada di kolej.

Contoh ayat majmuk pancangan relatif ialah : 1. Pertemuan dengan lelaki yang kin menjadi inspirasiku juga bukan mudah. 2. Dia menghargai apa yang dipunyainya sekarang ini.

Contoh ayat majmuk pancangan keterangan ialah : 1. Walau usia menjengah 40-an, kenangan 20 tahun lalu tidak akan hilang dengan mudahnya. 2. Ramai yang terperangkap dengan zahir kehidupan.
14

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

Contoh ayat majmuk campuran ialah: 1. Barangkali dengan membaca tulisan di atas kertas lusuh itu, yang tersimpan di antara rakrak buku yang tidak tersusun membuatkannya tersenyum sendiri. 2. Dia gembira kerana semuanya bermula dari Muhammad Talha, seorang lelaki penyabar dan sanggup berkongsi semuanya dengan dirinya.

8.0 Penutup Analisis ini hanya mempunyai dua tujuan iaitu bagi menganalisis dan membuat perbandingan. Didapati bahawa penggunaan ayat tunggal dan ayat majmuk wujud dalam teks yang dianalisis. Hasil daripada analisis didapati kajian dan perbandingan ini menemukan beberapa jenis ayat majmuk dan ayat tunggal di dalam teks ini. Ayat majmuk lebih banyak menguasai iaitu 66.00% berbanding ayat tunggal 33.00% manakala bakinya sebanyak 2.00% ialah ayat minimal. Di samping itu, ayat majmuk campuran lebih banyak berbanding ayat majmuk yang lain iaitu sebanyak 45.5 %. Analisis ini juga memberi kefahaman mengenai variasi ayat-ayat majmuk dan ayat tunggal dalam bahasa Melayu yang memungkinkan penggunaan bahasa yang lebih tuntas dan bersistem. Oleh itu, dicadangkan analisis lanjutan dilakukan sama ada dengan menambahkan teks yang sama genre atau genre yang lain, atau kajian yang lebih khusus. Misalnya, ayat tunggal, ayat majmuk atau jenis ayat sahaja.

15

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

Bibliografi

Asmah Haji Omar, 2008. Nahu Kemas Kini. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Abdullah Hassan, 2008. Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Abdullah Hassan, 2007. Linguistik Am, Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob dan Zulkifli Osman 2006. Sintaksis Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Abdullah Hassan, 2002. Tatabahasa Bahasa Melayu, Morfologi dan Sintaksis. Pahang : PTS Publications & Distributer Sdn. Bhd. Ahmad Khair Mohd Nor, 2003. Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu: Tatabahasa Ayat. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. Asraf, 2012. Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu: Siri Pengasuh MBMMBI. Kuala Lumpur: Sasbadi Sdn.Bhd. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa,Abdul Hamid Mahmood 2011. Tatabahasa Dewan:Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: DBP.

16

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

Lampiran I(a) Analisis Sepenuhnya

Jadual Analisis Binaan Ayat Tunggal Dan Ayat Majmuk AYAT TUNGGAL 1 AYAT MAJMUK 0

BIL 1

SENARAI AYAT Permulaan hubungan ini agak aneh. Mungkin kerana malam masih muda dan aku kian

keliru dengan pilihan diri. Pertemuan dengan lelaki yang kini menjadi

inspirasiku juga bukan mudah. Namun itu membuatkan aku menghargainya. Terima kasih, Talha. Barangkali dengan membaca tulisan di atas kertas lusuh itu, yang tersimpan di antara rak-rak buku

4 5

1 1

0 0

yang tidak tersusun membuatkannya tersenyum sendiri. Dia menghargai apa yang dipunyainya sekarang

ini.

17

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

Sesuatu yang tidak mungkin dinilai dengan 8 sebarang materi. Kini Talha tidak berada di rumah, mungkin masih 9 berada di kolej. Dia gembira kerana semuanya bermula dari 10 Muhammad Talha, seorang lelaki penyabar dan sanggup berkongsi semuanya dengan dirinya. Dia sangat Bersyukur dengan Tuhan Yang Maha 11 Esa dan berterima kasih dengan Talha yang membawanya ke lorong bahagia. Walau usia menjengah 40-an, kenangan 20 tahun 12 lalu tidak akan hilang dengan mudahnya. Awak tersenyum melihat gambar ini? Agaknya ada sesuatu yang melucukan. Tidaklah. Di ruang legar terletak sebuah tulisan yang kemas 16 pameran fotografi karyawan muda. Dia tidak menyangka bahawa foto-foto yang 0 1 0 1 0 1 0 1 0 1 0 1

13 14 15

1 0 0

0 1 1

17

18

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

dipamerkan bukanlah yang biasa-biasa dilihatnya. Ia semacam suatu peristiwa yang dirakam dengan 18 suatu maksud dan juga meminta kepada suatu renungan. Gambar yang mana awak suka? Ingatannya tidak tumpul. Gambar yang paling dicam menjadi daya tariknya 21 pada hari itu adalah gambar seorang wanita desa yang sedang berada di sawah padi. Di mana awak peroleh gambar ini? Oh, subjeknya saya sendiri telah fikirkan. Daripada ilham juga barangkali. Ya, gambar ini merupakan siri penjelajahan saya ke 25 desa. Berjalan menjadikan saya peka terhadap sekeliling. Saya jadi takjub kepada alam ciptaan Tuhan, Yang 27 Maha Berkuasa. Dan ianya jadi projek peribadi antara yang saya 0 1 1 0 0 1 0 1

19 20

1 1

0 0

22 23 24

1 1 1

0 0 0

26

28

19

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

sukai. Dia hanya mengangguk tanda faham. Gambar seterusnya adalah gambar-gambar yang 30 lebih kepada sekitar masyarakat desa dan 0 1

29

kehidupan di luar bandar. Penuh keragaman makna dan citra yang mungkin 31 menyentak minat untuk terus memerhati dan berinteraksi. Di desa, citranya tidak berbaur dengan hipokrit. Masih segar dan tenang. Saya cintakan kedamaian dan keluhuran... Dalila menatap lebih lama malah dapat melihat 35 sesuatu yang bukan dibicarakan Talha. Sisi pandangan Talha barangkali tidak menyeluruh. Pengkarya seringkali tidak membicarakan karya 37 mereka. Mereka yang menikmatinya adalah khalayak yang 38 baik terdiri daripada jiwa yang halus, sebahagian 0 1 1 0 0 1 0 1

32 33 34

0 0 0

1 1 1

36

20

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

untuk menghargai estetika dan makna kehidupan. Kehidupan di desa sememangnya indah dan asli. Saya memandangnya dari sisi yang lain, di mana 40 kehidupan mereka tidak banyak ada pilihan berbanding di bandar. Mereka hanya melalui kehidupan yang rutin dan 41 serba sederhana. Dalila menjelaskan dari sudut sosiologi. Talha menjadi pendengar setia. Saya merasakan berapa ramai kalangan kita 44 menghasilkan sesuatu kerana seni dan tiada sensitiviti manusiawi yang lain. Talha mengerutkan dahinya sambil mendengar 45 penjelasan lanjut Dalila. Sebuah kenyataan yang jarang-jarang didengari 46 daripada seorang gadis muda seusia itu. Ramai yang terperangkap dengan zahir kehidupan. Ya, kehidupan orang Melayu begitu alah dengan 0 1 0 1 0 1 0 1 0 1

39

42 43

1 1

0 0

47 48

0 0

1 1

21

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

masalah. Menerima 49 akur takdir dan segala kenaifan 0 1

sebahagian daripada ketentuan yang diwajibkan ke atas mereka. Butir kata seterusnya lebih menongkah arus, berani

50

menghujahkan sesuatu yang bukan selalu terbit daripada gadis tipikal Melayu.

RUMUSAN Jumlah Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk 50 ( 100.00 % )

Bilangan Ayat

Ayat Tunggal

Ayat Majmuk

50 ayat

16 ( 32.00 % )

34 ( 68.00 % )

22

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

Lampiran 1 (b)

Jadual Analisis Ayat Tunggal ( AT ) AYAT TUNGGAL BIL SENARAI AYAT 1 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 Permulaan hubungan ini agak aneh. Namun itu membuatkan aku menghargainya. Terima kasih Talha. Awak tersenyum melihat gambar ini? Gambar yang mana awak suka? Ingatannya tidak tumpul. Di mana awak peroleh gambar ini? Oh, subjeknya saya sendiri telah fikirkan. Daripada ilham juga barangkali. Ya, gambar ini merupakan siri penjelajahan saya ke desa. Berjalan menjadikan saya peka terhadap sekeliling. Dia hanya mengangguk tanda faham. Sisi pandangan Talha barangkali tidak menyeluruh. 2 3 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 4

23

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

14 15 16

Pengkarya seringkali tidak membicarakan karya mereka. Dalila menjelaskan dari sudut sosiologi. Talha menjadi pendengar setia.

1 1 1

RUMUSAN

1. Ayat Tunggal 1 2. Ayat Tunggal 2 3. Ayat Tunggal 3 4. Ayat Tunggal 4

: 2 ( 12.50 % ) : 9 ( 56.25 % ) : 4 ( 25.00 % ) : 1 ( 6.25 % )

Jumlah 1 + 2 + 3 + 4 : 16 ( 100 % )

24

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

Lampiran 1 (c)

Jadual Analisis Ayat Majmuk ( AM ) AYAT MAJMUK BIL SENARAI AYAT 1 Mungkin kerana malam masih muda dan aku 1 kian keliru dengan pilihan diri. Pertemuan dengan lelaki yang kin menjadi 2 inspirasiku juga bukan mudah. Barangkali dengan membaca tulisan di atas kertas lusuh itu, yang tersimpan di antara rak3 rak buku yang tidak tersusun membuatkannya tersenyum sendiri. Dia menghargai apa yang dipunyainya 4 sekarang ini. Sesuatu yang tidak mungkin dinilai dengan 5 sebarang materi. Kini Talha tidak berada di rumah, mungkin 6 masih berada di kolej. 1 1 1 1 1 1 2.1 2.2 2.3 3

25

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

Dia gembira kerana semuanya bermula dari Muhammad Talha, seorang lelaki penyabar 7 dan sanggup berkongsi semuanya dengan dirinya. Dia sangat Bersyukur dengan Tuhan Yang 8 Maha Esa dan berterima kasih dengan Talha yang membawanya ke lorong bahagia. Walau usia menjengah 40-an, kenangan 20 9 tahun lalu tidak akan hilang dengan mudahnya. 10 Agaknya ada sesuatu yang melucukan. Di ruang legar terletak sebuah tulisan yang 11 kemas pameran fotografi karyawan muda. Dia tidak menyangka bahawa foto-foto yang 12 dipamerkan bukanlah yang biasa-biasa dilihatnya. Ia semacam suatu peristiwa yang dirakam 13 dengan suatu maksud dan juga meminta kepada suatu renungan. Gambar yang paling dicam menjadi daya tariknya pada hari itu adalah gambar seorang 1 1 1 1 1 1 1

14

26

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

wanita desa yang sedang berada di sawah padi. Saya jadi takjub kepada alam ciptaan Tuhan, 15 Yang Maha Berkuasa. Dan ianya jadi projek peribadi antara yang 16 saya sukai. Gambar seterusnya adalah gambar-gambar 17 yang lebih kepada sekitar masyarakat desa dan kehidupan di luar bandar. Penuh keragaman makna dan citra yang 18 mungkin menyentak minat untuk terus memerhati dan berinteraksi. Di desa, citranya tidak berbaur dengan 19 hipokrit. 20 21 Masih segar dan tenang. Saya cintakan kedamaian dan keluhuran... Dalila menatap lebih lama malah dapat melihat 22 sesuatu yang hukan dibicarakan Talha. Mereka yang menikmatinya adalah khalayak yang baik terdiri daripada jiwa yang halus, 1 1 1 1 1 1 1 1

23

27

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

sebahagian untuk menghargai estetika dan makna kehidupan. Kehidupan di desa sememangnya indah dan 24 asli. Saya memandangnya dar sisi yang lain, di 25 mana kehidupan mereka tidak banyak ada pilihan berbanding di bandar. Mereka hanya melalui kehidupan yang rutin 26 dan serba sederhana. Saya merasakan berapa ramai kalangan kita 27 menghasilkan sesuatu kerana seni dan tiada sensitiviti manusiawi yang lain. Talha mengerutkan dahinya sambil mendengar 28 penjelasan lanjut Dalila. Sebuah kenyataan yang jarang-jarang 29 didengari daripada seorang gadis muda seusia itu. Ramai yang terperangkap dengan zahir 30 kehidupan. 1 1 1 1 1 1 1

28

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

Ya, kehidupan orang Melayu begitu alah 31 dengan masalah. Menerima akur takdir dan segala kenaifan 32 sebahagian daripada ketentuan yang diwajibkan ke atas mereka. Butir kata seterusnya lebih menongkah arus, 33 berani menghujahkan sesuatu yang bukan selalu terbit daripada gadis tipikal Melayu. 1 1 1

RUMUSAN

1. Ayat Majmuk 1 2. Ayat Majmuk 2.1 3. Ayat Majmuk 2.2 4. Ayat Majmuk 2.3 5. Ayat Majmuk 3

: 7 ( 21.2 % ) : 7 ( 21.2 % ) : 0 ( 0.00 % ) : 4 ( 12.1 % ) : 15 ( 45.5 % )

Jumlah 1 + 2 + 3 + 4 + 5 : 33 ( 100 % )

29

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

Lampiran 1 (d)

JADUAL ANALISIS JENIS AYAT ( JA ) BIL 1 SENARAI AYAT Permulaan hubungan ini agak aneh. Mungkin kerana malam masih 2 muda dan aku kian keliru dengan pilihan diri. Pertemuan dengan lelaki yang kin 3 menjadi inspirasiku juga bukan mudah. Namun 4 itu membuatkan aku 1 1 1 1 JENIS AYAT ( JA ) 2 3 4 5

menghargainya. Terima kasih Talha. Barangkali dengan membaca

tulisan di atas kertas lusuh itu, yang 6 tersimpan di antara rak-rak buku yang tidak tersusun 1

membuatkannya tersenyum sendiri.

30

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

Dia 7

menghargai

apa

yang 1

dipunyainya sekarang ini. Sesuatu yang tidak mungkin dinilai

dengan sebarang materi. Kini Talha tidak berada di rumah,

mungkin masih berada di kolej. Dia gembira kerana semuanya bermula dari Muhammad Talha,

10

seorang sanggup

lelaki

penyabar

dan

berkongsi

semuanya

dengan dirinya. Dia sangat Yang Bersyukur Maha dengan dan 1

Tuhan 11

Esa

berterima kasih dengan Talha yang membawanya ke lorong bahagia. Walau usia menjengah 40-an,

12

kenangan 20 tahun lalu tidak akan hilang dengan mudahnya. Awak tersenyum melihat gambar

13

ini?

31

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

Agaknya 14 melucukan. Tidaklah.

ada

sesuatu

yang 1

15

Di ruang legar terletak sebuah 16 tulisan yang kemas pameran 1

fotografi karyawan muda. Dia tidak menyangka bahawa foto17 foto yang dipamerkan bukanlah yang biasa-biasa dilihatnya. Ia semacam suatu peristiwa yang dirakam dengan suatu maksud dan 18 juga meminta kepada suatu 1 1

renungan. Gambar yang mana awak suka? Ingatannya tidak tumpul. Gambar yang paling dicam menjadi daya tariknya pada hari itu adalah 21 gambar seorang wanita desa yang sedang berada di sawah padi. 1

19 20

1 1

32

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

22

Di mana awak peroleh gambar ini? Oh, subjeknya saya sendiri telah

23

fikirkan. Daripada ilham juga barangkali. Ya, gambar ini merupakan siri

24

25

penjelajahan saya ke desa. Berjalan menjadikan saya peka

26

terhadap sekeliling. Saya jadi takjub kepada alam

27

ciptaan Berkuasa.

Tuhan,

Yang

Maha

Dan ianya jadi projek peribadi 28 antara yang saya sukai. Dia 29 hanya mengangguk tanda 1 1

faham. Gambar seterusnya adalah gambargambar yang lebih kepada sekitar

30

masyarakat desa dan kehidupan di luar bandar.

33

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

Penuh keragaman makna dan citra yang mungkin menyentak minat 31 untuk terus memerhati dan 1

berinteraksi. Di desa, citranya tidak berbaur 32 dengan hipokrit. Masih segar dan tenang. Saya 34 cintakan kedamaian dan 1 1

33

keluhuran... Dalila menatap lebih lama malah

35

dapat melihat sesuatu yang bukan dibicarakan Talha. Sisi pandangan Talha barangkali

36

tidak menyeluruh. Pengkarya seringkali tidak

37

membicarakan karya mereka. Mereka yang menikmatinya adalah khalayak yang baik terdiri daripada

38 jiwa yang halus, sebahagian untuk menghargai estetika dan makna

34

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

kehidupan. Kehidupan di desa sememangnya 39 indah dan asli. Saya memandangnya dari sisi yang lain, di mana kehidupan mereka 40 tidak banyak ada pilihan 1 1

berbanding di bandar. Mereka hanya melalui kehidupan 41 yang rutin dan serba sederhana. Dalila 42 menjelaskan dari sudut 1 1

sosiologi. Talha menjadi pendengar setia. Saya merasakan kita berapa ramai

43

kalangan 44

menghasilkan 1

sesuatu kerana seni dan tiada sensitiviti manusiawi yang lain. Talha mengerutkan dahinya sambil

45

mendengar Dalila.

penjelasan

lanjut

35

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

Sebuah kenyataan yang jarang46 jarang didengari daripada seorang gadis muda seusia itu. Ramai yang terperangkap dengan 47 zahir kehidupan. Ya, 48 kehidupan orang Melayu 1 1 1

begitu alah dengan masalah. Menerima akur takdir dan segala kenaifan sebahagian daripada

49

ketentuan yang diwajibkan ke atas mereka. Butir kata seterusnya arus, lebih berani

menongkah 50

menghujahkan sesuatu yang bukan selalu terbit daripada gadis tipikal Melayu.

36

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

RUMUSAN

1. Jenis Ayat 1 2. Jenis Ayat 2 3. Jenis Ayat 3 4. Jenis Ayat 4 5. Jenis Ayat 5

: 46 ( 92.00% ) : 3 ( 6.00 % ) : 0 ( 0.00 % ) : 0 ( 0.00 % ) : 1 ( 2.00 % )

Jumlah 1 + 2 + 3 + 4 + 5 : 50 ( 100 % )

Singkatan dan Kod Analisis Bil=Bilangan AT = Ayat Tunggal AT1= Ayat Tunggal FN+FN AT2= Ayat Tunggal FN+FK AT3= Ayat Tunggal FN+FA AT4= Ayat Tunggal FN+FS AM=Ayat Majmuk AM1=Ayat Majmuk Gabungan
37

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

AM2=Ayat Majmuk Pancangan AM2.1= Ayat Majmuk Pancangan Relatif AM2.2= Ayat Majmuk Pancangan Komplemen AM2.3= Ayat Majmuk Pancangan Keterangan AM3= Ayat Majmuk Campuran JA= Jenis Ayat JA1= Jenis Ayat Penyata JA2= Jenis Ayat Tanya JA3= Jenis Ayat Perintah JA4= Jenis Ayat Seruan JA5= Jenis Ayat Minimal

38

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

Lampiran 2

39

[BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU]

40

Vous aimerez peut-être aussi