Vous êtes sur la page 1sur 9

LAPORAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

1.0 Pendahuluan Karnival Permainan Tradisional yang dikelolakan oleh pelajar PISMP Semester Lima berjalan dengan lancar dan berjaya. Karnival ini telah berlangsung pada hari Jumaat yang bersamaan dengan 7 Mac 2014. Karnival Permainan Tradisional ini diadakan bagi melengkapkan kerja kursus PJM3112 iaitu Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Sukan. Permainan tradisional adalah satu aspek pada kehidupan manusia. Permainan ini dikenali juga sebagai permainan masa lapang ataupun sukan rakyat. Kebiasaan permainan tradisional ini dimainkan oleh masyarakat dahulu pada masa lapang. Sebaliknya sukaneka pula permainan yang dimainkan dalam bentuk pertandingan dan mempunyai beberapa peraturanperaturan ringkas. Sukan dapat didefinisikan sebagai aktiviti yang dipertandiangkan mengikut peraturanperaturan dan undang-undang yang telah persetujui. Sukan akan lebih menarik jika terdapat unsur-unsur pertandingan, perancangan, kemahiran motor dan juga startegi. 2.0 Sebelum Karnival Permainan Tradisional Karnival Permainan Tradisonal yang dijalankan ini perlulah mengikuti beberapa urutan dan prosedur-prosedur yang biasa dijalankan oleh mana-mana perancangan sesuatu program agar ia dapat berjalan dengan lancar dan baik. Antaranya ialah bergantung kepada bagaimana merancang dan pengelolaan yang dilakukan. Perancangan atau merangka disini dapat didefinisikan bagaimana untuk merancang, merangka, menyusun aktiviti dan juga menyelaras tugas bagi melaksnakan sesuatu program. Mengelola pula bermaksud mentadbir, mengurus, dan mengawal atau melaksana sesuatu program yang telah dirancang. Karnival Permainan Tradisional ini bermula daripada perlantikan ahli jawatankuasa.

Semua pelajar PISMP Semester lima yang mengambil subjek PJM 3112 telah dilantik menjadi ahli jawatankuasa. Ahli jawatankuasa juga terbahagi kepada dua, iaitu ahli jawatankuasa induk dan ahli jawatankuasa kerja bagi setiap kelas.

Setiap mesyuarat membincangkan perkara-perkara penting, contohnya perubahan tarikh karnival, masalah-masalah yang timbul pada setiap jawatankuasa, dan cara penyelesaian yang baik. Selepas itu, pensyarah menetapkan tarikh 7 Mac 2014 bermula 8.00 pagi hingga 12.30 petang. Ini bermakna, setiap jawatankuasa kerja perlulah bersiap sedia sebelum hari karnival agar dapat menjalankan aktiviti tersebut dengan lancar dan sempurna. Setelah menubuhkan jawatankuasa induk, setiap kelas juga perlu menubuhkan sebuah jawatankuasa kerja. Jawatankuasa kerja kelas ditubuhkan bagi mengelolakan dua permainan tradisional yang dipilih iaitu Lompat Bertali dan Insuknawr. Kelas kami telah mencuba tujuh permainan tradisional dan memilih dua daripadanya. Kami sekelas telah mengadakan mesyuarat sebanyak empat kali bagi membahagikan kerja kepada semua rakan sekelas. Oleh kerana, kami membahagikan bidang tugas masing-masing, kerja-kerja berkaitan dengan karnival telah dihabiskan dengan cepat. Sebelum sehari Karnival Permainan Tradisional, satu perjumpaan telah diadakan pada pukul 7.00 malam bagi persiapan padang supaya tapak atau tempat permainan tradisional diadakan selamat digunakan. Pelajar PISMP semester lima telah menghias tempat permainan agar nampak lebih meriah. Selain itu, mengagihkan tempat bagi semua kelas supaya boleh mengadakan dua permainan tradisional mereka.

3.0 Semasa Karnival Permainan Tradisional Pada hari karnival permainan tradisional, jawatankuasa induk dan kerja perlu menjalankan tugas mereka agar tentatif program dapat diikut dan karnival berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah. Pada pukul 7.00 pagi semua pelajar PISMP semester lima telah berkumpul dan mengurus aturkan bahan-bahan bagi menjalankan permainan tradisional. Karnival Permainan Tradisional telah dimulakan pada pukul 9 pagi dengan majlis perasmian oleh Timbalan Pengarah dan ketua Jabatan Sains Sukan. Seterusnya, taklimat ringkas tentang pergerakan peserta yang bermain permainan tradisional diadakan bagi memastikan para peserta tahu permainan yang bakal mereka main selepas slot pertama dan slot yang seterusnya. Aktiviti memanaskan badan diadakan sebelum permainan dimulakan bagi mengelakkan kecederaan otot atau untuk memberi kesediaan kepada para peserta. Selepas aktiviti memanaskan badan, maka bermulalah aktiviti permainan tradisional sehingga slot terakhir. Karnival Permainan Tradisional dimulakan selepas perasmian Timbalan Pengarah. dengan permainan tradisional sepak buluh iaitu anjuran kelas G 5.1. Setiap kelas menghantar 4 orang wakil dan perlu bermain enam pusingan. Menurut Mohd Salleh Aman, menyepak adalah kemahiran projeksi badan dan memerlukan koordinasi kaki, mata dan tangan.Oleh sebab itu, melalui permainan ini dapat meningkatkan kemahiran koordinasi motor kasar dengan menyepak dan mengimbang buluh. Pemenang bagi permainan ini adalah kelas G 5.5. Karnival ini menjadi sungguh meriah dengan gelagat peserta yang lucu dan sebagainya. Seterusnya, permainan Terompah Tempurung Kelapa iaitu berjalan dengan menggunakan tempurung kelapa. Ini adalah salah satu permainan yang mengambil masa yang lama dan mendapat sambutan baik daripada ramai peserta. Permainan ini terdapat kategori perempuan dan lelaki dan pemenangnya daripada kelas yang sama iaitu G 5.6. Sementara kelas lain telah menjalankan permainan mereka, kelas kami pula telah menghias tempat pameran dan permainan. Semua ajk yang berkenaan membuat kerja-kerja hiasan, susun peralatan dan menguruskan tempat permainan. Kami sekelas telah membuat kerja dengan kerjasama dan kami dapat menyiapkan dengan secepat mungkin.

Selain itu, bagi permainan kaum India, pelajar India telah menghiasi bagi menunjukkan suasana seperti di tempat permainan insuknawr manakala bagi permainan kaum Cina mereka telah menghiasi seperti rumah orang Cina dan depan rumah tersebut adalah tempat permainan lompat tali akan diadakan. Setiap permainan ini dikendalikan oleh ketua kumpulan masingmasing dan kami menjadi pegawai mengira markah. Kumpulan kami bermula dengan permainan insuknawr. Oleh kerana, ramai tidak kenal permainan ini, mereka berkumpul di hadapan khemah kami untuk menyaksikan pertandingan tersebut.Kami telah menggunakan sistem kalah mati. Setiap kelas telah menghantar dua orang wakil lelaki kerana perempuan tidak digalakkan untuk bermain. Ramai tidak berpuas hati dengan peraturan ini kerana tidak menggalakan peserta perempuan juga bermain permainan ini. Ketua permainan ini telah menerangkan cara bermain permainan ini dan wakil kelas kami telah menunjukkan demo supaya peserta mudah memahami. Selain itu, kami juga telah mengedarkan dhoti kerana semasa bermain permainan ini wajib memakai dhoti. Setiap ahli kelas kami telah melaksanakan tugas yang ditetapkan dengan baik. Selepas mengikat dhoti, permainan telah dimulakan. Penyokong dari kelas masing-masing telah memberi sorakan dan sokongan yang baik kepada peserta. Dengan ini, kita dapat melihat semangat kerjasama kelas mereka. Pemenang bagi permainan ini adalah wakil kelas G 5.1. Dia yang dapat menentang semua peserta sehingga peringkat akhir. Kumpulan kami telah meneruskan dengan permainan tradisioanal kedua iaitu lompat tali. Peserta diberi dua pilihan iaitu lompat tali berkumpulan ataupun masuk seorang demi seorang. Kebanyakkan peserta telah memilih lompat tali berkumpulan. Semasa melaksanakan permainan ini, ketua permainan telah menerangkan cara bermain dan yang lain menjadi pegawai mencatat pusingan dan menjaga kawasan permainan. Pada masa yang sama juga, ahli kelas kami yang lain telah menyertai permainan kumpulan lain. Karnival permainan tradisional telah dilaksanakan mengikut sistem stesen iaitu kelas demi kelas. Permainan dimulakan dengan kelas 5.1,5.2, 5.3, 5.5, 5.6 dan akhir sekali kelas kami iaitu G 5.4. Selepas kelas kami menghabiskan permainan, majlis penutup diadakan di padang tersebut pada jam 12.30 tengahari dimana penyelaras program Karnival Permainan Tradisional dan Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani memberikan ucapan dan penyampaian hadiah kepada para peserta. Selepas majlis penutupan semua pengelola permainan tradisional

bergotong-royong membersihkan tapak yang telah digunakan agar bersih dan boleh digunakan untuk aktiviti lain. Selepas perlaksanaan Karnival Permainan Tradisional ini maka semua AJK Induk diminta untuk membuat laporan dan menyerahkan kepada AJK Laporan untuk difailkan.

Program seperti ini amat bagus untuk dilaksanakan kerana memberikan pengalaman dan ilmu pengetahuan kepada guru pelatih untuk melihat dan merasai bagaimana struktur pentadbiran dan organisasi sukan dijalankan.

4.0 Selepas Pertandingan 4.1 Kelebihan Semasa menganjurkan permainan tradisional insuknawr ini, antara kelebihan yang kami dapati ialah cara bermain permainan ini telah tidak diketahui oleh kebanyakan pelajar-pelajar PISMP semester 5. Justeru, ia memudahkan kami untuk menarik perhatian mereka dan mereka tidak membuat bising semasa sesi penerangan cara bermain. Selain itu, kami dapat menjimatkan masa dengan mengawal tingkah laku peserta dan memberikan penerangan cara bermain kepada para peserta. Taifunisyam Bin Taib (1997), mengatakan bahawa remaja dan kanak-kanak merupakan golongan yang mempunyai sikap ingin tahu dan suka meneroka sesuatu yang baru. Oleh sebab, kumpulan kami memperkenalkan permainan yang baru, peserta ingin meneroka dan tidak membuat bising semasa kumpulan kami menerangkan cara bermain. Melalui pemerhatian saya, kelas lain menghadapi masalah semasa mengawal tingkah laku peserta yang teruja untuk bermain. Kelebihan kedua yang kami dapati semasa menganjurkan permainan ini para peserta berasa seronok dan mempunyai semangat yang tinggi semasa bermain permainan insuknawr dan lompat tali. Ini amat penting kerana permainan kami merupakan acara yang terakhir bagi sesi pagi Pertandingan Permainan Tradisional PISMP semester 5 dimana pada waktu tersebut, semua peserta telah pun keletihan. Namun, para peserta masih mampu berseronok semasa bermain permainan insuknawr ini selain memberikan kerjasama penuh kepada kami pihak penganjur. Bagi permainan lompat tali pula peserta menggunakan cara yang kreatif untuk melompat tali. Saya berasa peserta berasa seronok, matlamat kami boleh dikatakan 70% tercapai walaupun dari segi afektif.

Kelebihan yang ketiga ialah peralatan yang diperlukan bagi menganjurkan permainan insuknawr ini senang didapati dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Antara alatan yang kami gunakan ialah tepung, kayu cangkul dan gelang getah. Bagi membuat bulatan kami telah membeli tepung manakala gelang getah pula kami membeli daripada kedainya. Kelebihan keempat ialah masa bagi permainan insuknawr adalah sangat singkat dan dan boleh menjimatkan masa. Oleh kerana permainan kelas kami mengambil masa yang singkat dapat menolong jawatankuasa induk menghabiskan karnival permainan pada masa yang ditentukan. Menurut kaedah kuadran pertama dalam pengurusan masa ialah penting dan segera iaitu tugasan yang perlu dilaksanakan pada masa yang tertentu. Oleh kerana dalam tetatif program sudah mempunyai urutan masa, semua perlu mengikuti masa tersebut supaya kelewatan dapat dielakkan.

4.2 Kelemahan Sepenjang permainan ini dijalankan, terdapat beberapa kelemahan yang timbul. Pertama dari segi pengurusan masa. Pada sesi pendaftaran peserta, terdapat segelintir pelajar yang datang lewat. Ini menimbulkan masalah bukan sahaja kepada pihak urusetia malahkan kepada peserta-peserta lain juga. Oleh kerana kelewatan, permainan tidak dapat dimulakan pada masa yang ditetapkan dan waktu permainan bagi permainan insuknawr dan lompat tali juga terpaksa disingkatkan. Kelemahan kedua ialah saya dapati daripada pemilihan permainan ini ialah masalah jantina dalam kumpulan. Contohnya, permainan insuknawr boleh dimain oleh lelaki sahaja. Oleh kerana, permainan ini tidak boleh dimain oleh perempuan maka peserta perempuan menunjukkan ketidakpuashatian mereka. Wanita mempunyai kelebihan dari segi saiz tubuh yang lebih kecil dan lebih rendah dengan kedudukan pusat graviti yang lebih rendah dan tumpuan berat adalah di bahagian bawah tubuh. Dengan itu, wanita pada keseluruhannya mempunyai kestabilan yang lebih baik (Jamili, 2009). Oleh sebab mempunyai kestabilan yang lebih baik perempuan juga boleh main permainan ini. Selain daripada masalah di atas,

masalah saiz badan juga turut mempengaruhi dan menimbulkan tidak puas hati dikalangan peserta. Memang mudah bagi ahli yang bersaiz besar untuk menewaskan peserta berbadan kecil.

Kelemahan ketiga pula ialah dari segi penggunaan sistem pertandingan kalah mati bagi permainan tradisional lompat tali. Menurut buku sukan dalam masyarakat Malaysia, sistem pertandingan liga memberi peluang kepada penyertaan maksimum dan petandingan ini dibahagikan kepada liga satu pusingan, dua pusingan dan separa liga. Oleh kerana, kelas kami menggunakan sistem kalah mati, peserta berasa kecewa kerana mereka tidak dapat bermain sepuas hati. 4.3 Cadangan Penambahbaikan Cadangan penambahbaikan perlu bagi mengelak masalah-masalah seperti nyang disebutkan daripada peluang pada masa hadapan. Cadangan penambahbaikan pertama yang boleh dilakukan oleh pihak pengelola iaitu yang pertama hal berkaitan pengurusan masa. Pihak peserta mungkin lewat datang kerana tidak mendengar pengumuman daripada pengelola. Sebagai cadangan, pihak pengelola menggunakan sistem audio yang boleh didengari dengan kuat dan jelas supaya peserta boleh datang dengan segera. Bagi peserta yang sengaja datang lewat mendaftarkan diri akan dibatalkan penyertaan kumpulannya. Ini akan menyebabkan setiap ahli rasa bertanggunjawab tentang kumpulan dan tidak mementingkan diri sendiri sahaja. Cadangan kedua ialah berkenaan masalah jantina dalam kumpulan. Pihak pengelola sepatutnya sedar dan harus mengambilkira faktor perbezaan individu seperti jantina, saiz, bentuk badan dan ketinggian. Mungkin tidak boleh memilih permainan yang menggalakkan kaum lelaki sahaja. Pihak pengelola perlu memilih permainan yang boleh dimain oleh keduadua jantina. Cadangan ketiga ialah berkenaan dengan sistem pertandingan kalah mati. Dengan menggunakan sistem kalah mati akan menimbulkan tidak puas hati di kalangan peserta. Mereka tidak berpuas hati kerana bermain sekejap sahaja. Sebagai cadangan, pihak pengelola menggunakan sistem pertandingan liga supaya peserta boleh bermain dengan sepuas hatinya. Kesimpulannya, semasa mengelolakan sebuah pertandingan itu memerlukan

perancangan yang rapi supaya pengurusan dapat dilakukan dengan licin. Bidang pengurusan sangat penting dalam dunia sukan. Selain itu, setiap kelemahan yang ditimbul selepas sesuatu pertandingan harus diperbaiki supaya menjadi panduan bagi pengurusan pertandingan yang akan datang berjalan dengan lancar.

RUJUKAN

BUKU
Mohd Salleh Aman. (2005).Sukan Dalam Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya Nani Menon. (2005). Permainan, Lagu & Puisi Kanak-Kanak. Pahang: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd Mohd Sofian Omar Fauzee & Mohamad Nizam Asmuni. (2010). Permainan Sukaneka. Kuala Lumpur: PRIN-AD Sdn. Bhd John BYL. (2006). Organizing Successful Tournaments. United States of America: Human Kinetics Selina Khoo. (2005). Sport for All in Malaysia. Kuala Lumpur: University of Malaya Press

Internet
Jamili.(2009).Gender dalam Pendidikan Jasmani dan Sukan. Diperolehi pada 12 Mac, 2014 daripada http://jamiliwahab.blogspot.com/2009/11/gender-dalam-pendidikan-jasmanidan.html Pahrol Mohd Juoi. (2013) Pengurusan Masa. Diperolehi pada 12 Mac 2014 daripada http://www.addeen.my/portal/index.php/lelaki-wanita/kepimpinan/item/53-pengurusanmasa Admin. (2011, Mac 24). Gilli Danda. Diperolehi pada 4 Mac 2014 daripada The Lovely Planet: http://www.thelovelyplanet.net/gilli-danda/

Jain, S. (2011, Febuari 11). Gilli Danda. Diperolohi pada 4 Mac 2014 daripada Blogspot.com: http://indiansushant.blogspot.com/2011/02/how-to-play-gilli-danda.html

TESIS
Taifunisyam Bin Taib. (1997). Interaksi Etika dan Teknologi Komunikasi Maklumat Di Dalam Penerapannya ke Dalam Masyarakat dengan Rujukan Khas kepada Sistem Pendidikan. Tesis, Universiti Malaya (Unpublised).

Vous aimerez peut-être aussi