Vous êtes sur la page 1sur 13

SULIT

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU

PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN 2012


TINGKATAN SATU BAHASA MELAYU Kertas 1 Oktober 1 jam

02/1

Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. 2.


3.

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

Disediakan oleh: GURU AKRAM NEGERI TERENGGANU

Dibiayai oleh: KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

TERENGGANU ANJUNG ILMU


Dicetak oleh: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Tel: 609-666 8611/6652/8601 Faks: 690-666 0611/0063 ____________________________________________________________________________ Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak [Lihat halaman sebelah 02/1 SULIT

SULIT

02/1

Soalan 1 - 7 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1 Corak pada kain samping itu menggambarkan _____________ seni tenunannya. A B C D 2 kehalusan kecantikan keagungan ketelitian

Bagi mengisi masa lapang ketika cuti sekolah, murid-murid ____________mengulang kaji pelajaran. A B C D digalakkan diwajibkan dimestikan diharuskan

Ibu menggunakan _______________ kain reja untuk mengesat air yang tumpah di atas meja makan. A B C D sepotong secebis sehelai secarik

Amin benar-benar ______________ apabila mendapati wang tabungan kelas yang disimpannya telah hilang. A B C D suka marah sayu panik ______________ padi daripada

Kerja-kerja membanting padi dilakukan untuk tangkainya. A B C D menceraikan meleraikan melurutkan memisahkan

Kakak berasa _______________ apabila diusik oleh ayah tentang kekasih hatinya. A B C D suka-suka takut-takut segan-segan kekok-kekok

02/1

SULIT

SULIT 7

02/1

Rumput yang dipotong oleh Pak Jusuh segera diberikan ____________ lembu-lembu ternakannya. A B C D ke bagi kepada untuk

Soalan 8 - 14 Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A, B, dan C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan. 8 Alat pendingin hawa yang mengalami kerosakan telah dibaiki oleh mekanik untuk A B kedua kali sejak dibeli. Tiada kesalahan. C D Apakah kamu yakin bahawa perempuan yang cantik itu ialah kakak Siti Aini? A B C Tiada kesalahan. D Ashraf mendapat sanjungan daripada orang ramai oleh sebab kejayaan A B cemerlangnya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. C Tiada kesalahan. D Ayahanda sultan negeri Indera Kesuma yang mangkat itu telah selamat dikebumikan A B C di makam diraja tengah hari tadi .Tiada kesalahan. D Kedua-dua orang peserta lawan pedang itu menggunakan segala kepandaian dan A B berbagai cara untuk menewaskan lawan masing-masing. Tiada kesalahan. C D Ibu menghadiahi Fazli seutas jam tangan sempena hari jadinya yang ke-15 semalam. A B C Tiada kesalahan. D Soal remaja yang suka berpelesiran di ibu kota akan dibincangkan dalam agenda A B lain-lain hal. Tiada kesalahan. C D

10

11

12

13

14

02/1

SULIT

SULIT

02/1

Soalan 15 17

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

15

I II III IV A B C D

Bekalan air paip yang dirawat itu sangat jernih dan selamat diminum. Air mukanya yang sentiasa jernih itu menyenangkan hati semua orang. Semua pelajar yang hadir ke sekolah memakai pakaian yang jernih. Suasana politik di negara ini sentiasa jernih kerana rakyatnya sentiasa bersatu.
I dan II sahaja II dan III sahaja I, II dan IV sahaja II, III dan IV sahaja

16

I II III IV A B C D

Setiap pelajar seharusnya menjaga hemat diri masing-masing. Orang yang hemat tidak mudah terpengaruh oleh kempen jualan murah. Menurut hemat saya, pada tahun ini kita akan mendapat bonus. Nasihat itu perlu diberikan dengan lebih hemat dan berhati-hati.
I dan II sahaja II dan III sahaja I, III dan IV sahaja II, III dan IV sahaja

17

I II III IV

Pak Salim menggunakan galah untuk menjolok buah bacang muda. Remaja yang beragama Islam dilarang memakai pakaian yang menjolok mata. Doktor telah menjolok lubang kerongkong pesakit yang koma itu. Pelajar itu semakin menjolok namanya setelah memenangi pertandingan catur peringkat antarabangsa.
I dan II sahaja I dan III sahaja I, II dan IV sahaja II, III dan IV sahaja

A B C D

02/1

SULIT

SULIT

02/1

Soalan 18-21

Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D.

18

Kulit muka yang berminyak dan berjerawat boleh diatasi dengan berbagai cara oleh remaja. A B C D oleh remaja dengan berbagai cara. oleh pelajar dengan pelbagai cara. dengan pelbagai cara-cara oleh remaja dengan berbagai cara oleh remaja.

19

Maggi mi goreng dari Restoran Ramle sangat murah dan enak. A B C D Mi goreng maggi dari Restoran Ramle Mi goreng maggi dari Ramle Restoran Maggi mi goreng daripada Ramle Restoran Maggi mi goreng dari Restoran Ramle

20

Pokok-pokok di hutan itu besar-besar belaka kerana tanahnya yang subur dan mendapat hujan yang cukup. A B C D Semua pokok-pokok di hutan itu besar Semua pokok di hutan itu besar-besar Pokok di hutan itu besar-besar Pokok-pokok di hutan itu besar-besar

21

Datanglah beraya ke rumah saya bila ada masa lapang di hujung minggu nanti. A B C D apabila ada masa lapang pada hujung apabila ada masa lapang di hujung bila ada masa lapang pada hujung bila ada masa lapang di hujung

02/1

SULIT

SULIT Soalan 22 24

02/1

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 22 Kesedaran tentang kepentingan nilai perpaduan boleh diterapkan melalui amalan bergotong-royong. A B C D Amalan bergotong-royong boleh disemai untuk menyedarkan seseorang tentang kepentingan nilai perpaduan. Bergotong-royong merupakan suatu amalan yang boleh dilakukan untuk menerapkan kesedaran tentang kepentingan nilai perpaduan. Kepentingan nilai perpaduan boleh dilakukan dengan menerapkan kesedaran tentang kepentingan bergotong-royong. Keinsafan tentang nilai perpaduan boleh dicapai melalui kepentingan aktiviti bergotong-royong.

23

Anak-anak tidak sepatutnya ditinggalkan keseorangan di dalam kereta tanpa pengawasan orang dewasa. A B C D Individu dewasa tidak sepatutnya meninggalkan anak-anak mereka di dalam kereta keseorangan. Anak-anak perlu bersama-sama dengan orang dewasa ketika berada di dalam kereta. Pengawasan orang dewasa perlu sekiranya anak-anak ditinggalkan keseorangan di dalam kereta. Tanpa pengawasan orang dewasa anak-anak tidak patut ditinggalkan keseorangan di dalam kereta.

24

Para pelajar perlu mempunyai matlamat dan wawasan dalam pelajaran demi masa depan yang cemerlang. A B C D Matlamat dan wawasan dalam pelajaran penting demi masa depan yang cemerlang bagi seseorang pelajar. Kecemerlangan seseorang pelajar bergantung kepada keperluan mempunyai matlamat dan wawasan pelajar itu. Masa depan yang cemerlang diperoleh oleh pelajar-pelajar yang mempunyai matlamat dan wawasan. Pelajar-pelajar yang cemerlang perlu mempunyai matlamat dan wawasan dalam pelajaran.

02/1

SULIT

SULIT Soalan 25 27

02/1

Pilih ayat-ayat yang betul.

25

I II III IV A B C D

Kerajaan akan menjelaskan isu itu kepada rakyat sedikit masa lagi. Dia tidak berminat dalam bidang pelajaran kerana asyik bekerja di warung itu. Kami sering balik kampung pada setiap hujung bulan untuk menziarahi datuk. Pemuda itu telah menyerahkan wang yang dijumpainya pada polis. I dan II sahaja III dan IV sahaja I, II dan III sahaja I, III dan IV sahaja Mereka akan bertemu pada tiap-tiap minggu jika tiada apa-apa halangan. Biri-biri peliharaannya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi. Kami akan mengemukakan beberapa pandangan tentang cara mendisiplinkan pelajar. Baju-baju di kedai itu mahal-mahal dan tidak boleh ditawar oleh pembeli. I dan II sahaja I, II dan III sahaja I, III dan IV sahaja II, III dan IV sahaja Ibu-ibu bapa diseru agar memberikan perhatian terhadap kegiatan anak-anak mereka. Walaupun sudah berusia lima tahun, budak lelaki itu masih makan bersuap dengan ibunya. Kapal-kapal terbang yang membawa penumpang akan diperiksa dengan teliti sebelum berlepas. Pelajar yang tidak membawa alat tulis amat takut apabila berdepan dengan Cikgu Shaari.

26

I II III IV A B C D

27

I II III IV

A B C D

I dan II sahaja II dan IV sahaja I, II dan III sahaja I, III dan IV sahaja

02/1

SULIT

SULIT Soalan 28 30

02/1

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai. 28 Setelah sekian lama bermasam muka kerana hasutan pihak ketiga, kedua-dua beradik itu kembali berbaik-baik semula. Keadaan ini boleh dikaitkan dengan peribahasa A B C D ikan pulang ke lubuk. cubit paha kanan,paha kiri sakit juga. ular menyusur akar tak akan hilang bisanya. carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.

29 Bagai mencurah garam ke laut

Peribahasa di atas memberikan pengajaran kepada kita supaya tidak A B C D melakukan sesuatu tindakan yang sia-sia. melakukan sesuatu pekerjaan yang memudaratkan diri sendiri. menggunakan tipu muslihat untuk mencapai sesuatu matlamat. memberikan pertolongan kepada orang lain yang hanya merugikan diri sendiri.

30 Seseorang yang ditimpa kesusahan secara berturut-turut

Peribahasa yang paling sesuai dengan pernyataan di atas ialah A B C D nasi sudah menjadi bubur. sudah jatuh ditimpa tangga. sudah terhantuk baru terngadah. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

02/1

SULIT

SULIT Soalan 31 - 35

02/1

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Amin, bila lagi awak nak bayar yuran sekolah? Yuran sukan dan yuran PMR awak, hah! sergah Cikgu Arsad di dalam kelas. Semua mata murid lain tertumpu ke arahnya. Amin tidak menjawab. Dia tunduk. Mukanya merah bagai udang dibakar. Dia berasa sangat malu. Bagaimanapun gurunya tidak boleh dipersalahkan. Sekolah juga tidak boleh dipersalahkan. Mak Jah? Mak Jah juga tidak bersalah? Jadi siapa yang bersalah? Pertanyaan-pertanyaan itulah yang menghantui kotak fikiran Amin. Baginya keadaan hidupnyalah yang membuatkan ibunya dibaluti kesusahan. Jadi keadaanlah yang harus dipersalahkan apabila dia tidak dapat melunaskan yuran tersebut. Saya nak awak bayar esok! bentak Cikgu Arsad. Amin, kalau awak tak bayar yuran PMR tu, awak akan dikeluarkan dari senarai calon peperiksaan. Faham? tambah pengetua pula. Amin hanya mampu mengangguk. Untuk mengatakan ya atau tidak, dia tidak berdaya. Awak boleh keluar sekarang, tetapi ingat, esok yuran-yuran tu mesti dijelaskan, pesan pengetua sebelum Amin keluar dari bilik pengetua. Di luar Amin tertegun seketika. Amaran keras yang diberikan oleh Cikgu Arsad dan pengetua itu masih kedengaran olehnya. Air jernih pada kelopak matanya jatuh perlahan-lahan membasahi pipi. Dia mengesat air matanya apabila namanya diseru dari belakang. Amin berpaling. Jazid rakan sekelasnya melambai-lambai kepada Amin. Kenapa , Min? tanya Jazid ketika dia berada di hadapan Amin. Tak ada apa-apa. Amin cuba menyembunyikan masalahnya. Apa kata pengetua kepada engkau? Jazid benar-benar ingin tahu. Sudahlah. Mari kita masuk kelas. Amin ingin berahsia. (Dipetik daripada cerpen Yuran, antologi Kasut Kelopak Jantung, Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka)

31

Kenapa Amin membisu ketika ditegur oleh Cikgu Arsad dan pengetua? A B C D Takut gurunya terasa. Keperitan hidup keluarganya. Perasaan malu yang amat sangat. Enggan bersuara takut masalahnya diketahui rakan-rakan.

02/1

SULIT

SULIT 32

10
dibaluti kesusahanyang dimaksudkan oleh Amin ialah A B C D dilema kemiskinan. menghadapi kesukaran. penuh dengan gejolak jiwa. menanggung keperitan hidup.

02/1

33

Antara yang berikut, manakah bukan perwatakan Amin berdasarkan petikan cerpen? A B C D penyayang penyabar perahsia tabah

34

Berdasarkan petikan cerpen, apakah pengajaran yang ingin disampaikan? A B C D Kita hendaklah peka akan masalah yang dihadapi. Kita tidak wajar menghina orang yang susah dan miskin. Kita mestilah menyelesaikan semua masalah dengan segera. Kita haruslah tabah menghadapi kesempitan dan hidup dugaan.

35

Apakah kesudahan cerpen Yuran? A B C D Amin terus ponteng kerana malu. Amin bertekad untuk meneruskan cita-citanya. Amin membantu wanita yang diragut kemudian mendapat wang hadiah. Amin mula sedar dan insaf atas kesilapan dan memohon maaf daripada pengetua.

Soalan 36 - 40 Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. SYAIR WASIAT AYAHANDA SITI ZAWIYAH Ada kepada suatu hari, Sakit saudagar laki isteri, Adalah kiranya tujuh hari, Tidak bergerak kanan dan kiri. Saudagar tahu akan dirinya, Hampirlah mati kepada rasanya, Lalulah memanggil akan anaknya, Dicium kepala dengan tangisnya. Katanya wahai cahaya mataku, Tinggallah tuan buah hatiku, Hampirlah mati gerangan aku, Baiklah tuan tingkah dan laku.

02/1

SULIT

SULIT

11
Serta harta aku tinggalkan, Tuan seorang yang menyukakan, Sampai habis semua diterimakan, Faedahnya akan diberikan. Jikalau tidak anakku berakal, Harta pusaka di manakan kekal, Habis harta badan tinggal, Laksana perahu bersauh tunggal. Kerana harta tiada berguna, Jikalau tidak akan sempurna, Sekalian itu habislah fana, Hanya tinggal badan merana. Budi dan bahasa janganlah lupa, Muliakan olehmu ibu dan bapa, Mana yang datang padamu berjumpa, Janganlah lambat tuan menyapa. Kerana adat orang berbeza, Tidak memandang harta dan benda, Tegur dan sapa itu yang ada, Itulah penambah di dalamnya dada.

02/1

(Dipetik daripada Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah , antologi Kasut Kelopak Jantung, Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka) 36 Berdasarkan syair, ayahanda Siti Zawiyah memanggil Siti Zawiyah kerana A B C D 37 dia amat menyayangi Siti Zawiyah. dia mengetahui saat-saat kematiannya sudah hampir. dia ingin mewariskan segala harta bendanya kepada Siti Zawiyah. dia mahu menasihati Siti Zawiyah agar menjaga adat dan budi bahasa.

Berdasarkan rangkap ke-5 syair, kita mestilah A B C D berjimat dalam mengurus harta. bersabar menguruskan harta benda. mengurus harta secara rasional dan bijaksana. membahagikan harta pusakan dengan adil dan saksama.

02/1

SULIT

SULIT

12

02/1

Ada kepada suatu hari, Sakit saudagar laki isteri, Adalah kiranya tujuh hari, Tidak bergerak kanan dan kiri.

38

Unsur gaya bahasa yang terdapat dalam baris syair di atas ialah A B C D epifora. anafora. metafora. paradoks.

39

Yang berikut merupakan perwatakan saudagar , kecuali A B C D tekun. rasional. penyayang. pentingkan harta.

40

Syair ini bertemakan A B C D pesanan seorang ayah kepada anaknya untuk dijadikan pedoman hidup. ketabahan hati semasa melalui sesuatu peristiwa yang sedih. ketabahan hidup seorang anak menghadapi cabaran hidup. kasih sayang sesama ahli keluarga.

KERTAS SOALAN TAMAT

02/1

SULIT

SULIT

13
PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN 2012 TINGKATAN 1 JAWAPAN KERTAS OBJEKTIF

02/1

KOD MATA PELAJARAN: MATA PELAJARAN: KERTAS:

02/1 BAHASA MELAYU SATU

No. Soalan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14.

Jawapan A A B D B C C C A D C C D C

No. Soalan 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23 24. 25. 26 27 28.

Jawapan A B B B A C A B D A A B B D

No. Soalan 29 30. 31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40.

Jawapan A B C D A D B B C A D A

02/1

SULIT

Vous aimerez peut-être aussi