Vous êtes sur la page 1sur 2

Langkah-langkah keselamatan prasekolah

1. Susunatur ruang pembelajaran dalam bilik darjah.


Pembahagian ruang mestilah seimbang. Susun atur perabut hendaklah memudahkan pergerakan
murid supaya traffic flow dalam kelas berjalan lancar.
Susun atur perabut tidak melindungi pandangan guru untuk melihat pergerakan murid.
Pastikan peralatan yang membahayakan seperti gunting disimpan di tempat yang selamat.
Pastikan peralatan elektrik ditutup selepas digunakan.
Pastikan jeriji besi sentiasa ditutup.
Pastikan lantai sentiasa kering.
Pastikan peti pertolongan cemas sentiasa lengkap.
Pastikan ada alat pemadam api dalam keadaan baik.
Pelan kebakaran perlu ada dan diberi latihan kepada murid.

2. Kawasan bilik penyediaan makanan
Peralatan yang tajam perlu disimpan di tempat yang selamat.
Peralatan elektrik sentiasa ditutup selepas digunakan dan diletakkan di tempat yang selamat.
Lantai dapur sentiasa kering.
Tabung gas sentiasa dalam keadaan baik.

3. Kawasan bilik air
Lantai bilik air dalam keadaan selamat untuk digunakan.
Pencuci tandas disimpan di tempat yang selamat.
Pam tandas dalam keadaan baik.

4. Kawasan luar bilik darjah
Ruang di luar prasekolah harus dipagar.
Permukaan longkang dan permukaan lain yang terbuka mesti ditutup.
Tapak ruang permainan luar harus ditutup dengan rubber tiles untuk keselamatan murid jika
terjatuh semasa bermain.
Rumput mestilah dipotong pendek.
Pastikan benda-benda yang tajam dan merbahaya tiada dalam kawasan prasekokah.
Pastikan peralatan permainan luar dalam keadaan selamat.
Jika ada bekas bahan kimia sama ada berbentuk cecair atau serbuk pecah misalnya termos,
lampu Kalimantan, bersihkan sebersih-bersihnya
Bahan-bahan sisa logam, paku atau kaca hendaklah dibuang jauh dari kawasan interaksi kanak-
kanak prasekolah.
Kanak-kanak hendaklah memakai pakaian yang sesuai ketika beraktiviti di padang, di bilik air dan
sebagainya.
Semasa aktiviti di padang, pastikan alat-alat sukan disusun dengan keadaan tidak merbahaya.
Pastikan kanak-kanak tidak bermain di bawah talian elektrik atau berhampiran suis elektrik,
terutama ketika hujan. Petir mudah menyambar kawasan tersebut.
Sekiranya berlaku kebakaran, pastikan kanak-kanak dikeluarkan dari kawasan kebakaran dengan
segera.
Bunyikan loceng kecemasan sekiranya api marak dengan cepat. Hubungi bomba dan polis jika ada
yang terperangkap.
Keselamatan kanak-kanak juga dapat dipelihara daripada orang-orang yang tidak dikenali.
Hubungi pihak yang lebih berkuasa di sekolah terlebih dahulu apabila ada tetamu yang tidak
dikenali.

Vous aimerez peut-être aussi