Vous êtes sur la page 1sur 3

5.

0 Kesimpulan
Merujuk kepada perbandingn yang telah dibuat terhadap ketiga-tiga sistem kapal
iaitu kapal nuklear, kapal solar dan kapal elektrik, didapati bahawa setiap kapal mempunyai
kelebihan dan kelemahan tersendiri. Setiap sistem perkapalan yang dibandingkan iaitu
sistem nuklear, sistem termodinamik dan sistem elektrokimia menepati Hukum
Termodinamik Pertama iaitu , tenaga tidak boleh dicipta, mahupun dimusnahkan. Ia hanya
melalui suatu proses pertukaran! daripada satu bentuk tenaga, kepada bentuk tenaga yang
lainnya.
Sistem-sistem kapal yang wujud kini iaitu kapal berkuasa nuklear, kapal solar dan
kapal elektrik merupakan hasil daripada kajian-kajian yang telah dijalankan dalam
meningkatkan kecekapan dan kee"isienan "ungsi kapal. Sistem kapal ini juga dicipta bagi
mengurangkan penggunaan bahan api kapal seperti gas asli dan petroleum yang
merupakan bahan yang tidak boleh diperbaharui. #esedaran mengenai bahan api yang
akan habis suatu ketika nanti telah membuka idea kepada para pengkaji untuk membina
sistem kapal yang tidak bergantung semata-mata kepada bahan api tersebut yang turut
digunakan secara meluas dalam sistem pengangkutan dunia.
$usteru, didapati bahawa bidang dan pengetahuan kimia dalam sistem nuklear
termodinamik dan elektrokimia banyak menyumbang kepada pembangunan sistem
perkapalan dunia. #eadaan ini boleh dilihat melalui "enomena e%olusi perubahan trenda
perkapalan yang semakin maju kini. Pengetahuan yang semakin meningkat dalam bidang
ini akan dapat membantu dalam menghasilkan sistem kapal yang lebih baik dan berkualtii di
masa hadapan yang lebih mesra persekitaran dan lebih cekap.
&alaupun sistem kapal yang menggunakan sistem yang cekap ini telah dibina,
namun usaha dan penambahbaikan perlu dijalankan lagi bagi memastikan sistem kapal
mempunyai kualiti yang baik disamping tidak menghasilkan pencemaran. 'leh itu, semua
pihak haruslah memberi sokongan pada dalam meningkatkan kualiti sistem perkapalan
sama ada dari segi penyelidikan dan kajian yang dijalankan.
4.0 Justifikasi Pemilihan Sistem Kapal dalam Konteks Tenaga Hijau
(erdasarkan kajian yang telah dibuat terhadap sistem kapal nuklear, sistem kapal
termodinamik )kapal solar* dan sistem kapal elektrokimia )kapal elektrik*, didapati bahawa
setiap kapal mempunyai kelebihan dan kelemahannya tersendiri. Merujuk kepada
perbandingan yang dibuat, kapal berkuasa nuklear lebih banyak memberi kelebihan dari
segi kecekapan dan kee"isienan dalam operai kapal. &alaubagaimanapun, tahap
keselamatan kapal berkuasa nuklear masih lagi dikhuatiri kerana pembebasan radiasi yang
boleh memudaratkan penduduk dunia. Seperti yang diketahui, tenaga nuklear
membebaskan radiasi yang sangat berbahaya kepada manusia sehingga membawa maut
dan berlakunya mutasi pada genetik dimana akan diwarisi secara turun temurun. Isu moral
ini masih lagi dipertikaikan sehingga kini terhadap penggunaan tenaga nuklear. 'leh itu,
tenaga nuklear tidak menepati konteks tenaga hijau yang diidamkan selama ini kerana
impak negati" yang mungkin berlaku hasil daripada penggunaannya.
Selain itu, kapal bertenaga elektirk yang dikaji juga memberi kesan yang negati"
kepada persekitaran dimana kapal ini turut menyumbang kepada pemusnahan alam sekitar
dalam menggunakan bahan api seperti diesel. &alaupun bersumberkan tenaga elektrik,
kapal ini masih memerlukan jentera diesel sebagai pendorong sistem kapal. +iesel
merupakan bahan api yang tidak boleh diperbaharui. Merujuk kepada konteks tenaga hijau,
penggunaan tenaga adalah berasaskan tenaga yang boleh diperbaharui dan mengurangkan
ancaman kepada hidupan mahupun alam sekitar di bumi. 'leh itu, kapal bertenaga elektrik
tidak menepati konteks tenaga hijau.
$usteru, berdasarkan perbandingan dan kajian yang telah dibuat, kapal solar )Sistem
Termodinamik* merupakan sistem kapal yang menepati konteks tenaga hijau. Tenaga hijau
merupakan tenaga yang dihasilkan untuk mengurangkan kesan negati" ke atas alam sekitar.
#apal solar yang menggunakan panel suria untuk menyerap cahaya matahari merupakan
tenaga alternati" yang mesra alam sekitar. $ika dilihat pada konteks pencemaran yang
mungkin dihasilkan, kapal solar tidak menggunakan bahan api yang boleh menghasilkan
gas rumah hijau seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan lain-lain. Penggunaan kapal
solar juga tidak menyumbang kepada pemanasan global yang kini menjadi kebimbangan
sejagat. Panel solar yang berada permukaan kapal menyerap cahaya matahari dan sel-sel
"oto%oltik menukar tenaga cahaya matahari yang diserap kepada tenaga elektrik yang
digunakan untuk kapal beroperasi.
Tambahan lagi, tenaga solar merupakan tenaga yang boleh diperbaharui. $usteru,
kapal yang menggunakan tenaga solar sebagai sumber tenaga utama adalah menepati
konteks penggunaan tenaga hijau. Sumber tenaga yang boleh diperbaharui juga
mengurangkan kesan negati" kepada persekitan. Hal ini kerana, sumber tenaga yang tidak
boleh diperbaharui seperti gas asli dan petroleum memerlukan proses penggalian yang
akan mengubah ekologi bumi. Manakala, bahan api "osil pula akan memerlukan
perlombongan dan penggerudian yang akan merosakkan permukaan bumi dan secara tidak
langsung mengubah bentuk permukaan bumi. Perubahan kepada bentuk permukaan bumi
memberi impak negati" kepada persekitaran yang akan memudaratkan kehidupan di bumi.
'leh itu, penggunaan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui haruslah dikurangkan.
Maka, penggunaan tenaga solar dalam sistem kapal merupakan antara langkah bijak yang
telah diambil dalam memastikan alam sekitar tetap terjaga. Penggunaan kapal solar akan
dapat mengurangkan kesan pencemaran mahupun perubahan negati" kepada bentuk
permukaan bumi.
+engan ini, didapati bahawa kapal solar merupakan kapal yang menepati konteks
tenaga hijau dan memberi man"aat kepada manusia dan alam sekitar. Penggunaan kapal
solar ini perlu diperluaskan lagi bagi mengurangkan pencemaran dan kerosakan muka bumi.
'leh itu, penyelidikan dan kajian yang lebih mendalam perlu dalam meningkatkan kualiti dan
kee"isienan kapal solar.