Vous êtes sur la page 1sur 1

Sistem pendidikan sebelum kemerdekaan boleh dibahgikan kepada dua peringkat yang

utama iaitu system pendidikan sebelum kedatangan British (1400-1786) dan system pendidikan
semasa penjajahan British (1786-1956).Sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, sistem
pendidikan orang Melayu adalah berlandaskan semata- mata kepada pelajaran kitab suci al-
quran.Kanak-kanak melayu pada masa itu biasanya mengkaji ayat-ayat quran daripada imam di
surau atau di masjid.Ada setengah-setengah murid belajar Quran daripada ulama yang
menggunakan pondoknya sebagai bilik darjah.Sekolah pondok mula diperkenalkan oleh alim
ulama tersebut pada awal kurun ke-19 di negeri-negeri Tanah Melayu seperti Terengganu,
Kelantan dan Kedah.Ia merupakan institusi pendidikan agama Islam yang berasrama dan
didirikan oleh penduduk kampung secara gotong royong.Tujuan mendirikan sekolah pondok ini
ialah mendidik penduduk kampung supaya memahami hukum-hukum agam Islam dan cara
ibadat.Pada awal kurun ke-20 , sebuah institusi pengajian agama Islam bernama Madrasah
mula diperkenalkan oleh alim ulama yang terdiri daripada kaum muda.Madrasah merupakan
sekolah agama moden dan yang lebih maju daripada sekolah pondok.Sukatan pelajarannya
adalah lebih tersusun dan boleh menandingi sekolah Vernakular Melayu yang didirikan oleh
penjajah British pada kurun ke-19.
Sewaktu zaman pemerintahan tentera Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942 hingga
1945 , semua jenis sekolah dipaksa tutup kecuali sebilangan kecilnya digunakan untuk
mengajar Bahasa Jepun.Sistem pendidikan semasa penjajahan British dalam dua tempoh, itu
sistem pendidikan sebelum Perang Dunia II dan selepasnya hingga merdeka.
Apabila Melayu mencapai merdeka pada tahun 1957 , tugas utamanya ialah untuk
menyatupadukan rakyat berbilang kaum supaya dapat membina sebuah negara yang aman
dan maju.Kerajaan mengambil keputusan dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi negara untuk mencapai matlamat.Salah satu cadangan utama dalam Laporan Razak
1956.

Vous aimerez peut-être aussi