Vous êtes sur la page 1sur 21

1

RAHSIA WEB EFEKTIF











Hakcipta Terpelihara

2


PENAFIAN / DISCLAIMER


Buku panduan ini dihasilkan untuk memberikan pengajaran dan menyalurkan
maklumat umum mengenai subjek yang dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagai
mengandungi nasihat kewangan, sekuriti atau perakuan sekuriti.

Strategi yang disebut di dalam buku ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu
dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak.

Walaupun segala usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan informasi di
dalam buku ini ketika penulisan, namun begitu informasi selalu bertukar dengan cepat. Oleh
itu, sesetengah dari maklumat yang ada di dalam buku ini mungkin sudah tidak tepat ketika
anda membacanya. Juga, kemungkinan ada kesalahan tipografi dan kandungan.

Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam
buku panduan ini adalah tepat dan lengkap. Pengarang serta penerbitnya dengan ini secara
khususnya tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko, kehilangan, liabiliti, sama ada secara
peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan buku panduan
ini, secara langsung atau tidak langsung.

Anda dirayu supaya membaca semua bahan-bahan yang ada, belajar seberapa banyak
tentang perniagaan internet dan perkara yang dibincangkan, dan menjalinkan maklumat ini
dalam keperluan diri anda sendiri.

Dengan belian buku panduan ini, anda tersekat oleh syarat-syarat di atas.


Ribuan terima kasih.






3
BIODATA PENULIS

Neal Izham Sharifudin, dilahirkan di
Kluang, Johor. Mendapat pendidikan awal
di Negeri Johor dan mendapat peluang
melanjutkan pelajaran di MRSM Jasin
(Ditukar kepada MRSM Tun Ghaffar
Baba).

Berjaya mendapat keputusan yang
cemerlang pada peringkat PMR dan SPM
seterusnya menyambung pengajian ke
peringkat matrikulasi di Tangkak. Masakini
beliau merupakan pelajar sepenuh masa di
Universiti Malaya dalam jurusan
Kejuruteraan Awam.

Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan tenis dan
mempunyai minat yang mendalam dalam bidang inovatif dan juga dunia
perniagaan.

Pernah berjaya merangkul anugerah rekacipta sewaktu di peringkat
sekolah lagi. Beliau mula menceburikan diri dalam bidang perniagaan
melalui perniagaan milik ayahnya, dalam perniagaan jus buah-buahan.

Beliau juga dianugerah pemikiran yang kritis dan kreatif, sentiasa
mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan berfikiran ke hadapan untuk
menangani sesuatu cabaran.

Pelbagai pengalaman hidup yang berharga telah menjadi anjakan
paradigma baginya untuk terus maju.

Pengalaman-pengalaman ini menemukan beliau kepada keajaiban
dunia ICT dalam membantu selok-belok perniagaan sekaligus
membuatkan beliau bertekad untuk memberikan sepenuh komitmen untuk
memberikan yang terbaik.


4

Sepatah dua kata dari penulis..


Selamat sejahtera pembaca budiman.

Saban hari kita melihat makin ramai yang menceburi bidang perniagaan
internet. Ini adalah kerana internet merupakan salah satu medium perniagaan
yang terbukti berkesan dan memudahkan sehingga ramai yang berjaya
mendapat lima angka sebulan, dengan hanya berniaga menggunakan internet.

Namun, tak semua yang menceburi bidang perniagaan internet berjaya.
Ada yang hanya cukup cukup makan sahaja dan tak kurang juga yang gagal
serta terus berputus asa. Kenapa? Salah satunya ialah, laman web jualan yang
dihasilkan tidak efektif iaitu tidak mampu menarik pelawat dan menukarkan
mereka kepada pembeli.

Maka, diharap dengan kelahiran ebook ini akan memberikan panduan
kepada para pembaca untuk menghasilkan laman web yang mampu menarik
ramai pelawat dan pembeli. Panduan panduan yang diterangkan adalah hasil
rujukan daripada pelbagai sumber bertulis serta orang sumber yang telah lama
bergiat dalam industri ini.

Selamat membaca.










5
RAHSIA #1: Produk / Perkhidmatan


Sebelum anda memutuskan untuk menceburi perniagaan internet, anda
haruslah bersedia dengan produk atau perkhidmatan yang ingin dijual. Anda
boleh memilih untuk menjual produk fizikal, produk digital atau
mempromosikan perkhidmatan anda.

Produk Fizikal Produk seperti buku, pakaian, peralatan elektrik, makanan,
aksesori, penggera keselamatan, peta, jam antik dan sebagainya. Namun tidak
semua produk fizikal sesuai dijual melalui internet seperti ikan masin, makanan
yang berbau atau cepat rosak kerana dikhuatiri barangan ini akan rosak ketika
proses penghantaran dilakukan.

Produk Digital Produk seperti ebook, kad viral, grafik ataupun perisian
komputer. Kebanyakan peniaga internet memilih produk digital kerana kos
penghantarannya yang sangat minimum atau langsung tiada. Contohnya,
pembeli hanya perlu memuat turun ebook yang dibeli, dan penjual tidak perlu
membayar yuran pos untuk penghantaran.

Perkhidmatan Anda mempromosikan kepakaran anda kepada orang ramai
supaya mereka akan meminta perkhidmatan anda. Dengan itu, anda akan
mendapat upah bagi setiap perkhidmatan yang dikenakan. Contoh perkhidmatan
ialah merekabentuk laman web, grafik, khidmat kaunseling, melukis, akauntan,
fotografi, membina kad bisnes, menggubah bunga, mengandam, jurusolek dan
sebagainya.

Tips: Saya amat menggalakkan anda menjual berdasarkan pengetahuan dan
kepakaran anda. Jika anda pakar dalam bidang fotografi, anda seharusnya
menawarkan khidmat fotografi kepada pelanggan anda. Kemudian anda boleh
ubah kepakaran ini kepada produk digital iaitu dengan menulis tentang tips
tips mengambil foto ataupun menjual foto foto yang telah anda ambil. Pada
masa yang sama, anda telah mengaut keuntungan dari 3 perniagaan sekaligus.

Ada satu lagi cara untuk mendapatkan produk untuk dijual ialah dengan
mendapat produk yang disertakan dengan lesen Master Resell Rights (MRR)
atau Private Label Rights (PLR).

MRR Produk ini boleh dijual semula dengan harga yang anda tetapkan
sendiri, tanpa perlu membayar sebarang royalti kepada sesiapa. 100%
keuntungan milik anda. Cuma anda tidak dibenarkan mengedit kandungannya.


6
PLR Produk ini juga boleh dijual semula cuma bezanya ialah anda boleh
mengubah isi kandungan produk ini termasuk meletakkan nama anda sebagai
penulisnya / penciptanya.

Walau bagaimanapun, anda harus bijak memilih produk MRR / PLR ini
dengan menilai isi kandungannya. Pastikan produk tersebut benar benar
berkualiti dan persaingan pun tidak terlalu besar kerana ramai orang diluar sana
turut menjual produk yang sama.

Kelebihan produk MRR / PLR ialah anda tidak perlu pening kepala
mencipta produk sendiri. Sesetengah produk didatangkan sekali dengan surat
jualan (salesletter), jadi tentu lebih mudah bagi anda membina laman web.








































7

RAHSIA #2: Sistem Bayaran


Anda juga harus menyediakan sistem bayaran yang memudahkan untuk
para pelanggan anda. Jika sistem pembayaran anda terlalu leceh atau terlalu
banyak prosedur seperti perlu mengklik banyak butang, para pelanggan akan
merasa terbeban atau merasa tidak selamat untuk membeli dari anda. Ini akan
mengakibatkan mereka membatalkan niat mereka untuk membeli dari anda
walaupun pada mulanya mereka sangat teruja untuk memiliki produk anda.

Sistem bayaran anda juga seharusnya selamat, iaitu tidak mendedahkan
maklumat akaun atau menyelewengkan pembayaran pelanggan anda kepada
pihak tertentu. Oleh itu, gunakan merchant service yang diakui sah seperti
PayPal, 2checkout (2CO) ataupun World Pay. Ini sangat penting khususnya
bagi menerima pembayaran melalui kad kredit / kad debit, dan umumnya untuk
semua transaksi perbankan seperti bank transfer, cash deposit, maybank2u,
CIMB Clicks dan sebagainya.

Selain itu, seharusnya juga anda menyediakan pilihan cara pembayaran
kepada pelanggan anda. Jika anda hanya menetapkan satu cara bayaran sahaja,
tidak semua pelanggan akan boleh menggunakannya. Contohnya, anda hanya
menyediakan pembayaran melalui Maybank sahaja. Bagaimana pula jika
pelanggan anda tinggal di kawasan yang tiada Maybank? Tentu menyusahkan
mereka kansemestinya mereka tidak akan membeli dari anda dan beralih ke
pesaing anda yang menyediakan sistem bayaran yang lebih sesuai. Oleh itu,
cuba pelbagaikan sistem bayaran anda. Contohnya:

Untuk memesan, sila depositkan RM100 ke salah satu akaun berikut:

Maybank: 1111 1111 1111
CIMB: 2222 2222 2222
BSN: 3333 3333 3333
Kemudian faxkan atau scan slip pembayaran anda kepada saya melalui fax:07-
8888888 atau email: email@saya.com

ATAU

Jika menggunakan kad kredit / kad debit, klik butang PayPal dibawah dan
emailkan kepada saya butir butir pembayaran anda.
*Butang PayPal Disini*

Lihat, pelanggan anda memiliki pilihan sistem pembayaran yang
memudahkan mereka. Sudah tentu mereka merasa selesa membeli dari anda.
Itulah rahsianya, sediakan sistem bayaran yang memudahkan.

8


RAHSIA #3: Informasi


Cuba anda fikirkan, mengapa ramai orang melayari internet? Adakah
hanya untuk berchatting melalui MIRC, Friendster dan sebagainya? Mungkin
ya, tetapi lebih dari 70% pengguna internet menggunakan internet untuk
mencari maklumat ataupun informasi samada untuk keperluan sendiri atau
keperluan syarikat dimana mereka bekerja. Sebab itu juga internet dianggap
Information Technology (IT), kerana fungsinya yang banyak memberi
maklumat tentang apa sahaja.

Oleh itu, laman web anda juga harus mempunyai informasi yang banyak
dan memenuhi kehendak para pelayar internet. Walaupun anda berniat
menggunakan laman web sebagai surat jualan untuk perniagaan anda, jangan
lupa bahawa pengguna memerlukan informasi sebelum membeli dari anda.
Laman web yang tiada informasi, hanya penuh dengan ayat promosi produk
sahaja tidak akan dilayan oleh pengguna internet kerana beranggapan tiada ilmu
atau pengetahuan yang boleh mereka dapat di laman web anda. Anda juga akan
dilihat sebagai seorang yang ingin mengaut keuntungan semata mata dan tidak
profesional.

Untuk menjadikan laman web anda digemari ramai dan sering dilawati,
sediakan informasi yang banyak di laman web anda. Contohnya anda menjual
buku Tips Membaiki Kereta, anda boleh letakkan informasi mengenai punca
punca kerosakan kereta, tips bagaimana menjaga enjin kereta ataupun cara
cara memandu yang akan mengurangkan kerosakan pada kereta. Bagi mereka
yang meminati dunia permotoran, informasi seperti inilah yang akan dicari oleh
mereka dan laman web anda pasti akan menjadi tumpuan. Apabila menjadi
tumpuan, peluang untuk anda menjual buku anda adalah besar kerana mereka
beranggapan anda pakar dalam bidang tersebut.

Dengan meletakkan banyak informasi di laman web, anda akan kelihatan
profesional dan pakar dalam apa yang anda bincangkan di laman web anda. Ini
akan membuatkan rasa percaya dan yakin di kalangan pelawat untuk membeli
daripada anda. Laman web anda juga akan sentiasa diingati. Contohnya:
seorang kawan bertanya,Mana kau dapat informasi ni? lalu kawan yang
seorang lagi menjawab, Ala..kat motor.com la. Laman web anda akan disebut
selalu dan perniagaan anda akan kelihatan besar walaupun dilakukan anda
seorang sahaja.

Anda boleh merancang secara harian atau mingguan untuk menambah
informasi di laman web anda, kerana para pelawat gemar dengan informasi
yang sentiasa dikemaskini dan terbaru. Jika anda merancang secara mingguan,

9
iaitu mengemaskini atau menambah informasi setiap minggu, dalam sebulan
anda telah menyediakan 4 informasi terbaru. Dalam setahun, anda memiliki 48
informasi di laman web anda. Laman web anda pasti penuh dengan informasi
yang terkini, sudah tentu menjadi tumpuan ramai.

















































10
RAHSIA #4: Domain Name


Domain Name ataupun nama domain merupakan nama laman web anda.
Contohnya, www.yahoo.com, www.google.com,
www.rahsiaautoresponder.com, www.plr.com dan sebagainya. Anda boleh
membeli nama domain ini dari syarikat penyedia hosting, harganya dalam
lingkungan RM20 RM50 setahun. Ada juga penyedia hosting yang
memberikan nama domain percuma jika membeli hosting dari mereka.

Anda harus bijak memilih nama domain untuk laman web anda. Nama
domain yang pendek, ringkas dan bermakna akan mudah diingati serta ditaip.
Elakkan menggunakan nama domain yang panjang atau menyebabkan
kekeliruan kepada pengguna.

Contoh nama domain yang ringkas dan pendek (digalakkan):
www.yahoo.com
www.google.com
www.cayalah.com
www.mudah.com.my
www.lelong.com.my

Contoh nama domain yang panjang (tidak digalakkan)
www.perusahaanmembinabangunan.com (boleh dipendekkan kepada
www.bina.com)
www.teknikmembaikimotorsikal.com (boleh dipendekkan kepada
www.baikimotor.com)
www.panduan-menanam-kelapa-sawit.com (boleh dipendekkan kepada
www.sawit.com)

Contoh nama domain yang mengelirukan
www.product2u.com
Mungkin ditaip www.product2you.com
Mungkin ditaip www.producttoyou.com
Mungkin juga ditaip www.product-two-u.com

Kecuali anda mempunyai modal besar untuk mempromosi laman web
anda seperti Maybank yang mempromosikan maybank2u.com, anda bolehlah
meletakkan nama domain anda seperti ini.

Nama domain seharusnya mempunyai kaitan dengan laman web anda.
Contohnya anda menjual kain batik, maka nama domain anda ialah
www.batik.com. Jangan pula anda letakkan www.bungacantik.com, walaupun
bunga ada kaitan dengan corak batik. Ini akan memesongkan perhatian para
penggemar batik kerana beranggapan anda menjual bunga.

11

Oleh itu, anda harus bijak memilih nama domain agar laman web anda
sentiasa dikunjungi, diingat seterusnya menghasilkan jualan. Saya ucapkan
selamat berjaya dalam memilih nama domain!

















































12

RAHSIA #5: Hosting Berbayar


Hosting ialah tempat dimana anda meletakkan laman web anda. Jika
diumpamakan dengan perniagaan fizikal biasa, hosting ibarat tanah dimana
anda menyewa untuk kedai anda. Nama domain pula umpama papan tanda
kedai anda.

Ada 2 jenis hosting iaitu berbayar dan percuma. Bagi para newbie atau
yang masih baru dalam perniagaan internet, ramai yang berfikir untuk memilih
hosting percuma untuk menjimatkan kos. Antara hosting percuma ialah
Geocities, 007sites, CEDhost dan TopCities. Anda boleh lihat banyak lagi
dengan menaip free web hosting di enjin pencari.

Namun, penggunaan hosting percuma tidak digalakkan. Terdapat
beberapa kekurangan yang akan menurunkan reputasi laman web anda. Apabila
anda menggunakan hosting percuma ini, anda dikehendaki menayangkan iklan
iklan mereka di laman web anda. Kadang kala, server yang digunakan turut
mengalami masalah dan agak sukar untuk dibaiki selain bantuan teknikal yang
lambat. Apabila laman web anda dibanjiri dengan iklan, fokus pelawat web
anda akan beralih, daripada menumpukan perhatian terhadap apa yang anda
tawarkan mereka mungkin tertarik dengan iklan yang dipaparkan.

Selain itu, laman web anda juga akan kelihatan begini:
www.geocities.com/lamanwebanda atau www.lamanwebanda.net007.net. Ini
menyebabkan perniagaan anda seolah olah tidak serius. Bayangkan anda
seorang jurutera yang membina pejabatnya diatas tanah setinggan. Adakah itu
kelihatan profesional?

Oleh itu, gunakan hosting berbayar agar laman web anda kelihatan
profesional dan berprofil tinggi. Contohnya: www.webanda.com,
www.webanda.com.my, www.webanda.net. Harga untuk mendapatkan hosting
berbayar ini tidaklah begitu mahal iaitu antara RM60 RM100 untuk setahun.
Anda boleh bandingkan harga yang ditawarkan oleh penyedia hosting sebelum
membuat pembelian. Saya mencadangkan anda mendapatkan hosting dari
penyedia hosting tempatan seperti www.sempoihosting.com,
www.maxhosting.com ataupun www.ecommercemastery.com. Bantuan teknikal
mereka pun sangat memuaskan disamping harga yang ditawarkan adalah
berpatutan.

Jika anda benar benar serius menjadi usahawan internet, hosting
berbayar adalah pilihan yang tepat. Cuba anda lihat disekeliling, tidak ada
seorang pun usahawan internet yang berjaya menggunakan hosting percuma.
Mungkin sebagai permulaan atau percubaan, anda boleh menggunakan hosting

13
percuma ini. Namun jika perniagaan anda mula berkembang, eloklah bertukar
kepada hosting berbayar.

RAHSIA #6: Fokus


Salah satu ciri laman web yang efektif ialah laman web yang fokus.
Maksudnya ialah laman web tersebut hanya menjual satu produk atau
perkhidmatan sahaja.

Ramai peniaga di internet cuba mempelbagaikan produk mereka didalam
satu laman web dengan harapan akan mengaut banyak keuntungan dan
menjimatkan kos. Tetapi anggapan ini tidak 100% betul, malah ada yang
mengalami kerugian yang teruk. Hmm..kenapa?

Jika laman web anda mempelbagaikan produk, fokus para pelawat web
anda akan hilang. Mungkin mereka melihat produk A sangat sesuai untuk
mereka, tetapi tiba tiba mereka ternampak produk B yang lebih baik. Pada
masa itu, fokus utama mereka terhadap produk A telah hilang. Pada masa yang
sama mereka kekeliruan untuk memilih mana satu yang terbaik untuk mereka
dan kemungkinan mereka menangguhkan hasrat untuk membeli atau beralih ke
pesaing anda. Nah, anda sudahpun kehilangan seorang pelanggan

Kebaikannya jika anda memfokuskan satu produk untuk satu laman web
anda, pelawat yang datang akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa
yang anda tawarkan. Dengan menumpukan perhatian, secara tidak langsung ia
membangkitkan rasa teruja terhadap produk anda dan tidak mustahil mereka
akan membeli dari anda

Bayangkan, laman web anda menjual buku tetapi pada masa yang sama
anda menjual baju batik di laman web yang sama. Laman web anda mungkin
hanya dikunjungi oleh mereka yang ingin membeli buku sahaja. Bagi peminat
baju batik, mereka akan lebih suka melawat laman web yang menjual baju batik
daripada laman web anda. Perniagaan buku anda mungkin maju, tetapi baju
batik anda tidak mendapat permintaan yang tinggi. Anda ada 2 produk, tetapi
hanya 1 produk yang menguntungkan. Jika anda ada 2 laman web, satu menjual
buku manakala satu lagi menjual baju batik, anda akan mendapat keuntungan
dari kedua dua perniagaan ini.

Ingat, keuntungan yang kecil jika digandakan akan mendatangkan
keuntungan yang besar. Menggabungkan pelbagai produk dalam satu laman
web bukanlah satu tindakan yang terbaik, sebaliknya laman web yang fokus
kepada 1 produk akan menghasilkan keuntungan.

1 laman web, 1 produk!

14


RAHSIA #7: Autoresponder


Salah satu rahsia laman web yang efektif atau banyak menghasilkan
jualan ialah laman web yang lengkap dengan sistem Autoresponder.
Penggunaan autoresponder banyak diaplikasikan oleh usahawan usahawan
internet untuk mempromosi, menyampaikan maklumat ataupun membuat
pengumuman kepada para pelanggan mereka.

Autoresponder merupakan satu sistem yang akan menghantar email
secara automatik kepada prospek atau pelanggan anda mengikut jangka masa
yang anda tetapkan. Selalunya ia dipasang pada Landing Page, namun ia tetap
memberi impak yang maksima juga jika dipasang pada web jualan anda.

Mungkin kali pertama pelawat melawat laman web anda, mereka tidak
dapat membuat keputusan sama ada mahu membeli atau tidak pada masa itu.
Oleh itu, sediakan borang Opt In beserta sistem autoresponder. Dapatkan email
mereka dengan menawarkan sesuatu yang percuma untuk mereka. Contohnya
sebegini:

Dapatkan Ebook Rahsia Web Efektif secara PERCUMA dengan mengisi borang
dibawah

Nama

Email




Setelah mendapatkan email mereka, mulakan kempen email anda
menggunakan autoresponder. Anda boleh setkan email email follow up anda
mengikut jangka masa yang anda tetapkan seperti 1 hari, 3 hari, 4 hari atau 6
hari selepas prospek mengisi email mereka. Ini adalah kerana biasanya prospek
anda membeli selepas email follow up yang ke lima atau ke enam.

Anda juga boleh menggunakan autoresponder untuk mengendalikan
kursus melalui email. Dengan mengendalikan kursus, anda akan dilihat sebagai
pakar dalam apa yang anda promosikan. Contohnya, anda boleh mengendalikan
kursus Bagaimana Menghasilkan Laman Web Yang Efektif Dalam Masa 7
Hari. Apapun, gunakan kreativiti anda untuk mengoptimakan autoresponder.


HANTAR

15



RAHSIA #8: Tagline dan Logo


Apakah yang terbayang difikiran anda apabila seseorang menyebut
Sedap Hingga Menjilat Jari? Saya pasti anda akan teringatkan KFC.
Bagaimana pula dengan tagline Just Do It? Tentu anda teringat jenama Nike.
Inilah tagline yang digunakan oleh syarikat tersebut untuk menggalakkan orang
ramai mengingati mereka.

Bagaimana dengan anda? Sudahkah anda bersedia dengan tagline anda?
Jika belum, cuba dapatkan. Tagline anda tidak perlu panjang, tetapi ringkas,
mudah diingati dan memberi makna. Contohnya, anda menjual batik. Jadi
tagline anda mungkin boleh jadi begini: Batik Terbaik Untuk Anda atau
Anggun Ibarat Puteri. Paparkan tagline anda disetiap halaman web anda,
produk anda, risalah risalah ataupun kad bisnes anda. Dengan cara ini,
perniagaan anda akan mudah diingati.

Begitu juga dengan logo. Anda seharusnya meletakkan logo perniagaan
anda disetiap halaman web anda. Logo merupakan lambang perniagaan anda.
Logo anda juga tidak semestinya mengandungi unsur grafik yang rumit.
Sebaliknya logo yang ringkas akan mudah diingati. Anda boleh lihat logo
MacDonalds, Nike, Adidas mahupun Microsoft. Adakah logo mereka terlalu
rumit? Tidak, tetapi ianya tetap segar diingati semua orang! Inilah rahsia
bagaimana laman web anda akan sentiasa diingati dan dilawati!

Baiklah, jika anda belum lagi mempunyai logo atau tagline, dapatkan
sekarang! Kemudian, paparkan logo dan tagline anda di laman web anda, kad
bisnes, risalah dan letterhead. Logo dan tagline yang kecil atau ringkas mampu
menjadikan laman web anda kelihatan seperti perniagaan yang besar dan
profesional.















16






RAHSIA #9: Grafik Yang Minimum


Jika anda mahu laman web anda menjual dengan banyak, sediakan satu
laman web yang ringkas tetapi padat dengan informasi disamping surat jualan
yang memukau. Dengan memenuhkan laman web anda dengan grafik, ia
bukanlah jaminan untuk laman web anda akan laku. Namun anda boleh abaikan
nasihat ini jika perniagaan anda menjual atau merekabentuk grafik.

Ramai orang beranggapan dengan meletakkan grafik yang canggih akan
membuatkan laman web tersebut menjadi laku. Dengan grafik yang
berterbangan kesana kesini, perkataan yang berkelip kelip serta muzik yang
berkumandang, ianya akan mengganggu konsentrasi pengunjung yang melayari
laman web anda.

Walau bagaimanapun, laman web yang tiada grafik juga akan
menjejaskan perniagaan anda. Oleh itu, sediakan grafik yang sederhana tetapi
menarik. Sediakan grafik untuk Header, Footer, Background dan Ecover. Itu
sudah memadai, kerana apa yang penting ialah kemahuan pelanggan; informasi
atau penyelesaian kepada masalah mereka. Contohnya, jika anda menjual ubat
untuk menyuburkan rambut, sediakan gambar seorang lelaki yang berkepala
botak dan gambar beliau dengan rambut selepas menggunakan produk anda. Itu
sudah cukup untuk memberitahu pelawat anda bahawa produk anda memang
berkesan!

Secara peribadi, grafik Header, Footer, Background, ecover dan sedikit
grafik berkenaan perniagaan anda sudah mencukupi untuk laman web anda.
Grafik tak perlulah canggih sangat, yang penting informasi perlu banyak.

NOTA: Abaikan nasihat ini jika perniagaan anda berasaskan grafik dan audio.












17



RAHSIA #10: Testimoni


Testimoni merupakan pandangan ataupun pendapat para pengguna yang
telah mendapatkan produk anda. Mereka akan komen mengenai kebaikan
produk anda. Komen komen mereka ini anda boleh letak di laman web anda
untuk mempengaruhi pelawat lain untuk membeli produk anda.

Cara untuk mendapatkan testimoni adalah sangat mudah, kebiasaannya
melalui 2 kaedah yang simple:

Langkah1:
Email para pelanggan yang telah mendapatkan produk anda, minta mereka
menulis pendapat mereka tentang produk anda selepas menggunakannya. Minta
mereka memberi testimoni yang baik serta ikhlas. Kemudian, letakkan testimoni
mereka di laman web anda. Adalah lebih baik jika anda meminta pemberi
testimoni tersebut menyertakan sekali gambar serta alamat URL mereka.
Dengan ini, testimoni anda akan nampak kukuh.

Langkah 2:
Anda ingin meletakkan testimoni sebelum laman web anda dilancarkan,
bagaimana nak buat? Senang, edarkan produk anda secara percuma kepada
kenalan anda dan mintalah mereka memberikan pendapat mereka tentang
produk anda. Minta juga mereka menyertakan gambar serta alamat URL (jika
ada). Cara ini juga amat sesuai jika anda ingin meminta usahawan usahawan
internet yang mempunyai reputasi yang besar untuk memberikan testimoni.

Kebaikan meletakkan testimoni di laman web anda ialah ianya akan
menguatkan lagi bahawa produk anda berkualiti kerana ada yang sangat
gembira dengan produk anda itu. Secara tidak langsung, pelawat yang melawat
laman web anda tidak akan ragu ragu akan kualiti produk anda.

NOTA: Jangan meletakkan testimoni palsu. Cara ini amatlah tidak beretika dan
berniat menipu orang ramai. Ada sesetengah laman web memaparkan testimoni
palsu, dengan meletakkan gambar yang diambil dari ruangan Friendster. Anda
juga boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana menceroboh privasi
seseorang tanpa kebenaran disamping memusnahkan reputasi anda sebagai
usahawan internet. Oleh itu, dapatkan testimoni dengan cara yang sah dan
beretika.





18




RAHSIA #11: Percuma


Hmm..apa yang percuma ya? Habislah perniagaan saya jika semuanya
percuma! Jangan salah anggap tajuk perbincangan ini. Maksud saya ialah
sediakan sesuatu yang percuma untuk pelanggan anda, jika mereka membeli
dari anda.

Ada sesetengah kes dimana ada pelanggan yang membeli produk hanya
untuk mendapatkan hadiah percuma sahaja. Jika anda menawarkan sesuatu yang
istimewa untuk mereka, mereka akan merasa apa yang mereka laburkan adalah
berbaloisenang cerita, mereka dapat lebih daripada apa yang mereka bayar.
Akhirnya, laman web anda menjadi tumpuan.

Jika anda menjual buku Panduan Membaiki Kereta, anda boleh berikan
pembeli anda sebuah buku Bagaimana Memilih Kereta Idaman atau berikan
mereka percuma alat penjimatan minyak. Bonus atau pemberian percuma anda
tidak terhad kepada produk digital atau fizikal sahaja, malah anda boleh
tawarkan kepada mereka voucher pembelian untuk produk anda yang lain atau
membeli belah di Giant, Carrefour atau apa sahaja. Tawarkan juga khidmat
pelanggan secara percuma agar mereka melihat anda seorang peniaga yang
benar benar ikhlas dan profesional.

Harus diingat juga, jangan berikan pelanggan anda bonus sampah yang
tidak berkualiti dan lapuk. Contohnya, anda menjual Panduan Membaiki
Kereta, jangan pula anda berikan Resepi Masakan Melayu kepada pelanggan
anda, kerana bonus yang anda tawarkan tiada kaitan langsung dengan produk
anda. Ini menyebabkan anda kelihatan hentam keromo sahaja dalam
perniagaan.

Oleh itu, sediakan bonus yang benar benar berkualiti dan dapat
membantu pelanggan anda. Dengan menyediakan bonus yang berkualiti, jualan
laman web anda akan meningkat sekurang kurangnya 50%. Berikan lebih
kepada pelanggan anda!










19



RAHSIA #12: Khidmat Pelanggan


Ramai orang mengeluh dengan khidmat pelanggan yang teruk! Setelah
membeli, segala pertanyaan para pelanggan diabaikan dan langsung tidak
dijawab. Akhirnya, reputasi perniagaan tersebut jatuh merudum kerana para
pelanggan tidak lagi mempercayai peniaga tersebut dan menganggap diri
mereka ditipu!

Jadi, untuk memastikan perniagaan anda sentiasa diingati sediakan
khidmat pelanggan yang tiada tolok bandingnya. Jawab semua pertanyaan dari
pelanggan dengan cepat, sekurang kurangnya dalam masa 24 jam. Jangan
biarkan pelanggan anda tertunggu tunggu. Disamping itu, jawapan yang anda
berikan juga harus memenuhi pertanyaan pelanggan anda. Berikan tunjuk ajar
yang sepatutnya, sentiasa berkomunikasi dengan mereka dan selalulah
mengupdate perkembangan terbaru perniagaan anda.

Dengan membina hubungan yang baik dengan para pelanggan,
perniagaan anda akan sentiasa diingati dan laman web anda sering menjadi
tumpuan. Walaupun laman web anda tidak canggih, seperti laman web yang lain
yang menyediakan live chat, anda tetap mampu menjadi seorang usahawan
internet yang berjaya dengan menyediakan khidmat pelanggan yang tiada tolok
bandingnya.

Luangkan sedikit masa dalam 1 hingga ke 2 jam sehari untuk membalas
email para pelanggan anda. Ianya tidaklah sesusah manakerana hasil kerja
keras anda menyediakan khidmat pelanggan yang baik akan membuatkan
perniagaan anda mengalami keuntungan yang tiada hadnya!


Penutup

Terima kasih sekali lagi kerana sudi mendapatkan Ebook Rahsia Web
Efektif. Semoga topik yang dibincangkan akan membantu anda untuk
memajukan lagi perniagaan anda. Apa yang penting ialah, anda lakukan segala
tips tips dan panduan yang dibincangkan untuk melihat hasilnya. Sekadar
mengetahui sahaja tidak memadai jika tidak melakukannya.

Akhir kata, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada anda.
Perniagaan internet mampu mengubah kehidupan anda jika dilaksanakan
dengan bersungguh sungguh dan penuh keikhlasan.

Terima kasih.

20



Tawaran Istimewa

Dapatkan khidmat nasihat
Memandangkan anda telah berjaya membaca sampai ke tahap ini, saya percaya
anda seorang yang serius untuk menambah ilmu.

Oleh itu, saya memberi peluang khas kepada anda untuk mendapatkan khidmat
nasihat secara terus melalui email sebagai tanda penghargaan kerana
menghabiskan membaca ebook ini.

Subjek email haruslah dinamakan Bonus Khidmat Nasihat dan diikuti dengan
pertanyaan anda ke neal_izham[at]yahoo.com.

Berikan detail yang secukupnya agar urusan lebih mudah dan lancar.

Dapatkan Diskaun 50% untuk ebook Premium
Gunakan kupon unik ini : 50ebooknealizham

Untuk dapatkan harga diskaun setengah harga bagi ebook-ebook pemium saya.

http://www.BlogMudah.info


21

http://www.Affiliate-Malaysia.info


http://www.MLM-Malaysia.com

Vous aimerez peut-être aussi