Vous êtes sur la page 1sur 3

Memberi definisi mengenai misi, visi dan objektif sebuah perniagaan.

Definisi misi sebuah perniagaan


Menyatakan adalah berkenaan cara-cara hendak mencapai wawasan, matlamat dan objektif. misi
perlu mengandungi maklumat berkenaan apa yang perlu dilakukan oleh para pekerja didalam
operasi sesebuah syarikat.
Definisi visi sebuah perniagaan
Visi sesebuah organisasi merupakan wawasan atau gambaran luas tentang hala tuju jangka
panjang sesebuah organisasi itu. Ia merupakan cita-cita tinggi organisasi serta persoalan yang
berkaitan dengan apakah perniagaan yang hendak dan yang tidak mahu diceburinya serta
pembinaan daya saing yang ingin dipertahankan oleh syarikat tersebut.
Definisi objektif sebuah perniagaan
objektif merupakan hala tuju apa yang hendak dicapai oleh organisasi dalam jangka masa yang
pendek yang dinyatakan secara spesifik. Objektif sesebuah syarikat dinyatakan dalam bentuk
kualitatif dan kuantitatif dengan gambaran yang jelas dan terperinci berkenaan apa yang perlu
dan hendak dicapai oleh syarikat. Lazimnya, objektif syarikat dinyatakan secara khusus dan tepat
dalam bentuk sasaran angka ataupun peratusan.



Contoh visi, misi dan objektif sebuah syarikat.
Nama syarikat: Worldwide Fertilizers (M) Sdn Bhd
Alamat: No. 26-3 Blok A Platinum Walk, No 2 Jalan
Langkawi Setapak, 53300 KUALA LUMPUR
No. telefon : 011-18350007/011-18330007
Fax: +603-41497009
E-mail : wwf@worldwidefertilizer.com

Visi Syarikat
Menjadi sebuah syarikat yang berupaya membekalkan produk-produk pertanian
khususnya dalam industri baja yang berteknologi tinggi serta berdaya maju tanpa
meminggirkan aspek pencemaran yang mengancam ekologi dan ekosistem dibumi ini.
Menjadi pembekal produk baja utama untuk pertanian khususnya didalam Negara dan
amnya di peringkat antarabangsa.
Misi Syarikat
Menjadi salah satu pemasar dan pengedar baja dan perawat tanah terkemuka di Malaysia,
seterusnya di persada antarabangsa.
Menyediakan produk-produk yang praktikal dan kompetatif tanpa mengurangi aspek
pengeluaran perusahaan petani samada yang diusahakan secara komersial, sederhana
ataupun tradisional.
Menyediakan produk yang berkualiti demi merealisasikan sebahagian misi wawasan
2020 agar negara mampu membekalkan sumber makanan yang mencukupi seterusnya
mengurangi ancaman kebuluran.
Menjadi sebuah syarikat yang beretika dalam pengeluaran produk-produknya agar
pengguna dan masyarakat tidak lagi terdedah dengan ancaman bahan bukan organik.
Mengutamakan kualiti dalam pengeluaran setiap produk-produknya agar dapat
mengeutamakan kepuasan pelanggan. Ini adalah melalui proses penyelidikan dan
pembangunan (R&D) yang dilakukan sebelum produk itu dipasarkan.
Menyokong usaha kerajaan untuk merealisasikan bahawa Pertanian adalah Perniagaan.
Memupuk semangat cintakan alam sekitar dan memelihara kesuburan alam.

Objektif Syarikat
Sebagai sebuah syarikat yang mampu bersaing dan berdaya maju dalam membekalkan
produk-produk yang bermutu dan kompetatif kepada pengguna seterusnya merangsang
kepada pengeluaran pertanian Negara.

Vous aimerez peut-être aussi